Kenali mereka

Wednesday, November 2, 2011

Ramalan Mimpiku – Part 24

Ramalan Mimpiku – Part 24
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam


Sultan Brunei dan Sultan …

Salam sayang kepada semua pembaca semuga dirahmati olehNYA dalam setiap tugasan seharian.

Saya memohon maaf kerana tidak sempat menjawab kembali komen anda dalam blog ini kerana sibuk dengan tugas harian. Ada juga yang saya sengaja tidak menjawab kerana tujuan saya menulis bukan nak menjawab semua komen-komen anda tetapi sekiranya ada kelapangan saya akan beri perhatian pada email yang dihantar walaupun ambil masa sedikit untuk membalas semula.

Saya terima beberapa komen dalam blog ini dan juga email peribadi tentang kebenaran 'Ramalan Mimpiku' tentang tragedi yang berlaku di Kota Kinabalu.

Beginilah..kalau boleh jangan cepat buat perhitungan.

Selalunya apabila hendak berlaku sesuatu perkara yang telah diramalkan melalui mimpi, saya akan terjaga dari tidur secara tiba-tiba, akan tidur lebih awal dari kebiasaan atau mengantuk secara tiba-tiba! (Saya akan tidur selepas subuh dan bangun sebelum zohor sejak 25 tahun yang lalu). Tan Sri Syed Mukhtar Bukhari (Klik) (Klik) dan kebanyakan taikun-taikun dan pengukir sejarah seluruh dunia waktu tidurnya tidur lain dari masyarakat biasa.

“People Laugh Because i am Different,. And i Smile Because They Are All the Same”

Tiada satu ayat didalam AlQuran yang mengatakan seseorang manusia itu tidak boleh tidur selepas subuh dan bangun sebelum Zohor. Pada saya, waktu malam adalah waktu paling baik untuk ‘MEMOHON APA JUA PADANYA’.

Rujukan Pertama

Ramalan Mimpiku Part 15 (Klik)

Rujukan Kedua
Keluarga Terapat Pembesar Negara Meninggal? (Klik)

Rujukan Ketiga – (Klik)(Klik)(Klik)

“Sebenarnya tragedi kemalangan ini akan berlaku di Semenanjung Malaysia pada waktu malam.”

Ada juga komen dalam blog ini mempertikaikan saya kerana hanya menulis ramalan mimpi untuk VVIP dan artis sahaja dan ada juga mendakwa saya mencari publisiti murahan. Jawapan saya…

1. Anda tulis apa yang anda suka dalam blog anda begitu juga saya.

2. Anda tidak memaksa saya untuk membaca blog anda begitu juga saya.

3. Saya tidak dibayar oleh sesiapapun untuk menulis dalam blog ini.

4. Saya tak perlukan trafik yang tinggi untuk menjana pendapatan dari iklan.

5. Saya tidak pernah minta sebarang wartawan untuk promote blog ini.

6. Saya ‘tidak perlu’ apatah lagi bertanya kepada sesiapapun (wartawan, artis, orang politik etc) untuk mengorek rahsia untuk menulis artikel ramalan mimpi.

7. Saya hanya mengambil maklumat peribadi seperti Wikipedia, dan didalam blog-blog lain sebagai ‘perencah’ (saya promote blog mereka). Saya akui memang melakukan kesalahan kerana mengambil gambar dalam internet dan blog orang lain tanpa meminta izin dari mereka. (Disini saya ambil kesemptan memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dunia dan akhirat kerana ambil ‘hak’ mereka tanpa izin. Maafkan saya sekali lagi kerana saya akan terus ambil hak anda untuk entry-entry akan datang)

8. Saya juga meramalkan mimpi ratusan individu yang mereka minta pada saya secara peribadi samada melalui email atau FB dan mereka minta supaya dirahsiakan maklumat mereka. (Saya hanya akan membantu meramalkan mimpi yang diminta oleh anda hanya selepas Februari tahun hadapan sebab ada perkara yang lebih penting saya harus lakukan)

Saya juga memohon pada para pengkritik diluar sana (seperti yang telah dimaklumkan oleh sahabat-sahabat), sila baca dulu artikel saya betul-betul sebelum memfitnah. Niat anda untuk menjatuhkan saya tidak akan tercapai kerana yang menaik dan menjatuhkan saya hanya di tanganNYA.

Berbalik pada mimpi saya pagi tadi, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (klik) adalah seperti berikut

1. Satu tragedi pelik akan berlaku dinegara anda dan harta anda akan susut sebanyak 40% bermula tahun hadapan sekiranya anda ikut ‘JALAN ITU…!’

