Aku tabik spring dengan kenyataan Dato' Hj Mahfuz Omar dalam video ini. MANTAP! Terima kasih juga pada blog kerajaan rakyat (klik) pasal video ini. Aku pernah berjumpa sekali sahaja dengan empunya blog di pejabat peguam aku di PWTC dan makan bersamanya di Yaohan sekitar Disember 2010 (ketika itu dia bawa bersama anak gadisnya yang comel berusia belasan tahun) . Orangnya lembut bila berbicara tapi ketegasannya jelas dimata.
Pada pendapat peribadi aku sendirilah, isu saman yang sedang terhangat dipasaran sekarang ini aku rasa 'tak berapa kena' lah. Seperti sedia maklum, ekonomi negara kita dah mula senget & nilai wang semakin kempis.
Sejak blog ini dilahirkan, aku tak pernah sekalipun menulis mengenai politik. Habis kuat pun aku tolong promote buku orang tua aku yang dikenali sebagai Pak Habib atau S.H.Alattas. (klik).
Aku mula mengenali orang politik dan rapat dengan mereka bermula seawal umur 9 tahun. Ketika itu mak saudara aku (dah meninggal) aka kakak ipar org tua aku yang aku panggil Ummi Dora (Datin Paduka Shariffah Dora Binti Datuk Syed Mohamed yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Tiap-tiap pagi aku duduk sebelah arwah dalam kereta kerana arwah akan hantar aku pergi Sekolah Agama Bukit Zaharah di Johor Bahru. Rumah arwah dengan rumah aku dekat sangat lebih kurang 200 meter. Aku akan duduk kerusi belakang (drebar kat depan mestilah macam boss tuuu..) tunggu arwah keluar dari rumah sekitar 7.15 pagi hingga 7.30pagi.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya aku lebih suka jalan kaki pergi sekolah tapi oleh kerana aku suka sangat bau perfume atau minyak atar yang Arwah Ummi Dora pakai. Bila arwah masuk jer dalam kereta, bau haruman merebak sampai melekat kat baju sekolah agama aku. Paling aku suka cium tangan dia sebab perfume dia melekat kat tangan aku. Kerana arwahlah, aku pencinta perfume sehingga kehari ini.
Sejak dari itu, aku sentiasa memakai haruman sehinggalah pergi sekolah (bermula form 1) pun aku pakai perfume mak aku! he he(mak aku selalu bising sebab dia kata aku sembur banyak sangat, nanti cepat habis pemberian dari orang tua aku.)
Sejak habis sekolah aku pakai perfume pelbagai jenis ikut kemampuan sehinggalah terjumpa yang sesuai iaitu Fahrenheit. Maka bermulalah daripada tahun 1988 sehinggalah hari ini aku tetap setia dengan perfume Fahrenheit (klik)
Sudah hampir 23 tahun aku pakai Fahrenheit. Satu botol lebih kurang 3 bulan aku pakai. Aku paling suka pakai sebelum tidur dan yang paling best sekali perfume ni tak ada yang tiruan dalam pasaran. Kalau ada sesiapa yang boleh dapat, aku tabik spring. Kalau dicongak semula, 4 botol x 23 tahun = 92 botol aku dah beli. Sekarang ni harga lebih kurang RM285 sebotol (100ml). Tahun 1998 harga sebotol tak sampai RM80.
Inilah dia gambar yang akan menjadi kenangan terakhir perfume aku dalam bilik air yang aku selalu pakai di janda Baik sebab bapak aku nak robohkan lagi 2 minggu bilik air ni sebab dah lama sangat. Mak aku, anak2 aku dan anak sedara aku memang suka sangat aku pakai pefume ni. Anak sedara aku sejak mereka kecil sampailah mereka dah kawen, aku tetap tak tukar perfume. Ada juga budak perempuan dalam Team PSI yang mulut takder insuran, "Perggh Uncle, bau perfume Uncle buat saya terangsanglah" Aku akan cepat mencantas kata-katanya "Kepala hangguk ko". Tapi mungkin ada kebenarannya, yang perfume ni sedikit sebanyak kalau kita semburkan selepas mandi sebersih2nya, bole buat buat awek cair beb sebab dah terbukti! Ahakz..Tapikan..sekarang ni aku tengah test satu pefume baru. Nampak macam ok bau dia...Aku beli jenama yang baru ni pun sebab bau fahrenheit macam dah 'lali' sangat dengan hidung. Pakai perfume EDT(Eau De Toilette) ni bau cepat hilang sekitar 4 jam.. Ada sesiapa boleh rekemen EDT yang tahan lama?
Berbalik cerita pasal orang politik, masa kami pindah pada 1982 dari Johor bahru ke di Taman Perwira 1, Gombak Batu 6, jiran kami juga seorang timbalan menteri pengangkutan iaitu Datin Paduka Zaleha Ismail.(rumah dia SL9 dan kami SL10 kat Jalan Berlian. Betul-betul depan rumah pula orang kuat Badan Pencegah Rasuah (Sekarang ni SPRM). Kalau sebuat nama dia, memang panas...
Y.Bhg.Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail
Saya panggil dia auntie saja. Orangnya sangat peramah, baik, suka membantu dan pemurah. Boleh kata setiap petang anak saya Kuyah akan bermain didalam rumahnya. Anak Tan Sri Zaleha yang paling bongsu juga boleh dikatakan setiap hari melepak dalam bilik saya. Apa yang saya nampak depan mata kepala sendiri, kebanyakan anak orang-orang politik ni kurang mendapat tumpuan dari mereka. Orang politik bertaraf menteri ni, keluar pagi balik malam pastu depan pagar rumah plak orang ramai menunggu nak jumpa minta tolong macam-macam.
Saya panggil dia auntie saja. Orangnya sangat peramah, baik, suka membantu dan pemurah. Boleh kata setiap petang anak saya Kuyah akan bermain didalam rumahnya. Anak Tan Sri Zaleha yang paling bongsu juga boleh dikatakan setiap hari melepak dalam bilik saya. Apa yang saya nampak depan mata kepala sendiri, kebanyakan anak orang-orang politik ni kurang mendapat tumpuan dari mereka. Orang politik bertaraf menteri ni, keluar pagi balik malam pastu depan pagar rumah plak orang ramai menunggu nak jumpa minta tolong macam-macam.
Bapak aku sering bawa aku lepak, berbual dan makan bersama dengan menteri-menteri di parlimen satu ketika dahulu (akhir 80an sehingga awal 90an). Apa yang aku nampak, mereka ini pandai 'menyesuaikan diri' mengikut keadaan. sebenarnya aku simpan banyak rahsia tentang 'perangai' orang politik. Takperlah, kalau ada rezki nanti aku cerita.
Sebelum tutup kedai untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsi pendapat peribadi aku.
Kita sebagai rakyat akan membantu menjaga dengan baik pokok tersebut (menyiram, membaja dll) supaya dapat menikmati hasilnya kelak. Sekiranya pokok itu sudah nampak berpenyakit, apakah harus kita lakukan?
Gile pedas ape yg dibagitau dlm video tuh...
ReplyDeleteBley pkir balik la kenapa Kerajaan wat mansuhkan balik pembayaran saman yg DIKATAKAN BERAKHIR 28-02-2011 kepada 10-03-2011...
Saman ekor ni leh baik x yah je, pasal macam cakap Uncle, sekarang ni ekonomi Malaysia dh la macam tanah sekangkang kere, lagi mau korek duit rakyat ka?memasing dh la tgh sengkek, mesti ada diantara pembayar saman tu semua pgi pinjam duit org len pasal duit sendiri x cukup nk support diri sendiri...
(Oh ferenheit, aku nk sebotol!!!)
ala uncle,
ReplyDeletebau minyak wangi tu ikot bau badan kte gak..sumtimes kite bau je sedap time testing,tp bile cmpur dgn bau badan kte die jadi lain..bestla uncle dapat jumpe yg seswai..
uncle
ReplyDeletePada pandangan aku, Saman Ekor perlu ada. Tinggal lagi, Karenah birokrasi perlu DIHAPUSKAN.
Kenapa aku berkata begitu?
Aku ambil contoh rakan aku, Fauzi Mamat, seorang Penguatkuasa 41 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan di Menara Ansar JB.
Tempoh hari, motosikal dia yang duk kat Kelantan disaman kat mana mana ntah dan di katakan sebagai Sebuah Teksi.
BENDA-BENDA MACAM INILAH YANG PERLU PENAMBAH BAIK KAN.
Sampai hari ini, Kes si Fauzi ni Semacam Sukar hendak Selesai. Sedangkan aku Faham Benda ini Begitu Mudah TANPA Karenah Birokrasi Kerana aku pun Penjawat Awam.
Sekali lagi pada Pendapat aku, Saman Ekor perlu sebagai BenchMark untuk orang kita, Cuma PERMUDAHKAN Apa Yang Perlu.
Uncle,
bab aura minyal wangi itu aku setuju.
dulu aku selalu pakai dunhill.
ada ke patut satu hari itu seorang bini orang bila ada urusan ngan aku, dia datang dekat bukan main sampai GESEL BUAH DADA Kat Lengan aku. Sebelum itu pun aku takut ngan Mata-mata pompuan yang seolah-olah nak makan aku.
SEJAK PERISTIWA ITU AKU TOBAT TAK PAKAI DUNHILL. AKU SURUH BINI AKU BELI YANG PASAR MALAM JE.
GERUN AKU!
p/s: Dalam 100 orang Polis kita, dua tiga orang je yang HAPRAK. Majoriti polis kita OK. Aku hari-hari Berurusan dengan Mereka dan Aku boleh baca Hati budi mereka. Baru 1/3/2011, aku mengalami kemalangan di KM29 Jln Batu Pahat-Ayer Hitam no.pengaduan Batu Pahat K002348/2011. Sarjan yang kendalikan Kes Aku Cukup BERHEMAH.
AKU PERCAYA JIKA TUAN GURU ABDUL HADI AWANG JADI PM MALAYSIA, Penambah Baikan Polis diRaja Malaysia akan Semakin MANTAP!
at last but not least, TANPA ADA PREJUDIS mahupun Meminggirkan Jasa Pihak-pihak Lain spt bomba, tentera etc.
AKU TAK AKAN LUPA JASA POLIS TRAFIK YANG KAWAL LALULINTAS KETIKA AZAN MAGHRIB BULAN RAMADHAN BERKUMANDANG!
itu bukan job ENTENG!
aku Yakin dan percaya KAMU wahai si Polis Trafik boleh Bawanya bila berhadapan Sang Pencipta SUATU HARI NANTI.
terima kasih uncle atas entri ini.
TALK IS CHEAP.
but NO MONEY, NO TALK.
so, LET'S WE WALK THE TALK.
miss u uncle
kalau datang JB, saya amat berbesar hati jika boleh minum air ngan uncle.
asymok.ambo@gmail.com
Saya menjual pelbagai jenama minyak wangi original dan dari dubai dengan harga termurah. Fahrenheit pun ada. DAPATKAN SKRG DI http://www.facebook.com/profile.php?id=100001950338297
ReplyDeleteSaya menjual pelbagai jenama minyak wangi original dan dari dubai dengan harga termurah. Fahrenheit pun ada. DAPATKAN SKRG DI http://www.facebook.com/profile.php?id=100001950338297
ReplyDeleteOh! tolong lah!Kepada mat yg tulis perempuan 'menggesel' pada lengannya sbb dia pakai minyak wangi Dunhill tu...Bukan semua perempuan 'gatal' low class mcm tu sekali sampai tak terkawal diri akibat bau minyak wangi OK~!. Kalau dah gatal..bau mcm taik lembu pun kalau perempuan dasar dah gatal takde moral dia buat jugak.hish!
ReplyDeleteAnn,
ReplyDeleteaku minta maaf jika singgung perasaan kau.
Niat aku cuma nak cerita pengalaman aku.
Aku tak pukul rata mengatakan semua baka Hawa adalah GATAL.
Yang mengeluarkan aku ke dunia ini pun AHLI SYURGA MEK LIMAH BTE AB RAHMAN, seorang wanita.
Malah bagi aku, dalam 1000 perempuan, nak cari SATU ORANG Yang HAPRAK pun Bukan Senang.
DAN, ANDAI KATA BENAR SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI, AKU AKAN BERIKAN SEGALA KEBAIKAN YANG ADA PADA AKU KEPADA PUAN SARINAH BTE ABU HASSAN, SURI HIDUPKU.
aku lihat depan mata kepala aku sendiri bagaimana putera-puteriku keluar dari tempat yang aku duk MENIKMATI Selama Ini.
aku tak berniat menyinggung kau, ANN!
wakjoyono - jual tokek rm ****,****
ReplyDeletebaca kosmo
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0302&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=joyono-medan-jutawan_06.htm
tengok apa orang miskin jadi kaya cakap...
tak sama macam uncleseeker punya nafsu. very simple~
ni laman web dia http://wakjoyono.blogspot.com http://wakjoyono.blogspot.com
macam ne nak mesej uncleseekers personally? sy perlu pendapat..
ReplyDelete