Kenali mereka

Monday, July 12, 2010

Toyol (Versi Penuh)

Toyol
(Versi Penuh)


Ilustrasi Toyol

Rupa bentuk Toyol dikatakan mirip seperti seorang budak kecil yang berbogel, ketinggiannya sekitar paras pinggang orang dewasa, berkepala botak, berwajah bulat, dahi menonjol, bermata merah, gigi yang tajam, mulut besar, telinga dan kepala yang besar, perut buncit, tubuh berwarna hijau dan ada pula yang menyatakan berwarna hitam, tangan kecil, mata besar agak terkeluar sedikit tetapi redup, berkaki itik, tidak berjantina dan berbau darah.

Sifatnya dikatakan mirip seperti anak kecil yang suka dibelai, nakal, suka mengomel, licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Bunyi seperti orang berjalan menggunakan terompah dan bunyi seakan-akan besi rantai diseret dengan kaki sering dikaitkan dengan kehadirannya. Tempat yang digemari Toyol adalah di

tan-hutan tebal, bukit bukau, kawasan perkuburan yang dianggap keramat, tempat-tempat pemujaan, gelap, sunyi dan jauh daripada kegiatan keagamaan.

Selain dikenali masyarakat Melayu di Malaysia, Toyol atau Tuyul juga dikenali di Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand. Toyol dalam bahasa Cina adalah "Gui Zai" (hantu budak kecil) dan dalam dialek Hokkien pula dengan panggilan "Kwee Kia".

Toyol dikatakan boleh dimiliki, didampingi dan boleh bekerjasama dengan manusia sekiranya syaratnya dipatuhi seperti tidak boleh mengamalkan ajaran agama, tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan, bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi Toyol atau menghisap susunya, menyediakan sajian (makanan) untuknya, rumah yang jauh dari orang ramai dan kegiatan agama, harus bersikap lembut dan melayaninya seperti anak kecil dan membawanya berjalan-jalan mengikut kehendaknya.

Ada beberapa cara bagi mengenali mereka yang memiliki atau membela Toyol. Ibu jari kaki pemilik Toyol dikatakan

mengecut seperti buah yang sudah rosak, tidak berani merenung mata orang lain, tangan sentiasa bersilang di belakang seperti mengendong sesuatu (kononnya Toyol sedang duduk di atas tangannya), payudara isteri besar dan bertubuh gemuk, bertukar menjadi bersifat pendiam setiap kali bertandang ke rumah orang kaya, keperibadian si pemilik dengan isterinya bertentangan dan rumahnya sentiasa sunyi. Ada pelbagai versi untuk memiliki Toyol. Ada yang menyatakan Toyol berasal daripada makhluk kecil yang dihasilkan oleh bomoh ilmu hitam melalui fetus manusia.

Ada versi yang menyatakan, Toyol boleh dibeli dari Mekah kerana dikatakan di zaman Jahiliyah banyak kanak-kanak tidak berdosa dibunuh dan ditanam di sana secara kejam. Penjual di sana dikatakan akan memuja dan memasukkan mahkluk halus ke dalam sebuah patung kecil. Selepas selesai ritual ini, mereka yang ingin memiliki atau mengambil Toyol sebagai anak angkat harus memeluk satu tiang kayu dari belakang seperti mengendong seorang kanak-kanak. Kos untuk memilikinya dikatakan serendah RM 500 dan ada yang mencecah sehingga RM 5000. Selepas syarat-syarat

dipersetujui, Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya. Sebelum dibawa pulang, ia akan dilatih untuk mengenal mata wang.

Ada pendapat lain pula menyatakan, bagi memperoleh Toyol, seseorang itu perlu mengorek kubur bayi yang mati akibat keguguran dan mesti dikorek pada waktu tengah malam, dibacakan jampi tertentu, kemudian ditempatkan ke dalam balang yang mengandungi cecair pengawet yang dicampurkan dengan darah ayam jantan yang berwarna putih dan diletakkan di tempat yang tersorok dan gelap. Pemiliknya harus memberikan Toyol menghisap beberapa titik darah ibu jari kaki atau tangannya atau mana-mana bahagian kaki pada setiap hari (ada juga yang menyatakan pada setiap bulan mengambang).

Toyol perlu dibelai semasa diberikan makan. Selain darah ayam putih, manisan seperti gula-gula dan mainan juga perlu disediakan pada setiap hari, sekiranya ia dikeluarkan dari tempat simpanannya. Untuk menja-
Ketam dikatakan boleh mengkhayalkan Toyol daripada menjalankan tugas yang diberikan oleh tuannya.

jaga Toyol, tidak banyak jauh bezanya seperti menjaga anak kecil yang lain. Toyol harus dimanjakan dan si pembela (tuannya) harus sentiasa bersiap sedia untuk menuruti kehendaknya. Suhu di biliknya haruslah lembap dan sentiasa dipenuhi dengan asap kemenyan, manakala tujuh kuntum bunga ros yang segar diletakkan bersebelahannya setiap hari.

Dikatakan tujuan seseorang itu memiliki Toyol pada zaman dahulu adalah untuk mencari kekayaan supaya memiliki harta dan kuasa dengan menyuruh Toyol mencuri wang, membuat kekacauan, sabotaj, menakutkan serta mencederakan musuh dan membunuh.

