Kenali mereka

Friday, August 5, 2011

Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Semula

Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut!
Sila Kira Semula...


"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185)

Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian -

syaitan-syaitan daripada jin (Gambar Ilusi)

Syaitan-syaitan daripada manusia (Gambar ilusi)

"syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).


Sementara menunggu waktu berbuka atau bersahur, sila kira semula. Berpuluh tahun kena tipu!

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah kalkulator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.

Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:

Surah:

1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684

11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582

21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20

-----------------------------------------------------------

Jumlah besar = 6,236 ayat


Gambar Ilusi (Mitos 666) (klik)

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.

Permulaan Surah At-Taubah tidak terdapat "Bismillah"

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah) (klik), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Saya mencabar anda semua untuk mengira semula? Takkan nak kira benda sekecik ni pun nak kena rujuk pada ustaz atau ulamak? Sendiri kiralah..Dah habis kira baru tunjuk pada mereka. Apa dia orang punya komen plak!

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

19 comments:

Amir_PSI said...

Mantap la Bro Uncle....yang kat luar tu apa lagi kirala...dpt pahala...BONGKAR!!!..

Anonymous said...

Salam,

Saya hanya pastekan jawapan yang dikemukakan oleh Hamba ALLAH berkenaan 6666 ayat supaya kita tidak menghukum sesuatu ilmu yang kita tidak tahu.

Khalifah 'Uthman meminjam naskhah manuskrip Al-Qur’aan (yang disahkan Nabi) daripada isteri Nabi, 'Um Mukminin Hafsha. 'Uthman perintahkan 4 sahabat yang 'arif mengenai 'Iqra Muhammad yang Qadim. Zaid bin Thabit sebagai ketua editor telah menulis semula Al-Qur'aan Salinan Naskhah Asal dan disebarkan ke seluruh Wilayah Islam semasa Khalifah 'Uthman. Naskhah asal itulah yang kita baca sekarang dan ia disebut Skrip 'Uthmani Tanpa Baris.

Skrip 'Uthmani Tanpa Baris ini mesti dibaca dengan bunyi vowel yang dihafal & diwarisi turun temurun dari para sahabat Nabi sehingga anak-cucu. Skrip 'Uthmani ini tiada tanda 7 vowel sebutan dan tiada noktah penanda ayat. Tanda sebutan 7 Vowel ini dikenali sebagai:-

1) FATHA...sebutan "aa"
2) DAMMA...sebutan "uu"
3) KASRA...sebutan "ii"
4) SUKUN..sebutan "mati tanpa vowel"
5) FATHATAN...sebutan "an"
6) DAMMATAN...sebutan "un"
7) KASRATAN...sebutan "in"

Nota: saya selalu tersilap mengatakan SUKUN membunyikan "un" kerana saya buta huruf. Tapi dengan mata, saya kenal sebutan "un" (sebenarnya tanda DAMMATAN). Walaupun saya silap tanda tetapi sebutan saya tak lari dari 7 yang di atas.

HAMZAH dan SHADDAH pula ditambah oleh pakar NAHU SARAF kemudian untuk menyempurnakan sebutan Tajwid.

Orang2 yang menghafal 7 tanda-tanda Vowel di atas tak perlu membaca 7 BARIS SEBUTAN VOWEL.
Orang2 yang tak menghafal pula mesti membaca dengan 7 BARIS SEBUTAN VOWEL...yang dikenali sebagai HUKUM TAJWID ASAS.

Menyedari masalah di atas, SKRIP 'UTHMANI telah ditambah dengan 7 BARIS SEBUTAN VOWEL semasa zaman Khalifah Umayyah Malik-ar-Marwan (66-86 Hijri/685-705 Masihi) semasa Gabenor Al-Hajaj mentadbir di Iraq.

Semenjak itu, Al-Qur'aan di sebut/iqra'/baca dengan pelbagai cara yang berbeza-beza mengikut:-
1) Panjang Nafas seseorang yang terpaksa berhenti bila nafas habis.
2) Ke'arifan seseorang mengenai KESEMPURNAAN MAKSUD AYAT LENGKAP.
3) Dialek sesuatu kaum.

Anonymous said...

Bersambung....

Tidak lagi ia di-iqra seperti mana Nabi Muhammad meng-iqrakannya. Namu begitu, setiap perkataan masih ditempatnya. Cuma adalah sedikit sangat perubahan dari segi Sebutan Saraf yang kecil-kecil umpamanya "WAHIDUN" tidak ditandakan dengan SHADDAH. Sepatutnya ia ada SHADDAH dan sebutan yang paling tepat ialah WAHHIDUN. Hanya masalah yang kecil apabila mereka tidak kenal ASMA ADHOM ALLAH. Bagi orang-orang yang ALLAH bukakan untuk mengenalnya, mereka akan sebut WAHHIDUN, SAMMADUN, AHHADUN dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai menambah tanda SHADDAH pada ASMA ADHOM tersebut.

Tanda SHADDAH pada Asma ALLAH cumalah dari segi penekanan saraf dan sama sekali ia tidak mengubah maksud.

