1. Kajian pertama Team PSI di rumah Safuan Abu Bakar dan Muzium Nurul Aala Collections pada hari Selasa, 9 Mei 2006 pukul 11.38 malam.
2. Kajian kedua Team PSI di pejabat Team PSI pada hari Isnin, 5 Jun 2006 pukul 11.54 malam.
3. Kajian ketiga Team PSI di Klinik Pakar Sakit Puan pada 6 Jun 2006
Ayien sedang berbincang dengan seorang Doktor Sakit Puan di klinik sekitar Damansara. (Doktor dan nama klinik terpaksa dirahsiakan atas permintaan beliau).
4. Kajian keempat Team PSI di Klinik Pakar Sinar X pada 7 Jun 2006.
5. Kajian kelima Team PSI di Muzium Nurul Aala Collections pada 11 Jun 2006 pukul 9.31 malam.
Sis memegang jenglot, Dzoul memegang paku Pontianak, Uncle memegang jenglot ular, Ayien memegang jenglot manakala Adeek memegang replika Langsuir bersama Safuan Abu Bakar di Muzium Nurul Aala Collections.
6. Kajian keenam Team PSI di Pusat Rawatan Putra, Sungai Buloh pada 28 Jun 2006.
7. Kajian ketujuh Team PSI di Klinik Pakar Sinar X pada 19 Jun 2006, pukul 4.49 petang.
Resit pembayaran
Ayien sedang menyediakan alas untuk meletakkan jenglot yang dipegang oleh Shirrie (anak Safuan Abu Bakar).
8. Kajian kelapan Team PSI di Muzium Nurul Aala Collections pada hari Isnin, 19 Jun 2006 dari pukul 6 petang sehingga 7.20 malam.
9. Kajian kesembilan Team PSI di Klinik Pakar Haiwan pada hari Rabu, 7 Jun 2006, pukul 6.45 petang.
10. Kajian kesepuluh Team PSI di Damansara Specialist Hospital pada hari Khamis, 29 Jun 2006, pukul 2:00 petang.
Menurut dari hasil sinar – x menunjukkan struktur spesis ini mempunyai beberapa bahagian yang mengalami keretakan tulang.
Terdapat lima kawasan struktur tulang yang mengalami keretakan seperti:
Bahagian lengan kiri
Bahagian tulang tangan.
Bahagian tulang belakang.
Bahagian kaki kanan.
Bahagian kaki kiri.
Bahagian lengan kiri.
Kelihatan pada sinar X didapati lengan kiri mengalami keretakan pada bahagian tulang hemurus tetapi tiada sebarang batang jarum diletakkan bagi memberi sokongan tulang yang mengalami keretakan menjadi lurus.
Bahagian penyambungan tulang tangan.
Kelihatan pada sinar X didapati tangan mengalami keretakan pada bahagian tulang karpus dan didapati bahagian itu hanya mempunyai satu tulang sahaja tidak sama seperti bahagian kiri tetapi terdapat sebatang jarum diletakkan pada bahagian kapus bagi membantu tulang yang mengalami keretakan menjadi lurus serta menggantikan bahagian tulang yang tiada.
Bahagian belakang.
Kelihatan pada sinar – x didapati belakang mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang dan terdapat dua batang jarum diletakan pada struktur tulang belakang dan dua batang jarum diletakan pada struktur tulang rusuk kiri dan kanan bagi menyokong tulang belakang menjadi lurus.
Bahagian kaki kanan.
Hasil sinar – x menunjukkan bahagian tulang kaki kanan mengalami keretakan dan hanya satu tulang sahaja kelihatan pada bahagian tulang kaki tibia atau fibula sebatang jarum diletakan pada bahagian tersebut bagi menyokong struktur kaki kanan menjadi lurus.
Bahagian kaki kiri.
Kelihatan pada sinar – x didapati kaki kanan mengalami keretakan pada bahagian penyambungan tulang femur(patela) dan tulang tibia,fibula dan terdapat sebatang jarum diletakan bagi membantu struktur tulang kaki menjadi lurus.dan hanya satu tulang sahaja yang terdapat bahagian antara tulang tibia atau tulang fibula.
Bahagian belakang.
Kelihatan pada sinar X didapati belakang mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang dan terdapat dua batang jarum diletakan pada struktur tulang belakang dan dua batang jarum diletakkan pada struktur tulang rusuk kiri dan kanan bagi menyokong tulang belakang menjadi lurus.
Bahagian kaki kanan.
Hasil sinar X menunjukkan bahagian tulang kaki kanan mengalami keretakan dan hanya satu tulang sahaja kelihatan pada bahagian tulang kaki tibia atau fibula. Sebatang jarum diletakkan pada bahagian tersebut bagi menyokong struktur kaki kanan menjadi lurus.
Bahagian kaki kiri.
Kelihatan pada sinar X didapati kaki kanan mengalami keretakan pada bahagian penyambungan tulang femur(patela) dan tulang tibia,fibula dan terdapat sebatang jarum diletakkan bagi membantu struktur tulang kaki menjadi lurus dan hanya satu tulang sahaja yang terdapat bahagian antara tulang tibia atau tulang fibula.
Dr Rozman Md Idrus
A.M. (Mal) MBBS (Mal), FRCS (Glasg), M.Ch.Orth. (Liverpool).
Consultant Orthopaedic & Trauma Surgeon Prolotherapist
Gigi replika langsuir
Jenis gigi yang ditanam pada replika tersebut selalu digunakan pada alat perhiasan seperti anak buah rantai.
Siti Nadhirah Mohd Zain Pengkaji Kanan Paranormal Team PSI mendapati bahawa rambut replika langsuir telah ditanam.
Hantu Tipu?
SELEPAS ratusan ribu peminat perkara-perkara mistik mengunjungi Pa-
meran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah sejak 4 Julai lalu, kini timbul dakwaan bahawa semua yang dipamerkan bukannya hantu.
Jenglot sebenarnya spesies haiwan bertulang.
Ikan duyung adalah replika, bukan tulen.
Rambut langsuir adalah palsu.
Bukan hantu tulen?
KUALA LUMPUR – Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM) akan membuat laporan polis men-dedahkan ‘penipuan’ pihak Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam jika Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda yang sedang berlangsung sekarang tidak dihentikan segera.
Tindakan tersebut ekoran dakwaan pasukan itu bahawa semua yang dipamerkan di muzium itu bukannya hantu sebaliknya haiwan, replika mahu pun objek-objek yang dimanupulasi termasuk diubah suai.
Objek-objek yang dipamerkan sejak 4 Julai lalu telah pun diujikaji oleh pihaknya termasuk menerusi pemeriksaan x-ray beberapa minggu sebelum kesemuanya dipamerkan.
Menurut Ketua PPSM, Syed Abdullah Al-Attas, sebagai contoh, jenglot yang dipamerkan di situ bukannya hantu tetapi sejenis makhluk kecil bertulang rusuk seperti binatang yang banyak di temui di Indonesia.
“Maklumat itu tak betul, kebanyakan apa yang dipamer tidak asli dan bukannya hantu, pihak muzium tidak jujur sebarkan maklumat tentang objek-objek yang dipamerkan.
menyebarkan maklumat tentang objek-objek yang dipamerkan.
“Kalau hantu mana boleh ada tulang, ikut definisi sebetulnya hantu hanya dalam bentuk jelmaan,” katanya sambil memberitahu salah satu jenglot yang dipamer telah dimasukkan beberapa batang jarum untuk menyokong struktur tulang yang telah patah.
Syed Abdullah yang datang sendiri ke pejabat KOSMO! semalam memberitahu, ekoran x-ray terhadap jenglot itu pada 7 dan 19 Jun lalu, doktor haiwan mengesahkan ia spesies monyet atau yang belum dikenalpasti.
