Bunuh Cicak dengan Lembing
Bunuh Cicak... Siapa Yang Kejam Sebenarnya?
Salamun alaikum pengurus laman yang saya segani,
Memandangkan bangsa kita ketika ini suka memperbesarkan isu yang remeh temeh dan malas berfikir apatah lagi mengkaji (bukan semualah) , disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan sahabat-sahabat sekelian tentang isu yang tidak kurang juga remeh temehnya.
Cicak
35 tahun yang lalu, saya selalu dimomokkan dengan bunuh cicak dapat pahala!
Senjata yang paling popular untuk membunuh cicak ketika itu adalah getah! Antara getah yang paling power pula sekali dipanggil ‘gundu’. Acara pembunuhan cicak beramai-ramai pula selalu diadakan pada khamis malam jumaat.
Lain pula zaman sekarang, pistol peluru plastik pelbagai warna digunakan. Mungkin 20 tahun lagi pistol laser…
Saya tejumpa beberapa kenyataan tentang perkara ini.
1. Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"
2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah (penjahat kecil)"
3. Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua"
4. Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:
“Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertanya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)
Kenyataan no 1 & 2
Terdapat 3,800 spesis cicak dalam dunia ini (http://eduscapes.com/nature/lizard/index2.htm) Cicak yang mana satu sunat dibunuh?.
Iguana dan Dhab (biawak pasir - Uromastyx aegyptius microlepis) spesis cicak. Sanggupkah pencinta haiwan membunuh Iguana? Yang paling mencuit hati saya adalah spesis cicak bernama Dhab digalakkan makan kerana kononnya boleh menguatkan tenaga bathin.
Khalid AlWalid Jeneral tentera Islam yang juga dikenali "Saifullah" atau Pedang Tuhan yang sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam satu ketika dahulu juga pernah makan spesis cicak ini dihadapan nabi! Adussss…
Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab? lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.
Ada pula segelintir pengumpul barangan mistik sanggup membeli cicak ekor bercabang dengan harga yang mahal yang kononnya boleh dibuat sebagai pelaris?
Kenyataan no 3
Bayangkan wajah seseorang yang cuba membunuh cicak dengan sekali pukulan semata-mata inginkan pahala 100 kebajikan.
Bayangkan pula wajahnya ketika membunuh cicak tersebut pukulan kali kedua kerana gagal membunuhnya kali pertama. Pada ketika ini, saya rasa niatnya untuk mendapatkan pahala 50 kebajikan tersasar sedikit kerana ‘geram’ cicak tu tak mati lagi!
Bayangkan lagi jika cicak itu tak mati-mati walaupun dah kena pukul 4 kali. (pukulan pada ekor cicak yang terputus tetapi masih bergerak pun nak kena kira juga pukulannya)
Kenyataan nombor 4
Macam manalah agaknya rupa muka cicak yang menghembuskan api yang sedang panas membara dan berapa jauhkah agaknya jarak untuk cicak tersebut menyemarakkan api. Mungkin cicak zaman dulu besar macam harimau kot! Agak-agaklah bro..
Kalau ada masa kita sambung perbincangan Islam digalakkan membunuh haiwan seperti ular, anjing, kalajengking, gagak, rajawali dan tikus. (Adalah lebih baik jikalau sahabat-sahabat dilaman ini yang ulaskan)
Sila baca artikel seterusnya di (klik)
Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)
No comments:
Post a Comment