Wednesday, February 16, 2011

Raden Johari Mansur - Semuanya akan berakhir tidak lama lagi...

Raden Johari Mansur - Semuanya akan berakhir tidak lama lagi...

Salam,
Saya terkejut apabila dikaitkan dengan pembongkaran yang dilakukan oleh Mas Kancil artikel didalam laman sesawangnya seperti di bawah. (Klik).

Sebagai manusia, kita sedia maklum apabila seseorang yang hampir lemas, mereka akan mencapai apa saja untuk menyelamatkan diri..biasalah tuu...

Pada 8-2-2011 sekitar jam 9.21 malam ketika saya bersama dua orang lagi rakan dari Senawang sedanyg menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran siam tetiba saya dapat satu panggilan bernombor 0197720611. Dalam hati saya, saper plak yang call aku tengah sedap makan ni? Dahlah satu hari tak makan sebab takder orang nak masak untuk aku.

"Hello, ini Uncleseekers?"

"Yer, saper ni?"

"Raden Johari"

Saya tidak pasti Raden Johari yang mana. Saya ingat kawan saya juga bernama Pak Raden tapi dari Kelang.

"Ini Syed Abdullah kan?"

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu?"

"Ini Raden Joharilah..Kita kan sedara beb..Isteri ana sedara ente"

Dalam hati kecil saya, betulkah sedara aku kawin dengan Raden Johari. Tapi aku abaikan isu itu dahulu sebab nak tahu cerita selanjutnya. Dua orang rakan aku tadi berhenti makan sebentar kerana mendengar perbualan aku yang agak kuat sebab line kat Janda ni kadang-kadang ok kadang ko. Maklumlah..Janda. he he

"Beb, minta tolong kengkawan ente deletekan apa yang patut tentang ana dalam internet"

"Boleh..small matter, tapi ente kena jumpa ana"

"Nanti ana hantar wakil"

"Ana nak jumpa anta kat kl"

"Ente tolonglah ana apa yang patut, kita sedara beb"

"Takkan tolong macam tu ajer. Ana nak jumpa anta"

"Bolehlah tolong sikit-sikit, banyak takderlah"

Dalam hati aku berbisik. Aku cakap lain, dia maksud lain. Aku nak jumpa dia bertentang mata sebab 2 kali dia tipu aku nak jumpa. Satu kali sekitar tahun 2006 satu temujanji yang diaturkan oleh salah seorang pengarang majalah berkenaan paranormal (sekarang majalah tu dah takder lagi) di sentul. Aku datang dengan beberapa anggota Team PSI siap dengan peralatan video dan satu lagi bulan ramadhan 2009 bersama Zelmey. Aku lebih suka kalau ada temujanji atau sesuatu perkara, aku suka bawa teman sebab kalau ada terjadi perkara yang tidak diingini, mereka akan menjadi saksi nanti. Bila kami berdua sampai saja di tangga pejabat, salah seorang kakitangan memaklumkan bahawa Johari Mansur dah keluar. Tukang repair kasut kat bawah tu cakap dengan aku si Johari Mansur memang ada kat atas sebab dia ada kat situ dari tadi.

"Uncle dah kena main dengan dia..".

Aku ketawa sebab Zelmey cakap

"Kita dah kena main daa.."


Zelmey memang terkenal dikalangan kami sebagai joker.

"Ana kat johor, ente tolonglah apa yang patut. Nanti ana hantar wakil jumpa ente, Assalamualaikum" Dia terus tutup talian.

Kalau perbualan aku 'dirakam' oleh Raden Johari. Mohonlah padanya dengar semula semua percakapan saya. Ataupun sesiapa yang ada kaki di Celcom atau Maxis (saya pakai Maxis) bolehlah periksa semula rakaman tersebut. Zaman sekarang ni, bukti boleh dapat dengan cepat.

Beberapa hari selepas itu ketika aku sedang menyiapkan semua dokumen penting samaada bekas perdana menteri malaysia Dato Seri Abdullah Badawi dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terlibat dengan skandal RM125Billion pada tahun 2008 (pertukaran wang lama dan baru) tiba-tiba adek angkat aku (kami panggil Sayur) bertanyakan tentang Raden Johari.

"Kau ni agin takder ribut takder tetiba jer tanya Pak Raden?

"Orangnyer camner?"

"Camtulah, kenapa?"

