Kenali mereka

Tuesday, February 9, 2010

Uncle cabar dituju santau

Uncle cabar dituju santau
Bacaria - 22Feb 2006
Mingguan Misteri - 1 April 2006

Uncle cabar dituju santau AMPANG:
"Saya mengalu-alukan bomoh-bomoh ko-mersial di luar sana supaya menghantar santau, guna-guna atau apa saja yang selalu digembar- gemburkan tentang kehebatan mereka kepada saya. Saya akan buktikan pada masyarakat bahawa bomoh komersial ini memang temberang."

Dengan nada yang lebih lantang, Syed Abdullah Al Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle, berkata lagi: "Saya beri mereka tempoh seminggu dari tarikh artikel ini disiarkan." "Saya ulang lagi sekali! Jangan harap semua bomoh komersial sama ada di Malaysia, Indonesia, Thailand atau di mana saja dapat menghantar ilmu hitam pada saya. Saya akan tampil balik di akhbar ini dalam keadaan yang lebih ceria untuk membuktikan tiada apa-apa yang berlaku pada saya," katanya lagi dengan nada yang cukup angkuh dan celupar.

Uncle, ketua penyiasat dan penceramah paranormal yang sering tampil dalam rancangan Seekers siaran NTV7 pada setiap malam Rabu jam 10.30 malam, mengakui berani mencabar bomoh-bomoh komersial tersebut kerana percaya 95 peratus daripada mereka yang menjalankan kegiatan perbomohan secara komersial adalah 'kaki temberang' dan melakukannya hanya untuk mengaut keuntungan sahaja.

"Kita lihat sahaja tawaran perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan contohnya seperti mampu mendatangkan rezeki, mempercepatkan jodoh, kebal dan sebagainya. Bagi saya ini semua adalah karut. Tentang rezeki dan jodoh itu bukankah telah ditetapkan Allah dan tugas kita sebagai manusia hanya berusaha mendapatkan rezeki masing-masing dengan usaha iaitu bekerja," katanya. "Kalau dikaji dari sudut psikologi, permasalahan hidup seseorang adalah bertitik tolak pada diri kita sendiri iaitu kita selalu berfikiran negatif (negative thought) terhadap apa yang kita lakukan. Apabila berfikiran negatif maka gelombang atau aura negatif yang akan hadir pada diri "Maka, masalah sentiasa akan timbul secara tak langsung mampu membuang aura atau gelombang positif pada diri kita sendiri,"katanya.

Menurut Uncle lagi, dia bukan seratus peratus menolak kewujudan bomoh. Masih wujud bomoh yang boleh dipercayai tetapi peratusnya adalah sangat sedikit. "Saya tidak menolak kewujudan bomoh sebab itu saya katakan 95 peratus dan bakinya masih mampu mengubati tetapi bergantung kepada apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan mereka. Memang ada bomoh yang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka," katanya. Kata Uncle lagi, atas sebab itulah dia berani mencabar mereka kerana yakin bahawa mereka tidak mampu melakukannya. "Saya bukan tak percaya pada kewujudan bomoh. Ada bomoh atau pengubat yang kewujudan bomoh. Ada bomoh atau pengubat yang dikurniakan Allah dengan kemampuan mengubat.

Itu saya kagum, hormat dan berbangga dengan kebolehan mereka dan berharap mereka menyalurkan kebolehan dengan cara yang betul”. "Kita lihat cara perubatan yang bomoh komer sial berikan dan kesan kepada pesakit. Bagi saya bukanlah disebabkan bomoh ini mempunyai keramat, kuasa ajaib atau sebagainya tetapi hanya kesan daripada minda pesakit itu sendiri.

"Apabila pesakit percaya dan yakin bahawa seseorang bomoh itu mampu mengubati penyakit mereka, maka penyakit yang pesakit alami mampu sembuh walaupun diberi segelas air kosong saja. Ubat atau kesan yang baik bukan datang daripada ke- ramat atau kuasa ajaib bomoh, tetapi dari diri pesakit itu sendiri dan dengan izin Allah. Dalam kajian saintifik ianya dikenali sebagai Kesan Placebo ( Placebo Effect ). Tidak perlu menjadi bomoh, kita sendiri mampu melakukannya,'' ujarnya. Katanya lagi, cabaran yang disuarakan itu tidak termasuk perubatan alternatif yang menggunakan kaedah saintifik kerana kaedah yang digunakan berbeza. "Jika kita lihat maksud bomoh komersial adalah mereka yang mengenakan bayaran yang tertentu untuk mengubat penyakit atau masalah hidup pelanggan contohnya masalah rumah tangga yang ber- cerai akibat terkena sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.

"Manakala perkhidmatan alternatif pula seperti Terapi Aura, Aroma Terapi dan sebagainya tidak termasuk bomoh komersial. Ini kerana peru- batan mereka berdasarkan kaedah saintifik. Disebabkan itu mereka tidak termasuk dalam cabaran ini. "Jika kita lihat ada juga segelintir bomoh ko-mersial ini menggunakan ayat suci sebagai jampi. Sedangkan Allah melarang perbuatan menjual ayat-ayatnya dengan harga yang murah. Adakah Allah bermaksud kita perlu menjual ratusan atau ribuan ringgit?

"Tidak, sebenarnya ayat-ayatNya tidak ternilai dengan wang ringgit atau apa sekalipun kerana ayat-ayatNya ini mengandungi perintah, larangan, nasihat, peringatan, doa dan sebagainya. Jadi, tidak wajar kita meletakkan harga sekiranya kita menggunakan ayat-ayatNya kerana Allah menyatakan ianya satu perbuatan yang jahat seperti mana Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, maksudnya: "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan." (Surah At-Taubah; ayat: 9).

"Bagi mereka yang tidak menjual ayat Allah dengan harga yang sedikit ini atau dengan harga yang murah, yang akan memberi upah atau habuan adalah Allah sendiri bukan manusia. Perihal ini dinyatakan Allah S.W.T sepertimana firmanNya dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur'an) dan apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya." (Surah `Ali-Imran; ayat: 199),"jelasnya.

Sehubungan itu, Uncle menasihatkan agar semua bomoh komersial agar menghentikan kegiatan menipu masyarakat. "Nasihat saya kepada semua bomoh komersial hentikan kegiatan anda.

Jangan biarkan masyarakat Malaysia terus dipermainkan oleh anda semua. "Dan pada semua bomoh komersial... persiapkanlah ilmu hitam anda dari sekarang dan buatlah apa saja pada saya kerana saya tahu benda itu akan berbalik semula pada anda”. “Biar orang menyatakan apa yang saya lakukan ini sebagai kerja gila yang bakal merosakkan diri sendiri tetapi bagi saya biar hanya mereka yang cerdik sahaja menilaikannya,” tambahnya.

Uncle baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan sifat celuparnya ketika mempersoalkan kenyataan pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzillah Kamsah yang menyifatkan hantu sebagai “mungkin ada.”

3 comments:

Anonymous said...

masih ingat lg ngan kenyataan dato fadilah kamsah..
"Cuma hantu saja yg blh tgk hantu"
aku bersetuju 150% ngan dato tu..

Anonymous said...

dlm al quran x de sebut psl hantu .. iblis ,jin , syaitan ade ..

Anonymous said...

ada 1 pepatah mengatakan...andai kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga.... :)