Penunggu Istana akan menemui rakyat Malaysia 21-4-2011
(Filem paranormal yang pertama di Malaysia. Tanpa pelancaran dan tanpa perkenalkan artis!)

LAIN daripada yang lain kerana filem Penunggu Istana ini tiada pengarah. Ia filem realiti seram bergenre paranormal yang pertama di negara ini.


“Mungkin ada pihak yang terlalu cepat melemparkan tuduhan filem ini meniru filem luar yang berunsurkan aktiviti paranormal yang mencatat kutipan pecah panggung luar biasa. “Penunggu Istana adalah dokumentari di mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka. “Mereka adalah Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman ‘footage’ itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di istana itu sebagai usaha mencari jawapan kepada kejadian mengerikan yang menimpa mereka. Penemuan ini adalah satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

“Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan anda sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan itu. Penunggu Istana akan menemui rakyat Malaysia, Khamis ini.
Harian metro 17-4-2010
No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.