Kenali mereka

Tuesday, July 26, 2011

Ramalan Mimpiku - Part 6

Ramalan Mimpiku - Part 6
Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam


Benarkah wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki menurut AlQuran?

Saper plak ni?

Lelaki dan wanita mempunyai 12 pasang tulang rusuk.

Salam semua. Pagi tadi aku cuma dapat tido 2 jam sajer. Pendekkan citer, seperti biasalah, aku telah bermimpi bahawa wanita sebenarnya tidak diciptakan daripada tulang rusuk lelaki dan aku telah dimaklumkan agar maklumat ini disebarkan.

Mula- mula aku agak terkejut dengan mimpi ini tapi setelah 8 jam aku cari maklumat tentang kebenarannya, naaahh..disini aku paparkan beberapa fakta untuk dikongsi bersama.

Pendapat yang mengatakan begitu hanya datangnya dari Kitab Injil! (Alkitab Indonesia, Jakarta (1996) dan Hadis Bukhari dan bukannya dari AlQuran.

Kitab Injil (Gambar hiasan)
Banyak kisah Adam dan Hawa daripada ALKITAB (Bible bahasa Melayu) telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam. Nanti akan diulaskan dalam bab lain.

Kitab Injil (Kejadian 2:20-25)

"... tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.

Lalu berkatalah manusia itu: 'Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.' Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu." (Kejadian 2:20-25)


Gambar Hiasan
AlQuran dilagukan Hadis diutamakan...
Begitukah?

Terdapat dua hadis bukhari mengenai ciptaan perempuan daripada tulang rusuk lelaki (dipetik daripada CD "E-Ustaz" terbitan Islamic Computing Centre, London [1994]): Kenapa Bukhari menuruti ajaran KITAB INJIL?

Hadis 1:
Narrator: AbuHurayrah
Reference: SAHIH AL-BUKHARI
Hadith_No: 7.113
Full_text:
Allah's Apostle (peace_be_upon_him) said, "The woman is like a rib; if you try to straighten her, she will break. So if you want to get benefit from her, do so while she still has some crookedness."

Hadis 2:
Narrator: AbuHurayrah
Reference: SAHIH AL-BUKHARI
Hadith_No: 7.114
Full_text:
The Prophet (peace_be_upon_him) said, "Whoever believes in Allah and the Last Day should not hurt (trouble) his neighbour. And I advise you to take care of the women, for they are created from a rib and the most crooked portion of the rib is its upper part. If you try to straighten it, it will break, and if you leave it, it will remain crooked, so I urge you to take care of the women.


Kenapa Imam Bukhari percaya kepada cerita sebegini. Antara lima kitab hadis yang terbesar di dunia Islam, hanya kitab beliau saja yang meriwayatkan mengenai tulang rusuk yang bengkok tersebut. Kitab-kitab lain langsung tidak menyebutnya (Sahih Muslim (jilid 1-4), Sunan Abu Dawud (jilid 1-3), Muwatta oleh Imam Malik (1 jilid), dan Mishkat al-Masabih (jilid 1-4)). Kedua-duanya pula diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Satu daripadanya menyatakan tulang rusuk yang paling bengkok, yang terletak di atas sekali.

Mungkin Imam Bukhari terlepas pandang! Kisah sebegini telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam. Maka, bermulalah dari situ sehingga hari ini kepercayaan bahawa kaum perempuan sifatnya bengkok, lalu mereka berkedudukan lebih rendah daripada lelaki dan adakah masanya sudah terlewat untuk menghapuskan kepercayaan ini?

Kitab Suci AlQuran (Hiasan)
Antara AlQuran dan Hadis, Kalam Allah atau kalam manusia yang lebih benar?

Tiada satu ayatpun didalamnya yang mengatakan wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki. Kalau anda dapat buktikan satu sajer ayat, saya sanggup potong kesemua 10 jari tangan saya. Tak percaya? Carilah sendiri...

Kejadian manusia menurut AlQuran.

"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu juga) Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan;" (4:1)

Kalau kononnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki, golongan maknyah di atas plak bagaimana? hi hi...tak kuasa u..i piyet tau..


"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"
Surah Al-Kafirun (Orang-Orang Tidak Percaya) (ayat 6)



Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1) & (Part 2)

Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.