"Dulu saya pernah buat pembedahan kat Sentul dengan abang lan. Dekat sepuluh ribu gak habis sebab abang Lan buat dua pembedahan. Saya cuma buat kat leher saja."

"Baguslah"

"Saya nak minta duit baliklah sebab saya ternampak......"

"Macamnilah, Raden Johari baru tepon aku beberapa hari lepas, ko amik no tepon dia ni, ko tepon dia sendiri"

Keesokan harinya dia maklum pada saya yang Raden Johari tak angkat panggilannya. Sms juga tak berbalas. Saya tanya apa yang ko sms?

Dia jawab, saya cuma tulis "Uncleseekers"

Cinabeng lu, bagero lah ko ni. Dia mesti ingat aku yang message kau. Pundek ar ko ni! Pakai nama aku.

Dah seminggu aku tak nampak batang hidung dia kat Janda Baik ni. Kalau dia jumpa aku balik dan masih simpan sms dia pada Johari, saya akan paparkan disini.






Teknik pembedahan batin tanpa menggunakan peralatan bedah.


Cara-cara

1. Bahan yang diperlukan adalah tepung ubi, pewarna merah dan usus ayam. Tepung ubi digaul bersama pewarna merah di dalam periuk yang berisi air panas sehingga menjadi sebati.

2. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam plastik bersaiz kecil.

3. Lekatkan plastik itu di bahagian dalam se- helai kain kuning yang telah di carik (sebagai tempat menyeluk).

4. Letakkan kain itu di atas perut subjek utama.

5. Seluk bahagian yang telah dicarik dan tarik keluar usus ayam yang telah digaul bersama-sama tepung ubi tadi.

Nak tahu lebih lanjut tentang teknik bomoh temberang sila (klik)

Raden Johari adalah satu lagi kejatuhan bomoh temberang selepas Mahaguru Mat Zain dan Ustaz Arief Cakra Alam. Mereka berjaya mengelirukan beberapa pemimpin negara satu ketika dahulu dengan silap mata!

Siapa pula bomoh temberang yang baru akan muncul selepas ini?

Kalau Ustaz Arief asalnya hanya penjual roti dan Raden Johari menjual ubat satu ketika boleh menjadi kaya kerana mereka pandai atau kita yang bodoh?

Walaubagaimanapun, bila datang kebenaran, yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Nota : Mungkin 'bahasa' yang dituturkan oleh Raden Johari Mansur terdapat sedikit kelainan dengan apa yang dipaparkan di atas.

"To Seek The Truth"

12 comments:

  1. Raden dari klang?
    Macam aku kenal, tapi dimana ya?!
    :P

    ReplyDelete
  2. akhirnya terbongkar jugak segala penipuan pembedahan batin...tahniah uncle seekers..

    http://tinyurl.com/penemuan-luarbiasa

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. akhirnye kene buang daerah..

    dr JB ke Penang...

    ReplyDelete
  5. nasib ko la johari mansur, ni cuma balasan di dunia...

    ReplyDelete
  6. Apa yg ko post ni , tak setanding ngn nama dan keturunan ko, memalukan , ni AIB org , bukan ka ko mnyebarkan AIB org? klau pun btol , simpan sendiri la.. ini tuntutan Agama.. fikir la..

    ReplyDelete
  7. Yob... Bagus.... Dedahkan kebenaran. Biar org bangsat ckp dedahkan aib org x baik... Tapi ko buat perkara baik, berani. Ko handal laaa.... Teruskan.

    ReplyDelete
  8. betol ke semua ni? saya ni kawan baek dgn anak2 dia and bini dia yg frist mak leha. as far as i know and selama saya dok rumah dia tk pernah pulak nmpk benda mencurigakan, betol ke? sbb fmly dia baik dgn org. tp wak jo (raden johari) sy tak berapa rapat sbb dia duk sentul.

    ReplyDelete
  9. btol la tu, cuma ramai yg x tau si wak johari ni da kene buang daerah ke penang. baru2 ni pon ank dia kene tangkap kt kota kinabalu, kes sama cm bapak dia, 'bedah batin' tipu. kesian kt binik2 dia, jd mangsa keadaan....

    ReplyDelete
  10. Johari da pulang ke JB semula setelah Akta Buang Daerah telah dimansuhkan....

    ReplyDelete
  11. datuk ibrahim mat zin..bukan calang2 orang..

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.