Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Amukan (poltergeist) adalah fenomena aneh yang berkaitan dengan perlakuan Hantu Amukan. Istilah “poltergeist” berasal dari bahasa German yang bermaksud Hantu Bising. Ada pendapat yang menyatakan bahawa gangguan Hantu Amukan berasal daripada tenaga manusia yang mati secara tragis atau sesuatu semangat yang tidak tenteram dan menghuni di kawasan tertentu seperti premis atau kediaman. Sementara itu, teori lain pula menyatakan gangguan Hantu Amukan terhasil daripada kuasa seseorang yang masih hidup dan kuasa itu tidak mampu dikawal oleh pemiliknya. Gangguan Hantu Amukan bukan terhasil daripada sejenis kuasa yang dipelajari atau dituntut daripada ilmu-ilmu tertentu, tetapi ia terhasil daripada sejenis kuasa dalaman
Bekas Imam Masjid Jamek Parit Serong, Tuan Haji Mikun Kadri
yang terbit dari dalam diri seseorang tanpa disedari. Selain menghasilkan bunyi-bunyian, bau, mengalih atau mengghaibkan sesuatu objek, kadangkala Hantu Amukan boleh menjelma dalam pelbagai rupa pada bila-bila masa atau di mana- mana sahaja. Antara jelmaan Hantu Amukan adalah berupa makhluk yang berwajah bulat dan menonjol di hadapan, mempunyai telinga yang besar, kukunya tajam dan seluruh tubuhnya dipenuhi arus elektrik. Bagi membuktikan perkara itu, Team PSI membuat kajian di sebuah masjid tinggal berusia lebih 80 tahun di Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor. Pada Januari 2006, semasa sedang menjalankan sesi penggambaran program Seekers di saluran NTV7, ada dua kejadian menarik untuk diceritakan. Salah seorang sukarelawan program Seekers musim kedua
Lembaga putih tanpa kaki di belakang sebelah kiri Betty Diana Rasul muncul selama 2 saat. Lembaga itu seperti memakai jubah, malangnya wajah lembaga yang berjaya dirakam ini agak kabur untuk diteliti.
Ghost Behind the Girl? - The best bloopers are a click away
episod keempat, Erwan Ahmad (pengarang majalah mingguan Misteri), mendengar pelbagai bunyi seperti orang sedang bertukang dan kayu digergaji. Semua bunyi itu berjaya dirakam dengan jelas oleh kamera video. Di tempat yang sama, sukarelawan kedua, seorang gadis berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kerani, Betty Diana Rasul, tidak sedar ada kemunculan lembaga putih perpakaian lengkap seperti jubah muncul di belakangnya selama dua saat. Semasa kemunculan lembaga itu, Betty merasakan suhu persekitaran menjadi sejuk. Tiga puluh saat sebelum kemunculannya,termometer inframerah (IR Thermometer) menunjukkan bacaan pada kadar 75 darjah fehrenheit (23.8 darjah celcius). Di lokasi yang sama, pada April 2005, Syarifah Ruqaiyah Alattas, salah seorang pengkaji
dalam kumpulan Team PSI, juga pernah terdengar bunyi seperti seseorang sedang mengetuk dinding beberapa kali semasa dibiarkan bersendirian selama dua jam dari pukul 12 tengah malam sehingga 2.00 pagi. Kumpulan pelawak paling popular dari Jepun, “Yasuda The Great Circus” yang terdiri daripada Yasuda, Uro dan Hiro, juga mengalami sendiri aktiviti Hantu Amukan di lokasi juga mengalami sendiri aktiviti Hantu Amukan di lokasi yang sama. Pada 10 Mei 2007, Yasuda dibiarkan bersendirian selama sejam. Yasuda merasakan seperti seseorang sedang membelai tubuhnya. Sentuhan yang dirasakan seperti sentuhan seorang anak kecil. Lapan buah kamera yang ditempatkan di dalam masjid itu gagal merakam sebarang jelmaan. Namun, dua daripada kamera berjaya merakamkan imej
