Mahaguru dan Maha Penipu - Apa Kaitan Johari Mansor dgn Dr Fazley?
Hi Readers. Apa khabar semuanya? Semalam Mas Kancil menziarahi seorang kawan lama di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kawan Mas Kancil ni mengidap Kanser Usus. Berjurai airmata Mas Kancil melihat keadaan dia, (my friend ni is in the terminal stage) terkenang kembali memori lama zaman kanak kanak dulu. Surya (nama samaran) dan Mas Kancil satu kelas semasa di sekolah rendah, kami selalu share dan bertukar bekalan makanan. Dia anak polis, mak dia tak bekerja jadi bekal makanan sekolah dia memang best ada rendang, kadang kadang serunding dll. Mas Kancil pula pembantu rumah asyik asyik bekalkan roti dengan cheese lah, roti dengan mentega dan peanut butter jellies..muak betul Mas Kancil rasa tetapi Surya pula suka akan makanan Mas Kancil so kami berdua pun bertukarlah makanan. Surya ni kira salah satu best friend Mas Kancil zaman kanak kanak dulu. Jadi imaginelah bila melihat keadaan dia..sayu amat perasaan Mas Kancil...Surya was diagnosed with kanser usus 3 tahun yang lepas, pada masa itu Doktor dah beri nasihat untuk menjalani rawatan kemo dan sebagainya, tapi suami dan family dia tak nak kononya nak guna cara tradisi, rawatan alternatif...pelbagailah jenis rawatan dia buat, at one time ada dia ceritakan kat Mas Kancil yang kononya dia nak buang kanser dia melalui satu cara pembedahan ghaib bayaranya lebih kurang RM6000 ringgit. Puas Mas Kancil nasihatkan supaya jangan percaya perkara karut marut macam itu. I told her she is wasting precious time, seharusnya mesti cuba melalui rawatan kedoktoran dahulu, kanser semakin merebak dan dia membazir masa dengan kesana kemari tak menentu cari rawatan itu ini. To cut a long story short, dia telah pergilah berjumapa SRI SULTAN KANJENG PANGERAN RADEN JOHARI MANSOR NOTOBROTO NUSANTARA AL-HAJ DATO' Dr Prof. Last last kena tipu aje.....................
Mas Kancil ada beritahu dia yang si Johari Mansor ni penipu besar but atas desakan keluarga she still went to berubat.......In fact Surya ni mengidap sopak teruk akibat menggunakan kosmetik peeling yang ada racun mercury dan hydroquinone. Lebih kurang 10 - 15 tahun dulu masa tu dia begitu mengila guna produk bagi putihkan kulit macam Citra Ayu lah, BML, NV..pelbagailah...masa tu pun dah Mas Kancil nasihatkan, "Jangan Surya nanti mudarat boleh dapat Kanser", tak pula Mas Kancil tahu boleh kena sopak juga!! Ialah siapa nak dengar nasihat apabila pada masa guna produk produk macamgini selepas megelupas maca ular salin kulit, muka jadi putih melepak berkilat kilat dan cekang...
Sebelum lebih ramai lagi yang tertipu oleh JOHARI MANSOR ni, Mas Kancil nak share maklumat pasal dia.
Pernah ke Readers menggunakan Produk Sinar Sari? Citra Ayu? Addura? Vanessa? D'Fazley Cosmetic? - Dalang belakang produk produk ini ialah JOHARI MANSOR. Pengasanya sama, the same man behind all these skincare. Apabila satu produk tu dapat bad reputation, dia akan tukar nama produk tersebut dan menampilkan duta baru, dia akan guna khidmat artis macam Zarina Zainuddin dan Dr Fazley (Fazley nipun dah diketahui umum dimana Dr nya palsu).
Pergi ke blog produk Sinar Sari disini, anda akan nampak gelaran dibawah diberi pada nama dia.