Part 1 - Najib, Muhyiddin & Zahid Hamidi
Part 2 - Anwar, Ali Rustam & Nik Aziz
Part 3 - Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 4 - Mahathir & Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 5 - Najib, Rais, Nor Yakcop, Nazri & Noh Omar
Part 7A - Siti Nurhaliza
Part 8 - Rosmah Mansur
Part 9 - Muhyiddin
Part 10 - Najib & Muhyiddin
Part 11 - Azeez Rahim
Part 12 - Hishammuddin, Anuar Zain, Aznil, Azwan & Jaffar Onn
Part 13 - Najib & Rosmah
Part 14 - Najwa
Part 15 - Kematian Selebriti
Part 16 - Datuk Mohd. Jais Ahmad Jais
Part 17 - Rosmah Mansor & Raden
Part 18 - Lisa, Yusry, Anuar Zain, Zizan, Johan & Nabil
Part 19 - Juliana Evans,Marsha,Rabecca,Fasha Sandha
Part 20 - Sidek Hassan, Abu Kassim, Ismail Haji Omar,
Part 21 - Daim, Ananda, Robert Kuok, Syed Mokhtar...
Part 22 - Tragedi
Part 23 - Azalina
Masuk Hospital - Kematian Mantan Perdana Menteri Malaysia
Part 24 - Sultan Brunei & Kematian Sultan
Part 25 - Bakal pemimpin BN yang baru
Part 26 - Mama Juwie, Fatin Hanipah & Lee Kuan Yew
Part 27 - Menteri kanan di Thailand akan mati ditembak
Part 28 - Wardina, Rozita & kematian selebriti
Part 29 - Norman & Memey
Part 30 - Perebutan kuasa sebelum 21-12-2012
Part 31 - Kematian Selebriti semakin hampir
27-7-2011 – 4 orang pemimpin pembangkang

35 comments:

max2_seekers said...
This comment has been removed by the author.
^MaX2™ said...

Wallahualam...

PeminatSeekers said...

Wallahualam la bro...

Ambiga engkar titah Agung dalam forum Klik link bawah..

http:yuseriyusoff.blogspot.com

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut said...

Puas saya baca. Tak ada pun dalam hadis yang dipaparkan tu, mengikut tulisan bible? Tak ada pun yang mengatakan wanita diperbuat dari tulang rusuk lelaki? Tak ada pun hadis itu mengatakan tulang rusuk lelaki atau perempuan tidak sama?

Hanya dalam hadis tu mengumpamakan yg perempuan ini seperti tulang rusuk yg perlu diluruskan ketika ia belum keras lagi. Adakah itu salah? Nabi SAW banyak umpamakan benda2 atau objek2 lain dalam percakapannya.

Yang salahnya yang mana?

Pohon tolong jelaskan?

Leman

SiamangBukit said...

Saya dah buat search dalam internet. Memang takde. Yang ada hadith yg sebagaimana Tuan sebut. Walau bagaimanapun, Rukun Iman menyuruh kita percaya kitab2 yang terdahulu. Jadi, mungkin dalam kitab2 ini ada sebutkan yang sama kejadian rusuk?
Untuk renungan:
"Woman was created from man's ribs. Not of his head to be above him... not of his feet to be walked upon. But from his side to be equal, from beneath the arm to be protected. And near his heart to be loved". In sama dapat dari Internet.

Anonymous said...

dasyat dah sampai imam al bukhari dia sangkal.

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t , sebagai ISLAM,kita wajib mempercayai kalam ALLAH yakni AL-QURAN dan juga sunnah yang telah disampaikn dr Rasulullah pada sahabatny.Semua hadis yg disampaikn telah disahihkn oleh para alim ulamak dan sebagai ISLAM kita wajib mempercayainy.berpegang pada rukun iman,PERCAYA PADA NABI dan RASULny.janganlah berpandukan injil melalui carian internet kita mencari kebenaran.wallahualam.

Ibn Aris said...

cuba baca kat sini

http://ahmadsyahmi1312.blogspot.com/2009/11/wanita-daripada-tulang-rusuk-kiri.html

kene ingat juga, banyak hadis yang menggunakan perumpamaan sbg contoh "Syurga di bawah telapak kaki ibu" sebagai perintah memuliakan ibu, kalau cari kat bawah tapak kaki tu memang takda syurga pun...

Anonymous said...

jangan sampai jadi orang yang sesat lagi menyesatkan. imam bukhari adalah pengumpul hadis yang sangat dipercayai. bukn senang nak kumpul hadis, perawi2 hadis semua disiasat, sanad dan matan perlu diteliti utk mdptkn hadis sahih. saya sokong leman (sila baca komen beliau).and 1 more thing,jangan campurkan gambar tak elok dengan gambar Quran.nampak macam xhormat pada Quran.Maaf kalau tersalah bahasa.