“api” yang pelik muncul pada salah satu daripada empat tiang seri masjid itu. Peralatan audio turut merakamkan beberapa bunyi-bunyian yang pelik. Setelah sejam bersendirian, secara tiba-tiba Yasuda mendiamkan diri walaupun dipanggil namanya lebih lima kali. Team PSI bergegas ke lokasi itu dan mendapati Yasuda berkelakuan seperti seorang yang hilang ingatan. Yasuda mendakwa mendengar pelbagai suara pelik. Apabila diajukan soalan sebab beliau tidak menyahut panggilan kami (Team PSI),
Yasuda The Great Circus From Japan With PSI Malaysia - Free videos are just a click away
Kumpulan pelawak paling popular dari Jepun, "Yasuda The Great Circus” yang terdiri daripada Yasuda, Uro dan Hiro, juga mengalami sendiri aktiviti Hantu Amukan di lokasi yang sama. Pada 10 Mei 2007, Yasuda dibiarkan bersendirian Yasuda menjawab dengan keadaan terpinga-pinga dan berkata, “Suara panggilan ada kedengaran tetapi amat jauh dan bunyinya sayup-sayup.” Bunyi-bunyian yang didakwa oleh Yasuda, berjaya dirakam oleh peralatan audio oleh krew dari Jepun. Uro dan Hiro juga mempunyai pengalaman yang tersendiri seperti kejatuhan suhu yang mendadak, bau yang pelik dan pelbagai bunyi aneh. Perlakuan atau aktiviti Hantu Amukan berbeza dari satu lokasi dengan lokasi lain. Di sini kami sertakan satu lagi pengalaman Team PSI yang boleh dikongsi bersama. Pada 19 April 2007, Team PSI menerima
panggilan telefon daripada Encik Saian bin Tahar berkenaan kejadian aneh yang menimpa keluarganya di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Selepas menerima panggilan pada pagi itu, Team PSI bersepakat untuk ke rumah keluarga Saian pada malam yang sama. Uncle, Sis, Adeek, Jamie dan Max tiba di rumah keluarga Saian tepat pada pukul 11.53 malam. Di rumah itu, ahli keluarga Saian seramai sembilan orang sudah sedia menanti ketibaan kami di muka pintu. Ada juga beberapa orang jiran yang turut serta kerana ingin melihat tindakan yang bakal kami lakukan. Kami mengambil peluang untuk berbual-bual bagi menghilangkan penat sambil bertanyakan kejadian yang menimpa keluarga itu. Saian tidak dapat menyertai keluarganya kerana dia bekerja di Kuala Lumpur. Kami dimaklumkan bahawa mereka sekeluarga terpaksa memindahkan tempat tidur mereka ke ruang dapur kerana bimbang serangan “api misteri”. Serangan api itu akan menyambar sekiranya mereka berada di ruang depan. Keadaan mereka tidak ubah seperti mangsa yang baru ditimpa musibah banjir.
Semua ahli Keluarga Saian terpaksa tidur di ruang dapur untuk mengelak daripada ditimpa kemalangan akibat api misteri. Keluarga Saian serta penduduk kampung berada dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya api misteri berulang kembali.
Menurut Hadi (adik Saian), mereka sekeluarga sudah berikhtiar meminta bantuan ustaz dan imam serta mengerjakan solat hajat. Namun semua ikhtiar itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah serangan api misteri terus mengganas (mungkin ada hikmahnya). Dalam satu kejadian, semasa ibu Saian sedang berusaha memadamkan api itu, tiba-tiba tangannya disambar api dan melecur. Lebih menakutkan lagi, api itu tidak padam walaupun disimbah dengan air! Api hanya terpadam sendiri bermula dengan api yang bersaiz sederhana kemudian mengecil dan seterusnya lenyap dengan begitu sahaja.
Biasanya, bagi mengelakkan kebakaran supaya tidak merebak, mereka terpaksa memindahkan barangan yang disambar api itu ke luar rumah. Hadi menceritakan bahawa tidak ada sebarang petanda awal sekiranya kejadian itu berlaku. Api misteri itu akan muncul secara mengejut. Mereka hampir putus asa sesudah beberapa usaha yang dilakukan gagal menghalang serangan api misteri itu. Kes sebegini pernah berlaku pada tahun 1950 dan 1951 di Kelantan.
