Kenali mereka

Monday, March 7, 2011

Jutawan senyap atau Jutawan temberang? (Part 2)

Jutawan senyap atau Jutawan temberang? (Part 2)

Salam semua, semuga anda semua dirahmati tuhan dan berbahagia bersama keluarga tersayang hendaknya.

Pada 9hb Februari 2011, aku ada story tentang satu mamat yang kononnya bertaraf jutawan (klik) yang taknak bayar hutang RM4,300 sejak 25hb Disember 2010 kat member aku ni.

Setelah berbalas sms lebih dari 10 kali barulah mamat ni bayar RM1,000 dan masih ada baki RM3,300 lagi yang masih tertunggak. Member aku ni nampak jer gah kat luaran tapi kadang-kadang pun sesak jugak. Kesian aku tengok bini dia masak sampai berpeluh-peluh untuk membantu suami mencari rezeki bersama.

Dia beritahu kat aku, kalau mamat ni takder duit, berterusteranglah supaya dia boleh adjust camner pembayaran boleh dibuat. Ini tidak, cakap besar, cerita projek semua ratus juta punya, pakai kereta semua 5 bintang dan jawatan dalam koperasi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (klik) pun hutang setakat empat ribu lebih takkan sampai 3 bulan tak nak bayar! Telefon sekarang ni pun dah tak nak angkat.

Abang Radzi, bukan saya hendak mencemarkan nama baik abang sebagai ahli koperat (klik) tapi saya rasa member saya ni dah kena main dengan abang. Tak patutlah macam tu bang. Semua manusia berhutang termasuk diri saya. Hutang ansuran kereta, ansuran rumah, kad kredit, dan pelbagai ansuran dan hutang sebab nasib kita kat Malaysia ni kena berhutang sampai mati kerana perkara di atas. Itu pun tak tak termasuk hutang karpet, hutang kain, hutang perabot court mammoth, hutang kutu, pinjaman peribadi, along dan kengkawan. Bil yang tiap-tiap bulan seperti telekom, api, air, internet dan macam-macam hutang yang kita sendiri cari pun selalu terbabas ikut jadual.

Saya bukan pemungut hutang seperti abang (klik) tetapi saya rasa cara abang tangani masalah ini agak tidak profesional. Abang makan dan tido di resort kawan saya tu. Abang bawa kengkawan datang makan dan lepak pastu bila tang nak bayar abang hulur kad kredit. Manalah tempat kawan saya ada mesin 'sagat' kad kredit. Makanan yang abang makan pun dah jadi darah daging. Tak baiklah macam tu...

Abang ingat tak lagi apa yang abang janji lepas tempat dia takder mesin 'sagat' kad kredit?

"Besok i suruh staff i bank in kat duit u"

Hampeh! sampai lar ni seribu hengget jer abang bank in.

Abang, kalau kita meniaga dengan rakan kongsi dan perniagaan itu tak menjadi itu bukan dikira hutang sebab dalam perniagaan ada untung dan rugi. Ini masalah makan masuk dalam perut bang yang jadi darah daging.

Sekiranya abang terbaca artikel ini dan kebetulan abang sedang menghadapi masalah kewangan, hubungilah kawan saya tu dan bincang baik-baik dengan dia. Saya janji akan delete semula artikel ini selepas kata putus sudah dibuat. Tetapi kalau abang tak puas hati dengan artikel ini, abang boleh saman saya di mahkamah atau hantar orang pukul saya.

Yang penting, saya akan bertanggungjawab dengan setiap penulisan saya, tidak akan sesekali menabur fitnah dan baling batu sembunyi tangan.



Biarlah orang nak cakap atau fitnah apa pun pada saya sebab sehingga hari ini saya akan tetap berpegang pada...

"To Seek The Truth"

6 comments:

Republic Aku said...

"berani kerana benar"......hanya orang2 tertentu jer yang berani pakai ayat tu....

detoxfootpatch said...

zaman sekarang ni..macam2...

Che Wann said...

cayalah uncle...berani kerana benar...

bedpet said...

ye betul tu. berani kerana benar!

Anonymous said...

pstt.... bagus jugak uncle bukak pekong pasal cerita ni memang betul pun jutawan temberang kenal bangat dgn mamat ni dah satu bidang business yang sama dia ni memang jenis banyak hutang bukan menuduh tapi saja nak selit cerita disebalik kebenaran ini....
" To Seek The Truth "

Anonymous said...

kawan saya pun terkene jugak uncle....emmm... nak wat camner saya suruh dia doa je biar Allah saja yang balas...