Walaubagaimana pun tanda sebutan SHADDAH boleh membawa maksud tertentu misalnya,

Tanda Sebutan SHADDAH telah disalah letak pada perkataan "FaazaLLahuma" (QS.2:36) dan "Fadallahuma" (QS.7:22) sepatutnya TIADA SHADDAH dan sebutannya patut berbunyi "Faaza-lahuma" dan "Fada-lahuma".

Sebutan "AllahuMa" TANPA SHADDAH adalah salah dan membawa maksud menghinakan ALLAH. Manakala sebutan "AllahuMMa" DENGAN SHADDAH ialah betul yang bermaksud, "ALLAH-Dia-apa-yang" misalnya;
"AllahuMMa Salli 'ala..." bermaksud "Allah-Dia-apa-yang bersalawat atas...".

Mengenai bilangan Ayat, ada ulamak yang kata 6,000, ada yang kata 6,214 dan yang paling ramai kata ada 6,236 Ayat. Namun tidaklah sesuatu pendapat itu membawa sebarang kesalahan dari segi Hukum dan Ijtihad. Oleh kerana saya tidak mudah percayakan ulamak (persangkaan mereka), saya telah mengira "satu persatu" dan saya kata ada 6,666 ayat dan ada segelintir kecil sahaja pengkaji Al-Qura'aan yang akan setuju dengan saya. Begini pengiraannya berdasarkan Nahw-Saraf-TataBahasa-TataSusunAyat dan Pemahaman Maksud cara TARTILAAN:

1. "BISMILLAH" ada 3 Ayat:
Ayat 1: Bismi Allāhi
Ayat 2: Alr-Raĥmāni
Ayat 3: Alr-Raĥīmi

2. Alif Laaaaaam Miiiiiim (3 Ayat), Haa Miiiiiim (1 Ayat), Yaa Siiiiiin (1 Ayat), Alif Laaaaaam Raa (2 Ayat), Kaaaaaaf Haa Yaa ‘Aiiiiiin Saaaaaad (3 Ayat) dan seumpamanya, dikira sebagai "Lebih Dari 1 Ayat".

3. Satu Ayat yang ada Tanda Berhenti ( ۚ) di dalamnya, dikira sebagai "Lebih Dari 1 Ayat". Kes ini yang paling signifikan dalam menyumbangkan penambahan Bilangan Ayat sehingga jadi 6,666.

4. Sesuatu Ayat Dilarang Berhenti sebelum SEMPURNA MAKSUDNYA. Hanya dikira sebagai 1 AYAT SEMPURNA apabila ia bergabung dengan Ayat selepasnya membentuk 1 AYAT LENGKAP.

Anonymous said...

Bersambung..

CONTOH-CONTOH:

a) Pengakuan Al-Ihklas ada 7 AYAT SEMPURNA MAKSUD kesemuanya:
Ayat 1: Bismi Allāhi.
Ayat 2: Alr-Raĥmāni.
Ayat 3: Alr-Raĥīmi.
Ayat 4: Qul Huwa!
Ayat 5: Allāhu 'Aĥadun!
Ayat 6: Allāhu Aş-Şamadun!
Ayat 7: Lam Yalid Wa Lam Yūlad Walam Yakun Lahu Kufūan 'Aĥadun!

b) Doa Al-Fatihah ada 7 AYAT SEMPURNA MAKSUD kesemuanya:
Ayat 1: Bismi Allāhi
Ayat 2: Alr-Raĥmāni
Ayat 3: Alr-Raĥīmi
Ayat 4: Al-Ĥamdu Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna Alr-Raĥmāni-ir-Raĥīmi Māliki Yawmi Ad-Dīni.
Ayat 5: 'Īyāka Na`budu Wa 'Īyāka Nasta`īn.
Ayat 6: Ahdinā Aş-Şirāţa Al-Mustaqīma Şirāţa Al-Ladhīna 'An`amta `Alayhim.
Ayat 7: Ghayri Al-Maghđūbi `Alayhim Wa Lā Ađ-Đāllīnnnnnn!...Aaaaamin.

c) Doa Al-Falaq ada 5 AYAT SEMPURNA MAKSUD kesemuanya:

Ayat 1: Bismi Allāhi
Ayat 2: Alr-Raĥmāni
Ayat 3: Alr-Raĥīmi
Ayat 4: Qul!
Ayat 5: 'A`ūdhu Birabbi Al-Falaqi Min Sharri Mā Khalaqa Wa Min Sharri Ghāsiqin 'Idhā Waqaba Wa Min Sharri An-Naffāthāti Fī Al-`Uqadi Wa Min Sharri Ĥāsidin 'Idhā Ĥasad!

Hukumnya pada SESUATU AYAT amat jelas iaitu SATU-SATU AYAT MESTI LENGKAP, SEMPURNA, dan CUKUP PERKATAANNYA supaya Pemahaman tidak lari. Sebab itulah Al-Qur'aan mesti dibaca dengan TARTILAAN, bukan laju macam "machine gun" ikut sedap mulut.


