Kiamat tahun 2280?
Salam, baru-baru ini saya menonton semula dvd cetak rompak (he..he..) bertajuk 2012 iaitu tentang hari kiamat yang diarahkan oleh Roland Emmerich mengikut fantasi Harald Kloser dan Roland Emmerich dan lakonan mantap dari pelakon utamanya John Cusack membuatkan saya insaf sekejap! (tak lama pun sekitar 2 jam saja).Penerbit keluar belanja sekitar USD200 juta dan dapat balik sekitar USD769 juta! Untung banyak tuu…
Kiamat yang digambarkan oleh pemikiran barat pada tahun 2012 itu amat dasyat. Filem itu menjadi buah mulut masyarakat dunia pelbagai agama dan bangsa! Ada yang taksub dan ada juga yang menganggap ianya sekadar hiburan angin lalu.
"Mereka menanyai kamu (Muhammad) mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, 'Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'" (7:187)
Saya terbaca sebuah buku yang ditulis oleh seorang yang sensasi satu ketika dahulu.Kalau tak silap dah lebih 20 tahun yang lalu. Beliau menjelas tentang tarikh kiamat (terdapat 70 ayat tentang kiamat) atau Saat (Saat adalah suatu hari sebelum datang Hari Kiamat dan terdapat 43 ayat tentang saat). Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan kepada umum kerana setelah anda habis membaca tulisan ini, saya rasa anda sudah tahu siapakah penulisnya. (bukan susah sangat, klik kat google pastu copy paste artikel yang ditulis olehnya. Dapatlah jawapan…)
Teori tentang hari kiamat yang diulasnya secara saintifik pada saya amat berani serta menarik untuk dihayati dan dibincangkan bersama.
"Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka Peringatan (al-Qur'an) mereka?" (47:18)
Bagaimana beliau boleh membuat perkiraan tentang hari kiamat. Adakah penulis ini merasakan tuhan hampir-hampir merahsiakan tarikhnya secara tepat tetapi memberi signal seperti ayatnya dibawah?
"Saat pasti datang; Aku hampir-hampir merahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan usahanya." (20:15)
Adakah mustahil sekiranya tuhan memberi jawapan kepada yang mencari melalui isyaratnya?
"Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka Peringatan (al-Qur'an) mereka?" (47:18)
Beliau membuat kajian tentang mukjizat yang tersembunyi pada 14 set huruf muqatta’at yang menyingkap rahsia Quran yang besar iaitu tentang tarikh dunia ini berakhir dan sebuah dunia dan langit baru akan menggantikannya.
Sebelum orang lain bertanyakan maksud tentang huruf muqatta’at ini, saya mengambil pendekatan tidak mahu mejawab persoalan ini kerana banyak yang menafsirkannya secara mistik dan ianya tidak akan disoal diakhirat kelak
Disini saya salin semula apa yang beliau tulis.
Ayat 87, Surah 15, Al-Hijr menyingkap tarikh ini secara yang halus sekali
"Kami tidak mencipta langit dan bumi dan segala sesuatu di antaranya kecuali untuk tujuan yang tetap. Saat tamatnya dunia pasti tiba. Oleh yang demikian janganlah pedulikan mereka sangat. Tuhanmu itulah Pencipta lagi maha tahu. Telah kami beri kepadamu tujuh pasang dan Quran yang agung"
Semua terjemahan, kecuali terjemahan Rashad Khalifa, menterjemahkan ayat ini dengan menambah perkataan 'ayat'kepada 'tujuh pasang', mengikut hadis, seperti berikut "Telah kami beri kepadamu tujuh ayat yang diulang-ulang dan Quran yang agung". Tetapi kita kenakan kaedah tafsir saintifik, seperti yang saya huraikan dalam BAB 7, tafsiran ini meleset.
Tiga bantahan dapat dikemukakan.
Pertama, perkataan 'ayat' tidak ada dalam teks asal. Ia ditambah oleh ahli-ahli tafsir klasik mengikut hadis. Kedua, perkataan Arab 'min-al'manthani' tidak bermakna 'diulang-ulang', maknanya 'dua kali' atau 'pasang'. Ketiga, jika ungkapan 'tujuh (ayat) yang diulang-ulang' itu ditafsirkan sebagai merujuk kepada Fatihah, ayat ini tidak logik, kerana Fatihah itu sebahagian daripada Quran.
Jadi, apakah makna ayat itu? Oleh kerana konteks ayat ini saat tamatnya dunia, maka kita haruslah mencari maknanya disitu Ayat ini menyatakan bahawa Nabi Muhammad diberikan sebuah kitab yang agung dan sesuatu lagi yang tidak dinyatakan secara terang Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dengan fiman-Nya : 'Aku hampir-hampir merahsiakannya'dalam Ayat 20:15 tadi. Tarikh tamatnya dunia atau kiamat itu disembunyikan sedikit.
