Circumcision - Berkhatan
Pukul 8.00 pagi tadi aku bertolak dari Janda Baik ke Taman Seri Gombak bersama adek angkat aku. Niatnya hanya satu, nak berkhatan!
Umurnya sekitar 26 tahun dan seorang muallaf. Sepatutnya beliau sudah pun berumahtangga bulan Disember 2010 tetapi disebabkan kerana tidak dapat cuti dan terutama sekali masih belum berkhatan!
Klinik yang telah beliau pergi sangat kecil dan nampak daif tetapi pesakit yang menunggu... mak ai, punyalah ramai...
Rupa-rupanya, bayaran yang dikenakan pada pesakit amat berpatutan. Tahniah Dr Othman Yahaya dari klinik Zaleha.
Video yang dipamerkan diatas adalah kehendak adek angkat aku sendiri serta keizinan dari Dr Othman untuk berkongsi pengalaman masyarakat di luar terutamanya yang bukan berbangsa Melayu dan Islam.
Niatnya hanya satu, "Berkhatan adalah kebersihan"
salam uncle,
ReplyDeletekot ye pun nak kongsi pengalaman, make up la sikit video. tak de la terpampang mcam tu aja gambar alat sulit MR. XXXX
Malu ahhhh uncle
NIAT TAK MENGHALALKAN CARA!
Sorry and TQ
opppsss..... no comment.....
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya adalh seorg lelaki dan saya rasakan x berapa bgus la pamer kan vidoe org tgh sunat ni
mcm mengaibkan kan org tu
btw,kalau nk upload pun,make some edited,blur kan bhgian tu
its much better
sekdr bg pendapat =)
pecuma dapat dosa aku tgk,,ngek je
ReplyDeleteorang tu sendiri kot yg bg kebenarang...... x bace ke kat atas tue.... hadoi.....
ReplyDeleteSalam,ingatkan sunat cara moden cepat dan ringkas, tapi sebaliknya, walaupun dari segi hygiene lebih bagus buat di klinik ni.Walau pun orang Yahudi bergaduh dengan banyak penganut ugama lain, namun mereka tahu erti kebaikan berkhatan ni, mereka bersunat sejak bayi lagi.Prosedur berkhatan tadi nampak remeh dengan mencucuk local anaesthetic-nya,'touch-up'nya, dan lain-lain,sekurang-kurangnya memakan masa seorang pesakit 10 minit untuk diuruskan. Namun dari segi kebersihan tadi dan keselamatan alat sulit agak terjamin, kerana sudah berlaku di Malaysia 15-20 tahun lalu pesakit yang terputus kepala alat sulit seorang kanak-kanak semasa berkhatan di sebuah klinik. Zaman tujuh puluhan dulu, Tok Mudin mengambil masa kurang lebih 2 minit sahaja menyudahkan prosedur berkhatan sebenar, itu pun jika tiada 'violent protes' dari yang disunat. Betul, video tu kena 'tapis',ada unsur lucah sedikit, walaupun niat dan kesannya amat bagus.Supaya berlaku adil untuk kaum Adam, kena tunjuk video sunat kaum Hawa pula agaknya.., supaya masyarakat Barat tidak prejudis terhadap prosedur berkhatan dalam Islam ini,terutama untuk kanak-kanak perempuan, dan supaya orang-orang Islam di beberapa buah negara Islam di Afrika tidak tersilap mengkhatan kanak-kanak perempuan mereka sehingga mencacatkan alat sulit kanak-kanak perempuan tersebut, seperti selalu dilapurkan di akbar.Wassalam.PS, macam mana hendak email artikal kepada Uncle seekers?Wassalam.
ReplyDeletewestaussiemalay@gmail.com
lucah lah...
ReplyDeletematlamat tak menghalalkan cara...dia mualaf...what's ur excuse
lucah lah...
ReplyDeletematlamat tak menghalalkan cara...dia mualaf...what's ur excuse