2. Hati anda sudah mula meminati seseorang wanita ternama dari Malaysia. Apalagi tunggu… Tahniah!

Kita akan kehilangan seorang Sultan tidak lama lagi…

Renungan untuk diri sendiri dan juga para rakan-rakan (kadang-kadang kita terlupa)

Jangan bangga dengan paras rupa, akhirnya menjadi tulang,
Jangan bangga dengan pakaian, pakaian terakhir adalah kain kafan,
Jangan bangga dengan kenderaan, kenderaan terakhir adalah kereta jenazah,
Jangan bangga dengan katil yang empuk, tempat tidur terakhir adalah tanah,
Jangan bangga dengan rumah yang mewah, rumah terakhir adalah kubur.
Jangan bangga dengan gelaran, akhirnya dipanggil Allahyarham,

Bagaimana mentakwilkan mimpi (Part 1) & (Part 2)

Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.

Part 1 - Najib, Muhyiddin & Zahid Hamidi
Part 2 - Anwar, Ali Rustam & Nik Aziz
Part 3 - Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 4 - Mahathir & Allahyarham Dato' Harun Idris
Part 5 - Najib, Rais, Nor Yakcop, Nazri & Noh Omar
Part 6 - Tulang Rusuk
Part 7A - Siti Nurhaliza
Part 8 - Rosmah Mansur
Part 9 - Muhyiddin
Part 10 - Najib & Muhyiddin
Part 11 - Azeez Rahim
Part 12 - Hishammuddin, Anuar Zain, Aznil, Azwan & Jaffar Onn
Part 13 - Najib & Rosmah
Part 14 - Najwa
Part 15 - Kematian Selebriti
Part 16 - Datuk Mohd. Jais Ahmad Jais
Part 17 - Rosmah Mansor & Raden
Part 18 - Lisa, Yusry, Anuar Zain, Zizan, Johan & Nabil
Part 19 - Juliana Evans,Marsha,Rabecca,Fasha Sandha
Part 20 - Sidek Hassan, Abu Kassim, Ismail Haji Omar,
Part 21 - Daim, Ananda, Robert Kuok, Syed Mokhtar...
Part 22 - Tragedi
Part 23 - Azalina
Masuk Hospital - Kematian Mantan Perdana Menteri Malaysia
Part 25 - Bakal pemimpin BN yang baru
Part 26 - Mama Juwie, Fatin Hanipah & Lee Kuan Yew
Part 27 - Menteri kanan di Thailand akan mati ditembak
Part 28 - Wardina, Rozita & kematian selebriti
Part 29 - Norman & Memey
Part 30 - Perebutan kuasa sebelum 21-12-2012
Part 31 - Kematian Selebriti semakin hampir
27-7-2011 – 4 orang pemimpin pembangkang

13 comments:

ultramen said...

sultan hasanal bolkiah akan berkahwin dengan juliana evans?

Indah Cuma Seketika.... said...

As Salam,

Jalan itu ! Jalan apa tu... boleh di perjelas... kalau boleh...

Jika benar nanti kekayaan Sultan kami akan susut, moga saja tidak akan membabitkan kemarmuran negara dan tidak menjejaskan rakyat Brunei.

Moga saja Sultan kami tidak berkahwin lagi... cukuplah yang sudah sudah... walaupun mampu berkahwin lagi... sepatutnya dalam umur baginda Sultan begitu, tak perlulah nak cari isteri lagi, alangkah baiknya lebih mendekati diri dengan Tuhan...dan lebih peduli kesejahteraan rakyat Brunei...

Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun

hamba allah said...

x payah lah cerita tentang sultan kitorang ,masa depan seorang pun x tau,mimpi hanya mainan tidur,kalau ianya berlaku pun hanya secara kebetulan.daripada anda bercerita tentang sultan kami lebih baik cerita tentang sultan2 kat malaysia,sultan kami adalah sultan yg berdaulat menjalankan tangungjawabnya kepada negara rakyat dan agama.

berkurang atau tidak harta di negara kami adalah ketentuan AllAH,kami hanya mampu berusaha dan berdoa semoga kekayaan dan kemakmuran negara kami akan berkekalan.

memang anda blh menulis apa sahaja yang anda mahu,tapi tulislah dulu tentang sultan negara anda,jika anda prihatin dengan negara anda,negara dan sultan kami adalah tangungjawab kami.. wallahu allam bissawab.

Uncleseekers said...

Ultramen - Itu pendapat anda. [:p]

Indah Cuma Seketika - Kagum dengan kasih sayang anda pada negara.

Hamba Allah - Yekeni?

Terima kasih diatas semua komen anda. Maaf kalau komen tiada nama samaran dan kami terpaksa padam. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Anonymous said...

i agree kdg2 mimpi nie dari syaitan kdg boleh mengugat akidah kitani, jangan kita terlalu taksub dgn mimpi. Brunei adalah negara rahmat tiada unsur arak dan judi dlm pembangunan Brunei n i believe n berdoa semoga negara kami sentiasa d lindungi dan dirahmati. Btw kami pun tidak percaya tentang tahyul mahyul mcm kuntilanak lah mcm Tuan Seekers percaya. mana Hantu Tuan Seekers aku cabar ia n then bwa lagi kepercayaan mimpi. Sorry Tuan Seekers ramalan Tuan hanya kosong.

