Kenali mereka

Thursday, November 11, 2010

Permaisuri Aishah – Part 5

Permaisuri Aishah – Part 5

Adakah dato seri pikir sekiranya saya kawin dengan aisyah, otomatik saya jadi bapak tiri sultan selangor yang akan membawa gelaran "tuanku uncleseekers". dato seri.. tolong jangan buat lawak. Beta tak sanggup...he he..Ini kan semua hanya "cinta syyhh"

Hampir 95% menyuruh aku supaya segera menyiapkan part 5 dan bakinya memberi teguran agar dihentikan segera kisah “cinta syyhh” ini kerana ianya bukan saja membuka aib permaisuri tetapi diri ku sendiri!

Desire Jalan Doraisamy, Asian Heritage Row, Kuala Lumpur, Malaysia

Aku menulis artikel ini di Desire Club kuala lumpur pada 10hb November sambil melayan alunan muzik r&b selepas habis mesyuarat dengan salah seorang anggota paranormal terkenal dari singapura. Beliau meminta aku membongkar satu penipuan terancang anggota paranormal negaranya. Aku memberi jaminan padanya yang aku akan membantunya dalam perkara ini kerana ianya sesuai dengan prinsip aku iaitu “to seek the truth”

Aku, aisyah dan mama pernah letak kereta di sebelah bangunan desire ini ketika kami hendak ke imperial sheraton untuk makan malam bersama lawrence dan Alex.

Setelah beliau pulang 2 jam kemudian tetiba aku terima sms dan panggilan dari wartawan arus perdana sekitar 11malam bertanyakan aku bagaimana untuk menghubungi aishah. Aku katakan padanya supaya pergi ke wangsa walk sekitar 8 pagi sehinga 10 pagi atau terus hubungi taliannya. Beliau agak kecewa kerana permaisuri tidak membalas smsnya!

Adeekseekers bersama permaisuri aishah di Restoran Wadihadramaut

Liza juga tahu rahsia "cinta syyhh"


Tamara Carlyn Rowlands menyapa saya ketika saya sedang menulis artikel ini. Walaupun tamara tidak lagi bertugas didesire, namun kerap berada disana untuk memeriahkan setiap majlis.

Sekitar jam 7 malam ketika aku bersama liza dan adeekseekers berada di plaza GM kuala lumpur ntuk membeli beberapa keperluan peribadi tetiba aku menerima pangglan dari zelmey bahawa aishah telah pun membuat tempahan bilik Presidential Suite Mandarin Oriental Hotel dengan harga kalau tak silap RM28,000 semalam selama 3 hari!


Setengah jam kemudian aku terima panggilan dari mama supaya aku datang ke hotel tersebut untuk meminta tolong dari saya dan aisyah ketika itu berdekatan dengan mama pula bercakap dengan saya agar segera datang!

Disinilah 2 orang "gadis biru" menari

Sedang aku menulis tetiba mata aku terpandang dua orang "gadis biru" sedang menari.Mereka berdua memakai sepasang baju berwarna biru. Seorang cute dan seorang lagi seksi bangat. Aku terkezut awek yang seksi bangat tu punya nasi lemaknya mak ai…menggegar jantung-jantung jantan dalam kelab tu! Yang cute tu bibirnya cantik, hidung mancung, kening berbaris dan matanya agak redup…

Aku minta izin untuk mengambi gambarnya untuk diabadikan dalam cerita ini. Mereka berdua berkata “Why not”


Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!

Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…

Sebenarnya saya sangat malu diperlakukan sebegitu tetapi mama mengenyitkan pda saya. Saya angguk dan dalam fikiran saya terus mencari helah supaya saya tidak diperlakukan begitu kerana ratusan mata yang melihat aksi tersebut!


Tetiba saya sampai dikawasan tempat jualan pakaian dalam.Saya tidak berapa pasti dimana saya berada ketika itu kerana fikiran saya asyik mencari pelbagai helah supaya tidak dipeluk. Saya rimas! Rimas! Rimas!

