Kenali mereka

Thursday, July 22, 2010

HyppTV, televisyen Internet

HyppTV, televisyen Internet

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.hidayat@kosmo.com.my


Tidak akan mengalami gangguan siaran biarpun dalam keadaan cuaca yang buruk atau hujan, HyppTV memberi hak mutlak buat penonton untuk memilih sendiri program yang disukai tanpa mengira waktu atau masa terluang.


PADA awal kemunculan televisyen di negara ini suatu masa dulu, kerajaan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memperkenalkan saluran televisyen pertama negara pada 28 Disember 1963. Ia telah mengambil tempat radio sebelum itu yang memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat atau sebagai alat hiburan kepada masyarakat.

Justeru, bermulalah era penyiaran secara visual. Walau bagaimanapun, ketika itu harga bagi sebuah peti TV sangat mahal dan hanya golongan yang berpendapatan mewah sahaja mampu untuk memilikinya.

Era penyiaran TV negara kemudiannya semakin berkembang dengan kemunculan sebuah lagi saluran televisyen swasta percuma pada tahun 1984 iaitu TV3.

Maka, rakyat sudah diberi pilihan untuk menonton saluran yang mereka mahukan. Persaingan sihat di antara kedua-dua saluran iaitu kerajaan dan swasta bermula memandangkan semakin ramai masyarakat yang sudah mampu untuk memiliki sebuah peti TV di rumah.

Seterusnya, pada era 1990-an, muncul lagi beberapa stesen TV swasta dan era penyiaran digital telah diperkenalkan melalui penubuhan Astro pada tahun 1996. Astro merupakan stesen TV berbayar pertama dengan 22 saluran TV dan lapan saluran radio pada awal kemunculannya dan siarannya dipancarkan melalui satelit pertama negara, MEASAT-1 (Malaysia East Asia Satellite).

Dengan perkembangan teknologi pada hari ini, era penyiaran di Malaysia telah melalui era transformasi. Menerusi pelbagai saluran TV, bermakna masyarakat telah dihidangkan dengan pelbagai sumber maklumat yang boleh diperolehi dengan pantas ataupun sebagai sumber hiburan.

Malah dalam tempoh 40 tahun, era penyiaran TV di Malaysia dilihat semakin pesat berkembang. Dari segi fizikal ia sudah menjangkau liputan siaran ke seluruh pelusuk negara. TV di negara ini bukan sahaja menggunakan alat pemancar yang canggih tetapi juga kemudahan satelit untuk pemancaran salurannya.

Dimensi baru

Jika sebelum ini talian Internet digunakan untuk mendapat sebarang maklumat yang diperlukan dengan melayari laman-laman web atau pun berkomunikasi dengan rakan-rakan lain melalui Yahoo Messenger atau Facebook, kini penggunaan Internet telah mencecah ke pada inovasi yang lebih canggih dan terkini.

Mungkin kita tidak pernah membayangkan sebelum ini bahawa penggunaan Internet sebenarnya lebih meluas dan pada hari ini dengan kemunculan HyppTV yang mula diperkenalkan pada awal tahun ini telah memberi fenomena dan dimensi baru kepada dunia penyiaran TV di Malaysia.

HyppTV merupakan satu perkhidmatan terbaru yang telah diperkenalkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhususkan kepada para pelanggan talian Internet jalur lebar UniFi TM untuk menonton pelbagai saluran TV yang disediakan.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Jeremy Kung berkata, kewujudan HyppTV adalah seiring dengan perkembangan teknologi hari ini yang mana orang ramai boleh menonton saluran TV menggunakan talian Internet jalur lebar yang disambungkan pada peti TV.

"HyppTV ditawarkan kepada semua pelanggan kediaman perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi TM dan perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada tiga perkhidmatan yang ditawarkan termasuk talian telefon dan internet berkelajuan tinggi.

"Ketika ini, HyppTV menyediakan sebanyak 22 saluran dan ia dapat ditonton secara percuma kepada lebih 5,000 pelanggan UniFi TM pada masa ini meliputi saluran TV dalam dan luar negara," ujarnya pada majlis pelancaran di Menara TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

JEREMY KUNG yakin HyppTV bakal memikat ramai penonton TV di Malaysia.

Menurut Jeremy, selain 22 saluran percuma, TM turut menyediakan perkhidmatan Video atas Permintaan (VoD) menerusi HyyPTV, yang mana pengguna boleh melanggan sebarang filem atau drama terbaru pada bila-bila masa dan ketika ini ia masih diberi percuma sehingga September ini.

Dalam pada itu, Jeremy turut menjelaskan bahawa TM sememangnya begitu yakin dengan potensi perkembangan HyppTV dan akan terus berusaha menarik lebih ramai pelanggan selaras dengan perluasan perkhidmatan UniFi TM ke kawasan lain dari semasa ke semasa.

Menurutnya lagi, TM kini telah memperluaskan penggunaan UniFi TM menjangkau 18 buah kawasan lagi berbanding hanya empat kawasan sahaja ketika mula dilancarkan pada bulan Mac lalu.

Ini bermakna, perkhidmatan UniFi TM akan dapat disediakan kepada 375,000 premis dan melalui fasa pertama projek HSBB, ia dijangka dapat dipasang menerusi 1.3 juta premis menjelang akhir tahun 2012.

Baru setiap bulan

Memandangkan perkhidmatan HyppTV ini masih lagi baru, pastinya ramai yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kelebihan yang akan diperolehi sekiranya mereka melanggan perkhidmatan tersebut pada masa akan datang.

Menurut Jeremy, perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan oleh TM ini seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Jika saluran berbayar sebelum ini menggunakan satelit sebagai alat pemancar, kini HyppTV dapat ditonton dengan menggunakan talian Internet berkelajuan tinggi menerusi perkhidmatan Televisyen Protokol Internet (IPTV).

"HyppTV memang istimewa dan agak berbeza dengan perkhidmatan televisyen berbayar yang lain. Memandangkan saluran yang diterima menggunakan talian Internet, ini bermakna pengguna tidak akan mengalami sebarang masalah penerimaan saluran meskipun dalam keadaan cuaca yang buruk atau hujan," katanya.

Selain itu, perkhidmatan VoD yang disediakan melalui HyppTV juga adalah merupakan salah satu tarikan untuk menarik lebih ramai pengguna dan ia adalah satu pengalaman baru yang mana orang ramai berhak untuk memilih sendiri rancangan yang disukai tanpa mengira waktu atau masa terluang.

"Memang diakui masyarakat sekarang sibuk dengan jadual harian mereka hingga adakalanya terlepas peluang untuk menonton rancangan kegemaran disebabkan jadual rancangan yang telah ditetapkan. Namun menerusi HyppTV, mereka tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya perkhidmatan VoD, mereka sendiri boleh menentukan jadual untuk menonton sesebuah program.

"Mereka boleh melanggan mana-mana filem atau siri drama terbaru kegemaran dengan sedikit jumlah bayaran akan dikenakan. Menariknya, ia boleh ditonton pada bila-bila masa sahaja termasuklah menonton bersama-sama ahli keluarga dalam tempoh 24 jam selepas waktu ia dilanggan," ujarnya.

KEMUNCULAN saluran TV yang semakin bertambah pada masa ini sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan kepelbagaian citarasa penonton yang tidak terbatas. - Gambar Hiasan

Jelasnya lagi, selain 22 saluran TV yang diberikan secara percuma, melalui VoD juga pelanggan sudah tidak perlu terikat lagi dengan jadual rancangan yang tetap dan harus dipatuhi. Malah, program-program yang terkandung dalam VoD juga akan diperbaharui setiap bulan.

Katanya, kandungan program yang disediakan dalam VoD bukan sahaja mengandungi filem atau drama bersiri terbaru dari Hollywood dan negara-negara Asia yang lain, malah turut disediakan juga kandungan program-program tempatan.

Sementara itu, pada bulan Mac lalu juga, TM telah menandatangani perjanjian dengan 20 rakan usaha sama tempatan dan antarabangsa bagi membekalkan program dan kandungan untuk HyppTV dan mereka telah mensasarkan sebanyak 30 saluran secara percuma dapat disediakan kepada pelanggan pada masa akan datang.

