Tuesday, July 8, 2008

BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU

JANDA BAIK : Jika ada buku yang paling sedikit dicetak dengan harga yang paling mahal senaskah, mungkin buku berjudul "99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu" yang telah siap, boleh mencatat rekod itu di Malaysia.

Buku karya Syed Abdullah Hussein Alattas setebal 1,066 muka surat itu yang memaparkan kajian selama empat tahun mengenai dunia paranormal di lingkungan masyarakat Melayu akan dicetak sebanyak 99 naskah sahaja.


Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan 'hadiah' dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.


"Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja," katanya dalam satu kenyataan akhbar.


Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.


Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.


Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.


Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.


Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.


Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.


Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.


Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.



99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.


Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.


Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: " Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu".


Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.


Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau emel zelmey@hotmail.com.


http://zelmey. blogspot. com

6 comments:

  1. Saya baru menulis artikel dalam blog saya tentang Jin, Syaitan dan Masyarakat Melayu.

    Mungkin Uncle boleh berkongsi sedikit buah fikiran.

    ReplyDelete
  2. w0w! great collection.berminat tapi tak mampu membeli.belum bekerja.huhu.g00dLuCk uncleseekers~!

    ReplyDelete
  3. A million dollar wonderful BOOK !!

    ReplyDelete
  4. Dunia paranormal sememangnya merupakan sebahagian daripada intipati kehidupan masyarakat Melayu sejak dari zaman dahulu kala lagi..berbagai versi cerita tentang kewujudan alam ini dan makhluk-makhluk yang menghiasi ceritanya.

    Melalui buku "99 Jelmaan Makhluk Halus Dengan Antropolgi Melayu" yang ditulis oleh Saudara Syed Abdullah Alattas ini,penceritaan tentang makhlus-makhlus halus ini dibuat di dalam bahasa yang amat mudah dan senang untuk difahami bagi saya.Tidak ramai penulis yang begitu mendalam penceritaannya tentang alam paranormal.Syed Abdullah berjaya menterjemah pengalaman dan kajiannya yang bertahun-tahun dan menyampaikannya kepada pembaca di dalam buku ini.Ketika kebanyakan lambakan buku-buku alam misteri dan paranormal hanya berkisar kepada kisah-kisah seram yang terjadi,Syed Abdullah pula mengupas rahsia di sebalik kejadian-kejadian paranormal yang berlaku.Maka,perbezaan buku beliau dan kebanyakan buku-buku misteri lain adalah sesuatu yang agak baru di Malaysia.

    Saya secara peribadi memang mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk halus yang sememangnya berkongsi dunia dengan kita manusia.Perkara ini adalah sesuatu yang logik kerana Allah SWT sendiri mengajarkan Rasulullah SAW agar membaca doa memohon perlindungan daripada syaitan di dalam ayat,

    "A'uzubillahi minassyaitan nirrajim" yang bermaksud,
    "AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM"

    Adalah sesuatu yang menarik dan baik sekali jika alam paranormal ini diberi kajian yang lebih mendalam dan dibukukan seperti apa yang telah dibuat oleh saudara Syed Abdullah Alattas.

    Tahniah!

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.