"D.YM.M. Sri Sultan Kanjeng Pengeran Raden Johari Mansor Notobroto Nusantara Al-Haj Dato Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGKK)"
Latarbelakang:
Johari Mansor yang telah memberi dirinya pelbagai gelaran Datok, Dr, Prof, Radin dan sekarang pula dia jadi DYMM Sri Sultan (apa tujuan nya ni?)...dia ni dulu tinggal di Batu Pahat dan jual ubat di tepi kaki Jln Wong Ah Fook, biasa menjadi pekerja kontrak di Singapore. SRP/LCE (zaman dulu) pun dia tak lulus. 20 tahun dulu dia dah guna datuk katanya sultan johor bagi, bila tanya DPMJ atau SPMJ, mingu depan dia tukar pengakuan, sultan brunei pulak bagi...
Lebih 10 tahun dulu, Jabatan Perdangangan membuat serbuan pada permis dia di KOMTAR (Johor) dimanan dia telah mengeluarkan Kosmetik Ciplak Citra Ayu dan menggunakan nama Citra Putih...dia kemudiannya telah seduce tuan punya kosmetik Citra Ayu (wanita yang sudah tua jauh lebih tua dari si Johari ni) sehinggakan bercerai dengan suaminya dan berkahwin dengan si Johari Mansur, of course bila dah gitu maka kes pun tutup, the woman did not press charges against him...anyway bila dah dapat apa yang dia nak maka wanita Indon tu pun dicerailah.
Dulu si Johari Mansor ini pernah dipilih jadi Bendahari UMNO Bahagian Batu Pahat, si johari ni janji & dan umum dlm paper nak derma UMNO RM1 juta, tapi sampai skrg 1 sen pon tak nampak....Orang UMNO pun ramai yang kena tipu dengan diani....
Johari Mansor ni bukan hanya gelar diri dia Dr, Prof dia pun mengaku dirinya keturunan wali 9 dan keturunan raja indonesia dan mengelar diri dia Raden dan baru baru ini memberi diri dia derajat Seri Sultan! Menurut seorang sahabat Mas Kancil yang mengenali abang si Johari Mansor ni, abang dia yang bernama Tukiran memberitahu macammana si Johari jadi keturunan wali 9 dan Raden walhal mereka adik beradikpun tidak ada yang bergelar Raden?
Ini komen yang Mas Kancil Copy Paste dari beberapa forum yang ada kebenarannya:
dulu klinik bomoh tak jalan ... dia ceburi bidang kontraktor, selalu hantar bini no.3 namanye kak ani ET ketua jabatan ... hissssshhh sanggup jual bini ... ade jugak gadis bodoh pegi klinik dia untk suci diri then johari bawak dekat hotel murah kt taman pelangi untk tujuan mndi bunga tapi dgr cite gadis2 tu plak kne rogol ....
gamai gak org kg melayu tak tau si penifu wak ni, nikan org KL......dulu dengar org kanan dia, namanya org panggiil zabidi, samer gak....kena charge mahkamah jugak, tapi entah apa kesudahan....dia dituduh soh isap b*t*nG dia & telan air M*ni utk gadis suci diri, so ada pesakit klinik kat komtar 2 repot polis.....
yelah tu....awak tanya peniaga daging pasar larkin jb, sape yg tak kenal bomoh penipu ni, pagi-pagi kutip perut-perut lembu, bawak pi klinik, then operate org, pukau (mcm bius la kaedahnya), bila tersedar tunjukkan perut2 lembu tu , katanya barang yg telah dikeluarkan dari badan pesakit...
berjaya dah tipu ramai org...menteri pertahanan malaysia pon percaya wak kang ni salah seorg sultan...dah terima darjah kerabat (dk). dari wak kang ni..terima kat pwtc pulak..
taukeh sarawak ditipu berbelas juta, sampai buat runah 3 tingkat, pagar stainlesd steel pon belum bayar...