Kes yang terjadi pada tahun 1950 itu ada dicatatkan di dalam Utusan Melayu yang mengaitkan kejadian api misteri. “Awang Buchis” adalah gelaran yang diberikan kepada gangguan itu. Awang Buchis atau Awang Bugis termasuk dalam kategori Hantu Amukan. Setahun kemudian (1951), kejadian yang hampir serupa berlaku pada keluarga seorang mufti di Kelantan. Kami menjalankan penyelidikan secara menyeluruh di dalam rumah dan kawasan persekitaran.
Daripada pemerhatian kami, memang tidak logik sekiranya ada yang menyatakan bahawa kebakaran berpunca daripada gas yang terhasil dari dalam tanah. Pertama sekali, rumah itu adalah rumah kayu dan
permukaan rumah itu tidak jejak ke tanah kerana ia disokong oleh tiang. Sekiranya gas itu benar-benar terhasil dari dalam tanah, api akan mula membakar dari bahagian bawah rumah dan kemungkinan besar akan membakar tiang yang menyokong rumah itu dahulu. Bukannya membakar isi rumah seperti yang sudah berlaku.
Pemerhatian kedua adalah pada objek- objek yang terbakar. Pertama, kebakaran pada tikar getah yang terletak di ruang tamu. Api yang muncul hanya membakar pada bahagian permukaannya sahaja dan bukan dari bawah tikar itu sendiri. Kedua, keadaan luaran almari, rangka katil, tilam dan dinding kayu yang terbakar
Kain baju, tikar getah, kain telekung dan dinding rumah turut terbakar
Salah satu rahsia Team PSI berjaya menyelesaikan masalah Hantu Amukan di rumah Encik Saian bin Tahar ada di dalam buku “25 Rahsia Paling Berkesan Mengusir Makhluk Halus”.
tidak mempunyai titik punca kebakaran. Ketiga, pakaian yang berada di dalam almari terbakar dengan teruk, tetapi rak di dalamnya tidak terjejas walau sedikit pun. Kesemua barang-barang yang terbakar tidak menghasilkan bau minyak tanah atau petrol ataupun bahan bakar yang lain.Salah satu rahsia Team PSI berjaya menyelesaikan masalah Hantu Amukan di rumah Encik Saian bin Tahar ada di dalam buku “25 Rahsia Paling Berkesan Mengusir Makhluk Halus”.
Kami mengambil masa kira-kira satu setengah jam bagi mengkaji keadaan itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah musibah yang menimpa keluarga Saian berjaya diselesaikan dalam masa lima minit sahaja.
Di sini kami sertakan surat penghargaan daripada keluarga Saian (m.s 30) untuk tatapan pembaca membuat penilaian sendiri. Ada juga yang mendakwa bahawa Hantu Amukan dikategorikan sebagai desakan “psikokenesis” yang terbit daripada minda manusia yang tidak dapat dikawal dan akan berlaku berulang kali secara spontan. Sesetengah pendapat pula menyatakan bahawa aktiviti Hantu Amukan cenderung pada persekitaran seseorang yang digelar sebagai “agensi penjana kuasa dalaman”.
Orang yang menjadi agensi atau mampu menyebabkan aktiviti aneh berlaku, kebiasaannya daripada jenis yang lebih suka bersendirian akibat perasaan rendah diri, gemar memendam rasa dan mahukan perhatian. Di dalam diri individu itu wujud sifat memberontak yang kuat dan akibatnya, aktiviti pergerakan objek secara tiba-tiba boleh berlaku. Selalunya, individu itu adalah ahli yang paling muda dalam sebuah keluarga.
Di sini kami sertakan beberapa kes berkenaan Hantu Amukan yang pernah berlaku di Johor dan Kuala Lumpur.
Kes Pertama
Mangsa : Jamilah Abu Ubaidah
Tempat : Felda Tengaroh Timur 1, Mersing, Johor.
Tarikh : Mac, 2006.