Anonymous said...

Hai 8 jam aje buat research dah ada keputusan, Jangan esok ada yang hilang jari dah lah, Berani pulak dia nie

UncleSeekers said...

Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu bro kalau perlukan maklumat.

Sila sahut cabaran saya kalau anda mahu lihat jari saya dipotong.

Bukhari bukan maksum bro. Dia juga manusia biasa macam kita yang tak lari dari kesilapan. Mungkin dia terlepas pandang isu ini. Baca sekali lagi artikel di atas. Jangan baling batu sembunyi tangan.

Nabi Muhammad sendiri juga pernah ditegur oleh Allah (Surah ABASA ayat 1-6).

NagaSari said...

Sahabat2 semua yang di kasihi...DENGAN NAMA...saya tidak berpihak pada sesiapa...Jika benar fakta itu...kebenaran akan terungkap jua akhirnya...tetapi jika salah tafsiran itu..sama2 kita perbetulkan.Mudah2han kita di beri petunjuk dan hidayah bagi perkara2 rahsia yg masih byk lagi kita tidak ketahui...SEKADAR RENUNGAN...
Hanya rahsia yang mengenal rahsia...

NagaSari...

Anonymous said...

Alif Lam Lam Haa.. Maka terjadinya pasangan yg menggegarkan seisi alam.. :-)

Anonymous said...

rasanya try dulu belajar camner kaedah nak mendapatkan hadis sahih.

Anonymous said...

Rugi Syed ni, sahih bukhari tu apa pun dia tak kenal. Hadis tu apa tau ke tak? Ilmu bahasa, ilmu alat dah paham dak.

Apehal lah makhluk ni.

you know me.. kosmo said...

salam uncle...

dalam quran pun tak sebut pasal isteri nabi Adam yg bernama Hawa.. so, dari mana datangnya nama Hawa?

oleh tu, Hadis ada menerangkan beberapa perkara yg tak diterangkan secara jelas oleh quran seperti bab solat dan sebagainya. sama la juga dgn bab kejadian perempuan bernama Hawa.

dalam bberapa prkara, kita perlu bersandar kpd hadis.

sebahagian kitab injil tidak diseleweng dan sebahagian pula diseleweng, oleh itu kita kena bijak membezakan mana satu keterangan betul dan mana satu keterangan yg ada kontradiksi.

kalau dlm quran tak citer pasal tertib solat, so takkan la kita nak pertikai bab solat kita sekarang? so, hadis la jadi sandaran kita.

Anonymous said...

al-quran sunnah jd pegangn..kmudian brula mngikut turutn yg berikutnya..para sahabat..ulama'..bkn men tafsir sndri jer..jgn smapi aqidah jatuh

UncleSeekers said...

Salam bro,
Alquran dalam bentuknya yang kita kenal sekarang sebenarnya adalah sebuah inovasi yang usianya tak lebih dari 87 tahun.

Usia ini didasarkan pada upaya pertama kali kitab suci ini dicetak dengan percetakan moden dan menggunakan standard Edisi Mesir pada tahun 1924.

Sebelum itu, Alquran ditulis dalam beragam bentuk tulisan tangan (rasm) dengan teknik penandaan bacaan (diacritical marks) dan otografi yang bervariasi.

Nantilah bro, saya akan sambung cerita ini dalam entry akan datang. Ngantuk sangat

UncleSeekers said...

Salam 'you know me',
Memang benar ulasan anda tentang Hawa tidak disebut dalam AlQuran.

Isteri Adam hanya disebut buat pertama kali di dalam al-Qur'an dalam ayat yang menyusul peristiwa keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam.

"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir). Dan Kami berkata, 'Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang yang zalim.'" Surah AL-BAQARAH (lembu)ayat 34 - 35. Dan juga Surah Tha Ha ayat 116-119.

AlQuran adalah sempurna

Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 114.

Bro, saya akan jelas permasalahan ini nanti di entry akan datang. Minta maaf yer sebab penat sangat dan mengantuk baru balik hadiri kenduri adek saya.

Al-Quran mudah untuk dipelajari

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 17

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 22

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 32

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? Surah AL-QAMAR (Bulan) ayat 40

Anonymous said...

jgan mcari ilmu dgan internet sahaja..
bila menuntut ilmu mesti berguru..
tanya orang yang lebih pakar..
jangan ego..
menuntut ilmu tanpa berguru, sama seperti berguru dengan syaitan..
mudah diperdaya..
nabi Adam yang dijaga Allah pon bole diperdaya..inikan umat akhir zaman mcam kita..