Sekadar hiasan

“Abang pilihlah untuk saya…”

Mak ai! Aku mana tau saiz dia...Matilah aku malam ni…saya beritau mama bahawa saya tidak pernah pergi ketempat sebegini (sebenarnya kalau saya ada jodoh kali ini, saya sendiri akan pilih pakaian dalam untuk isteriku! Biasalah..kelemahan lelaki dimata..he he)

Selepas mama membeli semua barang keperluan untuk malam tersebut, aisyah menyuruh saya menangkat barang yang dipilih. Saya cakap pada aisyah “sorilah…abang tak pernah buat benda macam ni”

“Abang ni langsung tak romantik lah”

Memanglah aku tak romantik dengan dia sebab warna pakaian dalam yang dipilih langsung tak stim. Hancusss…

“Dalam hati kecilku berkata, “ Sorilah beb, peduli apa aku samada kau permaisuri atau apa, jangan paksa benda yang aku tak suka”

Mama mengenyit mata dan mengangguk kepala padaku. Aku faham maksud mama kerana ianya “cinta syyhh”.

Sampai dikaunter pembayaran sekali aisyah buat hal dihadapan dua orang gadis yang terima pembayaran darinya.

“Kenalkan uncleseekers…dialah suami saya”

Adusss….malunya aku tuhan saja yang tahu tapi nak buat camner…

Sekali lagi aku mencari helah berpura-pura mencari gula-gula dikaunter tersebut…

“Abang nak yang ini ke?”

Aku dah malas nak layan sebab ada pasangan suami isteri yang memerhatikan gelagat kami bertiga.

“Boleh jerlah..”

Setelah pembayaran dijelaskan kami berpegangan tangan keluar sampailah dipintu keluar klcc tersebut tetiba asiyah ditegur oleh seorang lelaki bersama teman-temannya direstoran.

“Tuanku permaisuri…, apa khabar?”

“Baik, kenalkan ini suami saya, unclesekers…”

Aku terkedu sambil bersalaman dengan longlai dengan mereka semua



Aku menjauhkan diri dari kumpulan tersebut sambil aisyah berbual. Selepas itu saya dimaklumkan bahawa orang yang menegur aisyah adalah ketua polis daerah atau negeri atau cawangan mana pun saya tak pasti kerana saya tidak mahu ambil tahu!



Kami terus menuju kehotel dan apabila masuk saja ke pintu hadapan hotel tersebut terserempak pula dengan beberapa kakitangan hotel yang lain dan seperti biasa saya diperkenalkan sebagai suaminya.

“Aisyah…jom arr cepat naik atas”

“ok ok abang”

Kami bertiga menuju ke lif. Sebaik saja lif ditutup, saya memandang keadaan sekeliling dan terus berdoa

“Ya Allah, selamatkanlah aku malam ni…”


Bersambung

Nota penting

Kepada sesiapa yang berkenaan, saya bertanggungjawab dunia dan akhirat setiap artikel yang ditulis. Saya bersedia di bawa kemuka pengadilan sekiranya artikel ini berunsur fitnah dari part 1 sehingga part 5 ini. Mungkin terdapat sedikit kesilapan sana-sini kerana artikel yang dibuat ini tersangat ringkas.

Buat aisyah dan mama, harap berterus terang sekiranya ada yang bertanya. Janganlah berbohong kerana diakhirat nanti pasti kita akan dipersoalkan

Buat dato seri - Boleh blah la lu - lu talam dua muka punya olang!

Permaisuri Siti Aishah
Permaisuri Siti Aishah - Part 2
Permaisuri Aishah - Part 3
Permaisuri Aishah - Part 4
Permaisuri Aishah – Part 5
Permaisuri Siti Aisyah - Part 6
Permaisuri Aishah - Part 7 - The End / Tamat
"Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh" Saman 2
Buku "Cinta Syyhh" Saman 3
Buku "Cinta Syyhh" Saman 4
Aisyah Saman Uncleseekers?
Peguam Uncleseekers
Dimana Aishah?
Analisis 1 - Mungkinkah Anda?
‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib
Cover buku "Cinta Syyhh"
Mas Kancil
Mas Kancil (2)
Aishah Oh Aishah
Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
Jatuhnya Seorang Permaisuri (Update Kedua) - Siapa Sebenarnya Siti Aishah?
Divinasi Kartu Lenormand - Penghidupan Aishah Kini
Salah Siapa? 1
Salah Siapa? (2)
Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap
PERHATIAN - Blog Mas Kancil tak dapat dibaca di Malaysia
Permaisuri Siti Aishah - Part 8
Permaisuri Siti Aishah - Part 9
Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja
Permaisuri Siti Aishah - Part 10
Notis Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguamcara
Lawyer Baru

34 comments:

ariffhaidar said...

i respect u uncle....!!