Kononnya, Toyol akan mencuri wang syiling, wang kertas, barang kemas mengikut arahan tuannya. Ia juga dikatakan mampu mencuri barang berharga yang disorokkan di mana-mana sahaja termasuk yang disorok di celah kitab suci. Toyol tidak akan mencuri

mencuri barangan orang yang bukan Islam. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja. Toyol juga dikatakan tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan atau mengambil kurang daripada harga dirinya yang dibeli oleh tuannya. Toyol juga akan membuat empunya barangan yang dicuri menjadi keliru kerana toyol pandai menyusun atur duit yang dicuri. Kononnya duit yang dicuri oleh Toyol tidak boleh digunakan membeli makanan supaya "kuasa" yang dimiliki Toyol tidak berkurangan.

Ada pelbagai cara bagi menghindari barangan berharga atau wang dicuri daripada Toyol seperti meletakkan kacang hijau di dalam lesung batu yang kononnya dapat melekakan Toyol bermain dengan kacang hijau. Ia terhibur melihat batu lesung bergolek-golek. Ikan puyu yang dibela di

hadapan rumah yang diletakkan di dalam tempayan atau ketam batu yang diletakkan di dalam besen atau ditambat di tangga juga dikatakan akan melekakan Toyol. Ada juga pendapat yang menyatakan dengan menaburkan kacang hijau di atas katil juga dapat menyelamatkan diri daripada gigitan Toyol. Dipercayai gigitan Toyol seperti dicucuk dengan jarum.

Ada setengah pendapat menyatakan sekiranya ingin menangkap Toyol, sediakan seekor ketam sawah (bendang), bawang putih, sirih, bunga melati dan halia. Ikat ketam dan bunga melati dengan tali halus. Kemudian, pergi ke rumah yang disyaki membela Toyol pada hari Selasa malam Rabu. Kunyah sirih, bawang putih dan halia sampai halus dan semburkan di hadapan pintu rumah itu. Goyang tali yang diikat pada ketam dan bunga melati itu. Kononnya Toyol akan mengikut pulang. Pemilik Toyol dikatakan akan turut merasa kesakitan sekiranya Toyol itu disakiti.

Daun sirih bertemu urat adalah salah satu peralatan yang dipercayai digunakan untuk menangkap Toyol. Sejauh mana kepercayaan ini belum dibuktikan.


kesakitan sekiranya Toyol itu disakiti.

Toyol dipercayai tidak akan mencuri wang atau barangan berharga sekiranya disimpan di dalam uncang yang diletakkan bersama sikat, cermin, kaca, jarum, dan beberapa helai rambut. Penyapu lidi diletakkan dalam keadaan terbalik di belakang pintu, selain menjauhi daripada perbuatan sihir, ia juga dikatakan berkesan untuk menghindari Toyol. Sekiranya Toyol dijaga dengan baik, pemiliknya akan mendapat hasil yang sangat lumayan dan akan menurut segala perintah. Sekiranya Toyol tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan, ia akan mencuri wang jiran berdekatan, berhenti mencuri wang, membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelmakan diri di sekitar rumah tuannya, ingkar arahan yang diberikan, bersikap biadap, menghisap darah ahli keluarga terdekat atau sanggup menyetubuhi isteri tuannya.

Sekiranya perkhidmatan Toyol tidak diperlukan lagi, Toyol itu hendaklah dihantar kembali

ke tempat ia dibeli atau dibuang dengan menghanyutkannya di sungai atau dibakar di kawasan perkuburan mengikut perjanjian semasa urusan jual beli atau diwarisi oleh ahli keluarga yang lain, dari generasi ke generasi.

Rakaman kamera litar tertutup
Beberapa bomoh yang melihat rakaman video ini mengatakan imej ini adalah Toyol. Team PSI tidak mahu memberi sebarang ulasan walaupun rakaman video selama dua saat ini menunjukkan satu objek kecil yang sedang berlari.







Toyol




Toyol...
Dia datang padaku berlari-lari
Tolong...
Ke mana ku kan pergi
Toyol...
Kenapa aku pula yang engkau cari
Tolong...
Rupanya hodoh
Huwah huwah huwah...

Kepala botak matanya terbeliak
Giginya bertaring merata-rata
Eee seramnya kumelihat rupanya
Melambai-melambai ketawa pula

Apa yang kau mahu datang kepadaku
Aku sudah tahu asal usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Badannya montel comel perutnya buncit Terkedek-terkedek tertonggek-tonggek
Eee tajamnya taring dan juga kuku
Mencari mencari jari kakiku



Padamu toyol
Sebenarnya ku tak takut
Sengaja aku bersembunyi
Mengeletarkan lutut

Pergilah toyol
Jangan ganggu

Mana ada duit di saku
Mana, mana, mana ada

Kakinya kontot tapi larinya kencang
Menghambat menghambat dari belakang
Eee kuat tulang buku limanya
Menghentam menghentam sakit kepala

Tiba-tiba aku rasa sakit di kepala
Ku terjatuh dari katilku
Sungguh besar benjolnya
Rupa-rupanya ku bermimpi
Tidur tadi tak basuh kaki
Mimpi, mimpi cuma mimpi

Toyol...
Jika kau datang lagi ke dalam mimpi
Aku... ajar engkau menari
Toyol...
Jika kau ada lagi di zaman ini
Aku... Ajar engkau menyanyi...

Nyanyian
Allahyarham Sudirman Haji Arshad











Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh

No comments: