Kenali mereka

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Alam Semesta Berbentuk Trumpet?

Alam Semesta Berbentuk Trumpet?

The universe is not round, say scientists - it is shaped like a trumpet - Profesor Frank Steiner (klik)

Pada hari trompet ditiupkan, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri. (27:87) Surah AN-NAML (semut) ayat 87

Dia yang mencipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah", lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet ditiupkan; Yang tahu yang ghaib, dan yang nampak; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari. (6:73) Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 73

Pada hari itu, Kami membiarkan mereka menyerbu satu sama lain, dan trompet ditiupkan, dan Kami mengumpulkan mereka berkumpul-kumpul. (18:99) Surah AL-KAHF (Gua) ayat 99

Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat, (20:102) Surah THA HA (Tha Ha) ayat 102

Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya.. (23:101) Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin)ayat 101

Pada hari trompet ditiupkan, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri. (27:87) Surah AN-NAML (Semut) ayat 87

Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka.. (36:51) Surah YA SIN (Ya Sin) ayat 51

Dan trompet ditiupkan, dan sesiapa sahaja di langit, dan sesiapa sahaja di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah mengkehendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan..(39:68) Surah AZ-ZUMAR (Kumpulan) ayat 68

Dan trompet ditiupkan; itulah Hari Ancaman..(50:20) Surah QAF (Qaf) ayat 20

Maka, apabila trompet ditiupkan dengan sekali tiupan, Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, dan dihancurkan dengan satu pukulan, (69:13,14) Surah AL-HAQQAH (Yang Pasti) ayat 13,14

Kerana apabila trompet dibunyikan, Hari itu hari yang besar..(74:8,9) Surah AL-MUDDATSTSIR (Yang Berselubung) ayat 8,9

Pada hari trompet ditiupkan, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan, Dan langit dibuka, dan menjadi pintu-pintu, Dan gunung-gunung diperjalankan, dan menjadi fatamorgana. (78:18,19,20) Surah AN-NABA' (Berita) ayat 18,19,20

Kecik jer matahari kalau dibandingkan dengan yang lain!

Takder satu pun nama malaikat Israfil dalam firmannya? Cuba baca balik semua firman diatas. Errmmph...Kalau Allah tak beri nama, pasti manusia yang beri. Saper ek?

Aku suka baca artikel (klik) sebab banyak kebenaran dan info yang aku tak dapat dari Ulamak Dunia, penulisnya juga lebih telus dan menulis tanpa mengharapkan sebarang bayaran dari manusia lain atau kerajaan. Beliau juga tidak seperti para mufti, ulamak, pak imam atau usetat yang masih mengharapkan gaji, elaun, duit ceramah, atau pencen setiap bulan mahupun pengiktirafan dari manusia atau universiti serta terbabit dalam politik.

Aku mengalu-alukan pihak yang alkononnya arif dalam bab agama, bolehkan anda meletakkan jawatan anda sekarang dan buangkanlah segala pangkat atau pingat yang ada, sampaikanlah ayatNYA waima yang pahit sekalipun demi menegakkan kebenaran! Dijamin korang tak berani punya sebab saper nak kasi anak bini makan kan? Jadi, tak payahlah nak gebang besar sangat atau salah guna kuasa selagi  tak yakin sepenuhnya bahawa rezeki ditangan tuhan dan bukannya ditangan manusia.

Pergilah meniaga barulah tak terikat dengan sesiapapun. Mana boleh jual ayatNYA dengan harga yang murah!

Selagi kita disuap selagi itu kita tidak merdeka.

Soal agama janganlah sesekali dipaksa atau menggunakan kekerasan sebab yang beri hidayat hanya DIA. Apa saja dalam dunia ini yang menggunakan kekerasan akan menghasilkan 'KEBENCIAN' dan 'DENDAM'!

Tugas kita hanya menyampaikan saja. Lagipun kita ni banyak sangat dosa yang merapu samaada yang nampak atau tidak. Dengan anak bini sendiri pun kita gagal nak sekolah  apatah lagi dengan orang ramai.

Bila dah tak ada kuasa nanti dan dah nak mampus barulah nampak kebenaran dan menyesal. Dah terlambat bro...

Aku pencinta ayatNYA seperti juga Tun Mahathir (klik). Bila seseorang itu sedang bercinta, cakaplah apapun kita memang tak nak dengar punya.