Anonymous said...

Apakah maksud yg ingin disampaikan drp komen di bawah?

Salam bro,
Alquran dalam bentuknya yang kita kenal sekarang sebenarnya adalah sebuah inovasi yang usianya tak lebih dari 87 tahun.

Usia ini didasarkan pada upaya pertama kali kitab suci ini dicetak dengan percetakan moden dan menggunakan standard Edisi Mesir pada tahun 1924.

Sebelum itu, Alquran ditulis dalam beragam bentuk tulisan tangan (rasm) dengan teknik penandaan bacaan (diacritical marks) dan otografi yang bervariasi.

Nantilah bro, saya akan sambung cerita ini dalam entry akan datang. Ngantuk sangat

SAya cuma nak bagi ni:

Dalil: Al-Quran Dijaga oleh Allah
Al-Kahfi:27
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Qur`an). Tidak ada (seorangpun) yang dapat merobah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain dari pada-Nya.

Insyaallah alQuran tetap terpelihara dengan janji Allah ini. =)

pairkiong said...

Salam semua,

Bawak bertenang semua. Mengucap 2 kalimah syahadah. Moga akidah kita tidak terpesong dan moga kesalahan kita diampunkan.

Perkara sebegini telah banyak saya lihat di internet. Tiada gunanya kita berdebat mengenai isu agama seperti ini di blog kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mungkin akan menyesatkan sesuatu pihak. Mungkin secara tidak sedar, kita yg dengan niat ingin mengatakan dalil sesorang itu salah, sebaliknya diri kita juga tanpa disedari tersalah tafsir dalil atau ayat yg diberi. Setiap manusia mempunyai pendapat/kefahaman yg berbeza mengenai maksud ayat al Quran atau Hadis. Kita tak perlulah berdebat menggatakan seseorang itu salah & kita benar. bukan di sini tempatnya dan bukan ini caranya. sekiranya kita sangsi, rujukla kepada 4-5 orang pakar/guru secara bersemuka. Tiada gunanya kita mencabar sesama sendiri.

InsyaAllah

Anonymous said...

salam..

apabila hendak berbincang mengenai sesuatu yg bersifat makrifat..seelok2nya diperbincangkan bersama para ulama yg diyakini pengetahuannya. bukannya secara public kerana level pemahaman tentang makrifat antara semua orang adalah berbeza. mst faham apa itu syariat, tariqat dan makrifat..
harap maklum.

Anonymous said...

bab hadith + alquran ni kne berguru bang oi..
bkn leh tafsir ikut logik akal sndr..
sdgkn surah alfatihah stiap hurufnya ada tafsiran sndr..hati2x bro.. jgn sebarkan bnda yg boleh buat umat islam keliru,
ulama bersepah, jgn malu. pergi jumpa tnye.. malu bertnya sesat jalan...
adoi...
kalo org yg cetek ilmu agamanya bce entri ko ni, tkut dlmn dia goyang bro..
stiap penulisan akan dihisab diakhirat kelak...
renung2x kn.

Anonymous said...

itu cuma perumpamaan saja.sifat wanita seperti tulang rusuk. pernah terbaca penerangannya x ingt kat mana

Apple said...

mmg tiada diperkatakan dalam Al-Quran mengenai kejadian Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam. dan dalam bible (perjanjian lama kalau x silap) ada mengatakannya. wanita daripada tulang rusuk kiri yang diriwayatkan itu hanyalah sekadar perumpamaan. tapi wanita yang lain selepas Hawa kejadiannya seperti yang telah diterangkan, bermula dari air mani yang membentuk gumpalan darah, dan seterusnya.

wallahualam.

aku kosong said...

salam tuan syed!

siapakah anda utk mempertikaikan sahih bukhari?? adakah anda seorang muhaddist? guru agama?? ilmu agama anda melebihi langit??..maaf ya tuan syed..

kita bicara segala logik... name pun hadis sahih! apsal nak pertikai..... kalo ade lam quran baru ler tuan syed nak percaye??/ so... sekarang.. tuan syed carik dalam al-quran yang ajar kta tertib2 solat berserta bacaan nya sekali!..kalo ada... TUAN JUARA!...



maaf tuan syed.... al-quran sudah lengkap. tapi hadis menghalusinya.... hadis sahih imam al-bukhari..usah di sangkal... qutb pun xpernah hujah pasal imam bukhari!

kembali kepada orbit la tuan syed!.usah terlalu lalai.... ketahui lah siapa dirimu!... keturunan yang mulia... jgn lah kau cemarkan keturunan kerna keangkuhan mu... igtlah nenek datok mu yg ikhlas menyampai ilmu melalui ilmu...

dan..jgn lah lu nak rosakkan nama mereka dengan caramu..menyampaikan pembohongan melalui keangkuhan.....

salam!.

