Sunday, January 31, 2010

Resepi Kambing Masak Kicap

Resepi Kambing Masak Kicap


Bahan-bahan

2 Paha Kambing
2 Ulas Halis Sebesar Ibu Jari
Setengah Biji Bawang Besar
Sos Cili
3 Ulas Bawang Putih
1 Kiub Pati Ayam Knorr
3 Batang Bunga Cengkih
2 Biji Buah Pelaga
Serbuk Kurma

Cara-cara

Rebus kambing sampai empuk. Masukkan air kedalam bekas ang berisis serbuk kurma dan gaul hingga rata. Panaskan minyak hingga panas dan masukkan buah pelaga serta bunga cengkih

Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar dengan halus kedalam kuali. Masukkan rempah kurma yang telah digaul dengan air kedalam kuali. Gaul hingga rata sehingga mendidih. Masukkan kesemua rencah didalam kuali kedalam air rebusan kambing didalam periuk.

Masukkan kicap pekat sehingga bertukar warna (gaul) Masukkan 1 pek kiub ayam, sos cili, garam, perasa secukup rasa dan kemudian masukkan hirisan bawang. Biarkan sebentar sehingga kesemua rencah sebati dengan daging kambing.

1 comment:

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.