Apa Dah Jadi?
Saya mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan “austistic” (klik).Saya menghantar mereka ke Mary Anne Josept Special needs centre di Wangsa Maju (klik) (klik) sejak lebih setahun lalu.Terdapat banyak kemajuan dalam keadaan dan perilaku anak anak saya.
Walaubagaimanapun anak-anak saya tidak ke pusat terapi kanak-kanak istimewa Mary Anne sejak 30hb April atas sebab yang saya tidak pasti.
29hb April
Pusat memberi tahu bahawa pada 30hb April pusat ditutup atas sebab ramai yang tidak akan hadir kerana cuti Hari Buruh dan dibuka semula pada 2hb Mei.
1hb Mei
Saya mendapat SMS mengatakan atas sebab sebab yang tidak boleh dielakkan cuti mereka yang sepatutnya bermula dari 25hb Jun -1 Julai akan dibawa kehadapan iaitu pada 2hb Mei-6hb Mei
7hb Mei
SMS menyatakan kelas akan bermula pada 8hb Mei kerana Mary Anne hanya pulang pada 7hb Mei dari conference.
8hb Mei
Anak anak ke pusat terapi seperti biasa tetapi pintunya berkunci dan anak anak menunggu diluar.Kami mendapat panggilan pada tengaharinya supaya mengambil anak anak kerana pusat ditutup disebabkan dipecah masuk sewaktu cuti dan polis sedang menjalankan penyiasatan
9hb Mei
SMS menyatakan pusat akan ditutup selama dua hari kerana polis sedang menjalankan penyiasatan.
14 Mei
SMS menyatakan pusat ditutup selama 2 hari lagi kerana siasatan masih dijalankan dan beliau baru sahaja pulang dari Bukit Aman.
17 Mei
SMS menyatakan pusat masih ditutup hingga hujung minggu atas tujuan penyiasatan lanjut.
21 Mei
SMS menyatakan pusat masih ditutup kerana polis belum memberi arahan pusat boleh beroperasi semula.
22 Mei
Tiada SMS
23 Mei
Saya menghantar lagi SMS bertanyakan samada sekolah sudah beroperasi.Saya tidak mendapat sebarang maklumbalas.
25hb Mei
Saya menghantar lagi SMS bertanyakan soalan yang sama dan masih tiada maklumbalas.
Saya cuba menelefon beberapa kali talian telefon bimbit Pusat tetapi ditutup.Hari ini saya ke Pusat Mary Anne dan mendapati Pusat masih ditutup.
MAJoseph Special Needs Sdn Bhd
63-1, Jalan Wangsa Delima 5,
(formerly Jalan 2/27F), KLSC 1,
53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel - 016 3839381
Email : majoseph@myautisticmalaysia.com
No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.