Beliau menambah, selain itu, replika ular bertanduk dua dan langsuir yang dipemerkan juga tidak asli. Katanya, kepala ular tersebut telah disambung dengan badan ular lain manakala dengan badan ular lain manakala rambut langsuir yang diawet dan dikatakan semakin panjang itu ialah rambut palsu.
Tegas beliau lagi, dakwaan bahawa makhluk aneh yang di dalam botol hijau di situ adalah jin atau toyol juga tidak betul kerana ia jenglot berambut panjang yang dimasukkan melalui bawah botol yang telah dipecahkan.
Selain itu katanya, objek ikan duyung yang dipamerkan itu hanya replika. Ditanya apakah pihaknya telah meminta kebenaran muzium tersebut bagi mendapatkan bahan pameran itu untuk ujian, Syed Abdullah berkata:
“Kami kenal pemilik barang-barang aneh tersebut. Tiga minggu sebelum pameran kami berjumpa dengannya untuk minta kebenaran mengambil barang untuk diujikaji,” jelasnya.
Ditanya kenapa baru sekarang pihaknya mendedahkan perkara itu, beliau berkata:
“Kini kami dah kumpul semua bukti dan buat banyak kajian secara terperinci tentang hal ini.”
Sementara itu Syed Abdullah mengulangi gesaannya supaya pihak muzium menghentikan pemeran itu untuk sementara waktu dan memperbetulkan maklumat yang disediakan untuk pengunjung.
HANTU PALSU
Berikut adalah perbezaan maklumat di antara Muzium Sultan Alam Shah dan Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM) mengenai objek-objek yang dipertontonkan sempena Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di muzium itu sejak 4 Julai lalu.
1. JENGLOT
Dakwaan muzium: Jenglot mempunyai struktur DNA hampir sama dengan manusia, begitu juga tulang- tulangnya. Suhu badannya berubah-ubah bukti ia adalah hantu.
Siasatan PPSM: Ia bukan hantu tapi spesis monyet yang sudah mati. Pemeriksaan x-ray mendapati ia ada tulang dan struk- tur rangka mamalia. Sedangkan hantu adalah jelmaan yang tidak mem- punyai struktur tubuh sedemikian. Perubahan suhu badannya berlaku kerana terdapat jarum besi di dalamnya yang dipercayai menyokong tulang yang patah.
2. LANGSUIR
Dakwaan muzium: Jin menghisap darah manusia, berasal daripada perempuan mati bersalin.
Siasatan PPSM: Sekadar replika yang memakai rambut palsu.
3. IKAN DUYUNG
Dakwaan muzium: Duyung betina ditangkap di Jawa Tengah dua tahun lalu.
Siasatan PPSM: Ia sekadar replika.
4. ULAR BERTANDUK DUA
Dakwaan muzium: Ia jin sepanjang satu meter yang mempunyai rambut hitam yang panjang.
Siasatan PPSM: Kepala palsu yang dicantum dengan ular lain.
5. JIN DALAM BOTOL DIIKAT KAIN HITAM
Dakwaan muzium: Jin diawet teliti agar bentuk badannya kekal dan tidak terusik. Kedua-dua tangannya menyilang antara satu sama lain di bahagian dada.
Siasatan PPSM: Ia sebenarnya jenglot berambut panjang yang dimasukkan dari belakang botol kaca yang sudah dipecahkan terlebih dahulu.
6. TOYOL
Dakwaan muzium: Seakan-akan bayi, anggota badan sempurna seperti tangan, kaki, dua pasang mata, telinga dan hidung. Taringnya kelihatan jelas sekali.
Siasatan PPSM: Ia sekadar replika.
7. JIN SETINGGI LENGAN MANUSIA.
Dakwaan muzium: Jin ini pernah meniduri seorang perempuan sebelum ditangkap. Walaupun nampak macam manusia, namun mukanya mirip bentuk harimau, sementara dadanya tidak berisi.
Siasatan PPSM: Ia palsu, sekadar replika.
Muzium Sultan Alam Shah nafi dakwaan PPSM
KUALA LUMPUR – Lembaga Muzium Selangor mempertahankan bahawa semua objek yang dipertonton kepada orang ramai di Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam sejak 4 Julai lalu adalah tulen.
Pemangku Pengarahnya, Mohd Lotfi Nazar memberitahu, pihaknya mendapat pandangan banyak pihak bagi mengesahkan hal tersebut.
“Kami minta pandangan dukun dan Pawang Diraja, mereka pun percaya barang-barang itu betul, ” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas dakwaan Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM) bahawa kebanyakan objek pameran itu bukan hantu malah ada sesetengahnya sekadar replika.
Mohd Lotfi memberitahu, mana-mana pihak yang mencurigai kesahihan objek pameran di situ boleh berjumpa dan bertanya sendiri kepada pemilik barang tersebut.
“Kalau nak tahu kebenaran, tanya pemilik barang tersebut,” tegasnya.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya enggan melayan PPSM yang membuat pendedahan sebegini.
“Siapa mereka nak cakap begitu. Adakah mereka badan yang dilantik kerajaan untuk buat kajian berhubung hal ini. Kami tak akan layan orang macam itu,” tegasnya.
Tunjuk bukti saintifik ia hantu betul - Seekers
Kuala Lumpur-Pasukan Paranormal Malaysia (PPSM) mencabar pihak Muzium Sultan Alam Shah menunjukkan bukti sendiri bagi mengesahkan bahan pameran di situ adalah hantu dan objek asli.
Ketua PPSM, Syed Abdullah Al-Attas berkata, ia satu-satunya cara pihak muzium dapat meyakinkan umum dan bukan sekadar bergantung pada pandangan dukun dan pawang diraja.
“Bukti yang kita mahu ialah kajian saintifik”, katanya ketika mengulas kenyataan Pemangku Pengarah Muzium Sultan Shah Alam.Mohd Lofti Nazar semalam yang mengatakan semua semua bahan pameran itu tulen setelah disahkan oleh dukun dan pawang diraja.
Selain itu Syed Abdullah kesal dengan kenyataan pihak muzium tersebut yang mempertikaikan kewujudan PPSM.
Beliau mengakui pihaknya memang tidak pernah dilantik oleh kerajaan untuk membuat kajian berhubung hal tersebut.
“Tapi kami pernah dilantik oleh pihak muzium (itu) sendiri menjadi ahli jawatankuasa program pameran tersebut sebelum ini.
“Disebabkan kami pernah terlibat, tak salah kami mengkaji bahan-bahan tersebut dan kami ada bukti mengatakan bahan di situ bukan hantu dan tidak asli,”tegasnya.
Muzium Kena Minta Maaf
KUALA LUMPUR - Pihak Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam sepatutnya meminta maaf kepada ratusan ribu pengunjung Pameran Jin, Hantu dan Keranda yang diadakan sejak 4 Julai lalu.
Ini kerana kenyataan pihak muzium itu disifatkan tidak benar menerusi dakwaan objek-objek yang dipertonton sebagai hantu sedangkan ia hanya replika.
Ketua Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah AlAttas berkata, jika pihak muzium tidak membuat permohonan maaf itu, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan polis.
"Mereka (pihak muzium) tidak boleh mempertikaikan kewibawaan PPSM kerana kami yang buat kajian terhadap objek itu sebelum ini dan mendapati semua itu palsu.
"Perbincangan dalam mesyuarat antara kami dan muzium untuk pengesahan juga kami tahu, jadi saya bukan reka cerita," jelasnya.
Menurut Syed Abdullah, sehingga semalam pihaknya belum dihubungi oleh muzium itu atau pemilik objek berkenaan untuk memberikan penjelasan.