Aku tak cintakan hadis ciptaan manusia atau Bible atau si Midah anak makcik Bedah! Kalau korang nak bercinta dengan sesiapapun..ADA AKU KESAH


Tetapi, aku juga PENCINTA WANITA namun aku bukan buaya...hu hu

Wednesday, August 10, 2011

Allah suka orang yang bersih

Allah suka orang yang bersih

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 222

Kalau setakat bf atau gf suka kat kita, paling kuat pun dpt kesenangan sementara sajer. Tapi Kalau tuhan suka kat kita, macam2 kita ble dpt!

Apalagi! rajin2lah mandi dan gosok gigi agar diri kita sentiasa harum.

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Monday, August 8, 2011

Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia

Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia

(Gambar Hiasan)
...syaitan-syaitan daripada manusia dan jin...

Musuh Bagi Tiap-Tiap Nabi
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 112

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan."

(Gambar Hiasan)

Musuh Bagi Manusia
Surah FATHIR (Pemula) ayat 6 & Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 208

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala."

"musuh yang nyata bagi kamu"

16 perbuatan syaitan yang terdapat dalam Quran

(Gambar Hiasan)

1. CADANGAN JAHAT
(Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 97)

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan

(Gambar Hiasan)

2. Menyucuk Orang Tidak Percaya
Surah MARIAM ayat 83

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah) untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?"


(Gambar Hiasan)

3. Menyuruh Pada Kesumbangan Dan Mungkar
Surah AN-NUR (Cahaya) ayat 21

"sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh pada kesumbangan dan mungkar,"

(Gambar Hiasan)
4. Menyebabkan Permusuhan Dan Kebencian
Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 91


"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi."

(Gambar Hiasan)

5. Menghasut Dan Memanjangkan Angan-Angan
Surah MUHAMMAD ayat 25

"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka."

(Gambar Hiasan)

6. Provokasi
Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 200 dan Surah BANI ISRAIL ayat 53

"Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui."

(Gambar Hiasan)

7. Makanan Dan Minuman
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 168 dan Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 90

"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."


(Gambar Hiasan)

8. Riba
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 275

"Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan,"

(Gambar Hiasan)

9. Pembicaraan Rahsia
Surah AL-MUJADILAH (Yang Berdebat) ayat 10

"Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal)."

(Gambar Hiasan)

10. Mengubah Ciptaan Allah
Surah AN-NISA'(Perempuan) ayat 119


"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah,"



(Gambar Hiasan)

11. Mengajar Sihir
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 102

"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir,"


(Gambar Hiasan)

12. Peperangan
Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 155

"Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan,"


Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 175

"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin."

Surah AL-ANFAL (Rampasan Perang) ayat 48

"Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, 'Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.' Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, 'Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.'"

(Gambar Hiasan)

13. Janji
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 268

"Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (dalam memberi nafkah), dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."

Surah AN-NISA' (Perempuan) ayat 120

"Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan."

Surah IBRAHIM ayat 22.


"Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku.'


(Gambar Hiasan)

14. Nampak Indah
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 43

"Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat."


Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 63


"Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih."

(Gambar Hiasan)

15. Sangka Dapat Petunjuk
Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 30

"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."


Surah AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) ayat 36-37


"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."

(Gambar Hiasan)

16. Lupa
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 68

"Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim."


(Gambar Hiasan)
Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 97-98)

"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Saturday, August 6, 2011

Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni...?

Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu?
Ye Ke Ni...?


(Gambar Hiasan)
Secara logik akal, beberapa banyak batu yang diperlukan untuk mengumpul selama 23 tahun kesemua ayat-ayat Quran?

(Gambar Hiasan)
Kononnya juga , sebelum Quran dibukukan ianya dicatat di pelepah pohon tamar. Sampai bila kita harus menelan semua maklumat tanpa dikaji kebenarannya?

Benarkah satu ketika dulu sebelum Quran (klik) dibukukan ianya dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Bayangkan orang-orang pergi ke hulu ke hilir membawa pelepah-pelepah dan batu-batu besar supaya ayat-ayat al-Qur'an dapat dibaca untuk diri sendiri atau orang-orang lain! Adakah ini masuk akal?

Gambar Hiasan

Dari awal al-Qur'an, Tuhan menyatakan ia sebuah kitab (buku). Himpunan pelepah atau batu tidak dipanggil kitab atau buku.

"Sekiranya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka menyentuhnya dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang yang tidak percaya akan berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 7

Kertas mula dicipta pada kira-kira tahun 3000SM (klik), sementara kertas (bukan papyrus) pada TM105 di negeri Cina (klik). Mungkinkah selepas 3600 tahun atau 500 tahun (klik) dicipta ia tidak sampai di Mekah? Walhal Mekah adalah tempat kunjungan penting terutama bagi para pedagang pada masa al-Qur'an diturunkan.