Mewujudkan persaingan

Setiap kali kemuculan benda baru pasti dikaitkan dengan jangkaan terhadap impak daripada kemunculannya, tidak terkecuali HyppTV.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Datuk Salleh Majid dalam reaksinya mengenai kemunculan HyppTV memberitahu, ia adalah satu perkembangan yang cukup baik yang mana orang ramai akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati pelbagai saluran yang digemari selepas ini.

"Jika melihat dari sudut ekonomi pula, ini bermakna persaingan dapat diwujudkan dan ini akan memecahkan kuasa monopoli sebuah syarikat sahaja seperti yang dilalui sebelum ini. Dengan adanya persaingan juga, maka kualiti perkhidmatan yang diberikan tentunya akan menjadi lebih baik," ujarnya.

Tambah Salleh: "Selain itu, apa yang lebih penting adalah pakej yang ditawarkan juga mestilah berbaloi dan saya melihat bahawa apa yang ditawarkan oleh TM ini adalah suatu pakej yang cukup menarik, terutamanya dengan pengenalan HyppTV yang pasti akan mendapat sambutan baik selepas ini."

Menurutnya lagi, memandangkan HyppTV masih baru lagi diperkenalkan, maka beliau mencadangkan agar lebih banyak promosi akan dapat dibuat. Sementara, liputannya juga perlulah lebih meluas agar lebih ramai orang dapat melanggannya.

Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Fatimah Daud pula berpendapat, dengan kemunculan saluran TV yang semakin bertambah pada masa ini sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan kepelbagaian citarasa rakyat yang tidak terbatas.

Katanya, kemunculan teknologi terbaru seperti HyppTV adalah satu bentuk transformasi memandangkan kini adalah zaman peredaran maklumat yang begitu pantas dan ia bukan diperolehi melalui berita, malah melalui dokumentari atau filem yang dipaparkan di kaca TV.

"Memandangkan kita kerap dihidangkan dengan program yang boleh dianggap merosakkan akhlak, maka selepas ini diharapkan biarlah program yang disiarkan menerusi saluran-saluran TV di negara ini termasuk HyppTV adalah jenis yang mampu membentuk dan mendidik masyarakat," katanya.


Buka peluang karyawan tempatan

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.hidayat@kosmo.com.my

MENERUSI HyppTV, penonton TV memiliki kebebasan untuk menonton apa sahaja program mengikut minat dan masa terluang mereka. - Gambar hiasan.

KEMUNCULAN HyppTV di Malaysia dijangka mampu menjadi alternatif kepada semua penyedia atau penerbit kandungan program TV tempatan untuk memasarkan sesebuah program yang telah dihasilkan.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Pengguna Telekom Malaysia, Jeremy Kung, selain pelbagai saluran TV yang ada di Malaysia, HyppTV juga boleh dijadikan pilihan terbaik, misalnya kepada pengeluar filem dan drama tempatan sebagai saluran pilihan agar produk mereka dapat disiarkan kepada penonton.

"Saya mencadangkan kepada mana-mana pihak yang menghasilkan sebarang program TV, TM bersedia memberi ruang kepada mereka untuk memasarkan produk yang dihasilkan dan dapat disiarkan melalui saluran seperti VoD. Ini juga merupakan satu platform yang terbaik sekiranya produk yang telah dihasilkan tidak berpeluang untuk disiarkan mana-mana saluran TV sedia ada," katanya.

Malah, Jeremy turut menjelaskan bahawa seiring dengan teknologi yang semakin berkembang setiap masa, saluran TV yang menggunakan talian Internet berkelajuan tinggi ini dilihat mempunyai potensi yang cukup besar untuk mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai pada masa akan datang.

Mengulas mengenai HyppTV, penerbit dan pelakon Sheila Rusly berkata: "Jika dikira dari sudut perkembangan teknologi, sudah tentu kemunculan HyppTV ini sesuatu yang cukup membanggakan. Apatah lagi melalui saluran VoD yang diperkenalkan ini dilihat merupakan satu platform terbaru untuk penerbit memasarkan produk mereka."