Perkara:
a) Hanya menyerang mangsa (Jamilah).
b) Makanan bercampur pasir dan garam.
c) Jamilah turut dirasuk, mengetahui masa api akan muncul.
d)Biasanya berlaku antara Maghrib sehingga pagi. e) Hilang selepas sebulan.
Kes Kedua.
Mangsa : Norhayati Rasah
Tempat : Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor.
Tarikh : Mei, 2006.
Perkara :
a)Api menyambar anaknya semasa tidur dalam buaian.
b)Norhayati sesekali dirasuk dan bercakap bahasa yang sukar difahami.
c)Semua masakan menjadi pahit dan hangit.
Kes Ketiga
Mangsa : Yahaya Mohd Ning
Tempat : Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Tarikh : Mac, 2006.
Perkara :
a) Kemuncak kejadian aneh sejak tahun 2004.
b) Purata menyambar 11 kali sehari.
c) Muncul tidak mengira masa.
Kes Keempat
Mangsa : Shamsudin Abu Hassan
Tempat : Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor.
Tarikh : April, 2007.
Perkara :
a) Kipas siling membengkok ke bawah dan ke atas serta berputar tanpa arus elektrik. b) Tulisan, gambar dan ancaman salah seorang ahli keluarga di dinding rumah.
c) Papan, plat nombor kenderaan, botol, bateri, lilin, bekas abu rokok dan pasu dibaling tanpa diketahui puncanya.
d) Dapur menjadi basah akibat disimbah air dari atas yang tidak tahu puncanya.
e) Api misteri membakar suis utama, almari di dalam bilik dan juga di bahagian belakang peti sejuk rumah.
f) Dinding dipenuhi contengan vandalisme.
Surat Penghargaan daripada Saian Bin Tahar :-
Saian bin Tahar 23 April 2007 Seksyen U5,
Bandar Pinggiran Subang,
Shah Alam, Selangor.
Kepada
Paranormal Scene Investigator (PSI) (Sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Paranormal Seekers Malaysia)
22, Jalan 1, Taman TAR,
Ampang, 68000, Selangor,Malaysia.
Att: Syed Abdullah Alattas (Uncle Seekers)
SURAT PENGHARGAAN
Saya, Saian bin Tahar mewakili adik-beradik dan ibu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan PSI kerana menyelesaikan masalah misteri yang dihadapi kami sekeluarga. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami menghadapi situasi yang aneh bermula pada Khamis, 12 April 2007. Situasi itu dialami oleh keluarga serta diri saya sendiri yang menyaksikan api muncul dengan tiba-tiba, memusnahkan sebahagian daripada harta benda yang berada di dalam rumah kami yang beralamat di No.A8, Kg Parit Mohamad, Parit Sulong, Batu Pahat. Johor.
Kejadian itu disaksikan oleh semua adik beradik saya seramai tujuh orang termasuk isteri masing-masing, nenek dan juga beberapa orang jiran. Sejak tarikh yang dinyatakan di atas, kami sekeluarga mengalami kejadian api misteri itu selama lebih kurang 15 kali dan ia berlaku selama sembilan hari sehingga ada mendatangkan kecederaan (tangan melecur) terhadap ibu saya semasa dia berusaha untuk memadamkan api yang dinyatakan tadi. Pelbagai barangan di dalam rumah terbakar termasuk almari, baju, bantal, kusyen, tilam, sejadah, telekung, dinding dan juga rangka katil.
Pelbagai ikhtiar sudah kami lakukan termasuk memanggil imam, ustaz dan melakukan sembahyang hajat namun tidak berhasil.
Kedatangan kumpulan PSI ke rumah kami pada 20 April 2007 pada jam 11.53 malam telah memberikan makna yang amat besar kepada kami sekeluarga. Kelima-lima anggota PSI yang terdiri dari Uncle, Adeek, Sis, Max dan Jamie telah meluangkan masa selama satu setengah jam bagi melakukan kajian serta berjaya menghentikan aktiviti paranormal itu daripada berulang kembali. Kami terpegun dengan peralatan yang digunakan oleh pihak tuan.
