Wednesday, August 20, 2008

Pembongkaran Bomoh Palsu, Jenglot, Bigfoot, Santau, Jurus

Pembongkaran Bomoh Palsu, Jenglot, Bigfoot, Santau, Jurus


Kerana keberaniannya mencabar penipuan para bomoh palsu, Abdullah Hussien Alattas atau lebih dikenali Uncle Seekers terpaksa meringkuk didalam lokap Jalan Pudu lebih dari lapan jam kerana membongkar teknik-teknik bomoh palsu yang tidak diketahui oleh orang Melayu selama ini.

Melalui buku ini, ‘musuh nombor satu’ bomoh palsu mendedahkan beberapa teknik yang belum pernah didedahkan seperti teknik pembedahan batin, teknik telur berdarah, teknik tetak parang ditubuh tanpa luka, teknik mengeluarkan nombor ekor dari telur, pinggan dan sampul surat, teknik memijak kaca tanpa luka, teknik menghiris leher dengan pisau cukur tanpa kecederaan, teknik menjilat besi panas dengan lidah dan banyak lagi.

Penipuan Jenglot yang dianggap sebagai jelmaan hantu oleh masyarakat telah dibongkar oleh Uncle melalui kajian saintifik.

Jurus dan santau apakah benar-benar berlaku? Apakah Bigfoot benar-benar wujud? Buku Pembongkaran Bomoh palsu, Jenglot, Bigfoot, Santau, Jurus ini akan menjawab segala pentanyaan itu. Buku yang menelajangkan pembohongan para bomoh palsu pasti akan membuat mereka tidak senang duduk. Apakah Uncle dan buku ini akan disaman dan buku ini akan diharamkan? Anda adalah hakim, juri dan saksi dalam kes ini jika ada yang berani membawanya ke mahkamah sivil.
Penerbit

ISBN - 978-983-43559-3-7
Harga – RM9.99
Halaman – 170 mukasurat
Kertas – 70gm
Penulis - Abdullah Hussien Alattas (Uncle)
Terbitan - PSI Publisher (SA 0049591-M)
Pengedar Tunggal
Roket Kertas Distribution Sdn Bhd (670278-x)
Loket 2074, Lingkaran tengah 2,
Gombak tengah tambahan, km 10,
Gombak, Selangor.
Tel : 03-20213190
Faks : 03-61877041

No comments:

Post a Comment

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.