Anonymous said...

BODOH punya orang tua . ilmu tak seberapa nak tulis mcm2. tak lama lagi hilang la semua jari2 ko tu. 1 word to describe u . BODOH !!!!

Anonymous said...

teringat aku satu program mamat poyo ni dgn dato fadzilah kamsah berkenaan dgn hantu.program yg di hoskan oleh linda onn.mamat poyo ni dimalukan oleh dato fadzilah dgn mudah di depan penonton,

Hafifi Borhan El Said said...

""Mungkin Imam Bukhari terlepas pandang! Kisah sebegini telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan orang Islam""

Bro check balik...siapa kita nak pertikai Imam Bukhari yg sikah dan dhobid dlm meriwayatkan hadith Rasulullah..... anda yg sedang mempengaruhi minda ummat supaya ragu2 dengan imam bukhari!!!!! Astagfirullahal Aziiim!!!!

onak_duri said...

salam 'uncle'! tolg belajar ilmu hadis dengan mendalam,,baru berbincg di sini..jgn sesuka hati mengatakan imam Bukhari terlepas pandng..kita ni sape? apa yg ada pd kte skrg adlh tinggln2 periwytn hadis dari imam2 terdahulu..klu xde diorg, mcm mne nk rujuk hadis..Bukhari seorg imam yg sikah dan dhobit...riwytnye dipercayai..bukhari seorg penghafaz berpuluh ribu hadis...uncle bgmn? adkh seorg penghafaz hadis..tolgla uncle..jgn ckp sembarangan...belajar dulu..kaji hbis2..

sekadar pandangan said...

mmm, aq rase uncle ni dh thp mlampau dh ni..smpi al-Quran & Hadis pon bley d jadikn bhn cerita~
commonla, kalo bckp ttg hal2 agama TERUTAMANYA, biarla d hujahkn dgn dalil2, bknnya dr mimpi..
mimpi tu ad dua, satu mimpi sebagai satu ilham, satu g mainan tido (a.k.a from setan).. even mase Nabi Ibrahim brada kat Mekah sdg tdo, dia dpt suara dr Allah yg memerintahknnya supaya mnyembelih anakny Ismail, sia bangun n trus meminta ampun & plindungan dr Allah. pastu dia tdo blk n dpt mimpi yg sme, brula dia taw yg tu satu arahan. tu pon Nabi Ibrahim still mnt pndpt anaknya ttg mimpi tu. yg hang ni, skadar mimpi skali, pastu wat research xsmpi sehari, ada hati nak kuarkn fatwa sendiri..apa KES?? syaitan tu mmg sedia dh sesat, n tugasnya adalah menyesatkn manusia.. kalo tkt ttg kbnrn mimpi tu, g la jmp org yg lbey arif ttg agama.. takut2 la wei ngan azab Allah, mnabur fitnah, mmbuka aib org..

siti nur lailatul badriah said...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ”Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

~siti nur lailatul badriah~

EJO? said...

Salam semua... saya ni bkn la pandai sgt... tp ader la terbaca dan juga terdengar org cakap tentang isu ni... namun aper yg sy dapat rumuskan, kekadang tulisan arab ni ada tanda yang mengambarkan maksud ayat tersebut... nak kata imam tu betul ke salah, sama sama la kita mempelajari ilmu bahasa arab tu... semoga kita tak lg terpesong makin jauh... namun sy percaya hawa di jadikan seperti mana adam di jadikan sebagai mana di gambarkan dengan maksud ayat quran yg bermaksud DARI JIWA YANG SATU... kalau dari rusuk, maknanya hawa adalah golongan bawahan dr adam... namun tak pula rasulullah membezakan kaum hawa malah mengangkat mertabat kaum hawa...

Anonymous said...

kan ke dah ada kajian sains mmbuktikan bende ni..tpi teknolgi sekarang xmmpu buat mcmtu....imam bukhari tu taraf dielain...pikir 2-3 kali ye....bnyk bende lg bagus nak kaji...ape yg nak buktikan sbenrnye ye?kang xpasal2 dpt bala