Anonymous said...

hangat!!

zelmey said...

Seek the truth

Dato Seri tu bukan talam 2 muka la .... talam bocor ..

Anonymous said...

uncleseekers , gua respect lu habis... you are one in millions... gua ulang sekali lagi yg gua respect habis dengan lu...

Anonymous said...

Takde sambungan lagi ke? cam best je cita ni xD

Hanneyfx said...

uncle... u r grrreattt....

Anonymous said...

ni realiti atau fantasi..cerita uncle macam cerita novel daa..

Sofia Karim said...

Uncle .. betul ke ni? Aisshh.. macam xcaya je.. huhuhu...

Anonymous said...

tindakan uncle dalam mendedahkan kisah benar ni merupakan suatu yang baik dan amatlah wajar.biar satu dunia tahu bahawa harta,pangkat dan status tidak memberi apa-apa makna..ramai orang diluar sana yang berangan-angan menjadi seperti siti aishah dan juga menjadi orang kenamaan.

tindakan uncle ni lebih banyak memberi pengajaran daripada membuka aib semata-mata.cara olahan ayat uncle juga memang ikhlas dan berani.teruskan mendedahkan hal sebenar..

kebenaran biasanya menyakitkan tapi itulah hakikat yang perlu diterima setiap insan.

Ezam KL.

Anitadahahs said...

sedih membaca artikel ni.
Tak paham dan tak sanggup nak memahami apa yang terjadi. Kalau pun kisah ini benar, kenapa nak dihebohkan? Kenapa? Setiap orang ada kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kalau rasa diri hebat, selesaikan masalah peribadi dengan cara yang baik dan berotak. Bukan dengan pendedahan macam kanak-kanak yang tidak mampu untuk berfikir panjang. Maaf.

Anonymous said...

Sebelum membuat tuduhan bahawa uncleseekers fitnah, tipu, manderem, atau apa saja, kenapa anda tidak dapatkan sendiri maklumat ini dari orang2 yg boleh anda percayai.

ANDA tak rasa malu ke, anda yg lemparkan kata2 fitnah dan tuduhan krn cerita ini BENAR.

Orang yang berani dan cerdik pandai hanya memandang orang2 seperti ANDA ibarat anjing salak bukit saja.

Anonymous said...

Subhanallah, tidak kisah betapa buruknya seseorang itu, kita tak boleh mengaibkannya tetapi diberikan tunjuk ajar dan nasihat. Cara ini memang salah di sisi Islam. I want you to stop all these right now daripada menjadi lebih teruk lagi.

Semoga ALLAH SWT memberikan hidayah kepada kamu...

Khalifah Of Allah SWT said...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammu'alaikum w.b.t, semoga tazkirah ini membuka mata kita dan moga ianya menjadi iktibar kepada kita semua sebagai ummat Islam, insha'Allah.

Pertama sekali saya ingin tujukan kepada pemberi2 komen, berhenti membuat fitnah dan peransang yang tidak elok yang boleh mendorong kepada kebinasaan hidup ummat Islam di dunia dan di akhirat. Kepada penulis blog, izinkan saya memberi beberapa tazkirah untuk kita bersama.

Saya telah baca blog ada dari bahagian 1 hingga bahagian 5. Jika ada bahagian ke 6 harap anda tidak memaparkan keburukan, keaiban, fitnah dan lain2 yang melibatkan diri anda dan orang disekeliling.

Sebagai hamba Allah SWT, perlu saya menulis ini untuk menyedarkan anda, paca pembaca blog anda, dan juga para komentar bahawa setiap cerita yang boleh mengaibkan diri sendiri dan orang lain adalah berdosa besar di sisi Allah SWT.