Manuskrip Quran Abad ke 9

Kertas sudah digunakan semasa al-Qur'an diturunkan. Buktinya terdapat pada al-Qur'an sendiri di dalam ayat-ayat berikut:

"Mereka tidak mempertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, 'Allah tidak menurunkan sesuatu kepada mana-mana manusia.' Katakanlah, 'Siapakah yang menurunkan Kitab yang Musa mendatangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu meletakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan menyembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu.' Katakanlah, 'Allah.' Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan penerjunan mereka." Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 91

Ayat diatas dinyatakan bahawa Kitab Nabi Musa pun sudah ditulis pada kertas oleh manusia. Mengapa cerita penulisan ayat-ayat al-Qur'an di pelepah dan batu direka dan dimasukkan ke dalam sejarah Islam? Kami tidak nampak sebab lain kecuali supaya manusia ragu-ragu terhadap kandungan al-Qur'an. Keraguan juga telah ditunjukkan oleh orang-orang yang mengaku Islam

Quran Scroll (klik)
Period - Qajar, dated 1236 H/1847 CE

"Dan sebuah Kitab yang tertulis,
Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka," Surah ATH-THUR (Gunung) ayat 2-3

Qarmathian Quran (klik)
Period - Seljuq, 12th century CE

Blue Quran - (klik)
Period - 9th-10th century CE

Fragment From Juz 30 Of The Quran (klik)
Period - Seljuq, 11th century CE

Qur'An Folio In Gold Kufic Script (klik)
Period - 9th-10th century CE

Prayer Amulet (klik)
Period - Fatimid, 11th century CE

Quran Folio In Kufic Script (klik)
Period - 10th century CE

Quran On Two Pages (klik)

Minda yang dikurniakan TUHAN yang menjadikan manusia begitu istimewa berbeza dengan haiwan. Marilah kita berfikir sejenak, gunalah minda yang dikurniakan oleh Allah sebagaimana diperintahkan olehNYA supaya berfikir dan menggunakan minda

Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang yang mempunyai minda
Surah AL-MUKMIN (Orang Yang Mukmin)
ayat 54

Beranilah Berfikir Menggunakan Minda!


Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Friday, August 5, 2011

Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Semula

Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut!
Sila Kira Semula...


"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185)

Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian -

syaitan-syaitan daripada jin (Gambar Ilusi)

Syaitan-syaitan daripada manusia (Gambar ilusi)

"syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).


Sementara menunggu waktu berbuka atau bersahur, sila kira semula. Berpuluh tahun kena tipu!

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah kalkulator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.

Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:

Surah:

1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684

11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582

21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20

-----------------------------------------------------------

Jumlah besar = 6,236 ayat


Gambar Ilusi (Mitos 666) (klik)

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.

Permulaan Surah At-Taubah tidak terdapat "Bismillah"

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah) (klik), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Saya mencabar anda semua untuk mengira semula? Takkan nak kira benda sekecik ni pun nak kena rujuk pada ustaz atau ulamak? Sendiri kiralah..Dah habis kira baru tunjuk pada mereka. Apa dia orang punya komen plak!

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi

'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi

AMIN: Kajian Lanjut

Pengucapan amin sudah menjadi sebahagian yang tidak terpisahkan dari keseharian umat Islam. Setelah membaca surat al-Fatihah menyebut amin, setiap kali selesai berdoa menyebut amin, kalau ada seseorang yang mendoakan pun oleh yang didoakan disahut dengan kata amin.
Pengucapan amin di dalam tradisi Islam didasarkan pada sebuah hadits yang berasal dari Abu Hurairah (klik) (klik).

Hadits tersebut menyuruh umat Islam agar mengucapkan amin begitu imam shalat selesai membaca surat al-Fatihah. Ada yang mengatakan, sahutan amin-nya yang beriringan dengan sahutan amin malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu akan dihapuskan.

Amin selepas Fatihah



Perintah untuk menyebut amin di akhir doa tidak ditemukan di dalam al-Qur’an. Alih-alih menyebut amin. Kitab yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu memaparkan kepada kita sebuah penutup doa para ahli surga. Penutup doa mereka yang telah berada di dalam keridhaan Allah itu adalah Alhamdulillahirabbil ‘aalamiin.