Beliau juga pernah mencadangkan pihak muzium melakukan ujian asid deoksiribonukliek (DNA) ke atas objek-objek pameran sebelum ditayang kepada umum.
Bos Seekers letak jawatan jika hantu hidup
Kerja Sihir Hidupkan Jin
KUALA LUMPUR - Cubaan seorang pemilik hantu dan jin mahu menghidupkan makhluk-makhluk dalam Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam dianggap perbuatan khurafat.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid ketika dihubungi semalam berkata:
"Saya percaya manusia tidak mampu hidupkan jin dan syaitan. Kalau ada pun, ia cuma sihir yang menipu mata kasar manusia biasa."
Beliau mengulas hasrat pemilik objek-objek yang dipertontonkan pasa Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda itu semalam.
Pemilik berkenaan dilaporkan ingin membuktikan bahawa semua objek yang sedang di pamerkan itu bukan replika dan akan cuba menghidupkannya dalam tempoh tiga minggu.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa ahli agama cepat melatah mengenai isu ini, Tamyes menjelaskan, bukti agama menunjukkan ketidakmampuan kuasa manusia untuk menghidup atau mematikan jin.
"Kami bukan melatah, tapi sudah jelas manusia tiada kuasa itu dan mereka tidak boleh atasi kuasa Allah," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pasukan Paranormal Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas akan meletak jawatan jika jasad hantu itu dapat dihidupkan.
Beliau ketika dihubungi memberitahu, jika perkara yang sebaliknya berlaku, pihak Muzium Sultan Alam Shah dan pemilik objek-objek yang dipertonton sebagai hantu itu wajar memulangkan duit bayaran tiket semua pengunjung yang datang.
Syed Abdullah turut berkata: "Jika dakwaannya objek itu ada bau, ia sebenarnya tidak betul kerana bau wangi itu adalah kemenyan dan yang busuk pula bahan pengawet."
Mengenai dakwaan ada kes 18 pengunjung yang telah dirasuk semasa melawat pameran itu, Syed Abdullah berpendapat, ia berlaku kepada orang yang lemah semangat.
bahawa semua objek yang sedang dipamerkan itu bukan replika dan akan cuba menghidupkannya dalam tempoh tiga minggu.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa ahli agama cepat melatah mengenai isu ini, Tamyes menjelaskan, bukti agama menunjukkan ketidakmampuan kuasa manusia untuk menghidup atau mematikan jin.
"Kami bukan melatah, tapi sudah jelas manusia tiada kuasa itu dan mereka tidak boleh mengatasi kuasa Allah," katanya
Dalam pada itu, Ketua Pasukan Paranormal Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas akan meletak jawatan jika jasad hantu itu dapat dihidupkan.
Beliau ketika dihubungi memberitahu, jika perkara yang sebaliknya berlaku, pihak Muzium Sultan Alam Shah dan pemilik objek-objek yang dipertonton sebagai hantu itu wajar memulangkan duit bayaran tiket semua pengunjung yang datang.
Syed Abdullah turut berkata: "Jika dakwaannya objek itu ada bau, ia sebenarnya tidak betul kerana bau wangi itu adalah kemenyan dan yang busuk pula bahan pengawet."
Mengenai dakwaan ada kes 18 pengunjung yang telah dirasuk semasa melawat pameran itu, Syed Abdullah berpendapat, ia berlaku kepada orang yang lemah semangat.
11. Kajian kesebelas Team PSI di Klinik Mediviron, Kepong pada 13 Ogos 2006.
Pasangan Jenglot spesies binatang - Seekers
KUALA LUMPUR – Sepasang jenglot yang menjadi tarikan utama pada Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) di sini didakwa bukan hantu, tetapi spesies binatang.
Ketua Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas berkata, pasangan makhluk aneh itu mempunyai sifat-sifat seperti spesies binatang.
Rumusan itu dibuat PPSM setelah pasangan jenglot itu dibawa ke sebuah klinik swasta di Kepong untuk dibuat ujian sinar X (X-ray) semalam.
“Melalui ujian tersebut jelas menunjukkan pasangan jenglot terbabit mempunyai tulang rusuk dan tulang belakang menyerupai tulang binatang,” katanya kepada KOSMO! Semalam.
Hasil ujian sinar X itu turut mendapati beberapa bilah jarum kecil terdapat di depan badan kedua-dua badan pasangan jenglot itu bagi tujuan menyokong struktur tulangnya yang mudah patah.
“Kami dapati adanya imej jarum di tengkorak kepala, lengan dan kakinya,” jelasnya.
Bagaimanapun, Syed Abdullah mengakui pihaknya kini belum dapat memastikan sama ada pasangan jenglot itu adalah replika atau asli.
“Ini kerana untuk memastikan hal tersebut, pihak kami harus membuat ujian DNA secepat mungkin,” ujarnya.
Sementara itu, seorang doktor di Klinik Mediviron, Kepong, Dr. G. Raj memberitahu, berdasarkan ujian sinar X yang dibuatnya, struktur tulang jenglot terbabit tidak mungkin direka.
“Tak mungkin orang dapat reka struktur tulang sebegitu, I nampak asli dan seakan-akan sama seperti tulang binatang,” jelasnya.
Bagaimanapun, dia bersetuju dengan pendapat PPSM bahawa jenglot terbabit bukan hantu, tetapi spesies binatang.
“Ini kerana hantu tak boleh dilihat, tapi benda ini boleh dilihat. Ia bukan hantulah,” katanya.
JABATAN KIMIA MALAYSIA
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
DEPARTMENT OF CHEMISTRY MALAYSIA
MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION

Ruj. Kami : JK(PJ) BF-S 303/3 (24)
Tarikh : 23 Ogos 2006
The Seekers Worldwide
No. 22, Jalan 1, Taman Tar,
68000 Ampang
Selangor
(u/p : En. Adrin Emman Abdul Malik)
Tuan,
Kajian DNA (deoxyribosenucleic acid) Terhadap Jenglot
Surat tuan Ruj:01/08/06/Ad bertarikh 17 Ogos 2006 adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami hanya menawarkan perkhidmatan DNA Forensik untuk penentuan identity manusia atau kesan cecair badan. Analisa DNA Forensik hanya dijalankan ke atas loci-loci tertentu sahaja.
3. Memandangkan Jenglot masih tidak tiketahui sama ada manusia atau haiwan, adalah dicadangkan supaya pihak tuan menghantar spesimen-spesimen Jenglot tersebut ke makmal yang mempunyai keupayaan membuat kajian penyelidikan yang lebih dalam seperti Genom Center di UKM atau Human Genom Center di USM.
4. Sekian, untuk makluman pihak tuan.
Jenglot tersebut ke makmal yang mempunyai keupayaan membuat kajian penyelidikan yang lebih dalam seperti Genom Center di UKM atau Human Genom Center di USM.
4. Sekian, untuk makluman pihak tuan.
Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(PRIMULAPATHI JAYA)
Ketua Seksyen Serologi/DNA
Bahagian Forensik
Jabatan Kimia Malaysia
b/p. Pengarah Bahagian Forensik
b/p. Ketua Pengarah Kimia
12. Sidang akhbar di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya pada 22 Ogos 2006.
ORIGINAL ARTICLE - Microscopical and molecular analysis of hair
Malaysian Journal of Medical Sciences, Vol. 16, No. 3, July - September 2009
ORIGINAL ARTICLE
Analysis of hair samples using microscopical and molecular techniques to ascertain claims of rare animal species
Zainuddin Zafarina, Sundararajulu PanneerchelvamForensic Science Programme, School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia Health Campus, Jln Raja Perempuan Zainab II, 16150 Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia.
