Kenali mereka

Sunday, April 11, 2010

Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)

Seks Dalam Islam (Part 4)
(Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)

Antara Hari, Waktu & Posisi bersenggama

Bab ini adalah coretan yang terakhir bagi saya untuk isu ini. Ketika mencari info tentang bab ini saya terjumpa artikel tentang Adab Uz-Zifaf Ahmad.

Setelah saya amati artikel tersebut persoalan pertama dalam benak fikiran saya adalah benarkah kenyataan ini? Saya berani ‘potong jari’ kalau ada seorang pun manusia dalam dunia ini yang mampu ikut apa yang disarannya! Gila apa? Allah jadikan manusia sifatnya tergesa-gesa.

Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa. (17:11)

Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka janganlah kamu minta disegerakan. (21:37)

Cuba anda bayangkan sendiri, terdapat 23 saranan ‘JANGAN’ ketika melayari kenikmatan senggama selama setengah jam tu! Apa yang boleh dibuat kalau semuanya tak boleh?

Kalau dibandingkan dengan Quran yang setebal 6348 ayat sebagai panduan kita seumur hidup pun hanya ada tak lebih 450 perkatan ‘JANGAN’.

Tajuk ini adalah tajuk yang paling membosankan saya!

Kalau pembaca ada masa terluang mari kita kupaskan kenyataan tersebut untuk bersenggama.

8 Saranan

Hari dan waktu

1. Berdoa – Anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “

Komen – Mudahnya..baca doa ciput ni, anak boleh kebal dari mudarat syaitan!


2. Malam Isnin – anak menjadi seorang yang berpegang teguh kepada Al-Quran

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

Komen – Wahai sahabat-sahabatku sekelian, saya rasalah kedua orang tua kita ‘projek’ malam isnin kot?


3. Malam Selasa – Mulut anak berbau harum

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.

Komen – Marilah beramai-ramai buat anak pada malam selasa supaya perbelanjaan kebersihan diri anak kita dapat dikurangkan untuk pembelian berus gigi, ubat gigi & listerine.

4. Malam Khamis – Anak bijaksana & alim dikalangan teralim

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

Komen – Tak payah beli kismis lagi…

5. Malam Jumaat – Anak jadi pemidato terhebat

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

Komen – Pemidato terhebat di Malaysia adalah Anwar Ibrahim.

6 . Malam Jumaat Selepas Isyak – Terkemuka

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka)

Komen – Siapa yang paling terkemuka di Malaysia?

7 . Jumaat Selepas Asar – Anak jadi popular

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

Komen – Glamour beb anak jadi artis...Kalau kita sendiri jadi manager lagi vogue!

8 . Matahari di tengah langit – Anak tidak dihampiri syaitan sampai beruban

28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

Komen – Budak ini tak boleh masuk program seekers..he he

23 Larangan


1 . Malam Aidil Fitri – Anak cacat

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

Komen – Gerenti laki tarik muka bila seruan tetiba je datang ternampak punggung bini tertonggeng pasang langsir raya.

2 . Malam Aidil Adha – Jari anak empat atau enam

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

Komen – Main lagi mercun!

3 . Awal malam – Anak jadi tukang sihir

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”

Komen – Harry Potter…

4 . 1hb, 15hb, 29hb, 30hb bulan islam – Anak jadi gila babi

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

Komen – Anak jadi gila internet, gila sms, gila chat, gila facebook mak bapak projek hari apa ek?


5 . Selepas Zohor – Anak bermata juling

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

Komen – Bagaimana perasaan orang yang bermata juling. Adakah dia akan menyalahkan ibubapanya? Pasti dia akan malu kerana kalau rakan-rakan mengejek “mesti mak bapak kau projek lepas zohor”. Tak kanlah mak bapak sedap setengah jam anak ‘menjuling’ seumur hidup!

6 . Selepas Zohor – Anak bermata juling

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

Komen – Sekadar menghormati orang tengah feel layan suara okaylah beb. Tertuduh boleh membela di depan hakim “ Tuan hakim, saya tidak bersalah dalam perkara ini. Yang bersalah adalah kedua ibubapa saya kerana mereka berdua suka projek masa azan & iqamah”

7 . 15hb Sya’ban – Wajah dan rambut anak ada tanda jelek

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

Komen – Bagaimanakah perasaan kita & hendak menghadapi hari-hari yang akan datang dengan orang sekeliling sekiranya anak yang baru dilahirkan terdapat tanda jelek diwajahnya yang mana kita tak pernah pun bersenggama pada 15 Sya’ban? Orang yang taksub tentang kenyataan ini pasti akan menuduh ibubapa bayi punya angkara. Salah siapa nanti? Rambut ada tanda jelek? Macam Bob Marleyke?

8 . 29hb & 30hb Islam – Anak suka meminta-minta

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.“

Komen – Perangai anak tak tentu arah sebab mak bapak tak didik dengan sempurna. Manjakan sangat. Apa nak, bagi. Lama-lama jadi macam tulah.