“…Dan akhir seruan mereka: ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semesta alam’.” (10:10)

Begitu pula dengan ucapan para malaikat, tidak ada keterangan al-Qur’an yang mengesahkan bahwa para malaikat mengucapkan amin. Kalimat yang diucapkan oleh para malaikat di sisi Allah tidak lain dari Alhamdulillahirabbil‘aalamiin juga.

”Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy dengan melafaz sanjungan Rabb mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan,’Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam’.” (39:75)

Menilik tradisi agama-agama yang sudah lebih dahulu ada, sahutan amin/amen yang diajarkan oleh Abu Hurairah ini menemukan sumbernya di dalam Bible.

Hallelujah Amen - Christian Song



Lalu Ezra memuji TUHAN, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan:“Amin, amin!”, … (Neh. 8:7) (klik)

Bila anda pernah mendengar sahutan amen/amin dalam acara kebaktian gereja dan lalu membandingkannya dengan sahutan amin dalam shalat berjamaah, memang terasa kesamaan gaya sahutannya. Kata amin/amen (klik) disuarakan dengan nada yang khas secara serentak sehingga menimbulkan gema yang cukup dalam dan panjang.

Catholic Encyclopedia vol. 1 1907 menyebutkan bahwa kata amen/amin sebagaimana yang digunakan pada acara kebaktian di gereja adalah berasal dari bahasa Ibrani (Yahudi).

“The word Amen is one of a small number of Hebrew words which have been imported unchanged into the liturgy of the Church ... 'So frequent was this Hebrew word in the mouth of Our Saviour', observes the catechism of the Council of Trent, "that it pleased the Holy Ghost to have it perpetuated in the Church of God.”

Amen, atau oleh orang Arab dan Melayu disebut amin, secara harfiah bererti "dipercayai". Dalam penggunaannya kemudian, kata amen / amin digunakan untuk mengekspresikan harapan terkabulnya permintaan. Ekspresi tersebut sama dengan ungkapan "mudah-mudahan".
Dengan berpandukan pada makna ungkapan amen / amin yang lebih kurang diertikan "mudah-mudahan", umat Islam tidak merasa ada masalah untuk mengucapkannya walaupun ia tidak diajar di dalam al-Quran.

Berhubung sebutan amen / amin yang tidak pernah diajarkan Allah ini biasa digunakan di dalam solat mahupun doa, maka saya mengajak anda untuk bersikap lebih kritis dan berhati-hati dalam persoalan ini. Benarkah amen / amin hanya sebuah ungkapan yang bererti mudah-mudahan?

Bila kita memeriksa Bible, maka akan kita ketemukan bahawa sesungguhnya amen / amin bukanlah sekadar sebuah ungkapan. Amen / amin adalah sebuah nama!
"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah" (Why. 3:14) (klik)

Salah satu anggapan yang popular di kalangan umat Kristian, disedari atau tidak, juga dengan jelas telah melayan amen / amin sebagai sebuah nama.

"We ask this in Thy Name, Amen"
"We praise Thy Name, Amen"
"We ask this in the Name which is above every Name, Amen"
"Praise the Lord" - with the communal response: Amen " (klik)

Nama amen / amin sebagaimana yang digemakan oleh umat Islam, Kristian, dan Yahudi di masjid-masjid, gereja-gereja, dan sinagog-sinagog sinonim dengan ungkapan Aum (dibaca: Om) yang digunakan oleh umat Hindu dan Buddha di dalam doa dan ibadat mereka.

Amen & Israel - Where does these words come from? EXPOSED



Di dalam Maitri Upanishad (klik) (klik) (klik) dikatakan bahawa Aum adalah suara pertama di alam semesta. Pernyataan di dalam Maitri Upanishad tersebut selaras dengan pasal Bible yang mengatakan bahawa yang pertama ada adalah "kata".

"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah." (Yoh. 1:1) (klik)

Pada terjemahan Bible berbahasa Inggeris versi King James, frasa "pada mulanya adalah Firman" pada pasal di atas berbunyi "In the beginning was the Word". Pada mulanya adalah kata.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Bible bab Wahyu pasal 3:14, "kata" yang didakwa sebagai permulaan ciptaan Tuhan bahkan sebagai Tuhan itu sendiri adalah amen / amin / aum.
Kita sudah mengetahui bahawa amen / amin / aum adalah sebuah nama. Tapi, nama siapa?
Columbia Encyclopedia, 6th Edition 2001 memaklumkan bahawa Amen adalah salah satu trinitas dewa berhala bangsa Mesir kuno. Amen sempat menjadi dewa yang paling berkuasa di Mesir dan kedudukannya diidentitikan sebagai dewa Zeus bangsa Yunani.

