Kenali mereka

Wednesday, July 9, 2008

Tokey Hantu Dan Lawyer Hantu di Janda Baik

Tokey Hantu Dan Lawyer Hantu di Janda Baik


Janda baik, pondok pak habib, tempat Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) pimpanan Uncle memerahkan segala urat sendi dari kepala hingga ke kaki untuk menyelesaikan buku 99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu. Janda baik yang tgerkenal bukan kerana jandanya tapi kerana keindahannya kini diindahkan lagi dengan kajian terperinci tentang makhluk halus dan adat resam melayu. yang sentiasa tidak melepaskan diri dengan doa dan mentera apabila sakit.


Uncle memamparkan hantu sebagai satu subjek seni yang indah, bukan seperti bahan untuk menakutkan anak-anak yang nakal dan untuk memenuhkan poket tokey-tokey filem yang menakutkan para penonton filemnya. Bukan untuk sedap jer orang hari ini kena bayar, untuk takut pun kena bayar. 99 jenis hantu bukan cerita hantu, uncle di sini umpama tokey hantu yang memperkenalkan hantu-hantu tersebut dalam bukunya yang teramat lengkap. Semua hantu itu di kenalkan ibarat pereka fesyen yang mengenakan busana ciptaannya kepada model-modelnya yang cun melecun. Tidak salah untuk dibayangkan oleh para pembaca buku tersebut, uncle sedang berjalan di atas pentas dan diikuti oleh 99 hantu serta diikuti oleh tepukan gemuruh para penonton.



Hantu sering di anggap sebagai objek yang menakutkan nombor wahid negara. Di mana dikatakan ada hantu, orang mesti takut. Bomoh-bomoh jadi laku kerana ada hantu. Kalau takde hantu pun , para bomoh mengatakan ada juga, yang mendengar pun mengangguk kepala tanda setuju dengan bomoh. Padahal bomoh itu sendiri lebih hantu dari hantu. Kesian hantu, siapalah nak membela hantu dari bomoh-bomoh sengal ini. Di sini uncle bertindak untuk membela para hantu ibarat sebagai seorang lawyer yang membela anak guamnya. Uncle cuba memahamkan pada masyarakat bahawa hantu itu tidak membahaya, hantu tidak tipu duit orang sebagaimana sebahagian bomoh. Untung melayu di nusantara kerana ada lawyer macam uncle.




4 tahun uncle dan krew psi membuat kajian untuk menulis buku ini. Tidak sedikit bomoh yang beliau cabar. Beratus ribu RM telah dikeluarkan untuk pergi ketempat-tempat berhantu dan tak pernah sekali pun uncle kena cekik dengan hantu. Kena cekik dengan harga minyak naik adalah bukan kena cekik dengan orang minyak hehhehehe.

Tapi siapa peduli, orang tetap seronok kalau buku cerita hantu itu menakutkan malah mereka sanggup beratur untuk keluarkan duit untuk menjerit menonton cerita hantu.

Maka buku ini uncle tulis buku ini bukan untuk golongan ini, membazir saja mengabiskan masa 4 tahun untuk dibaca oleh golongan ini.

Sewajarnya uncle hanya mencetak hanya 99 naskah dari buku tersebut dan menjualnya dengan harga RM999.99, supaya buku yang amat bernilai ini tidak dsentuh atau dibaca oleh golongan dengan seronok dengan hantu yang menakutkan dan suka ditipu oleh bomoh.

Syed Hassan Al Attas
http://pakbeb-alattas. blogspot. com

Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

Tuesday, July 8, 2008

BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU

JANDA BAIK : Jika ada buku yang paling sedikit dicetak dengan harga yang paling mahal senaskah, mungkin buku berjudul "99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu" yang telah siap, boleh mencatat rekod itu di Malaysia.

Buku karya Syed Abdullah Hussein Alattas setebal 1,066 muka surat itu yang memaparkan kajian selama empat tahun mengenai dunia paranormal di lingkungan masyarakat Melayu akan dicetak sebanyak 99 naskah sahaja.


Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan 'hadiah' dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.


"Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja," katanya dalam satu kenyataan akhbar.


Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.


Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.


Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.


Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.


Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.


Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.


Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.


Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.



99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.


Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.


Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: " Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu".


Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.


Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau emel zelmey@hotmail.com.


http://zelmey. blogspot. com