Dunia ini adalah sementara, jadi gunakan dengan sebaik-baiknya. Jadikan internet ini sebagai tempat untuk menjana ilmu-ilmu Islam, tempat untuk saling nasihat-menasihati. dan saling bertukar pandangan mengenai Islam. Bukan menjadikan internet ini sebagai tempat untuk membuka aib sendiri dan orang lain.

Kepada penulis blog ini iaitu "uncle seekers" anda sebagai seorang Muslim, wajib memberi nasihat dan teguran yang berguna kepada Aishah, bukan hanya berkata dalam hati yang anda tidak suka diperlakukan sebegitu dan terus menulisnya di blog. Sepatutnya anda menegurnya bahawa perbuatan itu adalah haram dan berdosa besar di sisi Allah SWT.

Allah SWT says in the Quran means: "And why, when you heard it, did you not say: 'It is not for us to speak of this. Exalted are You, [O Allaah]; this is a great slander?'" [Quran 24:16]

Anonymous said...

ramai yang mengutuk uncle tak kurang juga yang menyokong.saya yakin uncle dah menduga semua komen yang dilontarkan..dan ssaya berharap uncle ingata kata-kata salah seorang imam kita.'kalau ada 1000 yang membenci kita sudah tentu akan ada 1000 lagi yang menyayangi kita'.

opss..ada juga yang masih taksub dengan raja-raja melayu?memanglah dalam perlembagaan termaktub raja-raja melayu adalah pendokong agama islam dan payung kepada rakyat.tapi hanya rakyat jahil sahja yang mengagungkan apa yang termaktub sebab hakikatnya raja-raja melayu sendiri 'fail' dalam dua perkara yang disebut.majoriti raja melayu dan ahli kerabat melayu gila seks,arak,kuat berpoya-poya malahan secara terang-terangan merendahkan martabat agama dan budaya melayu...please wake up.

apa yang uncle dedahkan salah satu cara menyedarkan orang yang dibuai mimpi dengan kegilaan kepada pangkat dan status.just carry on uncle.

Ezam,KL

Anonymous said...

salam..uncle seekers, saya begitu sedih apabila membaca tulisan uncle..saya rasa tidak sepatutnya tulisan ini menjadi hidangan mata pembaca yang lain..untuk pengetahuan uncle, sewaktu Mantan permaisuri(MP) baru diangkat sebagai permaisuri, saya begitu berbangga kerana ada permaisuri yang memakai tudung..maklumlah sebelum ini majoriti orang2 tertinggi mempunyai isteri yang tidak memakai tudung (maaf, fakta memang menyakitkan)..sebagai seorang Islam, saya mengganggap mungkin MP akan menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain. Malahan mungkin juga inspirasi buat orang lain supaya bertudung..tetapi dengan adanya tulisan di blog uncle seekers ini, saya rasa sedikit sebanyak telah mencalarkan perasaan orang2 yang dahulunya mengkagumi MP..saya berharap uncle seekers tidak membuka keaiban MP (jika ada)..sekiranya kita menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaiban kita sendiri..Wallahua'lam.

Anonymous said...

Korang tak perasan ke gambar yg si tua ni bersebelahan dengan aisyah tu gambar yg diedit dgn adobe photoshop! tengok tangan yg kat bahu si tua ni tangan org lain kurus slim aje tangan tu... kalau tangan tu kurus aishah mesti lah jadi kurus macam celine dion kat dlm gambar ni tapi tidak begitu kan?

tu maknanya gambar aisyah hanya di cut and paste guna adobe photoshop!!!!

suhaizat said...

Gunakanlah akal yg bijak utk berfikir dan jgn mengunakan hati utk menghukum.Apa yg dibaca x semestinya ada kebenarannya dan mungkin juga ianya memang benar.

Sekiranya tak tahu apa2 lebih baik diam dari berkata yg mendatangkan syak dan dosa.

Anonymous said...

korg xbek la ckp cmtu...
mst ade sbb die wt cmtu...
korg klo dkt tmpt die korg wtpe???
so jgn la hina die...
kang kne dkt dri sndri br tau...
die pn msia ciptaan tuhan gak...
tulis pki otak n bkn pki ati...

Anonymous said...

AKU TAK PHM LA YG MAMA TU SAPE? MAK JANTAN NI KER? @ MAMA TU PANGGILAN JEK? KALU MAK JANTAN TU, NAPE LAK DIE BIAU KAN POMPAN TU KISS JANTAN TU? AKU TAK PAHAM... YG 1 AYAT TU KAT PART 2 KOT... JANTAN NI KATA MAMA TU SMBYG TAK TINGGAL TP NAPE TIME CIUM2 TU DIE BIAU KAN? EI GILER!

Anonymous said...

sy rasa permaisuri ni bukannya kena sihir,ni soma akibat tekanan dr bapa/keluarganya.pemaisuri dah dewasa,pernah berkahwin, dia bukannya budak2 lagi..biarlah dia nak buat apa pun,jgn dihalang kehendaknya untuk kepentingan peribadi,hah sekarang dia tengah memberontak la tu....Mungkin dia nak kahwin dan ada anak sendiri???Dato Seri???Why??tak nak cucu dr pemaisuri sendiri ke??or....nak duit jer.....

Anonymous said...

apapun yg d tulis adalah hak peribadi..i hv no komen abt it..bt gambar2 yg buka aurat tlglah jgn letak..tulisan tu dah cukup..klu nk, letak je gambar yg ttp aurat..sbg org islam rasanya tau dosa & pahala..f ur family member yg kena bt cmtu, apa rasanya..PLEASA REMOVE PIC YG X PAKAI TUDUNG TU..SBG ORG TUA & ADA ANAK2..ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB..nk bg bahan bukti begitu bukan d blog tp pd yg berkenaan sahaja.

Anonymous said...

dunio blako....buang masa layan benda x berfaedah nih...

Anonymous said...

saya xmau nk fikir-fikir yg bukan2 hanya Allah saja yang tau...kita tnggu saja penyiasatan...walau apapun cerita sama ada dari aisyah atau uncle seekers yg paling pnting tnggu dan lihat jngn brprangsaka buruk...yg hak hak tetap hak yg batil tetap batil...Allah maha adil Dia akn tunjuk..bila terbaca cerita ni kan bagus klau leh difilemkan...jln cerita menarik..

NeoNodeGuy said...

apapun..uncle seeker nie jenis orang yang unik.

Karya Awal said...

kenapa nak dedah dan malukan orang.?? orang lelaki sepatutnya melindungi wanita..sebaliknya anda nampaknya seronok menjadi 'pemberita sensasi..' kami dah nampak siapa anda sebenarnya!!HENTIKAN SEBELUM SEMUA ORANG TERGADAI MARUAHNYA.

sakura said...

Salam..
terlebih dahulu, sy mohon maaf jika komen sy nie mendatangkan x senang hati pada mana2 pihak..

Saya sgt bersimpati kepada hamba Allah y bernama Siti Aisyah ini.kisahnya yang x patut diceritakan kepada khalayak ramai telah diketahui oleh semua pnduduk di muka bumi terutama di Malaysia. Sebagai wanita sy yakin dia semestinya berasa sgt sedih kerana aibnya telah diketahui orang. bagi wanita maruah adalah sangat penting. Photo2 hamba Allah ini bersama uncle ini x patut dipaparkan. Saya percaya hamba Allah Siti Aisyah ini pn x mahu kisah atau photo2 bersama uncle ini dipaparkan..

saya x tahu ape sbnrnya sebab uncle bg taw cerita nie kt blog tapi bg sy cara uncle nie x betul..

Saya harap hentikanlah cerita2 sebegini. sama2 kita pkir pkirkan, di dunia kita kdg2 x sedar kita telah membuka aib orng atawpn secara sedar. Tapi ingtlah satu perkara,, ingatlah Allah akan membuka semua aib kita di dpan sume orang di akhirat nnti jika kita membuka aib orang lain,,,

Kita insan yang lemah, fikirkanlah apa manfaat yang kita dpt melalui cerita2 sbegini..Kita semua tahu kan kita nie hamba Allah, beragama islam..jadi marilah kita rujuk surah ke 51 ayat y ke 56 iaitu apa sebenarnya matlamat utama kita hidup di dunia ini dimana dunia ini hanya tempat persinggahan kita utk menuju samada ke syurga atau sebaliknya...

dan juga kepada muslimat di luar sana, ingatlah bahawa kalian semua banyak peluang untuk ke syurga namun banyak muslimat kini y mensia-siakan peluang y ada..jagalah dirimu kerana Allah juga sentiasa menjagamu..
Sama-samalh kita muhasabah diri yea shbt2 sekalian..

syaitan telah berjanji akan myesatkan manusia sehingga kiamat( surah al-isra' ayt ke 62).Kita mesti marah pada syaitan sebab sesatkan diri kita kan jadi " Ingatlah kpd Allah, dengan mengingati (nama-Nya) sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kpdNya pada waktu pagi dan petang. (surah al-ahzab ayt 41-42)

kadang-kadang manusia lupa sapa diri dia kt dunia, jadi muhasabah diri adalah jalan terbaik utk kite kenal siapa diri kita...
InsyaAllah..smoga kita sama-sama berdoa agar kita tergolong dalam org2 yang mendapat hidayahNya.. .peringatan utk diri sy sendiri jgk...

Buat Permaisuri aisyah, apa y berlaku dalam segala hidupmu adalah ujian dari Allah. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepadamu.Apa y berlaku adalah dengan keizinanNya jadi hanya kepada Allah tempatmu utk mengadu krn Allah sentiasa akan bersama dengan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya....

NoRjAliLAHmDyUSOP said...

Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!

Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…

(BANGGA DGN DOSA & MAKSIAT YG DILAKUKAN..BANGGA DGN SALAH 1 PENYEBAB HARI KIAMAT ) Ya. ALLAH...

iieas said...

go to hell semua uncle seeker..
yg peting u di pihak benar ,, yg lain hipokrit..
teruskn kebenaran anda..
i,m always with u

imran said...

"U seek the truth"?? but actually you are weak in your iman, how are you supposed to get hidayah from Allah.? I believe even your family members who read this blog are shameful. May my brother in islam be blessed with Hidayah and cleanse his soul with iman.

Anonymous said...

uncle nape ek kalu xsuka kat permaisuri xgtau dia......org da xhormat uncle uncle canag satu msia crite pasal hal pmaisuri .kalu xnk nasiht dia elok2 bukan pmainkan dia cmni ....dr uncle cari hantu bek uncle cr jalan untuk baiki d sndiri

iezanabyla said...

uncle seekers ni perasan hensem ke???

siti kadhija said...

astaqfirullah....manusia zaman sekarang....mengaibkan orang satu hobi...btw uncle, i can see u baek sangat dengan permaisurikan(di depan sahaja, belakang????masyaAllah...mulut kalah betina)..hello uncle, u tu dah makin senja, bawak2 la pergi beribadah, mengaji al-quran, bersihkan hati dan rohani....dari u buat perkara keji dan memalukan diri u sendiri...pity on u....

Anonymous said...

Bc dr part one smp skrg, sy terus ada teori yg ntah2 uncleseekers ni la yg hantar makhluk tu kat aisyah so that aisyah tergila2 kan dia.sbb apa..1- kalau korang pernah dgr citer2 org yg selalu jumpa bomoh selalunya baik sekejap je lepas tu mesti jadi balik sbb bomoh tu sdri hantar dia punya pulai.. 2-kalau uncleseekers ni berubat guna ilmu agama, ak x rasa org2 alim akan suka2 pergi club n suka sangat ambil gambar perempuan2 separuh bogel ni kan... 3-dari perlakuan aisyah sy sangat yakin beliau masih dalam keadaan pukau mungkin..better famili aisyah bawak gi jumpa Dato haron din dari jumpa uncleseekers yg sah2 atau jaga amanah n aib org.sekian..wallahualam uncleseekers maafkan sy kalau sy salah tp rasanya uncleseekers sendiri tau kan...

Anonymous said...

Askm.
Saya terbaca blog uncleseekers dr khabar seorang sahabat.
Blod uncleseekers dan Aishah ini telah mengaibkan kedua-duanya sekali. You can seek the truth but not this way. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Peminat bole tabik salah seorang tetapi yg seorang lagi akan terhina. Kehakiman bukan terletak kepada kita. Secara tak langsung kita akan terjerumus kpd dosa kerana mendorong sesuatu cerita. Kalau lah kita anggap diri kita ini ihklas dan benar, delete sahaka cerita ini demi kebaikan semua orang.