Tambahnya: "Walau bagaimanapun, apa yang harus diambil perhatian ialah garis panduan mengenai produk yang dihasilkan sebelum ia disiarkan di saluran VoD ini dan ditonton oleh penonton yang akan menjadi pelanggan kepada produk tersebut.

"Pada pandangan saya, memandangkan ini merupakan satu lagi platform untuk penerbit memasarkan produk mereka, namun saya tidak mahu mereka mengambil kesempatan untuk menghasilkan produk yang tidak berkualiti ataupun rancangan-rancangan yang tidak bermoral sehingga merosakkan akhlak masyarakat."

Sheila menegaskan: "Jadi, saya merasakan perlu ada gambaran yang lebih jelas tentang produk macam mana yang sesuai untuk disiarkan dalam HyppTV ini. Saya percaya penonton tentunya mahukan sesuatu program yang berbeza daripada apa yang disiarkan dalam saluran biasa."

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Group of Companies yang banyak menerbitkan filem dan drama menerusi anak syarikatnya, KRU Studios, Norman Abdul Halim pula menegaskan: "Saya merasakan kemunculan HyppTV ini adalah sesuatu yang sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh penggiat industri seni dan penerbit tempatan. Ia terutama sekali melalui saluran VoD yang sediakan ini memberi peluang kepada penonton untuk memilih apa sahaja kandungan yang ingin mereka tonton tanpa terikat dengan sebarang jadual.

"Apa yang disiarkan bukan hanya setakat filem atau drama sahaja, malah pelbagai dokumentari juga dapat ditonton dan tentunya ia akan memberi lebih banyak sumber maklumat."

Menurutnya lagi: "Saya juga difahamkan bahawa kualiti visual juga adalah lebih baik dan stabil. Dengan kewujudan HyppTV ini sudah tentu membolehkan penerbit tempatan untuk menghasilkan lebih banyak produk dan semestinya yang berkualiti memandangkan kini sudah ada satu lagi platform untuk memasarkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan terkini."

Ujar Norman berkongsi pengalaman tentang teknologi IPTV: "Semasa berada di Hong Kong sebelum ini, saya sudahpun melihat perkembangan IPTV atau di negara berkenaan dan pernah memikirkan bahawa adalah sesuatu yang amat baik sekiranya ia diperkenalkan di negara ini. Kini, TM telah memulakan langkah tersebut dan saya sedang menantikan agar liputan untuk UniFi TM ini diperluaskan ke kawasan saya memandangkan kawasan liputannya masih lagi terhad buat masa ini."

CEO Metrowealth International Group (MIG) yang menerbitkan filem dan drama menerusi anak syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo turut menerima positif kemunculan HyppTV di negara ini.

"Menonton TV dengan menggunakan talian Internet berkelajuan tinggi yang baru sahaja diperkenalkan oleh TM melalui perkhidmatan UniFi TM ini sebenarnya adalah seiring dengan kebanyakan negara maju yang lain terutama dalam perkembangan teknologi dan trend terkini kepada era penyiaran.

"Melalui HyppTV juga pastinya ia akan membuka peluang yang lebih luas kepada penerbit-penerbit tempatan menghasilkan lebih banyak produk dan ini sekali gus turut memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak, " ujarnya.

Tambah David: "Di samping itu, ini merupakan kebaikan untuk masyarakat kerana selain saluran TV yang disediakan semakin banyak, mereka juga kini sudah diberi hak untuk memilih sendiri mana-mana program yang digemari tanpa perlu risau mengenai jadual atau masa."

Monday, July 12, 2010

Toyol (Versi Penuh)

Toyol
(Versi Penuh)


Ilustrasi Toyol

Rupa bentuk Toyol dikatakan mirip seperti seorang budak kecil yang berbogel, ketinggiannya sekitar paras pinggang orang dewasa, berkepala botak, berwajah bulat, dahi menonjol, bermata merah, gigi yang tajam, mulut besar, telinga dan kepala yang besar, perut buncit, tubuh berwarna hijau dan ada pula yang menyatakan berwarna hitam, tangan kecil, mata besar agak terkeluar sedikit tetapi redup, berkaki itik, tidak berjantina dan berbau darah.