tiru produk kecantikan jenama citra ayu, kepada citra putih, pemakai gatal2 lalu pegi kilang citra ayu utk komplen, owner citra ayu komplen kpdnhep..kedai wak kang ni kena serbu, saya ada situ, kpdndhep jumpa bertong cream mcm2 warna dan botol2...
dengar kata, kerana nak tutup kes, wak kang ni goda owner citra ayu dan mereka kawin, ... buang kes...dah buang kes ibu tu dicerainya, kesian suami si ibu dari indon ni
RUSNANI RAHAMAN TU BINI DIA NO.3...YG BANYAK SIMPAN RAHSIA
DEPAN MURID SILAT, BERTUDUNG DAN CUKUP BERSOPAN SANTUN...TAPI JUMPA KAT LUAR, RAMBUT PERANG, TANGAN & LEHER TAK CUKUP NAK LETAK GELANG EMAS....AKU DENGAR DIA NI LAH YG SELALU ET KETUA JABATAN , SEMASA WAK NI CUBA JADI KONTRAKTOR......
MCM PERNAH DENGAR DIA YG BAWAK KETUA JABATAN GI KARAOKE & CHECK-IN...INFO DPT DARI SALAH SORANG KETUA JABATAN..
Penipuan Tanah
Kes1
Tahun 1995, dia telah menipu dengan meggunakan nama Menteri Besar Johor. Kes ni baru disebut dimahkamah pada tahun 2010 dan dia telah didakwa tetapi dia appeal dan kes masih berjalan sekarang:
kredit : kosmo.com.my
JOHOR BAHRU April 25th, 2010– Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes penipuan penjualan tanah bernilai RM9.3 juta dengan menggunakan nama Menteri Besar Johor, 15 tahun lalu.
Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap pengamal perubatan tradisional, Md. Jhomi Supian, 56, dan ahli perniagaan, Johari Mansor, 52, manakala tiga tahun penjara ke atas broker tanah, Yap You Jee, 61, kerana menipu Pengarah Syarikat Solid Estate (Sarawak) Sdn. Bhd., Datuk Ding Lian Cheon.
Mereka dituduh memperdaya mangsa dengan mendakwa telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri Johor untuk pembelian lot tanah 21448 dan 1152 di Jalan Skudai, di sini dengan harga RM7.5 juta di antara 28 Jun 1995 dan 25 Julai 1995.
Berikutan itu mereka didakwa menerima cashier’s order bernilai S$3.45 juta (RM6.14 juta) daripada Lian Cheon, yang ditunaikan dengan kad pengenalan palsu tertera nama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Md. Jhomi dan Johari juga didakwa menipu Lian Cheon dengan mendakwa telah mendapatkan pembatalan tuntutan premium keatas tanah tersebut daripada Majlis Mesyuarat Negeri Johor di Hotel Tanahmas di Sibu, Sarawak pada 10 September 1995.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh telah mendapat bayaran sebanyak RM2 juta daripada Lian Cheon di Hotel Hyatt Regency di sini pada 23 September 1995.
Penipuan Tanah - Kes Kedua
Penipuan Hartanah - Penjualan Bangunan yang tidak Ujud
Kes Saman Sivil di Mahkamah tinggi Sabah/Sarawak Tahun 2007
JOHARI MANSOR telah menipu sepasang suami isteri dari Sabah berjumlah lebih 3 juta Ringgit Malaysia untuk pembelian sebuah bangunan yang tidak ujud di Johor Bahru. Dibawah ini ialah bukti kes mahkamah.
Untuk membaca surat mahkamah diatas seterusnya sila klik dan download DISINI
JOHARI MANSOR jadi Doktor Bedah:
Si Johari ni meletakkan 'perut palsu' diperbuat dari organ2 binatang diatas perut pesakit dan kemudian kononnya mem'bedah' pesakit secara 'LIVE' tanpa parut dan kesakitan. Lihat video dibawah, dimana kononya dia buat pembedahan untuk pesakait kanser usus (sama seperti kawan Mas Kancil lalui):
Pemilik Pusat Rawatan Keraton didakwa 14/10/2010
JOHOR BAHRU 14 Okt. - Pemilik Pusat Rawatan Keraton yang melakukan 'pembedahan' secara tradisional atau batin, Johari Mansor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.
