Kenali mereka

Friday, November 18, 2011

Angkara Saka Suami (Berlegar di dalam rumah) – Part 3

Angkara Saka Suami (Berlegar di dalam rumah) – Part 3

Buku '99 Jelmaan Makhluk Halus" (Klik). Buku ini kalau tak silap dah habis dalam pasaran.

Salam sore semua, sebenarnya tajuk ini sudah pun saya tulis dalam artikel Hantu Budak dalam buku '99 Jelmaan Makhluk Halus' (Klik) dan Makhluk Paranormal 3 (Klik). Kisah ini berlaku hampir 5 tahun yang lalu.

Kosmo - 21-1-2007

Ringkasan cerita.

Saya kerumah Lisa tingkat 23, Damansara Perdana sekitar lebih kurang 9 malam, 20 Januari 2007 bersama Zaidi (Klik) dan wartawan bersama jurugambar Kosmo

Sebaik saja sampai, Lisa menyambut kedatangan kami berempat. Dalam hati saya berkata

“Cun dan seksi gak awek ni. Kalau kena goda lebih-lebih, agaknya boleh tsunami iman aku ni”

Tapi memandangkan ada tugas yang sedia menanti, saya duduk bersila diatas lantai. Seperti biasalah perangai tak senonoh saya minta izin nak sepam dua gudang garam! (28 tahun aku setia dengan gudang garam..hi...hi..) Lepas jer berasap tiga empat pam, saya dapat ‘signal’ ada barang yang tersimpan rapi dalam rumah tersebut.

Surat penghargaan Lisa pada kami yang diabadikan dalam buku

Lisa menceritakan bahawa sebenarnya beliau adalah seorang I..T (Ibu tunggal). Suaminya meninggal 7-12-2005 kerana sakit jantung.

Saya terus telan air liur dan berkata dalam hati sekali lagi..

Norfairuza Mohd Fatimi (Lisa)

“Alamak! Mak Jan rupanya..Muda, cun, putih, gebu, seksi dan bergetah…aduss”

Saya terus control macho! Maklumlah saya ni kan duda..he he..tetapi seperti biasalah..99% saya sentiasa berlagak dengan awekz..ahakz. Biar mereka goda aku namun untuk aku nak melutut kat perempuan minta maaplah banyak-banyak.. Biar muka tak hensem takper janji ego mesti mau tinggi sebagai lelaki…(pompuan jangan marah ek)

Selepas beberapa minit kemudian tanpa berlengah (sebab signal semakin kuat), saya bertanya apa peninggalan suaminya yang pelik-pelik?

video

Muncul imej seorang budak seakan janin dalam rakaman telefon bimbit (jenama hp lupa nak tanya)pada 12 November 2006 jam 12.00 tengahmalam (Khamis malam Jumaat). Korang bacalah sendiri citer sepenuhnya (Klik)

Pada mulanya beliau enggan mengaku! Seperti biasalah..aku akan menggunakan kuasa ‘power rangers’ (yang telah dianugerah olehNYA. Alaa..pinjam sat jer..pastu kena pulang balik) untuk Lisa berkata benar. Beliau lantas bangun dan masuk kebilik mengambil sekotak kayu yang berukiran lantas membukanya dan menunjukkan beberapa barangan peninggalan arwah suaminya. Signal saya semakin kuat sehingga jari saya terangkat menunjukkan beberapa tempat dalam rumah tersebut barang-barang peninggalan arwah. Semua kejadian tersebut disaksikan oleh Zaidi, wartawan dan jurugambar Kosmo.

Tu diaaa...Macam-macam ada….(Saya menasihati semua teman-teman disini agar menjauhi segala tangkal, azimat, pendinding, penggerun, minyak pengasih atau apa saja yang bertentangan dengan ajarannya untuk dibawa kehidupan seharian kerana kesannya kalau kita mati akan menyusah orang yang hidup! Ada faham ke incek..)

Lisa (baju hitam). Cun wa cakap lu..Apalagi..? Pilah usyha..Bantu dan bimbinglah para Janda..

"Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka.."
Surah AlBaqarah ayat 235


Pendekkan cerita semuanya selesai dalam masa 10 minit saja rundingan saya dengan ‘mereka’ untuk meninggalkan rumah Lisa buat selama-lamanya.

Sebelum terlupa, sesiapa yang minta pertolongan saya melalui email,

1. Silalah beri maklumat lengkap tentang diri anda
2. Tulis permasalahan anda dengan padat tapi lengkap. Tak payahlah panjang-panjang sangat sebab banyak benda lain saya kena buat.
3. Tolong maklum juga samada rawatan yang saya beri dirahsiakan atau boleh dikongsi dengan para pembaca.
4. Beri saya masa untuk menjawab email anda.
5. Niat nak menggatal dengan saya, pergi main jauh-jauh!

Kalau tak silap ini gambar anak-anak Lisa. Dah besar dia orang ni. Cuba lihat mereka semasa kecil. (Klik)

Dua atau Tiga bulan yang lalu Lisa menghubungi saya melaui Facebook setelah 4 tahun tidak berhubung. Khabarnya beliau masih solo lagi taw! Kesemua anak-anaknya pun ok. Pada 13hb Nov 2011 beliau sms saya berniat untuk untuk datang Ke Janda Baik. Saya akan paparkan gambar Lisa dan anak-anaknya yang terbaru nanti.

Empat tahun dulu Lisa ni cun orangnya tetapi yang terbaru ni tak taulah (Mungkin lagi cun kot). He..he…Don’t worry..setakat hari ni (besok lusa tak taulah) hati saya masih lagi pada ‘Sayang’..

Cuba tanya beliau difacebook atas nama Lisa Fairuza Fatimi (Klik) tentang kebenaran cerita yang saya paparkan diatas ini.

5 comments:

Anonymous said...

uncle kata dia ni janda sampai skrg..since husband dia meninggal tahun 2005..tapi kenapa kat fb dia ada gambar newborn baby dia lahir tahun 2009????

Anonymous said...

Salam Uncle, mmg menakutkna kes ni dulu kan. terima kasih kerana settlekan. Jumpa di Janda Baik nanti ya. Long story nih ! - Lisa_

UncleSeekers said...

Salam Anonymous (4.39pm), entahlah..cuba tanya dia sendiri..xkan saya nak amik tau peribadi org lebih2. Dia pesakit saya bukan gf.

UncleSeekers said...

Yo Lisa...mekasih beri komen. Datanglah bawa anak-anak sekali.

^MaX2™ said...

Sejarah sepanjang penglibatan Abg...
Teruskan perjuangan...
Saye senantiasa dibelakang anda...