Monday, January 11, 2010

Jutaan Terima Kasih Kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sudi datang ke Studio Kecil Mitologi Team PSI di Janda Bai

Jutaan Terima Kasih Kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sudi datang ke Studio Kecil Mitologi Team PSI di Janda Baik


Tun Abdullah Ahmad Badawi mendongak melihat arca Hantu Tenggelung setinggi 12 kaki

Tun Abdullah Ahmad Badawi memerhati dengan lama arca Hantu Cika


Uncle menerangkan secara ringkas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tentang mitos Hantu Tepok
Adeek Seekers mengucapkan selamat datang ke studi kecil Mitologi kepada Tun Abdullah Badawi.

Melayu Taksub pada kewujudan Hantu...he he

Pengukir arca yang diimport khas dari Germa, Mr Tillman menerangkan sesuatu pada Tun tentang arca Pari Hutan.

Gambar bersama sebagaian Team PSI
Dari kanan : Adeekseekers, Kuat Chi Kian, Elly, Yaya, DJ Habib, Toh Puan Jeane Abdullah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Uncleseekers, Yaser dan Liza
Belakang : Tillman, Ikhwan dan Chekri

Toh Puan minta buku ini ditangani terlebih dahulu. Terima kasih banyak-banyak Toh Puan kerana memberi sokongan!

Tun khusuk membaca caption back cover buku
"99 Jelmaan Makhluk Halus
"
Kajian tentang budaya Melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan Orang Melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat Melayu secara khusus.

Abdullah Hussien Alattas atau lebih dikenali sebagai Uncle tampil menghidangkan kepada khalayak dengan 99 Jelmaan Makhluk Halus untuk mengajak pembaca berfikir mengenai kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.

Jangan membaca buku ini untuk menafikan, mengelirukan, mempercayai, menerima bulat-bulat atau mencari inti perbualan dan perbincangan tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai.

He he

1 comment:

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.