Jika kita ingin mengetahui ada dua perkara tentang Muhammad, perkara-perkara itu tentulah kitab yang dibawanya dan tempoh kerasulannya tamat, bererti tamatlah dunia ini.
Dengan demikian, 'tujuh pasang; tadi merujuk kepada tempoh kerasulannya, dan tempoh ini harus dicari pada empat belas set muqatta'at ini. Jika nilai empat belas muqatta'at ini dicampur, ia berjumlah 1709. Ini bermakna tempoh kerasulan Muhammad itu selama 1709 tahun hijraj. Penemuan maklumat ini oleh Rashad Khalifa berlaku pada 1400 T.H., 309 tahun sebelum tarikh ramalan tamatnya dunia.Angka 309 ada disebut dalam Quran dalam konteks yang berkaitan dengan tamatnya dunia dan Kiamat. Ini bermakna Quran sendiri mengesahkan tarikh tamatnya dunia dan kiamat.
Oleh yang demikian, dunia ini akan berakhir 309 tahun hijrah dari 1400. atau 300 tahun Masehi dari 1980 pada 1710 T.H., bersamaan dengan 2280 T.M
Walaupun kita mungkin merasa takjub dengan penemuan-penemuan ini, kita sebenarnya tidak perlu takjub. Hari kiamat itu pasti. Jika ia tidak datang besok, ia pasti datang lusa. Besok atau lusa, ia tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada orang-orang yang beriman, kerana mereka percaya Hari Kiamat. Tafsiran yang dibuat oleh Rashad Khalifa amat munasabah, bukan saja kerana semua fakta itu diambil dari Quran sendiri, tetapi juga kerana sokongan dari sejarah berhubung dengan muqatta'at.
Kita juga tahu bahawa Islam, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam Quran, akan bangkit semula dan menakluk seluruh dunia dalam abad-abad kedua puluh satu dan kedua puluh dua. Sejarah memberi tahu kepada kita bahawa sesuatu tamadun baru akan mengambilmasa kira-kira tiga ratus tahun untuk matang dan mencapai kemuncaknya.
Demikianlah tamadun Islam kedua akan berkembang dan mencapai kemuncaknya dalam masa tiga ratus tahun. Pada ketika itu misi sejagat Islam akan selesai dan dunia akan berakhir.
Walau bagaimanapun, kiya tidak harus mentafsirkan bahawa tamatnya dunia itu bermakna ia akan hancur sama sekali. ia bermakna dunia ini akan melalui satu perubahan yang besar. malah bukan dunia ini saja yang akan berubah; seluruh alam semesta akan berubah.
Perubahan-perubahan ini akan berlaku kerana masanya telah tiba untuk diwujudkan. Kerajaan ilahi, dan di bawah Kerajaan Ilahi ini keadilan yang mutlak akan wujud sepenuhnya.
Kalau dikira dari tahun 2011 hingga 2280, ini bermakna hari kiamat tinggal 269 tahun lagi.Artikel ini bukan semata-mata untuk mempengaruhi anda supaya mempercayainya tapi pendapat peribadi saya sendiri saya lebih suka apa yang ditulis oleh penulis tersebut dari mengetahui siapa penulisnya yang sebenar. Itu pendapatnya, mungkin betul mungkin tidak. Tiada siapapun yang akan rugi apabila membacanya.
Mungkin dikalangan pembaca juga sudah maklum bahawa kononnya desas-desus mengatakan kiamat akan berlaku pada 2013 secara saintifik (klik) dan secara spiritual (klik).
Tepuk dada tanya selera. Disini saya sertakan sekali artikel tentang Kiamat (klik) dan Saat (klik)
Nota : Terima kasih kepada 'Sayang' kerana membantu saya menulis semula artikel penulis tersebut.
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)
When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.
ReplyDeleteHe will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.
Meaning no pain no gain.
It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.
Nabi Muhammad Teragung pun tak tahu bila tarikh kiamat, Nabi juga ada sebut kiamat dan perkara ghaib adalah rahsia Allah, uncleseekers nak bajet tarikh kiamat 2280??.jgn rosak kan akidah org lain dgn tulisan kamu, silap2 sume org percaya dosa sume anda yang tanggung. berlipat2 org percaya,berlipat lipat dosa anda tanggung. assalamualaikum.
ReplyDeleteno komen.....baca jer xyah pecaya,...
ReplyDelete