Johari, 52, dan isteri, Rusnani Rahaman, 49, yang juga rakan kongsi pusat berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 34, Jalan Padi Emas 32, Bandar Baru Uda di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(2) akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) (aa) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Raof sementara Johari diwakili peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.
Habibah menetapkan 29 November ini bagi perbicaraan kes tersebut.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pusat berkenaan didakwa di mahkamah yang sama pada 7 Oktober lalu atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis dan pada waktu serta hari yang sama.
Pengakuan Seorang Anak Pesakit Johari Mansor:
"Salam....
Maaf kerana saya lewat membalas msg ni...untuk pengetahuan semua, emak & nenek saya telah membuat rawatan di pusat rawatan keraton di bndr baru sentol,kl pada jan 08, itupun kerana desakan dari bapa saudara yang terlalu yakin akan rawatan ini.
Untuk pengetahuan semua mak saya mengidap penyakit kanser dan nenek saya ketumbuhan didalam otak...Sampai di sana, seperti pesakit lain kami d suruh utk mengisi borang dimana borang itu terdpt pantang larang & juga perjnjian jika berlaku apa2 kita tak boleh mengambil tindakan......
pandai betul si wak raden ni kan.......so...bila kite nak saman @ report polis pun kita tak bleh la nak menang coz kite dah sain surat perjanjian tu....so sampai la giliran mak saya untuk mendapatkan rawatan....dan saudara terdekat bolehlah merakam pembedahan secara ‘live’ tu...
bapa saudara saya yg merakam pembedahan tersebut, saya hanya memerhati di luar, di tingkap kecil..memang la masa kite tngok memang Nampak real sangat2 pembedahan tu...tapi bila mak saya selesai je pembedahan tersebut..hati mak saya rasa memang tak sedap.......mak saya kata macam kene tipu hidup-hidup..coz nak tau apa yg dia buat kat mak saya dlm bilik tu...mak saya disuruh baring....
lepas tu mengucap..& mak saya kata keliling tmpt dia baring tu ada macam2 bentuk keris ada ...lepas tu si raden ni akan sapu minyak panas di tmpt yg nak dibedah tu sambil mulut dia membaca sesuatu mentera...di leher dan diperut...dia buat ni dalam keadaan mak saya sedar..lepas tu dia akan letak satu sekeping kain tebal diatas badan mak saya...ITULAH DIA PENIPUAN YG DIA BUAT..KAIN TEBAL TU LA DIA LETAK PERUT PALSU YG ADA HATI KE JANTUNG KE DAN MACAM2 LA..KONONNYA DIA NAK BELAH SECARA LIVE PERUT KITA...PADA HAL DIA DAH CIPTA PERUT PALSU DAH...so bila dia dah siap letak PERUT PALSU TU...dia akan panggil org yg nak rakam pembedahan tu masuk...
masa tu kita yg tngok ni memang la rasa real sangat......konon la dia bedah guna pisau lepas tu keluar le segala benda yg kononnya dia kata toksid dalam badan....nampakla dia selak hati....selak jantung..........kononnya real sangat la.....tapi padahal kita di tipu hidup2.......selepas pembedahan selesai kami diminta membayar sebanyak RM6260!!