Kami teruja dengan teknik yang digunakan oleh pasukan tuan bagi menangani masalah yang kami hadapi. Sehingga ke hari ini, tidak ada lagi sebarang kejadian aneh yang menimpa kami sekeluarga. Alhamdulillah. Semoga dengan adanya kumpulan ini akan dapat membantu masalah yang berkaitan terutamanya untuk rakyat Malaysia dan yang memerlukan.
Terima kasih..Terima kasih..Terima kasih...
Surat keizinan daripada Lembaga Muzium Selangor bagi membuat kajian. Banyak imej fenomena aneh yang berjaya dirakamkan di dalam bangunan Muzium Sultan Alam Shah Selangor selama enam hari lima malam bermula 25 Mei 2006 sehingga 30 Mei 2006 yang melibatkan 28 orang pengkaji.
What Is This? (6) - The best bloopers are a click away
Pada 27 Mei 2006, pukul 2.30 pagi, ada bunyi hentakan pintu yang sangat kuat kira-kira tiga saat seolah-olah memberikan amaran kepada pengkaji kami, Encik Mohd Shah Rom bin Masroh supaya keluar dari lokasi itu (Rajah 1). Kami agak musykil kerana pintu itu sudah ditutup dan dipalang kuat dengan kayu dan tidak digunakan lagi sejak beberapa tahun yang lalu. Peralatan yang diberikan hanya satu unit jangkasuhu inframerah (Gambar 22) berserta dengan beberapa makanan ringan. Sepanjang sejam bersendirian (Rakaman 4), beliau hanya membaca ayat suci, memakan makanan ringan dan membaca suhu keadaan sekeliling. Suhu sekeliling mencatatkan bacaan yang tidak sekata sebelum pintu berbunyi.
Pada 5 Mei 2005, pukul 1.10 pagi, dalam episod pertama program Seekers musim pertama, bertempat di banglo tinggal yang berusia lebih 60 tahun di Rasa, Selangor. Salah seorang sukarelawan bernama Anne merasakan seperti ada sesuatu yang menggerakkan kerusinya pada 15 minit kemudian. Beliau juga mendakwa ternampak kelibat lembaga hitam melintasi tingkap yang berhadapan dengannya, namun kamera kami gagal merakamkan kelibat lembaga itu. Cico selaku pelakon utama dalam filem Mistik arahan Profesor Madya A.Razak Mohaideen terbitan Metrowealth Movie Production pernah menceritakan kepada Uncle bahawa beliau dan krew penggambaran pernah mengalami gangguan fenomena aneh di dalam banglo itu.
Aktiviti Hantu Amukan (Poltergeist) pernah berlaku di Alor Star pada tahun 1954 pada satu keluarga berbangsa Cina.
The Sunday Times, 14/2/1954
The Sunday Times, 16/2/1954
The Sunday Times, 14/2/1954
The Sunday Times, 16/2/1954
Mantera mengusir Hantu Amukan
(Kedah)
Hei hantu setan!
Matahari empat bukan lima,
Bintang tujuh ke mata aku,
Bintang berayun ke mata ku,
Bulan purnama ke mata aku,
Bulan purnama di kening aku,
Gajah sekawan di sisi aku,
Ombak beralun di lidah aku,
Suara aku suara Nabi Daud,
Rupa aku rupa Nabi Yusof,
Cahaya aku seperti nur Muhammad,
Aku tahu asal keturunanmu,
Nyahlah engkau menderhaka lagi,
Aku musuh engkau dengan berkat doa,
Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah.
(Kedah)
Hei hantu setan!
Matahari empat bukan lima,
Bintang tujuh ke mata aku,
Bintang berayun ke mata ku,
Bulan purnama ke mata aku,
Bulan purnama di kening aku,
Gajah sekawan di sisi aku,
Ombak beralun di lidah aku,
Suara aku suara Nabi Daud,
Rupa aku rupa Nabi Yusof,
Cahaya aku seperti nur Muhammad,
Aku tahu asal keturunanmu,
Nyahlah engkau menderhaka lagi,
Aku musuh engkau dengan berkat doa,
Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah.
Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh
No comments:
Post a Comment