Monday, May 2, 2011

Momok Jangan Panggil Aku

Momok Jangan Panggil Aku


Yang aku paling lawak dengan perangai dia ni, masa tengah shooting adegan dalam kereta, dia sempat tidoooooo masa time dialog aku. Adegan tu aku ngan dia kat belakang. Kalau ko peratikan betul-betul muka awek ni masa time dia bercakap tu sebenarnya dia tengah mamai! macam siot...(mungkin mengantuk sangat kot sebab dari pukul 6 petang sampai hampir 6 pagi)


Inilah filem pertama yang aku bawa watak lelaki misteri, gila dan kelihatan bodoh. Selama 7 tahun balik-balik aku kena bawa watak yang serius dan jahat sampai orang menyampah kat aku. Banyak yang maki dan sumpah seranah. he he. Biasalah... watak jahat selalunya dikenang orang sampai bila-bila.

Cassandra Patrick
MISS MALAYSIA UNIVERSE 2009 1st runner up.

Satu hari nanti akan ku dedahkan banyak perkara yang anda semua tak tahu dalam dunia hiburan ini.(mungkin hujung tahun ni kot sebab dah lama sangat aku simpan rahsia ni). Aku tidak pernah marah walau sekuman sekalipun apabila terbaca komen-komen yang mengutuk aku kaw-kaw punyer dalam youtube atau forum sebab mereka tak tahu perkara sebenar.


Seperti kata falsafah, Manusia sentiasa bermusuh dengan benda yang dia tidak tahu.

Walaubagaimanapun aku nak ucap jutaan terima kasih kepada M Jamil kerana beri aku peluang membawa watak sebegini (Abang Long). Thanks bro M.Jamil.

Lakonan Cassandra Patrick juga boleh diberi pujian.

Cassandra Patrick memegang watak Qaseh

Sepanjang aku kenali ratu cantik ni, orang tidak sombong dan sentiasa merendah diri

Lu orang jangan jeles...wa dengan dia, clean beb...sumpah wa cakap lu..wa letak gambo cassandra yang seksi meksi ni pun sebab pun nak promote filem ni ajer. Lagipun wa tau pembaca2 berjantina lelaki memang suka gambo camni. Nak tengok gambar cassandra yang besar nyer, tengoklah wayang. Dalam astro first kat rumah nampak kecik jer. TV paling besar dalam rumah sekalipun, takder sebesar panggung wayang...he he. Boleh tengok Cassandra puas-puas. ;)

Boleh kata separuh dunia Cassandra dah pusing buat persembahan. Beberapa hari shooting ngan dia ni, rupa2nya banyak rahsia yang tersimpan dalam dunia ratu cantik dan modeling ni. Yang paling aku tak ble lupa cassandra cakap, model2 ni umo 30 tahun macam ayam pencen sebab kulit muka dah rosak kerana memanjang pakai makeup. Sebenarnya banyak lagi kisah yang tersirat.

Punyerlah tinggi ratu cantik ni wa cakap lu...
Sinopsis:

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.



Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Macam Bodohkan?

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.



Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Memandangkan lu bro Mjamil banyak pengalaman dalam dunia seni, apakata filem akan datang buat mengikut selera remaja pula. Amacam?

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku……

1 comment:

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.