Termasuk ubat apa2 entah.... bayaran tu sebab buat 2 tmpt iaitu di leher dan di perut..........tu baru mak saya.........nenek saya pun serupa....tapi ni lagi real.........siap ketuk kepala nenek dgn tukul......hahahahahaha.........kelakar betul.....kene tipu betul....mak& nenek saya memang sedar masa dia buat tu....tapi tak dengar pun apa dia buat....si raden ni dah baca dah macam2 leee...nenek saya pulak kene bayar RM3000 lebih....satu pembedahan je...cuba korang bayangkan 1 org RM3000 sehari 30 orng....sebulan dah berapa si raden ni dapat duit....tu yg dia boleh pakai kete yg berapa juta harga dia tu.....
kalu la betul2 alim kan...untuk yg sesiapa penah pegi la kan...cuba korang tngok yg jaga kauter tu...pakai tudung macam nak tak nak je...kat belakang kluar ekor...yg lelaki ada yg rambut panjang.........lu pk la sendiri.......so nak jadi citer...mak saya memang tak puas hati....
Genap je sebulan lepas tu mak saya pegi balik ke tempat tu...tujuan utama nak mintak balik duit RM6000 lebih tu...bila sampai giliran mak saya...apalagi....mak saya sembur la dengan macam2 kata2 kesat...macam2 la mak saya ugut.....last2 sekali wak raden pun sain la cek balik.........dia takut mak saya bawa ke tengah kes ni..dia pun tengok mak saya dia macam berani semacam je so dpt le balik duit kami.....alhamdulillah berkat rezeki yang halal kami dapat balik duit kami.........."
JOHARI MANSOR BERTUKAR MENJADI MAHAGURU SILAT dan mengelar diri dia Sri Sultan:
Untuk menipu Orang Melayu dia telah mengaku yang kononnya dia ni keturunan wali 9, Penipuan ini ialah untuk orangramai percaya akan kehebatan dia menjadi Pakar Bedah....
Untuk orang percaya dia sebagai mahaguru silat tersohor dia mengaku pula dirinya Raden dan mengambil gelaran SRI SULTAN KANJENG PANGERAN RADEN JOHARI MANSOR NOTOBROTO NUSANTARA AL-HAJ DATO'
KEHEBATAN JOHARI SEHINGGA MENTERI PERTAHANAN YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi TERTIPU:
Tak cukup kah Zahid Hamidi dapat anugerah dari Sultan di Malaysia sehingga sanggup terima darjat kerabat dari JOHARI MANSOR SULTAN PENIPU ni?
APA KAITAN JOHARI MANSUR DENGAN DR FAZLEY YAACOB (Dr palsu)?
Selasa Januari 16, 2007
Fazley ceburi bidang kecantikan pula
Oleh WAHIDA ASRANI
Dari mStar Kilk Disini untuk artikel penuh
"Bagi saya, benda yang jarang orang buat, itulah yang akan saya lakukan," - ringkas jawapannya, tapi itulah yang diluahkan oleh Dr. Fazley Yaacob, atau Fazley ketika menceritakan tentang kerjaya terbarunya sebagai pengusaha produk kecantikan untuk golongan wanita dan lelaki.
Tegas penyanyi, pengacara dan penceramah motivasi ini, tidak salah bagi kaum lelaki untuk menceburi konsep perniagaan seperti ini, walaupun pengusaha kosmetik di negara ini rata-ratanya didominasi oleh kaum wanita.
Berpegang kepada prinsip tersebut jugalah akhirnya jenama D'Fazley Cosmetic diwujudkan oleh Fazley serta ahli keluarganya yang lain di mana produk-produk di bawah jenama ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Fazley International Cosmetic (FICOS), yang menyaksikan Fazley sendiri bertindak sebagai Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.
"Sebenarnya, perancangan untuk buat perniagaan ini memang sudah lama saya fikirkan sejak kira-kira 7 bulan lalu. Ini adalah salah satu perancangan jangka panjang saya untuk mengembangkan lagi family business.
"Mengapa saya pilih untuk buat produk kosmetik? Saya rasa, sudah jadi hakikat semua orang ingin nampak menarik di mata umum. Walaupun jarang kita lihat pengusahanya lelaki, tetapi saya tidak kisah.
