Setiap tahun pasti ada segelintir bangsa Melayu kita di Malaysia ni suka sangat gunakan gelaran DOKTOR untuk melariskan perniagaan. Enam bulan yang lalu saya berkenalan dengan seseorang bekas pembantu doktor bedah juga mengaku sebagai Profesor. Kenapa ek?
Bro Faiz, betulke dulu lu bekas juruterbang? Ceciter sikit. Ramai stokis nak tahu gak. Pilot lah konon..Muahhaa..
Kesian dengan syarikat-syarikat yang membeli barangan dengan kilang lu. Yang paling aku sedih sekali ialah nasib stokist dan pengguna yang tertipu...
'Walit Gold unggaleke nalade...' Hi.. hi..
Bro Faiz, aku ada banyak lagi citer nak dedah pasal 'kepincangan' produk dan perjalanan syarikat lu.
Shamsul...lu mungkin dah terkena beb... Hati-hati
Tolong buktikan bahawa sindiran aku ini palsu. Buktikan! Settle lah semua citer.
Bersambung Part 3 (Sijil Halal dan Fakta nutrisi produk-produk FAA Marketing diragui?)
Masih ingat lagi cerita tentang Mamat di bawah ini? Ada story menarik dan yang paling best citer tentang orang kuatnya...Nantilah saya citer...
2. Benarkah mimpi tidak perlu dihebahkan terutama pada mereka yang tidak ada asas untuk menta’birkan mimpi?
3. Benarkah untuk menjadikan mimpi itu menjadi kenyataan perlu mengambil wuduk terlebih dahulu?
4. Benarkah untuk mentaqwilkan mimpi harus tidur mengiring kekanan?
5. Benarkah mimpi burung melambangkan ‘ROH’
6. Benarkah mimpikan seorang pembesar sedang duduk ditempat yang tinggi manakala orang ramai hanya memerhatikannya menandakan pembesar negara itu akan mati?
7. Benarkah mimpi bumbung rumah runtuh menandakan orang yang bertanggungjawab memberi kita makan akan mati?
8. Benarkah melangkah ular menandakan sesuatu keuntungan?
Tidak ada satu buku pun dalam dunia ini yang boleh menghasilkan taqwil mimpi yang lengkap…
Minta Maaf banyak-banyak, sesungguhnya saya tidak ada ruang untuk menulis dalam keadaan tenang ketika ini disebabkan tetamu yang datang kerumah saling berganti.
Aku dah tengok beberapa keping gambar sebegini tapi yang ini paling aku tak boleh terima. Perangai memang macam PO..KE...MON! Semua isteri dibelakang atau seiringan bila berjalan dengan suami tapi si VOLKSWAGEN ni korang tengok sendirilah...
Dua bulan yang lalu ketika aku bersama 3 orang rakan lagi duduk minum petang bersama Abah di Janda Baik. Aku bertanya dengannya kerana dia adalah salah seorang guru aku untuk menilai seseorang. Buku Firasat untuk menilai diri sendiri ini adalah buku pertama beliau yang diterbitkan pada tahun 1969.
Saya - Abah, kenapa Najib sayang sangat kat Rosmah?
Abah - Cuba perhatikan dahi Rosmah
Saya - Kenapa abah?
Abah - Dahi Rosmah JENDUL..Jendul melambangkan VOLKSWAGWEN..
Kami bertiga ketawa terbahak-bahak
Buku Firasat ini dicetak semula pada tahun selepas 30 tahun kemudian (1999).
Pada 2007, sekali lagi Abah mencetak sekali lagi buku Firasat ini tetapi dengan sedikit penambahan fakta.
Apa yang aku tulis hari ini tanpa pengetahuan Abah. Sepanjang penulisan aku selama ini pun dia tidak pernah mendorong atau mempengaruhi (besok lusa tak taulah...). Kami menghormati sesama sendiri anugerah yang Allah beri pada masing-masing.
Salam sayang pada semua peminat artikel ‘Ramalan Mimpiku’
Dua hari yang lalu saya terima banyak soalan dari rakan-rakan tentang kejadian yang meragut 3 nyawa seperti keratan akhbar dibawah yang berkaitan dengan nombor 3 seperti yang saya coretkan dalam artikel beberapa hari yang lepas bertajuk. Hari ini Rabu 23hb November 2011. Petanda-petanda awal kemungkinan bermula?
Dalam mimpi tersebut menggambarkan satu tragedi sederhana yang agak memilukan. Adakah ianya berkaitan dengan banjir semata-mata?
Gambar hiasan
Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah perbanyakkan doa agar dijauhi segala bentuk malapetaka yang bakal menimpa segelintir rakyat Malaysia kerana dosa-dosa yang kita semua telah lakukan.
Hanya tinggal 4 hari lagi kita akan menemui tarikh 30 November 2011 (Tragedi sederhana) dan 7 hari lagi tarikh 3 Disember 2011 (Tragedi Besar).
Kalau Tragedi Sederhana kemungkinan berlaku samada dinegeri Johor, Pahang atau Terengganu, Adakah Tragedi Besar pula mungkin berlaku samada di Kedah atau Selangor atau Sarawak? :(
Kalau tiada perkara yang mustahak, inilah waktu paling terbaik untuk kita semua merapatkan semula silaturrahim sesama kita yang sekian lama telah terputus akibat salah faham pelbagai isu sebagaimana saya pernah nasihatkan sebelum tragedi kemalangan kecil berlaku. Masalah perbezaan politik sebaiknya kita selesaikan dengan segera kerana selepas ini ada lagi tragedi sederhana dan besar akan menyusul dan jangan lupa satu lagi yang lebih memeritkan hati iaitu ‘Tragedi kes..’ akan berlaku.
Gambar Hiasan
Adalah sebaiknya saat ini, kita sebagai manusia apatah lagi yang beragama Islam, berbaik sangkalah sesama sendiri dan ketatkanlah skru yang dah lama longgar sesama kita selama ini.
Tiada musuh yang kekal dalam hidup ini.
Seperti biasa, bagi mereka yang amat meminati tentang ramalan mimpi, selain ianya adalah mainan syaitan (seperti kata 'mereka'..ye ke?) tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang ghaib kepunyaan Allah dan perkara ini harus direnungkan dengan lebih mendalam.
Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Nota Artikel ini di 'publish' sekitar 7.33 pagi 26 November 2011 hari Sabtu. Sudah hampir sekitar dua bulan saya gagal menyiapkan artikel ‘Bagaimana mentaqwilkan mimpi anda (Part 2)' kerana terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga banyak janji sudah terabai. Maafkan dosa saya kerana kesilapan ini yang tidak pandai mengatur masa. Saya tidak mahu berjanji tapi akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan artikel tersebut.
Sekiranya terdapat apa jua kesilapan dalam artikel ini, mohon teguran segera dari pembaca kerana saya hanya manusia biasa yang penuh dengan sgala kekurangan.
2. Seorang Artis akan meninggalkan kita. (Akan dimaklumkan kemudian kerana ditakuti boleh menyinggung banyak perasaan kerana isu sebegini terlalu sensitif!)
Ramalan Mimpiku – Part 29 ...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah... Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam
Salam pengorbanan pada anda semua kerana sanggup korbankan masa membaca artikel kali ini.
Adalah paling berat untuk saya coretkan tentang Ramalan Mimpiku kali ini kerana pasti akan menyinggung ramai pihak terutama Memey…Antara kita tidak pernah berjumpa. Maafkan saya kerana menulis tentang kehidupan keluarga anda sebab anda adalah seorang ‘Public Figure’
Sepatutnya artikel ini ditulis petang tadi tapi disebabkan saya menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu dan bila balik pula merawati seorang pesakit yang agak berat kesnya. Alhamdulillah, dengan izinNYA semua berjaya diselesaikan dalam masa setengah jam setelah pesakit tersebut menderita lebih dari dua tahun.
1. Impian untuk memiliki empat orang cahaya mata tidak akan tercapai…
2. Gangguan dari seseorang dari Pantai Timur sebelum pertengahan tahun 2012 dan seorang lagi dari Selatan penghujung tahun 2012 bakal menggoncang rumahtangga mereka! Norman harus kuat menangani masalah ini kalau mahu keluarga bahagia. Anda lebih bahagia bersama Memey sekarang namun godaan diluar lebih banyak yang sedang menanti. Sekali lagi pesan saya mesti lebih kuat menghadapinya. Masih ingat lagi kisah tentang nabi Yusuf? Adakah anda mahu ianya berlaku pada anda?
3. Norman, Memey adalah seorang isteri yang baik, bertanggungjawab, setia dan banyak bertolak ansur. Janganlah sesekali kebaikan yang Memey beri disalahgunakan.
Bilakah akan berlaku Bencana Alam 33? (Tragedi Besar) (Klik)(Klik)
Tragedi Sederhana - Yang pertama akan berlaku selepas maghrib sebelum 30hb November 2011
Tragedi Besar - Yang pertama akan berlaku pada siang hari sebelum 3hb Disember 2011…
Saya akan maklumkan dimana lokasi kejadian akan berlaku pada artikel akan datang dengan IZINNYA.
Saya tidak pernah memaksa anda untuk membaca blog ini. So, please be nice bila masuk rumah saya.
Angkara Saka Suami (Berlegar di dalam rumah) – Part 3
Buku '99 Jelmaan Makhluk Halus" (Klik). Buku ini kalau tak silap dah habis dalam pasaran.
Salam sore semua, sebenarnya tajuk ini sudah pun saya tulis dalam artikel Hantu Budak dalam buku '99 Jelmaan Makhluk Halus' (Klik) dan Makhluk Paranormal 3 (Klik). Kisah ini berlaku hampir 5 tahun yang lalu.
Kosmo - 21-1-2007
Ringkasan cerita.
Saya kerumah Lisa tingkat 23, Damansara Perdana sekitar lebih kurang 9 malam, 20 Januari 2007 bersama Zaidi (Klik) dan wartawan bersama jurugambar Kosmo
Sebaik saja sampai, Lisa menyambut kedatangan kami berempat. Dalam hati saya berkata
“Cun dan seksi gak awek ni. Kalau kena goda lebih-lebih, agaknya boleh tsunami iman aku ni”
Tapi memandangkan ada tugas yang sedia menanti, saya duduk bersila diatas lantai. Seperti biasalah perangai tak senonoh saya minta izin nak sepam dua gudang garam! (28 tahun aku setia dengan gudang garam..hi...hi..) Lepas jer berasap tiga empat pam, saya dapat ‘signal’ ada barang yang tersimpan rapi dalam rumah tersebut.
Surat penghargaan Lisa pada kamiyang diabadikan dalam buku
Lisa menceritakan bahawa sebenarnya beliau adalah seorang I..T (Ibu tunggal). Suaminya meninggal 7-12-2005 kerana sakit jantung.
Saya terus telan air liur dan berkata dalam hati sekali lagi..
Norfairuza Mohd Fatimi (Lisa)
“Alamak! Mak Jan rupanya..Muda, cun, putih, gebu, seksi dan bergetah…aduss”
Saya terus control macho! Maklumlah saya ni kan duda..he he..tetapi seperti biasalah..99% saya sentiasa berlagak dengan awekz..ahakz. Biar mereka goda aku namun untuk aku nak melutut kat perempuan minta maaplah banyak-banyak.. Biar muka tak hensem takper janji ego mesti mau tinggi sebagai lelaki…(pompuan jangan marah ek)
Selepas beberapa minit kemudian tanpa berlengah (sebab signal semakin kuat), saya bertanya apa peninggalan suaminya yang pelik-pelik?
Muncul imej seorang budak seakan janin dalam rakaman telefon bimbit (jenama hp lupa nak tanya)pada 12 November 2006 jam 12.00 tengahmalam (Khamis malam Jumaat). Korang bacalah sendiri citer sepenuhnya (Klik)
Pada mulanya beliau enggan mengaku! Seperti biasalah..aku akan menggunakan kuasa ‘power rangers’ (yang telah dianugerah olehNYA. Alaa..pinjam sat jer..pastu kena pulang balik) untuk Lisa berkata benar. Beliau lantas bangun dan masuk kebilik mengambil sekotak kayu yang berukiran lantas membukanya dan menunjukkan beberapa barangan peninggalan arwah suaminya. Signal saya semakin kuat sehingga jari saya terangkat menunjukkan beberapa tempat dalam rumah tersebut barang-barang peninggalan arwah. Semua kejadian tersebut disaksikan oleh Zaidi, wartawan dan jurugambar Kosmo.
Tu diaaa...Macam-macam ada….(Saya menasihati semua teman-teman disini agar menjauhi segala tangkal, azimat, pendinding, penggerun, minyak pengasih atau apa saja yang bertentangan dengan ajarannya untuk dibawa kehidupan seharian kerana kesannya kalau kita mati akan menyusah orang yang hidup! Ada faham ke incek..)
Lisa (baju hitam). Cun wa cakap lu..Apalagi..? Pilah usyha..Bantu dan bimbinglah para Janda..
"Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka.." Surah AlBaqarah ayat 235
Pendekkan cerita semuanya selesai dalam masa 10 minit saja rundingan saya dengan ‘mereka’ untuk meninggalkan rumah Lisa buat selama-lamanya.
Sebelum terlupa, sesiapa yang minta pertolongan saya melalui email,
1. Silalah beri maklumat lengkap tentang diri anda 2. Tulis permasalahan anda dengan padat tapi lengkap. Tak payahlah panjang-panjang sangat sebab banyak benda lain saya kena buat. 3. Tolong maklum juga samada rawatan yang saya beri dirahsiakan atau boleh dikongsi dengan para pembaca. 4. Beri saya masa untuk menjawab email anda. 5. Niat nak menggatal dengan saya, pergi main jauh-jauh!
Kalau tak silap ini gambar anak-anak Lisa. Dah besar dia orang ni. Cuba lihat mereka semasa kecil. (Klik)
Dua atau Tiga bulan yang lalu Lisa menghubungi saya melaui Facebook setelah 4 tahun tidak berhubung. Khabarnya beliau masih solo lagi taw! Kesemua anak-anaknya pun ok. Pada 13hb Nov 2011 beliau sms saya berniat untuk untuk datang Ke Janda Baik. Saya akan paparkan gambar Lisa dan anak-anaknya yang terbaru nanti.
Empat tahun dulu Lisa ni cun orangnya tetapi yang terbaru ni tak taulah (Mungkin lagi cun kot). He..he…Don’t worry..setakat hari ni (besok lusa tak taulah) hati saya masih lagi pada ‘Sayang’..
Cuba tanya beliau difacebook atas nama Lisa Fairuza Fatimi (Klik) tentang kebenaran cerita yang saya paparkan diatas ini.
Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
Salam berkah pada semua pembaca setia blog ini. Saya telah bermimpi agar buat kenyataan ini pada anda semua.
Hari ini 17hb November 2011. Saya Syed Abdullah bin Syed Hussien dengan rasa rendah diri memohon maaf pada sesiapa saja yang pernah menonton video-video kontroversi mengenai diri saya terbitan dalam negeri dan luar negara.
Sepanjang 6 tahun saya menyimpan rahsia ini. Rasanya terlalu lama sangat berdosa pada anda semua kerana semua video tersebut sebenarnya telah 'dirancang terlebih awal'.
Bagi mereka yang pernah mencerca dan memfitnah saya dalam ruangan komen video tersebut, saya maafkan anda semua kerana anda tidak tahu perkara sebenar.
Saya tidak menyalahkan syarikat penerbitan kerana 'kontroversi' diperlukan untuk menaikkan rating didalam sesuatu program supaya dapat tarik lebih ramai penonton.
Disini saya sertakan beberapa video yang sempat saya cari dalam youtube lebih kurang 10 minit. Mungkin ada lagi yang tertinggal tapi biarlah..
Saya halau krew Melodi
Saya halau pengacara TV9. Tak silap saya ada lebih dari 3 video.
Berkenaan program Tanya Linda ada juga saya lihat komen yang perlu diperbaiki.
Ali b. Abi Talib - 1-Al Baqarah, 2-Yusuf Mas’ud - 1-Al Baqarah, 2-An Nisa Kairo - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah Ubay - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah Ibn Abbas - 1-Al Alaq, 2-Al Qalam
Sumber : Ubay bin Kaab dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 61 Ibn Mas’ud dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 57 Ibn Abbas dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 101 - 103 Ali dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 95f
Penunggu Istana juga adalah sebuah 'Filem'. Anggaplah ianya hiburan semata-mata. Saya bukan penerbit atau boss filem ini tapi hanyalah seorang pelakon pembantu.
Semua episod dari musim pertama dan musim kedua adalah benar semua rakaman makhluk paranormalnya cuma kalau tak silap hanya episod ini sahaja yang diragui sikap sukarelawan tersebut kerana beliau telah minum minuman keras dengan banyak sehingga Mabuk!
Wakenabeb – Saya telah diarahkan oleh penerbit supaya tidak melepaskan Marsha kerana ditakuti Marsha lari dari set sepanjang lelaki tersebut kononnya dirasuk. Mohon jangan menuduh saya pelbagai rupa.
Destination truth (maaf tak ada masa nak cari video tu dalam youtube) juga begitu termasuk lain-lain video adalah dirancang sebenarnya untuk tujuan kontroversi dan publisiti.
Sekiranya boss-boss tv dan filem nak saman atas pengakuan saya selepas ini saya terima seadanya kerana tidak mahu lagi menutup rahsia ini selama bertahun-tahun.
Selepas ini saya memohon pada anda semua janganlah bertanya lagi tentang semua video-video kontroversi tersebut...
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf..Maafkan saya.. :(
Kenapalah mereka sanggup buat video sebegini pada saya? Macam-macamlah dia orang ni..
Salam semua, Sori, hari ini langsung takder mood nak menulis atau buat apa saja. Sekiranya artikel kali ini membosankan, minta maap banyak2lah.
Pesakit kedua kali ini adalah seorang wanita berusia 38 tahun. Minta maaf kerana beliau tidak boleh berkongsi penderitaannya bersama anda sebab.... Saka beliau berbentuk penggerun yang diserap masuk tanpa disedari. Hanya dua sahaja yang berjaya dikeluarkan pada malam tersebut.
Klik imej untuk lebih besar
Imej 1
Hanya nampak terlalu sedikit bentuk mata, hidung dan mulut.
Imej 2
Hanya Nampak sedikit bentuk kepala dan kedua belah matanya
Imej 3
Bagaimana botol kaca ini seolah-olah diseliputi ais? Adakah kedua-dua ‘makhluk paranormal’ ini cuba mengeluarkan diri dari botol sehingga menggelembung tepi botol ini? Ha! Taupun takut kena lokap. ;)
Adakah imej 1 dan imej 2 adalah makhluk paranormal atau sekadar biasan cahaya? Oleh kerana saya malas nak ulas panjang…Lu pikirlah sendiri….
Bagi mereka yang percaya tidak perlu ulas panjang tetapi bagi yang tidak, tiada satu fakta pun boleh mempengaruhi mereka.
Tepuk dada tanya selera
Pada mereka yang nak minta bantuan saya, sila hubungi saya melalui email (belah kanan atas sekali). Tak perlulah nak tulis segala masalah anda diruangan komen. Malu dol! Sebaiknya anda padam secepat mungkin sebelum satu planet baca!
Sebelum itu sila rujuk artikel ini (klik) terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan saya. Selagi anda ada niat nak beri saya imbuhan jangan harap saya nak tolong anda.
Jangan lupa bermula esok…Minta ampun banyak2 pada tuhan. Jadilah insan baik yang termampu dan janganlah zalimi sesama kita. kita (Klik)