Kenali mereka

Monday, July 25, 2011

Ramalan Mimpiku - Part 5

Ramalan Mimpiku - Part 5
Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam

Salam semua, untuk hari ini, saya cuma sertakan sebab secara ringkas kenapa Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan dan 4 pemimpin yang akan kecundang tidak lama lagi...Kalau ianya berlaku sekalipun anggaplah ianya secara kebetulan. Besok kita sambung lagi kalau dia MENGIZINKAN.

(Perletakan jawatan Perdana Menteri pertama dan kelima adalah sejarah)

Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama (klik)
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Bapa Kemerdekaan (1957–1970)
Terpaksa meletakkan jawatan - Antara Punca - Gerak Gempur Tun Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Yang Kedua (klik)
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan (1970–1976)
Meninggal 1976 - Penyakit leukemia

Perdana Menteri Malaysia Ketiga
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (klik)
Bapa Perpaduan (1976–1981)
Terpaksa meletakkan jawatan - Antara Punca - Kesihatan dan Gerak gempur Tuan Haji Sulaman Palestin

Perdana Menteri Malaysia Keempat (klik)
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bapa Pemodenan (1981–2003)
Terpaksa meletakkan Jawatan - Antara Punca - Rakyat mula 'menyampah'

Perdana Menteri Malaysia Kelima (klik)
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan (2003–2009)
Terpaksa Meletakkan Jawatan - Antara Punca - Rakyat mula 'meluat' dan faktor menantu Khairy Jamaluddin (klik)

Perdana Menteri Malaysia Keenam (klik)
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Bapa Transformasi 2009 - (selewat2nya pertengahan 2012)
Terpaksa Meletakkan Jawatan - Antara Punca - Rakyat 'hati panas' (API DALAM SEKAM), '2 Skandal terbesar' dan Faktor Isteri

(4 Pemimpin Tertinggi Bakal Kecundang..)

Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (klik)
Terbongkar jua akhirnya...

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (klik)
Lebih mengutamakan diri sendiri dan keluarga!

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz (klik)
Kerana mulut badan binasa...

Y.B. Datuk Seri Haji Noh bin Omar (klik)
Kerana terlalu 'rakus'

Ucapan Terima Kasih

Misha, terima kasih banyak-banyaklah kerana masakkan Uncle, Ciinx, Dzoul dan Salim semalam.

Terima kasih juga kerana belanja Uncle rokok 5 kotak. Hurey..

Cinnx (facebook Che En), terima kasih kerana sudi menziahari abang semalam. Dengan kehadiran kau semalam aku makan 3 kali dalam masa 8 jam kerana sangat berselera (hati senang beb). Hampir 3 bulan aku cuma makan sekali hari kerana jiwa aku tidak tenteram. Sudah 8 tahun aku kenal ko, tapi peristiwa semalam aku tak akan lupa sampai bila-bila kerana pertama kali aku melihat kau menangis sehingga air mata jatuh berlinangan...Semuga Allah murahkan rezeki kau agar dapat kau penuhi impiannya selama ini. 5 tahun beb!

Misha (facebook Misyha Idris), terima kasih belanja Uncle rokok dan masak makan petang, malam, tengahmalam dan tengahari tadi (sori tak selera nak makan tengahari yang kau masak tadi sebab sedih sangat korang nak balik). Untunglah siapa yang menyuntingnya sebagai isteri. Dijamin perut sentiasa kenyang! Semuga Allah mengkabulkan impian Misya untuk memiliki rumah akan tercapai. Pastu kau masaklah apa yang ko suka.

Dzoul (facebook Dzoul Ezy), Jejaka teruna Malaya, terima banyak2 kerana sudi menyapu keseluruhan rumah aku semalam! Dol, bila mau kawen arr? umo dah 31...
Dzoul yang aku kenal, suka senyum, tidak pernah mengangkat suara, cool, berfikiran panjang dan tinggi ilmu agama cuma dua jer kelemahan utamanya. 'TAKUT MENANGGUNG RISIKO!' dan 'MALU SANGAT NGAN AWEK!'.

Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1) & (Part 2)

Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.

Part 1 - Najib, Muhyiddin & Zahid Hamidi
Part 2 - Anwar, Ali Rustam & Nik Aziz
Part 3 - Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 4 - Mahathir & Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 6 - Tulang Rusuk
Part 7A - Siti Nurhaliza
Part 8 - Rosmah Mansur
Part 9 - Muhyiddin
Part 10 - Najib & Muhyiddin
Part 11 - Azeez Rahim
Part 12 - Hishammuddin, Anuar Zain, Aznil, Azwan & Jaffar Onn
Part 13 - Najib & Rosmah
Part 14 - Najwa
Part 15 - Kematian Selebriti
Part 16 - Datuk Mohd. Jais Ahmad Jais
Part 17 - Rosmah Mansor & Raden
Part 18 - Lisa, Yusry, Anuar Zain, Zizan, Johan & Nabil
Part 19 - Juliana Evans,Marsha,Rabecca,Fasha Sandha
Part 20 - Sidek Hassan, Abu Kassim, Ismail Haji Omar,
Part 21 - Daim, Ananda, Robert Kuok, Syed Mokhtar...
Part 22 - Tragedi
Part 23 - Azalina
Masuk Hospital - Kematian Mantan Perdana Menteri Malaysia
Part 24 - Sultan Brunei & Kematian Sultan
Part 25 - Bakal pemimpin BN yang baru
Part 26 - Mama Juwie, Fatin Hanipah & Lee Kuan Yew
Part 27 - Menteri kanan di Thailand akan mati ditembak
Part 28 - Wardina, Rozita & kematian selebriti
Part 29 - Norman & Memey
Part 30 - Perebutan kuasa sebelum 21-12-2012
Part 31 - Kematian Selebriti semakin hampir
27-7-2011 – 4 orang pemimpin pembangkang

1 comment:

^MaX2™ said...

Dzoul jadi suri rumah kt opis sepenuh mase...
Kekekeke :P