Submitted: 10 Sept 2008
Accepted: 24 May 2009
Abstract
Background: An unidentified animal species named the Jenglot and claimed to be a rare living animal species was recently found in the deep jungle of Irian Jaya, Indonesia; brought to Kuala Lumpur, Malaysia by a businessman; and exhibited in a local museum. The owner of the Jenglot carcasses had made a request to perform DNA analysis on the Jenglot to ascertain its species.
Methods: Because the muscle appeared very dry and recovery of DNA was extremely difficult, we therefore used the animals’ hair for further analysis. Hair samples were collected from three different Jenglots that were different in colour and physical appearance. The samples were labelled as A, B, C and D, respectively.
Results: Microscopic characteristics indicated that all four hair samples were of human origin, with a medullary index less than 1/3 and pigment distribution towards the periphery. The scale pattern on the hair samples was of the imbricate type, adding certainty to the hypothesis of human origin. A dried root sheath was found in samples B and C, which was contrary to expectations since the sample collection method left a few cm of hair on the body of the Jenglots. Sample D had black dye granules over the cuticular surface. Sequencing of the mitochondrial DNA (mtDNA) hypervariable segment I (HVS-I) region showed polymorphisms at positions 16140, 16182C, 16183C, 16189, 16217 and 16274 and heteroplasmy at positions 16112, 16232 and 16251, a human-specific mtDNA haplotype that was consistent across all the samples.
Conclusions: Based on these findings, it was concluded that it is unlikely that the samples of
Jenglot hair originated from an animal species.
Keywords: Hair, mitochondrial DNA, microscopial analysis, health sciences
Introduction
Morphological examination of hair samples is the first step in forensic hair comparisons. The main medico-legal concerns with hair examination include identification of the species of origin, ascertainment of the hair’s provenance from the body and, finally, comparison of the control hair sample from the victim to the hair sample from the crime scene. Though it is not possible to definitely identify a sample of hair originating from a particular person’s head, unequivocal determination of human origin can be established based on microscopic examination of the hair’s cuticle, cortex, medulla and pigment granules (1).
Human and animal hairs show similarities in having an outer cuticle, cortex and medulla. The outer surface of the hair is covered by scales. Though there are similar morphological features, the scale pattern provides distinguishing characteristics between animal and human hairs. The scales of an animal’s hair show many distinctions such as coronal (crown-like) and spinuous patterns, whereas in the case of humans the scale patterns are of the ‘imbricate’ type (flattened) (Figure 1) (2,3). Besides, the medullary index, which is the ratio of the medulla’s width to the diameter of the hair, is 1/3 and below in humans compared to greater than 1/3 in animal hairs, due to the greater width of the medulla in animals (2,3).
With the advancement of forensic DNA typing, microscopic hair comparisons and DNA analysis can be complementary and provide information on the source of a hair. In this case analysis, hair
samples were obtained from three Jenglots, which were claimed to be a rare living animal species only found in the deep jungle of Irian Jaya, Indonesia. Three Jenglots were bought from West Java by a Malaysian businessman for his personal collection and exhibited in one of the museums in Kuala Lumpur, where they have attracted numerous visitors. A request was then made by the owner of the Jenglot carcasses to the authors to perform DNA analysis so as to ascertain the veracity of the claim that they are a rare animal species. Hair samples were collected from three different Jenglots and were labeled as A, B, C and D. Samples A and B were taken from a medium-size Jenglot carcass, which was 32 cm tall. Sample C was collected from a 16.8-cm tall Jenglot while sample D was collected from the biggest Jenglot, which was 61.3 cm tall. All hair samples were collected from the head region of the Jenglots by cutting at the distal end of the hair.
Figure 1: Representative diagram showing different scale patterns found on hairs: a, an imbricate scale pattern is unique to human; b, spinuous; c, coronal patterns are observed on animal hairs.
Materials and Methods
Several strands of hair were placed in parallel on a microscope slide and two drops of water were added over the hairs in order to hold them in place. A cover slip was placed over the hairs and they were scanned along their length at 100x and 400x under a compound microscope to observe the morphological characteristics of the cuticle and medulla, and the distribution of pigment in the cortex. The medullary index and the diameter of the hairs were calculated using an ocular micrometer calibrated with a stage micrometer at 100x and 400x (4).
It is often very difficult to directly observe scale patterns from hair strands on a slide. Hence, a cast was made using nail polish to obtain the impression of the scales. A thin layer of nail polish was spread on a microscope slide and a hair was placed in the middle of the slide. It was allowed to stand for 15 minutes so that the nail polish could harden and the hair was then gently removed using forceps (4). The scale pattern was observed under a compound microscope at 100x and 400x.
DNA was extracted from each hair sample using the Promega hair and tissue extraction kit and Promega DNA IQ™ system (Promega, USA), following the manufacturer’s protocols. Hair samples were thoroughly washed using soap solution and air-dried prior to the extraction to avoid contamination. The hypervariable segment I (HVS-I) region of human mtDNA was amplified using two sets of human-specific primers (L15996 and H16213; L16128 and H16432) (5) and sequenced. Polymorphisms were reported by aligning the HVS-I sequence from the hair samples with the Cambridge Reference Sequence (6).
Results and Discussion
Hair is an outgrowth of the skin produced from a structure called the hair follicle and found only in mammals. Humans develop hair follicles during foetal development and no new follicles are produced after birth. Hair is composed of the protein keratin and it is also the primary component of finger and toe nails (7).
Forensic analysis of hair centres on colour and structure, determined through microscopic magnification. The hair shaft has three forensically relevant layers: the cuticle, cortex and medulla. The cuticle has overlapping external scales, which helps in species identification. The scales of human hairs are imbricate whereas animal hairs show many distinct patterns such as coronal (crown-like) and spinuous scales (Figure 1) (1,2,4).
Within the hair cuticle is the cortex, made up of spindle-shaped cells that contain the colour pigments; the way the pigments are distributed helps to identify hairs from particular individuals. Hair colour is mostly the result of pigments and the pigments of human hairs are distinguishable from those of other mammals. Human hairs are generally consistent in colour and pigmentation throughout the length of the hair shaft, whereas animal hairs may exhibit radical colour changes over a short distance—a phenomenon known as banding (4). The distribution and density of pigments in human and animal hairs can also be identifiable features. The pigmentation of human hairs is evenly distributed and denser toward the cuticle, whereas the pigmentation of animal hairs is more centrally distributed, i.e., denser towards the medulla (1,2,4,8,9).
At the centre of the hair shaft is the medulla, which is also valuable for species identification. Animals’ medullary index (ratio of the medulla’s diameter relative to the shaft’s diameter) is greater than humans’. Humans have a medullary index of hairless than 1/3 while the medullary index of animals is greater than 1/3. However, the medulla is often fragmented or interrupted, which may result in differences in the identification of hairs from the same individual (1,2,4,8,9).
The results of the examination of the four hair samples labelled A, B, C and D are shown in Table 1. All hair samples were found to have a medullary index below 1/3, which is indicative of human origin (1,4,8,9). Moreover, moderate shaft diameter variations were observed in all four samples (Figure 2) and the scale pattern was of the imbricate type, indicating human origin (Figure 3) (1,4,8,9). The pigments were distributed more towards the cuticular margin, which is also a characteristic indicative of human origin (Figure 4) (1,4,7–10).
Figure 2: Representative hair from sample C (medullated) showing moderate shaft diameter variation (100x).
Figure 3: Scale impression cast showing the imbricate nature of the scales of the Jenglot’s hair (400x).
Black dye granules were clearly visible under microscopic examination of the clear nail varnish imprints of the hair, indicating dyeing of the hairs in sample D (Figure 5). A few hairs from samples B and C also had an intact dried root at the other end of the cut tip, which indicated that the hairs were implanted upside down on the Jenglots’ heads (Figure 6).
The mtDNA HVS-I region was successfully amplified using human-specific primers, supporting the morphological findings indicating the human origin of these hairs. Sequence analysis of the HVS-I fragment showed polymorphisms at positions 16140, 16182C, 16183C, 16189, 16217 and 16274 and heteroplasmy at positions 16112, 16232 and 16251. This haplotype was consistent across all the samples, suggesting a maternal relationship between the owners of the hairs or that all the hair samples might have originated from the same individual.
Figure 5: Black dye granules found when mounting a hair from sample D for scale casting in nail polish (100x).
Figure 6: A hair from sample B with a dried-up hair root that appeared at the other end from the cut tip, which indicated that the hair was implanted upside down on the Jenglot’s head (100x).
Conclusion
Classical morphological analysis of hair samples, jointly with mtDNA sequence-based analysis, was useful in disproving the claim of a rare animal species in this case. The morphological characteristics observed and the mtDNA sequence analysis proved that the hair samples are of human origin and had been implanted on the Jenglot carcasses’ heads. This certainly disproves the claim and myth that the Jenglot is a rare animal species.
Acknowledgements
The authors wish to thank the Dean of the School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia, for allowing us to carry out this study using the school facilities.
Correspondence
Dr Zafarina Zainuddin
PhD (Glasgow)
Forensic Science Programme
School of Health Sciences
Universiti Sains Malaysia Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Tel: +609-767 7616
Fax : 609 764 7884
E-mail: zafarina@kck.usm.my
Author’s contributions
Conception and design, final approval of the article: ZZ
Data collection, assembly, analysis and interpretation; drafting of the article: SP, ZZ
References
1. Gaudette BD. A supplementary discussion of probabilities and human hair comparisons. J Forensic Sci. 1982; 27:279–289.
2. Deedrick DW, Koch SL. Microscopy of hair Part I: A practical guide and manual for human hairs. Forensic Science Communications. July 2004 Volume 6 – Number 1. [cited 05/06/2009] [Internet]. Available from http://www.fbi.gov/hq/lab/fsc/backissu/july2004/research/2004_03_research02.htm
3. Deedrick DW and Koch, S. L. Microscopy of hair Part II: A practical guide and manual for animal hairs. Forensic Science Communications. July 2004 Volume 6 – Number 1 [cited 05/06/2009 ] [Internet]. Available from http://www.fbi.gov/hq/lab/fsc/backissu/jan2004/research/2004_01_research01b.htm
4. Robertson J. Forensic and microscopic examination of human hair. In: Forensic Examination of Hair. Taylor and Francis, London, 1999; p.79–154.
5. Lutz S, Weisser HJ, Heizmann J, Pollak S. Location and frequency of polymorphic positions in the mtDNA control region of individuals from Germany. Int J Legal Med. 1998;111:67–77.
6. Andrews RM, Kubacka I, Chinnery PF, Lightowlers RN, Turnbull DM, Howell N. Reanalysis and revision of the Cambridge reference sequence for human mitochondrial DNA. Nat Genet. 1999;23:147.
7. Montagna W, Vanscott EJ. The biology of hair growth, Montagna W, Ellis RA, editors. New York:Academic Press Inc. 1958; p. 39–64.
8. Saferstein R. Criminalistics: An Introduction to Forensic Science. New Jersey: Prentice-Hall Inc. 1977; p. 133–141.
9. Deadman HA. Human hair comparison based on microscopic characteristics. In Proceedings of the International Symposium on Forensic Hair Comparisons; Federal Bureau of Investigation, U.S. Government Printing Office, Washington DC. 1985: 45–50.
10. Kirk PL. Crime Investigation, Physical Evidence and The Police Laboratory. New York: Interscience Publishers Inc. 1953; p. 152 –175.
Zafarina ambil sampel, keputusan dalam sebulan.
Jenglot objek cantum?
KUALA LUMPUR – Tiga jenglot yang dipamerkan pada Pameran ALam misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) di sini kemungkinan besar adalah objek daripada pelbagai spesies yang dicantum menjadi satu rangka.
Demikian pandangan awal pensyarah forensik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin selepas melihat ketiga-tiga jenglot itu di muzium tersebut semalam.
“Minta maaf jika ada pihak lain marah, tetapi secara peribadi saya anggap ini mungkin objek bercantum daripada pelbagai sumber yang tidak jelas diketahui,” katanya pada sidang akhbar itu.
Turut hadir Ketua Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas yang membantu Zafarina menggunting beberapa helai rambut jenglot tersebut untuk dijadikan sampel kajian.
Bagaimanapun Zafarina berkata, keputusan akhir mengenai perkara itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan dan kajian mengenainya akan dijalankan minggu hadapan.
Kos kajian dijangka kurang RM1,000 kerana USM mempunyai banyak peralatan kajian saintifik untuk tujuan itu, tetapi ia turut membabitkan beberapa makmal tertentu di seluruh Negara.
“Saya anggap kajian mungkin sukar kerana tubuh artifak ini disentuh ramai orang khasnya pengunjung muzium menyebabkan profil tisu Asid Deoksiribonukleik (DNA) tercemar dan bercampur aduk,” ujarnya.
Lagipun, banyak struktur jenglot yang dipamerkan itu meragukan dari segi logik akal terutama gigi yang agak putih, kaki menyerupai kaki burung, rambut pelbagai jenis dan kulit badan keras seperti kotak.
“Khidmat saya sekadar untuk bantu masyarakat yang mungkin banyak terpesong dengan kepercayaan mistik kononnya jenglot adalah hantu,” tegasnya.
Bagaimanapun, Zafarina tidak mengkaji sampel tapak kaki Bigfoot yang ditemui di hutan Johor Mac lalu kerana mengakui tidak mempunyai kepakaran mengenai perkara itu.
Terdahulu, Syed Abdullah berkata, pemilihan Zafarina dicadangkan pihak Jabatan Kimia kerana kepakarannya dalam bidang DNA.
Pemilik artifak itu, Bukhari Abdullah tidak hadir kerana ibunya sakit di Kelantan tetapi beliau memberi kebenaran kepada PPSM untuk menjalankan kajian mengenai status ketulenan replika berkenaan.
Safuan tak jadi hidupkan hantu
SHAH ALAM – Harapan orang ramai menyaksikan bahan Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Sultan Alam Shah, di sini dihidupkan selewat-lewatnya Ahad ini nampaknya tinggal omongan kosong.
Ini kerana Pegurus Muzium Nurul Ala, Safuan Abu Bakar, orang yang mendakwa mahu melakukannya, sudah berubah fikiran biarpun terpaksa menelan hakikat ada pihak akan mengatakannya penakut.
Safuan yang ditemui di muzium itu semalam berkata, dia akur dengan kehendak dan teguran tokoh-tokoh agama bahawa niatnya yang disebut tiga minggu lalu, tidak wajar dilaksanakan.
“Banyak pihak lain yang perlu saya ambil kira, selain mereka yang menentang dan mencabar saya.
“Mungkin saya akan dikatakan penakut tetapi sebagai orang Islam, saya harus akur dengan pandangan ulama, cerdik-pandai dan undang-undang jabatan agama,” katanya.
Safuan juga tidak mahu dikatakan menggunakan sihir jika dia jadi menghidupkan artifak misteri tersebut.
“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk, saya cuma usaha tetapi itu terpulang pada izin Tuhan. Saya tak nak orang salah faham,” tambahnya.
Jelasnya, dia sekarang sedang merancang untuk menubuhkan persatuan paranormal yang akan menghimpunkan ahli paranormal daripada seluruh nusantara.
“Saya sudah ada ahli-ahlinya dan draf tentang persatuan sudah dirangka. Cuma untuk daftar dan dapat kelulusan,” katanya dengan menambah, ia akan dianggotai ahli dari Brunei dan Singapura selain Malaysia.
Safuan juga mahu menamatkan pameran di muzium itu yang sepatutnya berakhir 4 Oktober ini, lebih awal bagi menghormati Ramadhan.
25th Sep, 2006
S.Panneerchelvam.M.Sc., B.L.,
Lecturer
Program: Sains Forensik
Report on hair samples examination
Four hair samples marked A,B, C and D were received from Dr, Zafarina Zainuddin on 11th Sep, 2006. The hair samples were examined on 11th, 12th and 13th Sep, 2006.
Microscope examination of hair samples A, B, C and D for medullary index and for pigment distribution were undertaken.
Sample A and B
i. Black and grey hairs
ii. Medullated
iii. Medullary ndex was below 0.3
iv. Pigment was found to be more dense towards the periphery.
The above microscopic characteristics indicate that they are human origin.
Sample C
i. Brownish and grey hairs
ii. Mostly non medullated
iii. Few hairs with dried root sheath
iv. Medullary index was below 0.3
v. Pigment was found to be more dense towards the periphery

Sample D
i. Dark hairs with blackish dye granules over the cuticular surface.
ii. A few hairs with medulla – faintly visible ; medullary index below 0.3
iii. Black dye granules were clearly visible under microscope examination of the clear nail varnish imprints of hair.
The above microscopic features indicate that they are of human origin.
28 SEPTEMBER 2006
Kepada,
The Seekers Worldwide,
No 22, Jalan 1,
Taman TAR,
Ampang,
68000 Selangor,
UP: Syed Abdullah Al-Attas.
Tuan,
LAPORAN MORFOLOGI RAMBUT JENGLOT
Merujuk kepada perkara di atas, saya kemukakan bersama ini satu laporan berkenaan kajian morfologi bagi rambut jenglot yang telah saya ambil daripada 3 jenglot yang dipamirkan di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya pada 22 Ogos 2006.
2. Laporan ini telah disediakan oleh Mr S.Paneerchelvam, seorang pensyarah dan pakar forensik di Universiti Sains Malaysia. Beliau berasal dari Chennai, India dan mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang forensik.
3. Laporan bagi ujian DNA akan menyusul secepat mungkin. Keputusan bagi ujian yang telah dilakukan tidak memuaskan hati disebabkan faktor-faktor seperti sample rambut yang telah usang dan hanya sedikit DNA yang tinggal. Saya perlu mengulang semula prosedur-prosedur yang terlibat bagi mendapatkan keputusan yang lebih konklusif.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
(DR ZAFAEINA ZAINUDDIN)
Pensyarah,
Program Sains Forensik,
USM.
KUALA LUMPUR – Setiap jenglot yang pernah dipamer di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM) mempunyai sekurang-kurangnya dua sampel berbeza rambut manusia.
Ia ditegaskan Pakar Asid Deoksiribonukliek (DNA) di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kubang Kerian, Dr. Zafarina Zainuddin yang tidak berpuas hati dengan ujian DNA pertamanya terhadap rambut tersebut.
Untuk itu, beliau akan membuat ujian DNA kali kedua bagi mengesahkan perkara itu. “Keputusan ujian pertama sudah menunjukkan rambut setiap jenglot itu dimiliki dua individu berbeza. “Tapi saya tak puasa hati dengan hasil ujian itu kerana faktor sampel rambut telah usang dan hanya sedikit DNA yang tinggal,” jelasnya.
Zafarina ketika dihubungi semalam memberitahu, dalam membuktikan perkara tersebut, beliau akan mengulangi prosedur-prosedur seperti mana yang dilakukan pada ujian pertama.
Ditanya bila keputusan jenglot itu akan diketahui, beliau berkata: “Itu saya tak pasti kerana ujian kali ini memerlukan masa yang lebih panjang bagi hasil kajian yang lebih tepat.”
Sementera itu, Ketua Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (PPSM), Syed Abdullah Al-Attas memberitahu, pihaknya akan membuat temu janji dengan pakar kulit dan anatomi secepat mungkin.
“Rambut kita dah tahu ia rambut manusia, tapi bahagian lain kita tak tahu lagi, sebab itu kami akan bawa jenglot itu jumpa pakar lain pula,” katanya.
Ditanya kenapa pihaknya tidak membuat kajian sendiri berhubung hal tersebut, beliau berkata:
“Kami tak ada peralatan. Lagipun kami hanya pakar mengesahkan sesuatu lokasi sama ada terdapat hantu atau lembaga hitam di sesuatu lokasi dan cara mengusirnya saja.”
Misteri Jenglot kini terbongkar
Ujian forensik saintis USM mendapati makhluk misteri miliki rambut manusia.
KUALA LUMPUR – Mungkin antara misteri terbesar yang berjaya dibongkar pada tahun ini adalah kesahihan kewujudan Jenglot yang dikatakan makhluk mistik dan spesies hidupan baru yang masih belum dikenal pasti dunia sains moden serta tercatat dalam catalog hidupan biologi ketika ini.
Selama hampir 10 tahun, makhluk kecil dengan wajah mengerikan itu sememangnya menjadi momokan yang meremangkan bulu roma sesiapa yang melihatnya. Perasaan seram menyelimuti individu yang meneliti struktur jasadnya dan tidak mustahil trauma terhasil tatkala diminta berseorangan dengan makhluk itu.
Debaran semakin kencang ketika diuar-uarkan bahawa makhluk itu minum darah manusia, kuku dan rambutnya semakin panjang serta mampu bergerak, walaupun penonton sekadar melihat ia kaku di pameran yang diadakan serata Nusantara.
Misteri mengenai misik Jenglot semakin membingungkan apabila penyelidikan pengkaji paranormal mendapati ‘makhluk’ itu kononnya memiliki aura yang ganas. Bacaan alat pengukur gelombang elektromagnetik (EMF) terus melonjak sebaik diletakkan berhampiran makhluk itu.
Pening dan timbul tanda tanya juga kumpulan pengkaji paranormal pada peringkat awal kajian apabila memikirkan lonjakan bacaan elektromagnetik turut berlaku apabila unsur paranormal seperti jin dan hantu dikesan. Justeru adakah makhluk seram itu juga tergolong dalam kumpulan serupa?
Jenglot mula dipertontonkan kepada umum di Jakarta, Indoesia pada 1997. Menurut pemilik atau orang pertama yang memperkenalkannya kepada umum, makhluk itu pada ribuan tahun lalu adalah manusia yang bertapa dan mempelajari ilmu dinamakan Bethara Karang iaitu ilmu untuk hidup abadi.
Diceritakan akibat mempelajari ilmu terlarang itu, jasad manusia terbabit tidak diterima bumi, manakala rohnya ditolak naik ke langit. Lalu jasad itu kemudian semakin mengecil hinggalah ke saiz Jenglot sekarang.
Pemiliknya mendakwa memperolehi makhluk itu daripada ‘seseorang pada 1972 di kawasan pantai Jawa Timur dan selepas 25 tahun, barulah beliau membuat keputusan untuk mengumumkan kewujudan makhluk itu kepada umum.
Sejak itu, suatu yang pelik berlaku. Semakin ramai mendakwa memiliki Jenglot, malah pameran demi pameran diadakan untuk dipertontonkan kepada umum.
Bagaimanapun, kepercayaan terhadap Jenglot sebagai makhluk mistik dan spesies hidupan baru yang masih belum ditemui, semakin diragui dan akhirnya dinafikan ketulenannya menerusi seorang saintis tempatan, Dr Zafarina Zainuddin.
Menggunakan sains sebagai medium kajian, pastinya kenyataan pakar DNA daripada Universiti Sains Malaysia itu tidak dapat disangkal mana-mana pihak.
Dr Zafarina berkata, petunjuk kepada persoalan mengenai mana-mana makhluk misteri atau mistik mampu dijawab menggunakan sains dan teknologi DNA dan jika sesuatu bahan itu memiliki DNA, maka ia adalah sejenis hidupan dan jika sebaliknya, ia mungkin diperbuat daripada bahan lain, sama seperti anak patung yang diperbuat daripada plastik atau kayu.
Penyelidik itu bagaimanapun berkata, walaupun terdapat DNA, sesuatu makhluk itu tidak semestinya spesies baru kerana kemungkinan makhluk itu diperbuat daripada bangkai hidupan yang diawetkan.
“DNA terdapat dalam semua sel hidup yang memiliki nukleus. Setiap organisma hidup hanya mempunyai satu pforil DNA bagi semua bahagian tubuhnya seperti profil DNA sel rambut adalah sama dengan profil DNA sel darah, sel tulang dan sebagainya,” katanya.
Skeptikal dengan kenyataan bahawa Jenglot itu adalah makhluk mistik atau spesies hidupan baru yang masih menyembunyikan diri daripada perhatian dunia, Dr Zafarina meletakkan beberapa helai rambut Jenglot ke dalam alat mengkaji DNA. Proses demi proses dilakukan dengan teliti.
Selepas beberapa lama melakukan kajian bagi mencari teka-teki makhluk itu, akhirnya Dr Zafarina tersenyum sebaik hasil kaji selidik diperoleh. Keputusan itu memang dalam jangkaannya.
“Beberapa helaian rambut Jenglot yang saya kaji memiliki DNA rambut manusia yang berbeza, tidak mungkin ia spesies hidupan baru,” katanya yang mengakhiri misteri dan teka-teki selama hampir 10 tahun mengenai makhluk itu.
Kemudian satu demi satu fakta yang ditemui semakin menyangsikan Jenglot sebagai makhluk mistik. Bacaan elektromagnetik dari jasad makhluk itu disebabkan terdapat jarum besi di dalamnya.
X-ray yang menunjukkan adanya struktur tulang pada Jenglot tidak dapat ditentukan berikutan Dr Zafarina tidak mendapat kebenaran untuk membedah sampel makhluk itu. Tetapi berdasarkan pemerhatian, tidak mustahil ia adalah struktur tulang haiwan kecil yang sudah mati. Tambahan pula Jenglot itu sudah diawetkan.
“Secara peribadi, memalui pemerhatian ke atas Jenglot ini, saya berpendapat ia adalah benda yang dicantum daripada beberapa bahagian haiwan lain. Melalui X-ray, terdapat dawai untuk mengikat sendi kepada tangan dan kaki yang menyerupai kaki ayam dan burung,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa ia boleh bergerak dan memiliki kuasa mistik, Ketua Pengkaji Paranormal Seekers, Syed Abdullah Al-Attas, berkata, mana-mana bahan termasuk anak patung juga boleh bergerak jika dipuja atau terdapat jin yang memasuki bahan itu.
Kesimpulan daripada pembongkaran ini adalah Jenglot bukan spesies hidupan aneh atau mistik, ia sekadar patung ‘seperti patung Barbie’ tetapi bezanya, ia mungkin dibuat daripada bangkai haiwan!.
Hantu, Jin dipamerkan hasil kreativiti tangan manusia: Seekers
Seremban: Pameran alam misteri bertemakan “Hantu & Jin...?” terus menimbulkan kontroversi apabila Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (SEEKERS) mendakwa hantu dan jin yang dipamerkan di Muzium Negeri Sembilan sebenarnya hasil kreativiti kerja tangan manusia.
Ketua Penyelidiknya, Syed Abdullah Alattas, berkata 50 jenis hantu yang dipamerkan turut mengundang persoalan kesahihannya.
“Siapa yang mengesahkan 50 jenis hantu dipamerkan itu hantu sebenar dan kenapa tidak di x-ray atau dibuat ujian asid deokeiribonukleik (DNA) sebelum dipamerkan.”
“Pihak muzium juga sepatutnya menggunakan nama “Pameran Alam Misteri” saja bagi mengelak masyarakat daripada keliru,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, sehingga kini pengkaji paranormal seluruh dunia atau saintis tidak mampu mencipta alat yang boleh memerangkap hantu.
“Semua bahan adalah berbentuk rakaman saja. Tidak ada alat yang digunakan untuk menangkap hantu, apatah lagi mempamerkannya,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kajian selama empat tahun oleh Seekers dengan merujuk bahan dari tahun 1862 dan beberapa individu, bentuk fizikal hantu yang dipamerkan di muzium itu juga bercanggah.
“Hantu jenis toyol dikatakan berperut buncit, kepala besar dan tubuh berwarna hijau berlendir, tetapi kenapa toyol yang dipamerkan berwarna hitam, tinggi serta berkepala kecil.
”Berdasarkan kajian, langsuir juga dikatakan berbentuk wanita berambut panjang dengan pakaian hijau atau kelabu, tetapi yang dipamerkan hanya kepala saja,” katanya.
Syed Abdullah berkata, hantu pocong pula dikatakan berbentuk jenazah dikapan dan di dalamnya kosong.
“Kenapa pocong dipamerkan ada objek dalam kain kapan itu. Begitu juga dengan jenglot yang sudah dimaklumkan orang ramai ia hasil kerja tangan manusia kreatif,” Katanya.
Menurutnya, Seekers bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan itu dan bersedia menerima apa sahaja tindakan muzium jika ia berbau fitnah.
Akhbar sebelum ini melaporkan pihak pengurusan Muzium Negeri Sembilan mendakwa pameran berkenaan bukan sekadar pameran “kosong” kerana pihak penganjur tidak pernah mengenepikan soal pendidikan dan ilmu kepada pengunjung.
Sehubungan itu, pameran bertemakan “Hantu & Jin?” akan diteruskan seperti dijadualkan walaupun Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berpendapat ia tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat dan perkembangan tamadun manusia.
SEREMBAN: Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mengakui sebahagian besar artifak yang dipamerkan pada pameran alam misteri “Hantu dan Jinn...?” yang berlangsung di Muzium Negeri bukan menampilkan jin dan hantu sebenar, sebaliknya hanya replika.
Malah, LMNS turut menafikan pameran kontro- versi itu sebagai penipuan untuk menarik ramai pengunjung memandangkan pihaknya tidak pernah mengisytiharkan 50 jenis jin dan hantu yang dipamerkan itu asli.
Kurator Bahagian Pengurusan Muzium LMNS, Aziz Mohd Gorit, berkata pihaknya tidak pernah mengatakan semua jin dan hantu dipamerkan itu makhluk sebenar sebagaimana anggapan orang ramai ketika itu.
"Soal tipu-menipu tidak timbul. Memang apa yang dipamerkan itu sekadar replika yang diperbuat daripada hasil kreativiti tangan manusia, tetapi itulah konsep pameran yang hendak kita bawakan iaitu mendidik orang ramai mengenai jin dan hantu," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penyelidik Pasukan Paranormal Seekers Malaysia (Seekers), Syed Abdullah Alattas yang mendakwa hantu dan jin yang dipamerkan di muzium itu sebagai palsu.
Syed Abdullah dilaporkan berkata, berdasarkan kajian selama empat tahun oleh Seekers dengan merujuk bahan dari tahun 1862 dan beberapa individu, bentuk fizikal hantu yang dipamerkan di muzium itu bercanggah.
Aziz berkata, masyarakat sebenarnya tidak boleh menolak kewujudan jin dan hantu kerana ia memang wujud, cuma ia sukar dilihat melalui mata kasar.
Menurutnya, pameran itu diadakan bagi memberi pengajaran dan pengetahuan kepada orang ramai supaya mengetahui dengan betul mengenai alam misteri dan bukan untuk mendedahkan masyarakat kepada unsur tahyul.
SEREMBAN 13 April – Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) hari ini menghentikan Pameran Alam Misteri: Hantu dan Jin di Muzium Negeri Sembilan sebagai menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa pameran seumpama itu boleh menjurus kepada haram.
Pengerusi LMNS, Datuk Kamaruddin Siaraf yang juga setiausaha kerajaan negeri berkata,pameran itu yang bermula 10 Mac lalu dan dijadualkan berrakhir 31 Mei depan, ditutup selepas solat Jumaat.
“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup pameran ini sebagai menghormati pandangan Majlis Fatwa itu,” katanya di sini hari ini.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam berkata, pameran sedemikian boleh menjurus kepada makruh dan seterusnya haram apabila mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam.
Beliau berkata, majlis fatwa juga tidak mahu umat Islam terus disogok dengan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang tidak diketahui manusia.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati para pekerja muzium berkenaan menurunkan sepanduk pameran itu yang dipasang di sekitar pekarangan dan jalan masuk ke muzium itu.
Dalam pada itu, masih terdapat pengunjung yang tidak mengetahui mengenai penutupan itu datang untuk melihat pameran berkenaan.
Pameran misteri seumpama itu sebelum ini pernah diadakan di Melaka dan Selangor tetapi kewajaran mengadakannya mula dipersoalkan bermula dengan surat pembaca yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia.
Ia semakin panas apabila Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut menegur pameran itu yang hanya mengkhayalkan masyarakat dan boleh mendatangkan mudarat kepada umat Islam.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut menyokong pandangan itu dan menegur serta menyarankan supaya pameran itu dihentikan kerana tidak memberi faedah kepada perkembangan tamadun manusia.
LMNS bagaimanapun bertegas untuk tetap meneruskan pameran kecuali terdapat arahan kerajaan negeri untuk berbuat demikian.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyerahkan kepada Lembaga Pengarah LMNS untuk membuat keputusan.
Jumaat Julai 07, 2006
Semangat Jenglot, Pocong, Toyol 'hidup' di Muzium Selangor
Oleh Salhan K. Ahmad
SHAH ALAM: Lembaga Muzium Selangor sedang menyusun beberapa persembahan tambahan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pameran Misteri Jin, Hantu, Keranda yang diadakan di muzium negeri dekat sini.
Pemangku pengarahnya Lotfi Nazar berkata demonstrasi "tongkat berdiri" dan "cindai tidak lut dimakan api" akan menjadi tarikan baru selain koleksi spesimen makhluk misteri yang didakwa sebagai "asli" seperti Jenglot, Nyi Blorong, Langsuir, Toyol, Anak Kerak, Pocong dan Jin dalam pameran yang berlangsung mulai 4 Julai lalu sehingga 4 Okt nanti.
"Pameran ini berlangsung selama tiga bulan, jadi kita akan masukkan persembahan dan tukar rekaan pameran supaya pengunjung yang datang sentiasa dapat menyaksikan perkara baru," katanya yang turut mengesahkan ketulenan spesimen hantu yang dipamerkan.
"Waktu barang-barang ni ada dalam bilik saya, saya telah meneliti spesimen ini secara zahir dan batin. Makhluk halus ini memang ada 'semangat', tapi kita tak boleh bagitau lebih-lebihlah, nanti orang takut," tambahnya yang juga kelihatan amat berminat dengan alam mistik.
Lotfi berkata, keputusan ujian saintifik yang dijalankan ke atas spesimen tersebut akan didedahkan kepada umum dengan persetujuan pemiliknya Safuan Abu Bakar.
"Kita akan akan pamerkan keputusan ujian sinar-X tersebut bersebelahan spesimen berkenaan, contohnya Ikan Duyung dan Jenglot. Kita juga akan letakkan termometer di spesimen untuk membolehkan pengunjung melihat perubahan suhunya."
Beliau juga mempercayai spesimen itu sahih kerana "tuannya, iaitu Safuan sendiri tunjukkan filem sinar-X spesimen berkenaan kepada saya," jelasnya mengenai ujian sinar-X yang didakwa dilakukan di Indonesia kerana "Jenglot banyak didapati di sana."
"Tapi, untuk spesimen Pocong, kita nak uji macam mana? Kalau saya ceritakan kaedah ujian, nanti akan terpesong dari daripada akidah Islam."
Pameran tersebut diluluskan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Majlis Agama Islam Selangor dalam mesyuarat jawatankuasa Tahun Melawat Selangor 2006 pada Mei yang lalu dengan syarat "tidak menunjukkan perbuatan pemujaan ke atas makhluk-makhluk misteri kerana dikhuatiri akan menjurus kepada perbuatan syirik."
"Cuma, kami disyaratkan untuk tidak menunjukkan ritual atau upacara pemujaan kerana dianggap syirik. Tapi kalau orang puja dari tempat lain, contohnya bangunan Menara Setiausaha Kerajaan (SUK), itu cerita lainlah. Tapi saya tahu, orang mampu memuja spesimen-spesimen tersebut.
Mudah saja, ada ayat-ayatnya dalam Al-Quran. Saya tak tahu, tapi orang kata ada ayatnya dalam Al-Quran. Bila orang kata ada ayatnya dalam Al-Quran, saya percaya," tambahnya lagi.
Menurut Lotfi lagi, pengerusi jawatankuasa induk pameran misteri Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Yusoff Hashim sendiri mengesahkan ketulenan spesimen pameran tersebut apabila spesimen itu mula tiba di muzium.
"Dia taulah perkara-perkara ni sebab dia lebih berpengalaman. Profesor lagi tu. Kalau dia pun kata 'ya', macam mana pula saya yang tak ada professor ni, tentulah saya percaya," tegasnya.
Tambahnya, ada di kalangan pengunjung yang sanggup datang daripada Johor dan Sabah setelah mengetahui mengenai pameran tersebut melalui media massa.
Mengulas mengenai sambutan menggalakkan daripada pengunjung, kawasan pameran spesimen pocong terpaksa diperkukuhkan dengan pagar besi.
"Setakat ni (sehingga hari kedua pameran), baru 4,000 orang datang, kalau 50,000 nanti macam mana?
Bagi tujuan itu juga, Lotfi berkata pihaknya menempatkan pengawal keselamatan dan pihak polis untuk berkawal dan memantau pengunjung daripada cuba melakukan apa-apa upacara di dalam kawasan pameran kerana bimbang makhluk-makhluk misteri tersebut akan "dibangkitkan" dan ini boleh menyebabkan masalah.
Selain itu CCTV juga ditempatkan di sudut-sudut yang berisiko tinggi untuk mengawasi gelagat pengunjung di dalam kawasan pameran yang gelap -- direka sebegitu rupa unt

Laporan morfologi rambut jenglot

Pameran hantu didakwa tipu

Pamer hantu replika

Berita Sampingan
http://74.125.153.132/search?q=cache:xal39hhfH0QJ:mstar.com.my/berita/cerita.asp%3Ffile%3D/2006/7/7/TERKINI/Mutakhir/Semangat_Jenglot_Pocong_Toyol_hidup_di_Muzium_Selangor%26sec%3Dmstar_berita+jenglot&cd=23&hl=en&ct=clnk&gl=myJumaat Julai 07, 2006

No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.