Kenali mereka

Friday, July 2, 2010

Makan..Makan..Makan..

Makan..Makan..Makan..

Salamun alaikum pengurus laman dan para sahabat yang dirahmati Allah. Semuga sudah pulih dari demam piala dunia.

Ketika saya sedang membaca skrip (skrip reading) di pejabat rakan saya di Taman Setiawangsa pada 29 Jun 2010 sekitar jam 5 petang untuk persediaan penggambaran filem yang akan bermula pada pertengahan bulan Julai nanti, tetiba saya teringat satu perkara tentang doa sebelum makan.

Manusia hamba perut!

Lepas makan pagi, tengahari lapar! Makan tengahari, petang lapar, petang makan, malam lapar! Lepas tu kita BUANG! Begitulah rutin kita seterusnya sampai mati. Dah mati pun masih mampu buang angin! (klik)

Makan..buang..makan...buang.!

Kalau bangsa kita saling bertemu, ucapan yang selalu diucapkan adalah "Apa khabar" berbanding bangsa Cina perkataan pertama yang kerap terpacul dimulut mereka adalah “Sudah makan?” atau kalau kita tanya apa saja yang berkaitan dengan perniagaan, mereka selalu menjawab “cari makan maa..” Bangsa mereka memang enjoy pasal makan, sampai setahun sekali pun mereka kasi hantu makan! (selalunya upacara ‘Hungry Ghost” selalunya diraikan pada bulan Ogos setiap tahun atau bulan tujuh mengikut kalendar mereka)

Satu luahan!

Semasa saya berumur 9 tahun (1975) saya masuk sekolah agama di Sekolah Agama Ayer Molek Johor Baharu, Johor. Oleh kerana saya mampu hafal surah yasin dan khatam Quran ketika umur 8 tahun (macam burung tiong emas, baca quran tapi tak tau makna!), saya terus dilompatkan ke darjah 2 tanpa kelas peralihan dan darjah 1 (Kononnya dianggap hebat oleh para guru, teringgal dua tahun semua mata pelajaran yang sepatutnya saya belajar!). Dipendekkan cerita, ketika berumur 12 tahun (darjah 6 sekolah kebangsaan dan darjah 5 sekolah agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah, Johor Bahru) saya didedahkan dengan mata pelajaran munakahat (Bab nikah kahwin) selain mata pelajaran muamalah, faraid dan lain-lain. Bayangkanlah! Umur belum masuk 12 tahun lagi (dilahirkan bulan September) didedahkan mata pelajaran tentang alam perkahwinan! Pelajar dalam kelas rata-rata 15 tahun keatas dan saya ketika itu bulu ketiak pun tak ada lagi! Biarlah saya luahkan disini sebenarnya saya sangat malu ketika dalam kelas kerana mata pelajaran dan faktor umur! Kita berbalik semula pasal makan.

Doa sebelum makan

Sekitar tahun 70an dan awal 80an, doa makan yang paling popular adalah “Bismillahirrahmannirrahim

Akhir 80an sehinggalah sekarang doa makan dibawah ini sebenarnya telah dipopularkan oleh pertubuhan Al Arqam:

Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtana wa qinaa ‘adzaa-bannaari. Bismillahirrahmaaniraahiimi.

Artinya : Ya Allah berkahilah kami dalam rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa neraka. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (HR. Ibnu as-Sani)

Saya terjumpa beberapa suruhan tuhan sebelum makan, sebut atau ingatkan namaNYA. Tak ada pula suruh baca doa panjang-panjang!

Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya. (6:118)

Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul. (6:119)

Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan. (6:121)

Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (5:4)


Saya terjumpa pula hadis doa makan yang selalu diamalkan oleh masyarakat Melayu ini rupa-rupanya hadis yang lemah! (Sanad hadits ini sangat dhaif karena Muhammad bin Az Zu’aizi’ah, telah berkata Imam Bukhori dan Imam Abu Hatim tentangnya,”Mungkarul Hadits jiddan”)

Saya sedang menunggu kalau-kalau ada ulama yang akan mencipta satu lagi doa makan yang baru sempena zaman siber ini. Doa makan yang panjang-panjang sebegini mirip ajaran katolik

Ya Tuhan, berkatilah kami dan segala pemberian yang akan kami terima dari kemurahanMu. Demi Kristus pengantara kami. Amin. Tuhan kasihanilah kami. Kristus kasihanilah kami. Tuhan kasihanilah kami. Bapa kami… Moga-moga Raja kemuliaan yang kekal memberi kami tempat dalam perjamuan surgawi. Amin.

Doa selepas makan

Saya hanya jumpa ayat menyuruh manusia berterima kasih padaNYA selepas menkimati hidangan!

Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah. (16:114)

Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah. (2:172)

Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun." (34:15)

Ucapan “Terima kasih atas rahmat Allah” atau “Terima Kasih kepada Allah” atau “Terima Kasih Allah” seperti yang dianjurkan olehnya lebih ringkas dan padat daripada baca doa seperti dibawah.

Alhamdulillahiladzi ata'manaa wa saqaanaa wa jaa'lanaa muslimin

Ertinya: "Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim." (Riwayat Abu Daud)

Orang miskin tak perlu bimbang tentang makan!

Tetiba saya terjumpa beberapa ayat dibawah dan termenung! Kalau ada 10% pun cukuplah diantara kita yang menurut perintah suruhannya, saya rasa tiada seorang manusia pun dimuka bumi ini yang akan kelaparan atau mati kebuluran!


Beri enam puluh orang miskin makan – Terlajak! (58:4)

Beri sepuluh orang miskin makan – Langgar sumpah! (5:89)

Beri seorang miskin makan – Tak puasa! (2:184)

Beri orang-orang miskin makan – Ihram! (5:95)

Beri pengemis dan peminta makan – Daging korban (22:36)

Beri Fakir makan (22:28)

Kalau ada masa terluang nak tulis lagi pengalaman sendiri ketika taksub dengan mazhab ahlulbait satu ketika dulu menahan nafsu tak boleh makan sotong, ketam, kerang, ikan pari dan lain-lain. Tension! Ada masa kita bertemu lagi (sori, kena hafal skrip)

Allah disanjung!

Uncleseekers

baca seterusnya di (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

2 comments:

UncleSeekers said...
This comment has been removed by the author.
uda jb said...

hehehe uncle...

muda2 dah kena paksa belajar munakahat....

adehh