"Amun or Amen, Egyptian deity. He was originally the chief god of Thebes; he and his wife Mut and their son Khensu were the divine Theban triad of deities. Amon grew increasingly important in Egypt, and eventually he (identified as Amon Ra; see Ra) became the supreme deity. He was identified with the Greek Zeus (the Roman Jupiter).
Amon 's most celebrated shrine was at Siwa in the Libyan desert; the oracle of Siva later rivaled those of Delphi and Dodona. He is frequently represented as a ram or as a human with a ram 's head. "

Proses penyerapan nama berhala Mesir purba ke dalam bahasa Ibrani (Yahudi) tentunya berlangsung ketika bangsa Yahudi menjadi budak raja-raja Mesir pada era dinasti ke XVIII dan dinasti ke XIX "Kerajaan Baru" sekitar tahun 1570 SM sampai dengan 1225 SM. Pada tempoh itu dewa utama bangsa Mesir adalah Amen, yang kemudian seiring dengan pengaruhnya yang semakin besar digelar sebagai dewa matahari ("Ra").

AMEN in islam christianity and judaism



Merujuk kepada al-Quran, kita mengetahui bahawa raja-raja Mesir (para Firaun) memang menanamkan keyakinan bahawa diri mereka adalah Tuhan. Tidak menghairankan kalau kemudian kita mendapati adanya usaha untuk meletakkan amen / amin / aum ini sebagai entiti "Tuhan" dengan misalnya menganggap bahawa ia adalah awal mula segala sesuatu.

"Dan Firaun berkata, 'Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu mempunyai Tuhan selain dari aku'!" (28:38)

Meskipun pada akhirnya kaum Yahudi dibebaskan di bawah pimpinan Nabi Musa, kecenderungan mereka pada patung berhala masih sangat kental. Kecenderungan tersebut menjelaskan mengapa nama berhala Mesir masih tetap lekat pada lidah mereka.

"Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka punyai. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka punyai." Berkatalah dia (Musa), 'Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh'. "(7:138)

"Catholic Encyclopedia vol. 1 1907 "yang tadi telah kita kutip menghuraikan pula kaitan antara kata amen / amin yang biasa dilaungkan oleh umat Islam, Kristian, dan Yahudi, dengan mantra-mantra magis bangsa Mesir. Tentunya ini bukan semata kebetulan.

"Finally, we may note that the word Amen occurs not infrequently in early Christian inscriptions, and that it was often introduced into anathemas and Gnostic spells. Moreover, as the Greek letters which form Amen according to their numerical values total 99 (alpha = 1, mu = 40, epsilon = 8, nu = 50), this number often appears in inscriptions, especially of Egyptian origin, and a sort of magical efficacy seems to have been attributed to this symbol. It should be mentioned that the word Amen is still employed in the ritual both of Jews and Mohammedans. "
Aum (dibaca: Om) secara am juga dikenali sebagai sebuah mantra agung yang digemakan berulang-ulang dalam laku spiritual.

"Let him recite the Gayatri Mantra prefixed with the mystic syllable Om, the mother of all the Vedic mantras" (Garuda Purana)

Mereka yang menolak adanya kaitan antara ucapan amen / amin dengan Amen si dewa berhala beralasan bahawa secara semantik ucapan amen / amin mempunyai erti tersendiri iaitu "dipercayai".

Tambahan lagi, mereka mendakwa tidak pernah punya 'nawaitu' untuk menyeru patung batu yang berdiri di kuil Karnak Mesir tersebut dalam doa dan ibadahnya.

Kali ini saya mengajak anda meneliti ayat-ayat al-Quran yang menghuraikan tentang "sesuatu yang diseru selain Allah", dan kemudian membandingkannya dengan hipotesis yang menyatakan bahawa seruan amen / amin ditujukan kepada berhala.

Pertama, sesuatu yang diseru selain Allah itu tidak akan pernah membalas.

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru selain dari Allah, yang tidak akan menyahutinya hingga Hari Kiamat ..." (46:5)

Ke dua, mereka yang menyeru kepada sesuatu selain Allah itu tidak menyedari apa yang sesungguhnya mereka sembah.

"... Dan mereka, lalai pada seruan mereka?" (QS 46:5)

Ke tiga, sesuatu yang diseru selain Allah itu berkemungkinan diseru dan nama Allah.