Fazley menunjukkan buku motivasi santai 'Bila April...Cerita Paji' serta perniagaan terbarunya, D'Fazley Cosmetic (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan) "Insyaallah, produk ini akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi. Saya juga ada merancang untuk pasarkan produk ini nanti ke Timur Tengah," ujar Fazley ketika ditemui pada majlis minum petang bersama media, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Dengan slogan "Suci...itulah kelebihanku!" yang dicipta oleh ibunya sendiri, Datin Umi Kalsom, produk-produk yang akan dikeluarkan di bawah jenama ini adalah produk kecantikan untuk wanita, produk 'ketampanan' lelaki dan supplement untuk kecerdasan minda.
Menariknya, produk-produk tersebut turut menekankan pada penggunaan bahan-bahan halal untuk mengelakkan keraguan orang ramai dan memudahkan pengguna yang beragama Islam.
"Sekarang ini, kita di dalam proses untuk memastikan semuanya teratur dan berjalan lancar. Produk-produk ini turut jalani proses R&D di Johor.
"Kita juga sudah ada pengedar sendiri yang akan memasarkan produk-produk tersebut. Untuk pek pengenalan produk tersebut, kita meletakkan harga yang berpatutan sekitar RM50 hingga RM100," kata Fazley, yang hadir ke majlis tersebut dengan ditemani isterinya Azrene Soraya.
Menurutnya lagi, FICOS juga akan mengeluarkan beberapa lagi produk lain pada masa akan datang antaranya, produk pemakanan halal……………………….
Produk yang slogannya dicipta oleh ibu Fazley dan Proses R&D di Johor ialah sebenarnya satu usahasama dengan JOHARI MANSUR( pengasas produk Sinar Sari, Vanesses etc)
KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Maulidur Rasul dan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton di Plaza Tanjung Aru, hari ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Negara (Senator) Dato’ Yaakob Mohammad, Pengarah Ekesekutif D’Fazley International Cosmetic Sdn.Bhd, Fazley Yaakob dan Prof.Dato’ Dr Raden Johari Mansor Al-Haj, Dr.Ahmad Fadzli Yaakob.
Yahya memotong reben merasmikan Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Keraton. Gandingan usahasama Fazley dan Johari Mansor
SI JOHARI MANSOR SEBAGAI MAHAGURU SILAT ...mari tengok ilmu POWER RANGER sijohari ni.....
Nak baca komen peminat yg tengok video clip ini, sila klik
Komen: Kita Orang Melayu mesti sentiasa peka agar tidak mudah diperbodohkan oleh jenis manusia yang PENIPU begini.
Nota : Semua artikel di atas adalah saya copy paste dari blog Mas Kancil (klik) dan untuk pengetahuan semua, saya tidak kenal langsung dengan Mas Kancil selama ini. Artikel akan datang saya sekiranya ada masa terluang saya ceritakan pengalaman (sedikit sahaja) bertemu dan berbual (melalui handphone) antara saya dengan Raden Johari.
terlalu banyak sgt penipuan..
ReplyDeleteMasih nk berdalih lagi?
Come on la think twice kalau nk berubat..
Yg paling aku benci, gune plak Islam n ayat2 suci al-Quran sebagai alat utk menipu. Elok org macam ni dihukum rejam same je macam hukum berzina...
Penipuan Pusat Rawatan Keraton dan JOHARI MANSOR akan dibenteras habis-habisan, rujuk link2 dibawah:
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=Mit5GZbgwJA (WHO IS JOHARI MANSOR and WHAT DOES HE CLAIM TO BE?)