Itulah jawapan yang diberikan.Tanyalah kepada orang yang ada ilmu mengenainya, bukan dengan cepat menjatuhkan hukuman sesat dengan ilmu yang dia sendiri tidak tahu.

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Terima-kasih dan syukur kepada ALLAH

Ahmad Taufik said...

tahniah anonymous :) Allah Maha Mengetahui.

Amir_PSI said...

Allhuakbar!!!!!

Anonymous said...

kepada uncle, toksah la nk buat pandai kalo xtau sesuatu perkara..penggunaan ayat ulama palsu sgt2 tidak wajar...

Anonymous said...

uncle, rase mcm x wajar je keluarkan post pasal ni semua. bole buat konfius ramai org. masya ALLAH.

Anonymous said...

jgn cube mengeluarkan kenyataan especially tentang agama islam jika kita meneliti/mentafsir/membaca/mengkaji hanya dgn mata hati & logik akal saja.cube refer & bertny pd org2 yg lbh layak.klu btl2 nk blaja agama,perlu berguru rmai..tkt nnt kite tersesat.

Anonymous said...

uncle seeker ni saling tak tumpah mcm manusia yg cetek ilmu dan pemikiran tapi berlagak mcm org bangsawan ilmuan yg bertauliah. padahal, kononnya pakar dlm ilmu ghaib, paranormal.. mana bukti-bukti entiti penjejakan hantu-hantu?? mungkin uncle tak waras.. belajar tanpa guru. pesong akidah.. bela binatang haram sebagai haiwan peliharaan mandi dan makan bersama haiwan haram. dedahkan cerita-cerita karut mengenai org lain semata-mata nak popular sebab series seekers dah tak dapat sambutan sekarang cari peluang lain nak publisiti. maafkan saya sekiranya comment saya melampau dan menyakiti hati uncle. ini adalah pendapat saya. apabila saya dah 2 hari membaca blog-blog yg dikarang... tak ada langsung nilai-nilai sebagai seorang manusia yg berilmu (knowledgeable)dari semua segi baik dari ajaran agama islam dan kehidupan. kata-kata kesat dan tak sopan juga dikeluarkan. sekian

Anonymous said...

sy stuju dgn uncle, ayat2 quran bukan sebanyak 6666.tp yg mengajar fakta tu bukan ulama.ustaz di sekolah sy pun kata bilangannya bukan 6666. x eloklah klu uncle sembarangan saja menuduh ulama.

sebelum uncle kaji itu ini, uncle tanya dlu pendapat ustaz2. tujuan uncle mmg baik tp uncle kurang ilmu. belajar lagi dalam2 bukan semata2 nak naikkan trafik di blog sahaja. no offense. sekian

Anonymous said...

Setelah panjang lebar seorang ANON mengcopy and paste penerangan daroi KITAB CIPTAAN MANUSIA akhirnya tiadapunjawapan yang kukuh mengenai baki ayat-ayat yang menjadikan 6,666 ayat.

FIRMAN Allahkah yang VALID atau fatwa karangan manusia? HADIS manakah yang lebih BAIK???

**Pro-Quran.

Uncle Finders said...

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

(al-Ahzab:36)

Anonymous said...

salam..jumlah ayat al-Quran ade 6,236 tu sejak kecil saya dah tau..kire2 tahun 1998 dulu..tp kenape uncle baru bongkarkan sekarang..baru tahu ke?? kesian uncle..ape yg saye tahu ustaz al-hafiz lulusan al-Azhar ade memberitahu tujuan diperkenalkan 6,666 adalah kerana supaya tidak timbul kekeliruan..itu yg saye dgr..tp cre uncle ckp ni mcm uncle ni dah bagos sgt bab agama..jangan lah bersikap begitu uncle..

Anonymous said...

Aku dah lama perasan dah uncle ni. dah menjadi2 kelentongnye. dia ingat orang telan bulat2 kelentong dia. saranan pada ngko uncle. ko bertaubat la selalu. ko paham kan bila aku maksudkan selalu. dan selalu la mengucap. aku x kata ko ni dah kapir ke hapa. aku xde hak nak mengkapirkan org dan ko xde hak nak tuduh ulama penipu. tapi better ko mengucap la selalu. x rugi kita saling ingat mengingati. sebab arah tuju kita semua sama. Akhirat

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Ada golongan berpandukan Al-Quran dan Sunnah (Hadis)

Dan ada golongan lain pula berpandukan Al-Quran dan Internet (e.g www.e-bacaan.com, google)

Sentiasalah memohon petunjuk dari Nya semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar.

Wassalam.

Anonymous said...

It is his blog so it's his right to give his opinion. Tak payah kutuk Uncle. Kalau anda tak setuju dengan pendapat dia beri sebab kenapa anda tak setuju tak payahlah mencaci orang. Bulan puasa pun tak pandai menjaga lidah!

mez 'n' saso said...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang- orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. "

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Anonymous said...

Ini lah contoh cetek akal, dapat tau satu benda je dah macam ayam bertelur riuh sekampung. Belajar kasi abis dulu ye tuan punya blog. Tahniah anon di atas. Allahuakbar.