Kenali mereka

Wednesday, March 9, 2011

Filem Penunggu Istana Di Pawagam 21-4-2011

Filem Penunggu Istana Di Pawagam 21-4-2011


Sinopsis Filem PENUNGGU ISTANA Di Pawagam Mulai 21 April 2011


Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Info Filem

Syarikat Penerbitan : Grand Brilliance Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd
Klafikasi : PG13
Filem : 35mm
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 21 April 2011

video

MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB DALAM FILEM PENUNGGU ISTANA

Pada 2010, lima pelajar cuba merungkai misteri di sebalik kejadian aneh dan menyeramkan yang dikaitkan dengan sebuah rumah tua di Papan, Perak yang dikenali sebagai Istana Billah.

Di rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar tidak berpenghuni itu, mereka yang dibantu kumpulan pengkaji entiti paranormal, Seekers, menyusuri cerita di sebalik musibah yang menimpa sekumpulan krew sebuah produksi TV, “Warkah Terakhir” setahun sebelumnya.

Pengalaman yang sepatutnya melengkapi kajian bagi kertas projek mereka dalam mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya berubah menjadi catatan sebuah perjalanan yang mengerikan. “Penunggu Istana” adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir mereka.

Naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman footage amatur yang difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Bilah itu cuba mencari jawaban terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Uncle Seekers yang mengetuai kumpulan Seekers, menjadi tempat rujukan dalam usaha mencari bukti-bukti keujudan makhluk halus ini yang dikatakan punca di sebalik kejadian menyeramkan yang menyelubungi Istana Bilah.

Soalnya, sejauh manakah teori saintifik dengan gajet moden yang dibekalkan Seekers kepada pelajar berkenaan berupaya merungkai kesahihan kewujudan makhluk halus yang diburu itu?

Bagi pelajar tadi, keanehan yang dialami di rumah berkenaan dengan kejadian mistik, bunyi-bunyi misteri dan penurunan suhu mendadak yang dikatakan petunjuk mengenai kehadiran makhluk halus, bagaimanapun tidak mencukupi.
Keghairahan dan ketamakan untuk meraih perhatian, dikatakan menguasai sebahagian pelajar. Berbekalkan peralatan yang ditinggalkan kumpulan Seekers, mereka meneruskan kajian di rumah berkenaan.

Dengan ketaksuban mereka mencari jawapan untuk merungkai kejadian-kejadian aneh istana tersebut akhir membawa kepada pelbagai konflik yang makin bercelaru pada tujuh hari terakhir mereka terperangkap.

Dan, buat pertama kalinya footage amatur itu akan ditayang buat tatapan umum melalui filem seram pertama di Malaysia bergenrekan Paranormal ‘Penunggu Istana’ di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 April 2011.

45 comments:

iera said...

salam..

saya antara peminat filem bergenre seram...can't wait to see this product...

nuasya said...

sy dh tengok cerita penunggu istana ni mase show untuk promotion kt uitm shah alam hari tu. tak sangka ending mcm tu n agak menyedihkan. ni 1st time sy tgok cter mcm ni.

UncleSeekers said...

Nuasya - mekasih byk2 krn menonton

nazrin said...

mne pegi budak2 2?

AZRINA said...

nak tau satu jek..cete nih memang betol2 terjadi ke?dan klip2 video yang digabungkan tu memang yang asli?sbb saya org perak.ade jgk dengor pasal istana tu.tapi xpulak dengor hal2 seram ni.seram lagi kes kat kampung saya ni..huhu..

peroyz suarez said...

Salam UNCLE....

Ingat sy lg x?heheh farhan la.....lama betul x jumpa uncle...dah berapa taun ek...sy pon da ada anak sorang....masa kawen dulu ade jemput uncle tp melalui roni la coz no uncle sy x ada...maybe pesanan x smp kot hehe..x pela.....saje nak leave comment...slama ni dok Layan je cite uncle dlm blog ni hehe teringat zaman sy dlm seekers dulu heheh...ape2 pon uncle KEEP UP THE GOOD WORK....sesungguhnya sapa2 yg kenal uncle Akan tau perangai uncle..........betul la kata pepatah "mata pena lebih tajam dr mata pedang"......Adios!