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1070318&hl= (SCAM - PUSAT RAWATAN KERATON)
http://forum.lowyat.net/topic/1528695 ("SULTAN" Johari Mansor)
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=39872 (CariGold - tak pernah aku jumpa manusia sebongkak ini )
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/118 (Emjay Blog - Bomoh di Malaysia semakin moden dan canggih, tahniah syaitan)
http://www.mediafire.com/?mm7bq1ocd595ad1 (Mahaguru58 - Original blog copy)
http://forum.malaysianmedicine.com/topic.asp?TOPIC_ID=2503 (Malaysian Medical Resources - Forum Scam surgery)
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=515683&extra=&page=1 (Cari Forum - Kesultanan Johor?)
http://medicine.com.my/wp/?p=7371 (Malaysian Medical Resources - Scam Surgery)
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=515683&rpid=41739368&ordertype=0&page=4#pid41739368 (Cari Forum - Kesultanan Johor P2)
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187788 (Carigold - Pemilik Pusat Rawatan Keraton di TANGKAP)
http://silatgerakkilat.blogspot.com/ (PERSATUAN SILAT GERAK KILAT - Diasaskan JOHARI MANSOR)
Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=HX20GQ6q9I4 (Pembedahan batin/Penipu)
http://www.youtube.com/watch?v=oCgogKE22y0& (Bedah Jantung Penipu)
http://www.youtube.com/watch?v=PRYKGYrca5E (Pembedahan Ajaib menipu)
...dan banyak lagi di Youtube
Petikan Akhbar (kes2 mahkamah melibatkan Pusat Rawatan Keraton, Johari Mansor dan Bedah batin)
http://www.hmetro.com.my/articles/Hanyailusi_tidakberkesan/Article/ (Bedah Batin - Hanya Ilusi dan Tidak berkesan)
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/12167 (Penipuan "Datuk" Johari Mansor di Sabah - 2007)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_05.htm (Utusan - Pemilik Pusat Rawatan Keraton didakwa)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm (Utusan - Pusat Rawatan Keraton hadapi tuduhan)
Link2 menarik yg lain:
http://www.facebook.com/pages/Kami-Benci-Uncle-Seekers/132057020181729 (sila tengok komen2 ahli keluarga JOHARI MANSOR/DHJ)
http://tcm.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=78 (Hukum Bedah Batin)
Jangan terpedaya dgn helah mcm ni - Terima Kasih~
"...Meanwhile, a quack who claimed he is a “Datuk” denied to three charges of having in his possession of medicines that contained scheduled poisons which were meant for sale.
ReplyDeleteJohari Mansor who did not have the permit, is accused of having 15 strips of 10-tablet Ampicillin 500mg, 950 capsules Ampicillin 250, two boxes of Postinor 2 which contained Levonorgestral, 450 tablet Uniflex-N which contained Betamethasone, 60 tablets of Ospamox 1000mg which contained Amoxycillin and 10 tablets of Tagamet 400mg which contained Clmetidine.
He is also accused of having in his possession poisons that were meant for sale including four boxes of Sanaflu, 10 boxes of Bodrex, three boxes of Riboquin, two bottles of Anticancerlina tablets, three boxes of Zhixuelling Jionang, 25 strips of Neo Napacin, a bottle of Bio Century Ling Zhi capsules, 1⁄4 bottle of Bio Century Ling Zhi capsules, 15 bottles of Jamu Sirna Sari, 36 bottles of Galian Singset, 28 bottles of Pati Serai, 14 bottles of Dupa Sakti, 28 bottles of Minyak Gosok Langkasuka and 1⁄4 bottle of C189 Ye Xia Zhu.
Both offences were allegedly committed on June 1, last year at about 10.45am at Pusat Latihan dan Rawatan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGK), Wisma PSSGK, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru.
Johari is also accused of having 80 tablets of Pontalon which contained Metenamic Acid on Sept 19 2006 at about 2.45pm at the same place.
The trial is set for Aug 18-22 next year. He is granted a bail of RM1,000 under a local surety..."