9 . Malam kamu hendak keluar musafir – Anak kaki enjoy

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

Komen – Macamana agaknya perasaan suami yang baru saja balik dari outstation selama satu baru saja nak ‘on’ boss panggil panggil kena outstation tempat lain pula. Tak ke kejam namanya? Isteri dah bersiap awal dengan segala wangian terkini gerenti tarik muka. Tak bagi kalu dia main pintu belakang nanti salah siapa?

10 . Bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam – Anak jadi assistant boss zalim.

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”

Komen – Cari jalan outstation 2 hari atau 4 hari. Kecik punya hal.


Lokasi

11 . Atas loteng – Anak jadi munafiq

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

Komen – Kena tanya menteri.

12 . Bawah cahaya matahari – Anak jadi fakir sehingga mati

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

Komen – Panas beb kalau betul-betul bawah matahari terik! Kering. Bengonglah siapa yang buat.

13 . Bawah pohon kayu yang berbuah – Anak jadi tukang sebat

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

Komen – Kerana silap father & mother anak jadi tukang sebat kat penjara

Posisi

14 . Berdiri – Anak suka kencing tempat tidur.

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”

Komen – Pampers kan ada?

Lain-lain

15 . Berdiri – Anak jadi bisu

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”

Komen - Di bawah

16 . Melihat Faraj – Anak jadi buta

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

Komen – Anak yang dilahirkan bisu & buta adalah disebabkan oleh kesilapan orang tua? Allah tu zalim sangatke?

17. Alih perhatian pada perempuan lain – Anak jadi maknyah

6.“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

Komen – Bukan salah ibu mengandung tapi salah ayah yang menyorong.. keh keh

18. Membaca Quran – Bala dari langit

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”

Komen – Kalau betul tengah sedap ‘layan’, nama sendiri pun tak ingat

19. Lap tuala berbeza – Bercerai

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

Komen – Saya pakai tisu pun bercerai jugak!

21. Ambil wudhu’ – Anak jadi bakhil

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

Komen – Sejak isteri saya di sahkan hamil pada tahun 1996, saya telah dinasihatkan oleh doktor pakar Datok Dr Sivamohan agar tidak bersenggama dengan isteri sehingga melahirkan anak kerana rahimnya tidak kuat. Jadi saya tiada pengalaman tentang ini.

22. Fikir ipar – Anak jadi assistant kepada orang zalim

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

Komen – Apala lu olang. Beri tumpuanlah la woi! Bini depan mata maaa.. tarak bagus itu macam.

Ada lagi beberapa nnjuran lain seperti di bawah. Saya harap pengurus laman dapat memberi komen. He he

1.Tidak menghadap dan membelakangi kiblat

* Dalam hal ini Imam Shadiq as bersabda; “Janganlah anda melakukan hubungan biologis dalam keadaan menghadap dan membelakangi kiblat”. Allamah Thabarsi, Makarimal-Akhlak, hal 212

* Begitupun beliaupun telah menukil dari para leluhurnya bahwa Rasulullah saw telah melarang hal dan seraya bersabda: “Barang siapa yang melakukan hal ini maka laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia atasnya”. Syeikh Amuli, Wasa’il Syi’ah, jilid 20, hal 138

2.Tidak dalam Keadaan Kenyang

* Imam Shadiq as bersabda: “Tiga perkara yang akan merusak metabolisme tubuh manusia, bahkan mungkin saja akan membinasakannya; mandi dalam keadaan kenyang, berhubungan biologis dalam keadaan kenyang, dan berhubungan biologis dengan perempuan tua (manula)”. Ibid, hal 255

* Imam Ridho as bersabda: “Janganlah kalian berhubungan pada awal malam dalam keadaan kenyang, karena lambung dan semua nadimu dalam keadaan penuh dan berhubungan dalam keadaan seperti ini tidaklan terpuji karena hal itu akan menimbulkan berbagai penyakit seperti lumpuh, kencing batu, …dan akan melemahkan pandangan (mata). Lakukanlah hubungan pada akhir malam, karena hal itu sangat bermanfaat untuk tubuh kalian juga akan menambah kecerdasan dan akal janin”. Ar-Risalah adz-Dzahabiyah, hal 65

3. Tidak dalam Keadaan Berdiri

* Berkaitan dengan hal ini Rasulullah saww bersabda: “Janganlah kalian berhubungan biologis dalam keadaan berdiri karena itu merupakan prilaku keledai. Dan jika bayi terlahir darinya maka ia akan kencingan (ketika tidur ia akan kencingan) diranjang, iatidak dapat menahan kencingnya seperti keledai yang kencingan disemua tempat”. Syeikh Amuli, Wasa’il Syi’ah, jilid 20, hal 252

Sebelum saya menutup cerita ini, saya mohon maaf sekiranya saya tersasar semasa mengulas isu ini dan menasihati diri saya sendiri sebelum melakukan apapun pekerjaan seperti lampiran ini (http://www.e-bacaan.com/album950720b.htm)

Uncleseekers

Allah saja yang disanjung!

http://www.e-bacaan.com/emaile55.htm

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

No comments: