Kenali mereka

Sunday, January 30, 2011

Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap.

Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap.

Aku ke Saufiville pada 27-1-2011 sekitar jam 8.20 malam bersama Mona, Liza, Adan, Adeek dan Yaya. Tujuan aku ke sana adalah kerana aku nak belajar cara masak lamb chop dan sotong goreng dari Mem dan Fini. Aku memang suka sangat masakan mereka. Pendek kata berapapun harga aku sanggup bayar kerana masakannya sedap giler, 'berasa' selain dapur mereka sangat bersih!

Pelanggan yang datang ke sini pun dari golongan atasan dan dari pelbagai pelusuk dunia. Segala Tun, Tan Sri, Dato Seri, Jutawan dan Artis ternama juga suka lepak banglo ini.

Selain pemandangannya yang sangat cantik, udaranya yang nyaman, banyak tetamu lebih suka datang makan sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Saufiville terletak diatas puncak bukit 1800 kaki dari paras laut dan suhu pada tengahari sekitar 28 celcius dan malamnya 20 celcius.

Pelbagai bangsa datang lepak tempat ini (kilik gambar ini)

Aku minta izin Mem dan Fini untuk promote saufiville (klik gambar ini)

Bekas Ketua Pengarah SPRM juga pernah lepak Saufiville (klik gambar ini)

Kalau x silap aku kos untuk mendirikan banglo saufiville mencecah hampir RM4 juta. Persekitaran banglo ini cantik dan bersih apatahlagi sekeliling taman banglo dipenuhi dengan pohon-pohon bunga yang berbau harum.

Selain daripada niat untuk belajar masak, aku juga nak imbas kembali kenangan lama Cinta Syyh aku bersama bekas permaisuri Agung Siti Aishah di banglo ini dan nak periksa apa yang belum ditambah atau diperbaiki lagi dalam buku "Cinta Syyh" dan versi bahasa inggeris "The Queen & I".

Langkah seterusnya aku cuma perlu khidmat seseorang untuk penyunting untuk menyunting penulisan aku dalam buku tersebut. Lepas itu aku sedia pasarkan di luar negara melalui online atau apa saja supaya orang tau kisah sebenar percintaan aku dengan dia.

Apa yang berlaku adalah sejarah!

Aku tidak mahu berbohong tentang percintaan 'Cinta Syyh' ini. Mungkin ianya memalukan aku apatah lagi Siti Aisyah tetapi kebenaran itu memang pahit. Biarlah generasi akan datang menilainya.

Ginger beef kuey teow di Saufiville cekik darah?

Fried kuey teow

Saya kona baring sikit citer pasal Sufiville ni. Desas desus mengatakan harga makanan di Saufiville agak mahal! Aku ada baca tentang isu ini pada 28-1-2011 di blog ini (klik). Beliau mencurahkan isi hatinya bahwa harga ginger beef kuey teow di Saufiville cekik darah! Aku hanya tersenyum panjang...

Sebentar tadi (30-1-2011) sekitar jam 8.03 malam aku tiba ke Saufiville untuk membuktikan kebenaran cerita dalam blog tersebut. Aku minta Raja Izrinda Raja Ismail yang aku panggil Mem (isteri empunya Saufiville) sediakan makanan tersebut untuk aku. Harganya bukan RM14.90 seperti yang di dakwa tetapi RM14.50.

Mungkin harganya mahal kalau dibandingkan warung tepi jalan tetapi rasanya, penyediaan, pinggan dan gelasnya setaraf hotel lima bintang! Fini (tuan tanah kedaung saufiville) terangkan pada aku bahwa perencah daging dalam kuey teow tersebut adalah bahagian batang pinang bukannya daging kerbau sekilo RM10 di pasar chowkit.

Aku tak salahkan orang yang membuat komen dalam blog (klik) tentang ginger beef kuey teow itu kerana itu adalah haknya sebagai pengguna. Pada aku senang saja...

'Good things cannot be cheap, cheap things cannot be good"

Bilik air di Saufiville sangat bersih dan sentiasa berbau harum! Bolehke kuey teow goreng berharga RM4.00 sepinggan di warung tepi jalan menyediakan bilik air seperti ini?

Aku namakan sudut kecil di saufiville ini sebagai "Zon Angin" sebab angin sentiasa menghembus diruangan ini. Entah kenapa pun aku tak tau! Boleh dikatakan 70% tetamu yang lepak "Zon Angin" ini termasuk aku, selalu mengantuk dan tertidur setiap kali aku duduk tak sampai 15 minit tempat ini.
Punyalah sedap angin tempat ni, tuhan saja yang tahu!


Ada 2 perkara aku nak tegur Mem dan Fini. Pertama - Dari tahun 2010 sampailah Januari 2011, meja makan ni tak diperbaiki lagi. Apalalu bro, rumah juta-juta... meja ni pun tak repair2 lagi. Yenade Thamby! Kedua - Bila aku order makan atau minum ada sikit lewat 2 atau 3 minit. Aku pahamlah kau nak beri customer yang terbaik tapi perut aku tak faham bahasa. Kalau lu dua orang laki bini nak terkecik hati, aku x ble cakap apalah, yang penting lu kena perbaiki apa yang kurang. Benda yang bagus aku promote, benda tak betul aku bantai. he he. Takkan kau tak faham perangai aku.

Berbalik pada buku aku "The Queen & I" dan "Cinta Syyh" dah pun bersedia untuk dicetak pada bila-bila masa sahaja sekiranya DIA beri lampu hijau.

Permaisuri Siti Aishah
Permaisuri Siti Aishah - Part 2
Permaisuri Aishah - Part 3
Permaisuri Aishah - Part 4
Permaisuri Aishah – Part 5
Permaisuri Siti Aisyah - Part 6
Permaisuri Aishah - Part 7 - The End / Tamat
"Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh"
Buku "Cinta Syyhh" Saman 2
Buku "Cinta Syyhh" Saman 3
Buku "Cinta Syyhh" Saman 4
Aisyah Saman Uncleseekers?
Peguam Uncleseekers
Dimana Aishah?
Analisis 1 - Mungkinkah Anda?
‘Cinta Terhalang’ bekas permaisuri Aishah: Kenapa bapa “kunci pintu”-Pak Habib
Cover buku "Cinta Syyhh"
Mas Kancil
Mas Kancil (2)
Aishah Oh Aishah
Kes Siti Aishah saman Uncle Seekers
Jatuhnya Seorang Permaisuri (Update Kedua) - Siapa Sebenarnya Siti Aishah?
Divinasi Kartu Lenormand - Penghidupan Aishah Kini
Salah Siapa? 1
Salah Siapa? (2)
Buku "The Queen & I" dan "Cinta Syyhh" sudah siap
PERHATIAN - Blog Mas Kancil tak dapat dibaca di Malaysia
Permaisuri Siti Aishah - Part 8
Permaisuri Siti Aishah - Part 9
Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja
Permaisuri Siti Aishah - Part 10
Notis Niat Pihak Untuk Bertindak Secara Sendiri Menggantikan Peguamcara

3 comments:

Liyxa Higuain said...

terbaekkkk.

Unknown said...

Salam Uncle,

Semalam bawa family jalan2 ke Janda Baik, kebetulan teringat tentang posting uncle pasal Saufiville, sy pun singgah kat sana. Lokasinya memang best dan pemandangan yg memukau sesiapa. No wonder ada yg sanggup dtg dari jauh. Harga bagi saya mmg berbaloi, x mahal la pasal kalau 1 banglo tu boleh sewa 1.5 k je. Dalam tu ada 6-8 bilik rasanya. Kitorang tak tidur sanapun sebab hari ni (2hb) keje so cuma singgah untuk lunch saja. huhuhu.... tapi sempat ushar bilik, mmg bertaraf 5 bintang la bilik dia. Makanannya mmg sedap, very good berbaloi harganya termasuk pemandangan yg terhidang. Mmg betul ckp uncle, x sama dgn makan di gerai. hehehehe. Tengok pulak swimming pool air sungai kat atas bukit, pehh menusuk beb, rasa nak terjun je, tp segan. Hehehe. Overall tempat tu memang best dan sedang ushar kalander utk bermalam kat situ. Thanks uncle sebab info pasal Saufiville. Hehe

Ly said...

Mmg best Saufiville.. tQ bro...