Sumber: http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/12167
JOHARI MANSOR adalah penipu yg teramaaat lah besar.
benda ni bukan dah lama kecoh ke? rasanya ;lam bln lepas lg sy dah baca ttg Johari Mansor ni
ReplyDeletehoh.. johari mansur ni ,,bahaye btul orgnye.. menteri pun bleh kene tipu beb..
ReplyDeletehttp://tinyurl.com/penemuan-luarbiasa
tapi...dia ni mmg btl2 guna ilmu hitam..mcmana dia boleh tipu ramai org..sbnrnya dia ni buat pemujaan syaitan..sy dl salah sorg yg tertipu..family semua da kena..tp..dlm 3 bulan bturut2..nmpk Allah nk lindung sy..8 kali dia dtg tmpt sy..8 kali jg sy dtg bln..dia kata klu dtg bulan xleh berubat..syukur alhmdlillh..sy da sedar awal2 tp..nk yakinkn family mmg ssh..mgkn sy sorg je kot yg dia x dpt pukau..xpela..Allah ckp..doa org2 yg teraniaya tu pasti akan termakbul..sy doakn..dia dapat setimpal dgn apa yg dia da da buat kat semua org..dunia akhirat xkan maafkn..
ReplyDeleteadyni berkata :: ak0 kenal sgt dgn famili dia neh . Sebab 1 masa dulu ak0 sgt rapat dgn keluarga rusnani rahaman neh . Selalu ak0 lepak , td0 , mkn , semua la kt ruma dia . Mulanya ak0 x percaya jugak dgn kata2 org pada Johari neh . Ak0 buat bod0 sebab ak0 rapat sgt2 dgn derang . Tapi lame kelamaan , ak0 tgk memang ada sahihnye setiap penipuan dia neh . Sampaikan kuasa ALLAH tu sungguh hebatkan , anak2 dia neh mane menjadi . Semua r0sak2 akhlak . Bukan ak0 tipu atau sengaja nk buat cerita . Tp memang nyata . Punya la perangai x serupa manusia . Berlagak dgn harta yg bapak mereka dapat melalui menipu . Sedih sangat2 ...
ReplyDeletebb-saya x suka org buat blog sekadar nak car kesalahan org lain.. raden johari itu bukan penipu...!!!
ReplyDeleteuncle seekers: btul ke tau ttg Johari Mansor nie... sbb kalau tgk pd gambar yg ade... tu gambar Raden M. Amer bkn faizal adik fadzley... pastu... setahu saya la rosnani tu bkn ke status die isteri ke-2??? bukan ke 3!!! n kalau cam uncle ckp tu, si rosnani byk simpan rahsia johari mansor... nape plak bkn isteri ptame?? sbb die lg lame hidup bsame dgn johari mansor... ape plak cite isteri2 johari yg lain... terutame yg didakwe sedare ngan uncle tu?? jgn2 uncl nak gunekan sdare uncle tu kot utk kpentingan uncle jd xpasal2 jual name rosnani sbg kambing itam... sbb tu la libatkan fadzley skali... sdgkan rosnani ngan sdare uncle tu menjalankan core busines yg same.. jd xmustahilkan uncle nak aibkan org utk kepentingan uncle...
ReplyDeletesatu lg... nape blog maskancil xleh bkk??? ntah2 blog tu direka hanya utk buat statement palsu pd johari ngan rosnani... bertaubatlah uncle dari menyesatkan org ramai dgn menabur fitnah dan mengaibkan keluarga org lain...
Akhirat kelak kita tahu siapa benar dAn siapa salah.....akhir zaman byk fitnah yg melanda.....jgn lah kta bukak aib org,inikan pula kta sendiri pn xthu kisah yg sbenarnya.....Yang penting kta harus ingat,tiada siapa yg berhak menentukan sesuatu itu selain Allah s.w.t sendiri lah yg menentukannya.....jgn kta bermusuhan sesama islam....bersama2lah kta hindari diri kta dari perbuatan maksiat....yakinlah pada Allah s.w.t.....
ReplyDelete