Kenali mereka

Sunday, April 25, 2010

'I Am Malaysian' projek harumkan nama negara

'I Am Malaysian' projek harumkan nama negara

KUALA LUMPUR: Hampir 10 tahun lalu, Syed Abdul Hadi Syed Hussien, 39, mengimpikan menjadi warga Malaysia pertama mengelilingi dunia dengan pesawat ringan dinamakan PutrajayaMalaysia, tetapi hasrat itu tidak kesampaian berikutan tragedi 11 September 2001.

SYED ABDUL HADI bersedia untuk memulakan pengembaraan dengan motosikalnya pada majlis pelepasan kembara mengelilingi dunia fasa pertama di Seri Pentas, semalam.







Walaupun impian itu tidak kesampaian, beliau bertekad menjadi warga Malaysia pertama mengelilingi dunia dan kali ini menggunakan motosikal Modenas GT 128 menerusi projek dinamakan 'I Am Malaysian'.

Majlis pelepasan kembara mengelilingi dunia fasa pertama dari Kuala Lumpur ke London berlangsung semalam di Seri Pentas, TV3 diserikan dengan kehadiran 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi selain penyanyi terkenal, Awie, anggota kumpulan Wings dan Search. Syed Abdul Hadi yang menggunakan simpanan peribadi bagi membiayai kos projek bernilai RM40,000 itu, berkata disebabkan tiada bantuan penajaan, beliau hanya merancang bermotosikal ke London, merentasi 23 negara antaranya Thailand, Nepal, Turki, Serbia, Itali, Poland dan Perancis.

Pengembaraan yang dijangka mengambil masa setahun setengah itu mungkin diteruskan dalam fasa kedua jika ada penaja yang bermurah hati untuk menderma. Mereka yang ingin berbuat demikian boleh melayari laman web iamalaysian.com.

Berita Harian - 25-4-2010


Day 1- Kuala Lumpur to Hatyai
April 25th, 2010

No comments: