Kenali mereka

Tuesday, February 14, 2012

Majlis Perbandaran Batu Pahat...Apa Yang Anda Telah Lakukan...

Majlis Perbandaran Batu Pahat...Apa Yang Anda Telah Lakukan...


Kepada,
Bro Abdul Rashid Bin Hj. Ismail
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat,

Maaf sekiranya teguran saya hari ini menyinggung perasaan bro Rashid. Saya tidak mengenali anda dan anda juga mungkin tidak mengenali saya. Saya menonton video ini di theync.com yang mana boleh ditonton seluruh dunia oleh pelbagai bangsa dan agama. Malulah bro...

Dapatlah kiranya bro berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sebegini supaya tidak menyinggung perasaan bangsa lain dalam negara kita. Lagipun tuhan tidak menganjurkan perbuatan sebegitu pada makhluknya.

Sila maklum pada 'pilot lori' tu supaya jangan mengeluarkan kata-kata sebegitu kerana boleh mendatangkan 'dendam tidak bertepi' (api dalam sekam)untuk jangka masa panjang.

Hidup ini ibarat roda dan ada hukum karma kan?

Dimanakah perlaksanaan piagam pelanggan MPBP yang pertama? (Layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila berurusan dengan kami) :(


video

Menteri Besar Johor
Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Bang, tak lama lagi kerusi yang abang duduk tu akan diserahkan pada orang lainkan? Jadi, sebelum itu mohonlah diselesaikan isu ini dengan segera kerana isu ini umpama virus selsema.

2 comments:

Ceciter said...

Kurang ajor..kata orang johor..

Noor Abdullah said...

Salam uncle ^_^...apa yg drg tangkap tu? tak nampak jelas.