Sifatnya dikatakan mirip seperti anak kecil yang suka dibelai, nakal, suka mengomel, licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Bunyi seperti orang berjalan menggunakan terompah dan bunyi seakan-akan besi rantai diseret dengan kaki sering dikaitkan dengan kehadirannya. Tempat yang digemari Toyol adalah di

tan-hutan tebal, bukit bukau, kawasan perkuburan yang dianggap keramat, tempat-tempat pemujaan, gelap, sunyi dan jauh daripada kegiatan keagamaan.

Selain dikenali masyarakat Melayu di Malaysia, Toyol atau Tuyul juga dikenali di Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand. Toyol dalam bahasa Cina adalah "Gui Zai" (hantu budak kecil) dan dalam dialek Hokkien pula dengan panggilan "Kwee Kia".

Toyol dikatakan boleh dimiliki, didampingi dan boleh bekerjasama dengan manusia sekiranya syaratnya dipatuhi seperti tidak boleh mengamalkan ajaran agama, tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan, bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi Toyol atau menghisap susunya, menyediakan sajian (makanan) untuknya, rumah yang jauh dari orang ramai dan kegiatan agama, harus bersikap lembut dan melayaninya seperti anak kecil dan membawanya berjalan-jalan mengikut kehendaknya.

Ada beberapa cara bagi mengenali mereka yang memiliki atau membela Toyol. Ibu jari kaki pemilik Toyol dikatakan

mengecut seperti buah yang sudah rosak, tidak berani merenung mata orang lain, tangan sentiasa bersilang di belakang seperti mengendong sesuatu (kononnya Toyol sedang duduk di atas tangannya), payudara isteri besar dan bertubuh gemuk, bertukar menjadi bersifat pendiam setiap kali bertandang ke rumah orang kaya, keperibadian si pemilik dengan isterinya bertentangan dan rumahnya sentiasa sunyi. Ada pelbagai versi untuk memiliki Toyol. Ada yang menyatakan Toyol berasal daripada makhluk kecil yang dihasilkan oleh bomoh ilmu hitam melalui fetus manusia.

Ada versi yang menyatakan, Toyol boleh dibeli dari Mekah kerana dikatakan di zaman Jahiliyah banyak kanak-kanak tidak berdosa dibunuh dan ditanam di sana secara kejam. Penjual di sana dikatakan akan memuja dan memasukkan mahkluk halus ke dalam sebuah patung kecil. Selepas selesai ritual ini, mereka yang ingin memiliki atau mengambil Toyol sebagai anak angkat harus memeluk satu tiang kayu dari belakang seperti mengendong seorang kanak-kanak. Kos untuk memilikinya dikatakan serendah RM 500 dan ada yang mencecah sehingga RM 5000. Selepas syarat-syarat

dipersetujui, Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya. Sebelum dibawa pulang, ia akan dilatih untuk mengenal mata wang.

Ada pendapat lain pula menyatakan, bagi memperoleh Toyol, seseorang itu perlu mengorek kubur bayi yang mati akibat keguguran dan mesti dikorek pada waktu tengah malam, dibacakan jampi tertentu, kemudian ditempatkan ke dalam balang yang mengandungi cecair pengawet yang dicampurkan dengan darah ayam jantan yang berwarna putih dan diletakkan di tempat yang tersorok dan gelap. Pemiliknya harus memberikan Toyol menghisap beberapa titik darah ibu jari kaki atau tangannya atau mana-mana bahagian kaki pada setiap hari (ada juga yang menyatakan pada setiap bulan mengambang).

Toyol perlu dibelai semasa diberikan makan. Selain darah ayam putih, manisan seperti gula-gula dan mainan juga perlu disediakan pada setiap hari, sekiranya ia dikeluarkan dari tempat simpanannya. Untuk menja-
Ketam dikatakan boleh mengkhayalkan Toyol daripada menjalankan tugas yang diberikan oleh tuannya.

jaga Toyol, tidak banyak jauh bezanya seperti menjaga anak kecil yang lain. Toyol harus dimanjakan dan si pembela (tuannya) harus sentiasa bersiap sedia untuk menuruti kehendaknya. Suhu di biliknya haruslah lembap dan sentiasa dipenuhi dengan asap kemenyan, manakala tujuh kuntum bunga ros yang segar diletakkan bersebelahannya setiap hari.

Dikatakan tujuan seseorang itu memiliki Toyol pada zaman dahulu adalah untuk mencari kekayaan supaya memiliki harta dan kuasa dengan menyuruh Toyol mencuri wang, membuat kekacauan, sabotaj, menakutkan serta mencederakan musuh dan membunuh.

Kononnya, Toyol akan mencuri wang syiling, wang kertas, barang kemas mengikut arahan tuannya. Ia juga dikatakan mampu mencuri barang berharga yang disorokkan di mana-mana sahaja termasuk yang disorok di celah kitab suci. Toyol tidak akan mencuri

mencuri barangan orang yang bukan Islam. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja. Toyol juga dikatakan tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan atau mengambil kurang daripada harga dirinya yang dibeli oleh tuannya. Toyol juga akan membuat empunya barangan yang dicuri menjadi keliru kerana toyol pandai menyusun atur duit yang dicuri. Kononnya duit yang dicuri oleh Toyol tidak boleh digunakan membeli makanan supaya "kuasa" yang dimiliki Toyol tidak berkurangan.

Ada pelbagai cara bagi menghindari barangan berharga atau wang dicuri daripada Toyol seperti meletakkan kacang hijau di dalam lesung batu yang kononnya dapat melekakan Toyol bermain dengan kacang hijau. Ia terhibur melihat batu lesung bergolek-golek. Ikan puyu yang dibela di

hadapan rumah yang diletakkan di dalam tempayan atau ketam batu yang diletakkan di dalam besen atau ditambat di tangga juga dikatakan akan melekakan Toyol. Ada juga pendapat yang menyatakan dengan menaburkan kacang hijau di atas katil juga dapat menyelamatkan diri daripada gigitan Toyol. Dipercayai gigitan Toyol seperti dicucuk dengan jarum.

Ada setengah pendapat menyatakan sekiranya ingin menangkap Toyol, sediakan seekor ketam sawah (bendang), bawang putih, sirih, bunga melati dan halia. Ikat ketam dan bunga melati dengan tali halus. Kemudian, pergi ke rumah yang disyaki membela Toyol pada hari Selasa malam Rabu. Kunyah sirih, bawang putih dan halia sampai halus dan semburkan di hadapan pintu rumah itu. Goyang tali yang diikat pada ketam dan bunga melati itu. Kononnya Toyol akan mengikut pulang. Pemilik Toyol dikatakan akan turut merasa kesakitan sekiranya Toyol itu disakiti.

Daun sirih bertemu urat adalah salah satu peralatan yang dipercayai digunakan untuk menangkap Toyol. Sejauh mana kepercayaan ini belum dibuktikan.


kesakitan sekiranya Toyol itu disakiti.

Toyol dipercayai tidak akan mencuri wang atau barangan berharga sekiranya disimpan di dalam uncang yang diletakkan bersama sikat, cermin, kaca, jarum, dan beberapa helai rambut. Penyapu lidi diletakkan dalam keadaan terbalik di belakang pintu, selain menjauhi daripada perbuatan sihir, ia juga dikatakan berkesan untuk menghindari Toyol. Sekiranya Toyol dijaga dengan baik, pemiliknya akan mendapat hasil yang sangat lumayan dan akan menurut segala perintah. Sekiranya Toyol tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, ia akan mencuri wang jiran berdekatan, berhenti mencuri wang, membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelmakan diri di sekitar rumah tuannya, ingkar arahan yang diberikan, bersikap biadap, menghisap darah ahli keluarga terdekat atau sanggup menyetubuhi isteri tuannya.

Sekiranya perkhidmatan Toyol tidak diperlukan lagi, Toyol itu hendaklah dihantar kembali

ke tempat ia dibeli atau dibuang dengan menghanyutkannya di sungai atau dibakar di kawasan perkuburan mengikut perjanjian semasa urusan jual beli atau diwarisi oleh ahli keluarga yang lain, dari generasi ke generasi.

Rakaman kamera litar tertutup
Beberapa bomoh yang melihat rakaman video ini mengatakan imej ini adalah Toyol. Team PSI tidak mahu memberi sebarang ulasan walaupun rakaman video selama dua saat ini menunjukkan satu objek kecil yang sedang berlari.







Toyol




Toyol...
Dia datang padaku berlari-lari
Tolong...
Ke mana ku kan pergi
Toyol...
Kenapa aku pula yang engkau cari
Tolong...
Rupanya hodoh
Huwah huwah huwah...

Kepala botak matanya terbeliak
Giginya bertaring merata-rata
Eee seramnya kumelihat rupanya
Melambai-melambai ketawa pula

Apa yang kau mahu datang kepadaku
Aku sudah tahu asal usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel comel perutnya buncit Terkedek-terkedek tertonggek-tonggek
Eee tajamnya taring dan juga kuku
Mencari mencari jari kakiku



Padamu toyol
Sebenarnya ku tak takut
Sengaja aku bersembunyi
Mengeletarkan lutut

Pergilah toyol
Jangan ganggu

Mana ada duit di saku
Mana, mana, mana ada

Kakinya kontot tapi larinya kencang
Menghambat menghambat dari belakang
Eee kuat tulang buku limanya
Menghentam menghentam sakit kepala

Tiba-tiba aku rasa sakit di kepala
Ku terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya
Rupa-rupanya ku bermimpi
Tidur tadi tak basuh kaki
Mimpi, mimpi cuma mimpi

Toyol...
Jika kau datang lagi ke dalam mimpi
Aku... ajar engkau menari
Toyol...
Jika kau ada lagi di zaman ini
Aku... Ajar engkau menyanyi...

Nyanyian
Allahyarham Sudirman Haji Arshad











Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

Friday, July 2, 2010

Makan..Makan..Makan..

Makan..Makan..Makan..

Salamun alaikum pengurus laman dan para sahabat yang dirahmati Allah. Semuga sudah pulih dari demam piala dunia.

Ketika saya sedang membaca skrip (skrip reading) di pejabat rakan saya di Taman Setiawangsa pada 29 Jun 2010 sekitar jam 5 petang untuk persediaan penggambaran filem yang akan bermula pada pertengahan bulan Julai nanti, tetiba saya teringat satu perkara tentang doa sebelum makan.

Manusia hamba perut!

Lepas makan pagi, tengahari lapar! Makan tengahari, petang lapar, petang makan, malam lapar! Lepas tu kita BUANG! Begitulah rutin kita seterusnya sampai mati. Dah mati pun masih mampu buang angin! (klik)

Makan..buang..makan...buang.!

Kalau bangsa kita saling bertemu, ucapan yang selalu diucapkan adalah "Apa khabar" berbanding bangsa Cina perkataan pertama yang kerap terpacul dimulut mereka adalah “Sudah makan?” atau kalau kita tanya apa saja yang berkaitan dengan perniagaan, mereka selalu menjawab “cari makan maa..” Bangsa mereka memang enjoy pasal makan, sampai setahun sekali pun mereka kasi hantu makan! (selalunya upacara ‘Hungry Ghost” selalunya diraikan pada bulan Ogos setiap tahun atau bulan tujuh mengikut kalendar mereka)

Satu luahan!

Semasa saya berumur 9 tahun (1975) saya masuk sekolah agama di Sekolah Agama Ayer Molek Johor Baharu, Johor. Oleh kerana saya mampu hafal surah yasin dan khatam Quran ketika umur 8 tahun (macam burung tiong emas, baca quran tapi tak tau makna!), saya terus dilompatkan ke darjah 2 tanpa kelas peralihan dan darjah 1 (Kononnya dianggap hebat oleh para guru, teringgal dua tahun semua mata pelajaran yang sepatutnya saya belajar!). Dipendekkan cerita, ketika berumur 12 tahun (darjah 6 sekolah kebangsaan dan darjah 5 sekolah agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah, Johor Bahru) saya didedahkan dengan mata pelajaran munakahat (Bab nikah kahwin) selain mata pelajaran muamalah, faraid dan lain-lain. Bayangkanlah! Umur belum masuk 12 tahun lagi (dilahirkan bulan September) didedahkan mata pelajaran tentang alam perkahwinan! Pelajar dalam kelas rata-rata 15 tahun keatas dan saya ketika itu bulu ketiak pun tak ada lagi! Biarlah saya luahkan disini sebenarnya saya sangat malu ketika dalam kelas kerana mata pelajaran dan faktor umur! Kita berbalik semula pasal makan.

Doa sebelum makan

Sekitar tahun 70an dan awal 80an, doa makan yang paling popular adalah “Bismillahirrahmannirrahim

Akhir 80an sehinggalah sekarang doa makan dibawah ini sebenarnya telah dipopularkan oleh pertubuhan Al Arqam:

Allahumma baarik lanaa fiimaa razaqtana wa qinaa ‘adzaa-bannaari. Bismillahirrahmaaniraahiimi.

Artinya : Ya Allah berkahilah kami dalam rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa neraka. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (HR. Ibnu as-Sani)

Saya terjumpa beberapa suruhan tuhan sebelum makan, sebut atau ingatkan namaNYA. Tak ada pula suruh baca doa panjang-panjang!

Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya. (6:118)

Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul. (6:119)

Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan. (6:121)

Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (5:4)


Saya terjumpa pula hadis doa makan yang selalu diamalkan oleh masyarakat Melayu ini rupa-rupanya hadis yang lemah! (Sanad hadits ini sangat dhaif karena Muhammad bin Az Zu’aizi’ah, telah berkata Imam Bukhori dan Imam Abu Hatim tentangnya,”Mungkarul Hadits jiddan”)

Saya sedang menunggu kalau-kalau ada ulama yang akan mencipta satu lagi doa makan yang baru sempena zaman siber ini. Doa makan yang panjang-panjang sebegini mirip ajaran katolik

Ya Tuhan, berkatilah kami dan segala pemberian yang akan kami terima dari kemurahanMu. Demi Kristus pengantara kami. Amin. Tuhan kasihanilah kami. Kristus kasihanilah kami. Tuhan kasihanilah kami. Bapa kami… Moga-moga Raja kemuliaan yang kekal memberi kami tempat dalam perjamuan surgawi. Amin.

Doa selepas makan

Saya hanya jumpa ayat menyuruh manusia berterima kasih padaNYA selepas menkimati hidangan!

Maka makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah. (16:114)

Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah. (2:172)

Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun." (34:15)

Ucapan “Terima kasih atas rahmat Allah” atau “Terima Kasih kepada Allah” atau “Terima Kasih Allah” seperti yang dianjurkan olehnya lebih ringkas dan padat daripada baca doa seperti dibawah.

Alhamdulillahiladzi ata'manaa wa saqaanaa wa jaa'lanaa muslimin

Ertinya: "Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yang telah menjadikan kami orang-orang muslim." (Riwayat Abu Daud)

Orang miskin tak perlu bimbang tentang makan!

Tetiba saya terjumpa beberapa ayat dibawah dan termenung! Kalau ada 10% pun cukuplah diantara kita yang menurut perintah suruhannya, saya rasa tiada seorang manusia pun dimuka bumi ini yang akan kelaparan atau mati kebuluran!


Beri enam puluh orang miskin makan – Terlajak! (58:4)

Beri sepuluh orang miskin makan – Langgar sumpah! (5:89)

Beri seorang miskin makan – Tak puasa! (2:184)

Beri orang-orang miskin makan – Ihram! (5:95)

Beri pengemis dan peminta makan – Daging korban (22:36)

Beri Fakir makan (22:28)

Kalau ada masa terluang nak tulis lagi pengalaman sendiri ketika taksub dengan mazhab ahlulbait satu ketika dulu menahan nafsu tak boleh makan sotong, ketam, kerang, ikan pari dan lain-lain. Tension! Ada masa kita bertemu lagi (sori, kena hafal skrip)

Allah disanjung!

Uncleseekers

baca seterusnya di (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)