Kenali mereka

Sunday, June 13, 2010

Mati Anak - Versi Penuh

Mati Anak - Versi Penuh
Ilustrasi Mati Anak

Mati Anak

Menurut kepercayaan masyarakat Orang Asli, Etnik Semelai yang mendiami kawasan sekitar Tasik Bera, Pahang, Mati Anak berpunca daripada seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu meninggal dunia bersama-sama anak di dalam kandungannya, sama ada semasa hendak melahirkan anak ataupun disebabkan "hal-hal lain" seperti kemalangan ataupun penyakit. Mati Anak dipercayai mempunyai dua buah cangkuk di bahagian belakang badannya untuk berbuai di pokok-pokok besar. Mati Anak digambarkan mempunyai muka yang bertompok-tompok, mempunyai sepasang mata yang cantik, rambut yang panjang, boleh berkata-kata, tidak mempunyai taring dan kakinya tidak jejak ke tanah (terawang-awang). Ada versi yang menyatakan Mati Anak


suka tetapi tidak mencederakan mangsa. Mati Anak hanya muncul dengan cara berbuai di pokok-pokok besar seperti Pokok Ara, Beringin, Pokok Kundang ataupun pokok-pokok yang tumbuh merimbun.

Mantera Menyeru Mati Anak Untuk Tujuan Perubatan:

Lada kecil, lada hitam,
Sampai ke tunggu muda Peri,
Adek yang kecil, adek yang hitam,
Si Anu terkena sambar (ini),
Jin Pontianak rimba!
Aku tahu asal kau jadi,
Berumah kau di atas Salembar,
Minta tawar, minta jampikan,
Kabullah doa Pontianak,
Kabul Guru, Kabul aku,
Dengan berkat Lailahaillallah.

Semelai adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli daripada suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sungai Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sungai Serting, Sungai Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal, Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor - http://www.johordt.gov.my/joajhr/


Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

3 comments:

OrangTasek said...

salam uncle.. maaf la sebelum tu ada perkara yang saya nak perbetulkan sedikit mengenai asal usul matianak.. utk pengetahun uncle saya juga dari kaum semelai. asal usul matianak ialah perempuan mengandung yang kematian suami. dan akhirnya beliau mati ketika melahirkan anak. wanita tersebut juga adalah wanita yang pertama dalam kaum semelai yang mati ketika melahirkan anak.Dulunya kaum semelai tidak mengkebumikan mayat tetapi mereka membuat para/salang di atas rumah mereka untuk semadikan mayat dan akan berpindah dari situ. dan mengenai asal usul matianak ...wanita yang mati bersalin tadi telah di salang ( di letakkan di atas para) dekat dengan pohon ara kalau dalam bahasa semelainya kayu jerik dan itu lah asal kejadiannya matianak yg pertama...matianak menganggu manusia selalunya perempuan yang nak bersalin la..dan akan menganggu lelaki yang mereka berkenan dengan cara menyimbah dengan air ketumban mereka..bagi yang tahan akan ujian tu dpat la mcm2x ilmu dan boleh menjadi bidan ( dulunya bidan bersalin orang semelai adalah lelaki dan bukannya perempuan) mengenai jampi menyeru matianak ialah sedikit contoh jampi " dari sepohon ara mula asal kau jadi" kerana asal kejadiannya... sekian terima kasih

OrangTasek said...

jenis2x gangguan matianak ialah seperti bunyi cakaran di atap rumah atau dinding /bunyi bayi menangis/ menjerit dengan nada yang nyaring/bernyanyi dengan hembusan angin yang kuat ( saya pernah mengalami kejadian ini) cangkuk untuk beliau bergayut kadang2x kat depan dan belakang badannya.. kehadirannya jugak boleh di kesan dengan bunyi burung wak2x@ reruak /warna baju nya kadang putih kadang merah ( mengikut cerita orang yang pernah nampak matianak )

Uncleseekers said...

Terima kasih banyk-banyak Mr V kerana berkongsi maklumat disini. ;)