Sunday, July 5, 2009
Tak sekaya dulu
Tak sekaya dulu
Puteri Mardziyaton, pengasas produk Manja, terpaksa jual pesawat peribadi selepas bercerai.
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Shanika.abdullatib@kosmo.com.my
Satu ketika dulu, namanya berada dipuncak. Produk kesihatan wanita yang diasakannya bersama suami, Manja, hangat dipasaran.
Walaupun iklan radionya pada tahun 2000 menjadi kontroversi kononnya terselit perbualan lucah hingga diperkatakan wakil-wakil rakyat di Parlimen, itu sekadar menggambarkan popularity produk Manja.
“Bukan nak riak tapi melalui perniagaan ini saya mampu membeli sebuah pesawat ringan. Dengan pesawat peribadi itu saya memanjangkan langkah memasarkan produk,” ujar Puteri Mardziyaton Darus, 38.
Pesawat berharga jutaan ringgit itu digunakan Mardziyaton untuk urusan bisnes terutama jika perlu pergi ke Johor Bahru.
“Saya juga mempunyai empat orang pengawal peribadi ketika itu,” akui beliau yang berdarah kerabat diraja.
Namun langit tidak selalunya cerah. Harta itu juga yang menjadi sebab kejatuhan perniagaan malah punca penceeraiannya dengan bekas suami, Syed Abdullah Syed Hussien.
Menurut Mardziyaton, suaminya itu yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ‘menuntut supaya haknya di dalam syarikat Women Aspiration Sdn Bhd. diberikan kepadanya dalam tempoh seminggu dan jika tidak, akan jatuh talak’
Disebabkan gagal melaksanakan permintaan si suami, secara automatic mereka bercerai. Penceraian mereka disahkan oleh mahkamah pada tahun 2006.
Tiada rebut rumah tangga yang teruk dan tiada perselisihan faham sepanjang 10 tahun mereka hidup bersama. Itulah yang sangat dikesalkan Mardziyaton hingga sekarang.
“Sampai hari ini saya masih trauma dengan apa yang berlaku,” ungkap beliau yang menganggap waktu paling teruk ialah semasa Syed Abdullah tidak pulang kerumah selama sebulan sebelum mereka bercerai.
Selepas penceraian itu disahkan oleh mahkamah, kehidupan Mardziyaton bagai hilang arah. Selama enam bulan beliau meginap di hotel kerana tidak sanggup pulang ke rumah.
“Rumah itu terlalu banyak kenangan. Semua itu membuatkan saya amat tertekan,” katanya.
Berkahwin dengan pemburu hantu
TIDAK ramai yang tahu Uncle Seekers ialah suami Mardziyaton hinggalah mereka bercerai pada tahun 2006
Tumpuan Mardziyaton pada perniagaan turut terjejas dek masalah peribadi. Akibatnya, keuntungan syarikat semakin merosot sementara kilangnya terpaksa ditutup. Pesawat peribadi yang satu ketika amat dibanggakan, terpaksa dijual bagi menyelamatkan perniagaannya.
“Masa tengah krisis, banyak perncangan tergendala. Produk banyak yang tidak menepati permintaan. Disebabkan tidak mahu terbeban, saya ‘diamkan’ dahulu perniagaan itu atas nasihat keluarga.
“Sepanjang masa berdiam itu, saya tak bersemangat langsung. Justeru, waktu rehat yang panjang amat saya perlukan untuk menguatkan diri kembali,” katanya.
“Memang perit. Bukan saja perniagaan malah perkahwinan. Sudahlah begitu, difitnah, ditipu, kegagalan rumahtangga, dan jatuh bangun dalam perniagaan dating serentak dalam kehidupan saya sejak lima tahun lalu.
“Tapi saya sentiasa ingat semua ini sebagai ujian Allah dan itulah yang membuatkan saya kuat,” tambahnya.
Mardziyaton mengaku beliau tidak tersilap memilih Syed Abdullah sebagai suami tetapi berkata, penceraian itu mungkin satu kesilapan.
Beliau juga menolak andaian kegilaan suaminya terhadap dunia paranormal turut menjejaskan rumahtangganya.
“Saya ini penakut orangnya. Jangankan membaca buku-buku seram, nak mendengar cerita pun saya tak berani. Tapi memandangkan suami ketika itu amat minat, saya pejam mata sajalah,” katanya ketawa.
Sejak pertama kali Syed Abdullah memberitahu rancangannya untuk membuktikan kewujudan entity paranormal, Mardziyaton sudah berasa seram sejuk. Sebenarnya, kata Mardziyaton, beliau tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan seorang pemburu hantu.
Sejak pertama kali Syed Abdullah memberitahu rancangannya untuk membuktikan kewujudan entiti paranormal, Mardziyaton sudah berasa seram sejuk. Beliau tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan seorang pemburu hantu.
“Bila dia beritahu keiginan tersebut, saya anggap dia main-main. Tapi bila dia benar-benar lakukan, saya tak pula terkejut kerana dia memang seorang yang suka mencuba,” cerita beliau.
Mardziyaton pada mulanya agak ragu dengan kewujudan makhluk halus yang sering diceritakan oleh bekas suaminya seperti ada hantu di rumah-rumah tinggal yang mereka lewati.
Namun, peristiwa beliau diganggu hantu berambut panjang ketika bercuti di Genting Highlands mengubah sedikit persepsinya terhadap entity alam ghaib itu.
“Saya terbangun daripada tidur sekitar pukul 3 pagi kerana terasa rambut saya ditarik sesuatu. Bila saya pandang, rupa-rupanya ada satu lembaga berambut panjang,” imbau Mardziyaton yang ketika itu menjerit sekuat hati.
Peliknya, tambah beliau, Uncle Seekers yang tidur di sebelahnya tidak sedar langsung.
“Sebaik saja membaca ayat Kursi, makhluk itu terus hilang. Ketika itulah saya bergegas ke bilik anak disebelah kerana takut dia diganggu. Pada masa itu, sekali lagi saya menjerit memanggil Uncle dan barulah dia sedar,” sambungnya.
Sejak itu, Mardziyaton percaya tentang kewujudan alam bunian dan jin. Namun, secara peribadi beliau berpendapat biarlah makhluk itu hidup di alam mereka sendiri. “Tak perlulah dicari atau dibuktikan kewujudan mereka,” katanya.
Dulu Manja kini Rindu
MARDZIYATON kini terpaksa bertatih semula dengan produk baru, Rindu
Kini, dengan kemunculan semula beliau dengan jenama baru – Rindu, Mardziyaton semakin rancak menerajui perniagaan dengan bantuan ahli keluarga terutama kakaknya, Puteri Mardzilinda.
Mula menembusi beberapa rangkaian pengeluar farmasi dan pasaraya, produk yang diberi nafas baru itu mula mendapat tempat dihati penggunanya sebelum ini.
“Memang perit untuk bertatih semula. Namun, saya percaya kerinduan pengguna setia produk Manja dulu akan membuatkan mereka mencari perawatan wanita itu kembali,” katanya yang kini memaksikan hidup demi anak tunggalnya, Syed Muhammad Syed Abdullah, 15. Paling menakjubkan, bekas suaminya masih meniup kata semangat agar terus Berjaya dalam bidang tersebut.
Cuma kata Mardziyaton: “Saya sekarang tidak sekaya dulu.”
Kosmo – 5-7-09
No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.