Tuesday, June 5, 2012

Raja Satong?

Raja Satong?

Pertama kali dalam hidup aku mendengar dan melihat penyakit sebegini. Maaf kerana tidak dapat menziarahi pesakit ini apatah lagi untuk merawatnya. Sejujurnya, kes sebegini bukan kepakaran saya.

Pada sesiapa yang boleh membantu merawatnya dengan ikhlas kami alu-alukan. Semuga selepas ini Allah akan memperkenankan doa anda untuk memiliki sebuah rumah yang anda impikan selama 11 tahun akan diperkenankan.

Sila email pada mulliana.mamat@gmail.com. 


 

Salam uncleseekers


Saya nak bertanya mengenai penyakit raja satong, adakah ia ada kena mengena dengan pengamal ilmu-ilmu hitam @ santau.


Kerana kini ahli keluarga saya kena penyakit ini dan sedang koma di hospital akibat penyakit tersebut!


Terima kasih
< DIPADAM >

Salam,
Maaf krn terlewat membalas email. Maaf juga 'Raja Satong' juga pertama kali saya dengar. Saya terjurus utk mengetahui 'KESAN' akibat dpt penyakit tersebut.


Mohon diberi bagaimana puncanya ia berlaku.



Salam kembali Uncle;


Terima kasih sudi membalas e-mail, saya pun sebenarnya sama seperti uncle, 'Raja Satong' adalah penyakit pertama yang saya dengar!


Melalui pemerhatian saya, kesannya pada menyebabkan seluruh leher mangsa seperti 'lembu disembelih' koyak! dan menampakkan lubang tengkok..(gambar akan saya cuba uploadkan)


Kini < DIPADAM > saya terlantar koma di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Punyai isteri dan 2 orang anak yang masing-masing berusia 2  tahun dan 8 bulan.
Isterinya kini, tidak dapat lagi memberikan perhatian kepada anak2nya sehingga anak sudah demam dan dia hanya mahu menunggu suaminya dihospital sahaja.


Mula dimasukkan ke Hospital Pakar Kuantan pada 24.05.2012, kemudian ditukarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 27.05.2012 kerana Hospital Pakar tersebut tidak mahu mengambil risiko.


Menurut, beberapa beberapa kaedah alternatif yang cuba ahli keluarga usahakan.


Ada yang mengatakan ia dihantar oleh 'orang" untuk menyeksa si mangsa....Dikhabarnya ia diamalkan di sebelah sabah & sarawak! Itu saya tak pasti! Tapi ia diiyakan oleh rakan-rakan yang sama-sama bekerja kapal dengan mangsa.


Dan < DIPADAM > saya ini juga sememangnya juga seorang yang berkerja mencari reseki dengan naik kapal besar ke sabah & sarawak kadang-kala sampai ke vietnam.


Namun melalui pembacaan saya:


Raja Satong ini adalah:


sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaanyakebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telinga. Ianya bernanah bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawahkulit, amat membahayakan pesakit. Sebabnya adalah sama seperti bisul.


Sekiranya uncle dapat membantu!

Terima kasih uncle;


Saya setuju juga dengan cadangan uncle.


Harap dapat bantuan/ pandangan dari kenalan pembaca diluar sana yg pernah menempuh penyakit ini.

7 comments:

  1. Salam. Melalui pengalaman saya dalam tldm dulu ... jika sesorang pernah menyakiti / menzalimi teman / kawan / kenalan yang berasal dari sabah dan sarawak .. ini mungkin salah satu akibatnya. untuk mengubatiya perlulah memohon kemaafan dari mangsa dan mungkin mendapat maklumat siapa yang bisa mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Salam uncle dan penghantar email.

    Saya pernah terbaca tentang penyakit ni. Cuba refer http://intanafis.blogspot.com
    Semoga pesakit sembuh. Insya Allah
    Kepada keluarga pesakit kuatkan semangat, sabar, usaha dan doa.
    Setiap ujian ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  3. salam uncle,saya udin..

    saya pernah dengar dan melihat penyakit ini terjadi pada org kg saya.Dia meninggal dunia kerana penyakit ini..dia kena semasa menjadi askar di sarawak/sabah dan dikatakan terkena buatan orang Iban akibat tersalah langkah kerana main2 cinta dgn org sana.Memang sukar untuk mencari Pakar/Bomoh utk mengubati penyakit ini.

    P/S-Diharap pihak keluarga berkenaan bersabar,berdoa dan berusaha mencari penawar sakit ini dengan segera.

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Mengikut kawan saya yg pernah bertugas dlm ATM di Sabah, penyakit ini as sebab drp racun yg teramatlah berbahaya.

    Macam mana racun ini dibuat & apa kandungan racun ini hanyalah sipembuat racun ini sahaja yang mengetahuinya !

    Dikhabarkan jika masa sipembuat racun tersebut memproses racun tersebut & secara tidak sengaja serbuk racun tersebut mengenai anggota jari sipembuat, maka sipembuat racun itu akan mengerat anggota jari yang terkena racun itu !

    Setakat ini sahaja info yg saya ada.

    Insyallah sama samalah kita berdoa..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  5. http://intanafis.blogspot.com/2012/01/raja-satong.html

    ReplyDelete
  6. Saya orang sarawak tak pernah pun dengar/ tahu penyakit ni. saya tanya kawan dari sabah dan sarawak pun mereka tak pernah dengar. macam ngeri je... semoga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. salam uncle,saya terbaca artikel uncle ni so lepas google dapatlah gambar sebenar pokok ubat "raja satong"..uncle refer lah kat link ni mana tau ada ke kat area rumah janda baik uncle tu kan :-) http://minatorkid.blogspot.com/2009/01/pokok-sarang-semutkepala-berok.html

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.