UncleSeekers said...

Yo Farhan...hubungi uncle di email. nanti uncle beri no tepon. Rindu bangat kat lu

Luckmans said...

Salam. Apa yang terjadi pada budak2 yang buat research kat dalam istana Bilah tu? Saya dah tengok preview dalam You tube tu, diaorang boleh buat main2 kat tempat tu yer...Beraninya....So, budak yang buat research tu selamat ker?

intan_tgc76 said...

pasti box office ! :D

Cerita Cinta Melayu Sejati said...

Nak tengok penunggu istana ni, memang minat cerita seram juga.

zuraini said...
This comment has been removed by the author.
zuraini said...

teman tak sabor nak nonton filem ni.

marjeena said...
This comment has been removed by the author.
marjeena said...
This comment has been removed by the author.
nadHirah kEchik said...

saya baru je tgk cerita penunggu istana ni tadi..tidak mengecewakan.tapi,ending mcm t'gantung skit..btw, cerita tu memang best.

nurul said...

salam uncle seekers..
sy peminat cter seram..
sy nk tye, cter penunggu istana ni mmg real ke? o ad tmbhn pape?
pelakon2 2 mmg btul pljar asal ke?
so, dorg mmg dah meninggal ke?

fadly said...

salam uncle..
permulaan langkah yg menarik dalam industri filem asli melayu,tahniah ditujukan pada seluruh jasa yg tercurah..terdapat persoalan yg timbul dari para penonton,
:sejauh mana ketulinan kebenaran kisah sebenar disebalik filem ini?
adakah ianya bergantung pada tafsiran buah akal pada penonton itu sendiri?
saya percaya ramai penonton dan penyokong setia mengharapkan secebis kenyatan uncle..terima kasih

cHuBBy said...

salam uncle saya dah tgk cite ni semlam...tapi betul ke dorang dah mati???? so amar betul2 hilang????mcm ne ngan dorang sume???

mazratulfirdaus said...

Salam...sy baru balik tgk Penunggu Istana...MMg best ..tapi ade kemusykilan ...samaada cerita tu semuanya rakaman sebenar...atau ade tambahan...n betol ke budak2 tu mati...takde kuar berita pon...em...

Rj RuL said...

salam uncle

sy dh tgk penunggu istana sebentar td..
best cuma sy nk tnya adakah benar 2 rakan mereka itu mati? huhuhuuhu

wani said...

ini adalah jawapan bagi semua pertanyaan hilangnya pelajar2 aswara tersebut.... dan secara x langsung membersihkan nama uncle yg dituduh bermcm2 tohmahan.... wallahualam :-)

Abie Abdullah said...

Saya pun baru lepas tengok citer ni. Bg saya 50-50 nk caye cte ni kisah betul sebab ade few scene yg nmpk cam lakonan. Pepun harap2 akan ade jwpan bg sume persoalan kite ni samada dari pihak Uncle atau Primeworks. Harap2 kami tidak dibodohkan je la. Niwey, kalau betul citer ni mmg salute la sbb brani tayangkan citer ni.

Faizal Syukri @ Peja said...

saya baca dalam paper, diorang cakap, kisah ni kisah benar, cume difilemkan semula tanpa ada apa2 perubahan...

princessxana said...

sy dah tengok...sedeyh gak la coz mereka meninggal....how about sara? she still alive?

Faizal Syukri @ Peja said...

meninggal? terbaca satu artikel yg menyatakan salah seorang yg dikatakan sudah meninggal, masih hidup

sh.fatin said...

salam..
uncle pliz jwb..
musykil ni..
pelakon cite penunngu istana tu org sebenar ke or pelakon yg mainkan watak je???
n pe jd kat sara??? hidup lg ke die...

pian9023 said...

Uncle as salam saya peminat dari brunei betul ke mereka yg belakun tu mati mengapa nda di cari yg satu usaha dari ustazkah apakh minta jawapan ya uncle

nor said...

assalam.
sy baru lps tgk muvie ni ptg td..
best :)
just nak tanya soalan yg sama mcm yg lain-lain, adakah fira, mus benar2 mati? amar masih hilang? yg sy tahu skrg hanya yaya dan sara jea yang masih hidup

Qu3 BeA said...

salam... uncle sibuk tu kot.. hee..
sy n baru pas tgk cite nieh... for the first time rase cam ngeri giler.. nak tido pn takut..sbb teringt byg2 muke hantu yg kua.. n sy rase, cite ni btol coz awal2 tayangan, ade mengatakan ayat yang 'takziah kepada ahli keluarga........' mcm tu la.. x kan sje2 nk tulis cmtu, pastu nk tayangkan kt org ramai kan.. huhu..pape, cite nie best n sgt menyentuh hati sy.. :'/

einz miszmessy said...

salam...minta izin copy pic filem ya~

Raja Yusoff Ariffin said...

salam,saya antara peminat penunggu istana dan saya peminat sara ali,sara ali tu pelajar ke?pelakon?

Dg RaMLaiLasaH BraMa said...

ermmm...sebenarnya cerita neh..hehehe..

Salju Qaseh said...

assalamualaikum w.b.t.
hai sume..
hai uncle..
sy dh ngk citer ni. thniah uncle.
uhhh..bnyk yg hntam uncle erk.
bt 2 me...
x kish la citer ni rekaan or realiti..
sy ttp bngga bg phk org melayu dlm indsti filem..
so xmau la hentam hentam erk..
kiter ambik yg positif k.
papepun terhibur.
tahniah uncle : )

Anonymous said...

Salam...
Jln cerita ok.. rasa ada bayangan "The Blair Witch Project"..

Mr. Deen said...

Cerita yg bagus walau pun MUAK hingga termuntah asyik cerita hantu tanpa henti, hingga ada sebilangan pandir yg tersesat akidah. Cuma perletakan beberapa artikel ringkas di awal dan akhir cerita agak tidak menyenangkan kerana ianya seolah menunjukkan bahawa ia adalah kejadian sebenar. Walhal ia adalah lakonan yang berasaskan kepada skrip namun digarap dalam bentuk dokumentari yg kreatif. Tidak mustahil, penonton ada hak untuk menyaman penerbit kerana MENIPU minda mereka dengan "maklumat" yg diwar-warkan sebagai KEJADIAN SEBENAR, namun realitinya adalah sebaliknya.

sakinah said...

saya terperasan..pada scene yang sarah lari ketakutan (bila ternmpak topeng muka beralih tempat dari meja tulis ke atas almari, ade kepala hamba allah terjojol keluar...hehehe) macm funny pulak, baru nak feling ketakutan alih2 terketawa pulak...anyway best la citer ni..

azrilrapaiee said...

uncle..email saye ok...penunggu istana betol ke x?
azrilrapaiee@yahoo.com

trish_dilla said...

stlah mlihat crta ny , hrap jdi pngjran untk smua ...jdi mnjdi trlalu riak krna ia kn mmkan dri ...salam

My Life's Journey said...

Salam ramadhan uncle ..umi nak tanya, apa yang terjadi kepada mereka semua yang buat siasatan tu uncle?yang lakonkan semula tak kene kacau ke uncle? Best citer ni ..menakutkan. Chayo2! uncle.

shahrul zamani said...

As'kum WRT WBT,

uNCLE SEEKER , saya salah seorg peminat aktiviti paranormal dan sering mengikut segala perkembangan kumpulan seekers di kaca t.v and dada akhbar mahu pun makalah .

Saya amat berminat mengikuti kumpulan seekers membuat explorasi mencari fanomena paranormal ini ...

sila hubungi saya : 014-7197049 azman MPS

@L@$uHa!La said...

bukan sara ali tuh pelakon ke?
sekarang nih dia sgt bizi laaa berlakon kan??? jadi citer penunggu istana nih betoi2 ke rakaman semula nieh???

arecieyp17 said...
This comment has been removed by the author.
Anis Aqilah said...

salam uncle...
pe yg jadi at sara yer??
betol ker dyorang tu mati....??
sori lambat komen...
by the way cerita tu memang best..!!!

epal hitam untuk blanka said...

sara berlakon citer lain..

meaow lady said...

sampai sekarang saya
masi tertanya2x..
smada ni kisah benar
ke or sebaliknya....
tapi sy sgt2x kagum dgn
jalan ceritanya..