Nama : Atan Alamat : simpang 432 Kg Lumut Brunei no 4681

Uncleseekers said...

Salam Saudara Atan,
Pada mulanya saya hendak delete komen saudara kerana tidak letak nama dalam kotak 'Name/URL'.

Walaubagaimanapun saya siarkan juga komen saudara selepas saudara berikan alamat saudara. Betulke alamat ini?

Kalau boleh saudara baca sekali artikel tersebut dan fahami secara mendalam.

Terima kasih kerana sudi memberi komen.

LMa said...

" ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun"

Ini tidak hilang akidah ke? Minta ampun banyak2 kat Allah swt. Minta ampun dng manusia apa hal ni?... walau pun dia sultan ke.

Anonymous said...

To LMa , atan says tidak ada satu kesalahan akidah meminta ampun kepada Sultan yg mejunjung ugama Islam sebagai ugama resmi. Itu tandanya kami menghormati sultan sebagai ketua ugama Islam. Sejak bila kita tidak bleh meminta ampun dari manusia? How abt ibu bapa kita? Jiran kita or sesama sendiri. Aqidah adalah soal lain tidak ada kena mengena dgn memintaampun asalkan yg penting kita masih mentahuidkan Allah. Maybe Tuan seeker bleh mencari penulisan perkara yg berbentuk positive yg bleh meyatupadukan perpaduan. What if myself mimpi tuan seeker something yg kurang senang dn dsiarkan openly? Sama jua saya, thats my country mann. But congratulation tuan seekers besikap professional tidak mendelete any comments yg against tuan. Maybe tuan seekers berdoa meminta mimpi berjumpa rasullah at least something yg bleh kami anggap positive utk tuan. Waalahualam

CalakDurianKuning said...

Salam..1st of all tiada niat hamba untuk mengguris atau bersifat kurang ajar kepada mana mana pihak..

Uncleseekers, hamba adalah salah seorang rakyat jati negara Brunei dan hamba sangat-sangat menghormati pemimpin negara kami yg berdaulat..

Negara kami mempunyai adat istiadatnya yg tersendiri..harap2 uncleseekers dapat menghormati adat istiadat kami..terutama sekali apabila menyelitkan atau membabitkan nama2 kerabat diraja di negara kami..

jika sekiranya uncleseekers benar2 berniat suci untuk menolong kerabat diraja di negara kami, mungkin ada cara lain yg lebih sesuai..bukan dengan cara sedemikian rupa..dari pandangan hamba, uncleseekers seolah2 tidak menghormati raja yg kami kasihi, dan hal ini sudah setentunya boleh mendatangkan ketidak selesaan di hati rakyat di negara kami.. Hal ini sepatutnya difikirkan terlebih dahulu.sebelum membuat tindakan sedemikian..

Buat pengetahuan uncleseekers, di negara kami mempunyai ramai ahli2 ugama, masih terdapat imam2, ustaz2, khatib2, mufti dan seumpamanya yang saya fikir mempunyai pengetahuan luas dan boleh sama2 mendoakan keselelamatan dan kesejahteraan raja dan negara kami..insyAllah..

Tambahan lagi, raja yg kami kasihi adalah seorang raja yg benar2 bertanggung jawap terhadap rakyat dn negara..Baginda juga seorang raja yg kuat berugama..

Setiap hari diseluruh pelusuk negara kami, mendoakan raja kami yg kami kasihi..

Bagi hamba, mimpi unckeseekers hanyalah sekadar mainan tidur..hamba pernah mendengar bshawa..sesiapa yg brrmimpi buruk, hendaklah mimpi itu dirahsiakan, walaupun terhadap isteri/suami..tetapi ceritakanlah jika sekiranya bermimpi perkara yg indah2 atau kebaikan..

Mungkin uncleseekers perku merujuk lagi kepada yg lebih pakar terutama sekali mengenai hal2 ghaib, mimpi dan seumpanya..

Akhir kata..hamba mohon maaf,

Sekadar nasihat bersama,
seperti apa yg terkandung didalam surah Al-'Asr - "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran"

Wallahu'alam..

meisnani said...

sy betulkan sikit ye pakcik seekers.. =)

mereka yang dimaksudkan "pergi" bukan kerana kebetulan.. tetapi apa yg sudah tertulis oleh-Nya..

Anonymous said...

Uncle,kalau uncle boleh ramal segala-galanya..boleh tak uncle ramal kat mana Azrinaz Mahar sekarang??dia tu lah diantara manusia yg nak menjatuhkan Brunei..

Derok said...

salam uncle..saya nak mintak izin ambil "barang" dalam blog uncle boleh?...kire boleh la tu..k tq

samdol said...

taksub betul orang brunei dengan rajanya...banyak sudah kebejatan ahli kelurga sultan brunei mula tersiar di seantero dunia.masih mahu memejam mata dan memekakkan telinga.....hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha agung... ;-)