"Dan janganlah menyeru tuhan yang lain berserta Allah, tidak ada Tuhan selain Dia ..." (28:88)
Ke empat, sesuatu yang diseru selain Allah itu berkemungkinan diseru pula di masjid-masjid. "Bahawasanya masjid-masjid adalah kepunyaan Allah, maka janganlah menyeru kepada selain Allah di dalamnya" (QS 72:18)


Kata-kata "menyeru / seruan" pada redaksional ayat-ayat di atas adalah terjemahan dari kata bahasa Arab "tad'u / yad'u" yang masih satu akar dengan kata doa. Terjemahan tersebut lebih tepat berbanding dengan kata "menyembah" sebagaimana yang umumnya kita temui pada terjemahan al-Quran bahasa Indonesia.

PAGAN BIBLE NAMES: Amen



Sekarang anda perhatikan empat kenyataan mengenai "sesuatu yang diseru selain Allah" di atas satu persatu. Kesemuanya sesuai dengan amalan penyebutan amen / amin dalam kehidupan sehari-hari.

(1) Patung amen / amin tidak akan pernah membalas orang-orang yang siang malam memanggilinya;
(2) orang-orang yang memanggil amen / amin tidak sedar kalau yang mereka sembah itu adalah sebuah patung batu;
(3) amen / amin diseru dan nama Allah (Allah di awal doa, amen / amin di akhir doa);
(4) amen / amin diseru pula di dalam masjid-masjid secara teratur setiap hari.

Adanya makna kamus "dipercayai / mudah-mudahan" untuk kata amen / amin ternyata tidak melemahkan hipotesis bahawa seruan amen / amin adalah ditujukan kepada berhala. Malahan kewujudan makna kamus tersebut menjadi salah satu faktor yang melalaikan para penyeru amen / amin dari menyedari apa yang sesungguhnya mereka sembah.
Malangnya, ketiadaan niat tidak dapat menjadi perisai kebenaran di hadapan Allah. Sila baca kembali surat 46:5 di atas, Allah tetap melabel "sesat" walaupun si penyeru tidak menyedari (lalai) terhadap seruannya.

Konsekuensi Musyrik
Apakah selepas ini anda masih akan terus bertekun dengan seruan amen / amin atau tidak adalah sepenuhnya pilihan anda. Namun saya hanya ingin mengingatkan bahawa menyeru sesuatu selain Allah akan menjatuhkan pelakunya kepada kemusyrikan. Sebuah dosa yang
tidak akan diampuni oleh Allah.

"Katakanlah, 'Adakah kamu memikirkan sekutu-sekutu yang kamu seru selain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka ciptakan di bumi, atau adakah untuk mereka satu sekutu di langit ?'..." (QS 35:40)

Tidak saja di dalam al-Quran, Bible juga mengingatkan hal yang sama untuk menjadi kepedulian bagi umat Kristian yang ingin memurnikan ketaatannya kepada Allah.

Dalam segala hal yang Kufirmankan kepada haruslah kamu berawas-awas; nama allah lain janganlah kamu panggil, janganlah nama itu kedengaran dari mulutmu. (Kel. 23:13) (klik)
Tersembunyi

Teks-teks peninggalan Mesir kuno menuliskan bahawa makna nama Amen diidentitikan dengan "tersembunyi" / "tidak kelihatan". Dalam anggapan pemujaan kepada dewa Amen dikatakan bahawa dia "tersembunyi dari anak-anaknya", dan "tersembunyi dari dewa-dewa dan manusia".
Rupanya tekad Amen untuk menobatkan dirinya sebagai "tuhan yang tersembunyi" cukup berhasil. Ribuan tahun umat dari agama-agama besar dunia memanggil-manggil namanya tanpa pernah mereka sedari. Amen dengan sangat rapi tersembunyi di balik lembaran-lembaran doktrin agama sebagaimana virus komputer membenam di dalam litar hard disk.

Tersanjunglah Allah yang telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan menjaganya dari segala bentuk penyimpangan. Mereka yang berpegang teguh kepada al-Quran akan terhindar dari menyeru amen / amin kerana hal demikian memang tidak pernah diajarkan di dalamnya.

Umat Islam yang menyeru amen / amin hanyalah mereka yang meninggalkan al-Quran dan menggantikannya dengan kitab hadis. Kitab yang tidak dikenali oleh Nabi Muhammad, mahupun oleh tujuh generasi awal umat Islam.

"... Dan akhir seruan mereka: 'Segala puji bagi Allah, Pemelihara semesta alam'." (QS 10:10)

SALAM .......
From: lanlen09 (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)