Thursday, April 21, 2011

Penunggu Istana - Pewaris Istana Billah meluahkan rasa tidak puas hati

Penunggu Istana - Pewaris Istana Billah meluahkan rasa tidak puas hati
(Baru hari pertama ditayangkan dah jadi hal...aduyaaa..pasti ada hikmahnya..kan kan kan)






Salam kepada semua pembaca blog ini. Aku bangun awal hari ini sebab nak pergi Kuala Lumpur nak cari pakaian yang sesuai untuk priview Filem Momok Jangan Panggil Aku pada 22-4-2011 jam 3 petang di Finas.

Seperti biasa, aku akan periksa email kalau terdapat sebarang arahan terbaru dari 'Boss'. Tetiba aku ternampak satu email yang agak 'hot'! dari saudara Luqman Ahmad Rangkuti (luqman0705@yahoo.com)

(klik untuk imej lebih besar)

Assalammualaikum. Nama saya Luqman Ahmad Rangkuti,saya salah seorang pewaris Istana Raja Bilah.Saya email ni tuk meluahkan rasa tidak puas hati.Saya di fahamkan filem ni pasal jumpa paranormal dekat istana ni?Mintak maaf la,nak buat cerita macam ni tak fikir ke waris-waris istana ni masih hidup dan bersepah je dalam malaysia ni?Saya marah sebab filem ni tayang benda bodoh dan tak boleh terima.Istana ni sejarah dunia,Sultan Perak pun penah datang melawat istana ni.Jadi jangan suka-suka hati buat jalan cerita filem macam ni.Kalau ada pihak lain datang rumah uncle dan tak hormat rumah uncle,sure uncle marah.Tu la yang saya rasa.Darah saya darah muda dan darah keturunan Mandailing ni kuat uncle.Saya memang pantang ada manusia yang buta sejarah pasal istana ni,pandai-pandai nak buat andian sendiri.Lain kali selidik dulu istana tu asal dari mana.Entah-entah keturunan Mandailing pun uncle tak tau.Datang tempat orang,kene hormat.Selidik latar belakang.Buta sejarah,search dekat google atau jumpa waris-waris istana.Saya tak kesah kalau uncle nak guna istana ni sebagai lokasi drama atau filem,tapi jangan burukkan nama istana ni dengan filemkan benda karut macam ni.Saya selalu datang istana ni dengan ayah dan nenek saya.Sini la bermula nya tok nenek saya mulakan hidup baru selepas berpindah dari tanah Sumatra akibat perang dengan belanda.Mungkin bagi uncle,sejarah kami ni tak penting.Tapi ingat,dah datang tempat orang,kene hormat.Saya nak mintak penyelesaian elok,saya dan waris-waris lain nak berjumpa dengan uncle dah krew-krew yang buat filem ni.Kami tak makan orang,kami nak talk.Nak tau apa punca dan selesai masalah ni.Sebab bukan keturunan kami yang dekat sini je tau dan marah,tapi keturunan kami dari tanah Sumatra pun tau dah marah.Kami ada connection dengan mereka di sana.Kami ada society kami.Jadi jangan bakar kemarahan kami.Kalau uncle seorang yang gentle,tolong balas email ni dan datang ke Istana Raja Bilah tu balik tuk berjumpa dengan kami.Bagi penjelasan dekat kami yang masing-masing rasa tak puas hati ni.Ingat la,kami memang tak boleh buat apa sekarang ni tapi tak bermakna kami biarkan benda tu jadi macam tu je.Kami mintak uncle gentle la dengan kami.Tanggung la risiko.Datang balik berjumpa dengan kami je.Tu je.Mintak maaf terkasar bahasa dalam email ni,hati tengah marah.Mintak maaf sekali lagi.Tapi tolong bekerjasama dengan kami waris-waris Istana Raja Bilah.

Aku membalas semula emailnya

(Klik untuk imej lebih besar)

Salamunalaikum saudara Lukman,
Filem ini terbitan Primeworks SB
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan sila hubungi cik Narimah di
narimah@primeworks.com.my

Selang beberapa minit, dia menjawab semula emailku dengan nada yang agak serius...


(Klik imej untuk lebih besar)

Saya nak uncle sendiri jawab pasal ni sebab muka uncle dgn kru-kru dalam filem tu.Be gentleman,jangan tolak masalah tu dekat orang lain.Orang yg uncle bg email tu dia terbitkan filem je,bukan yg berlakon.Uncle dgn kru-kru yang buat dan rakam cerita ni.Malaysia ni bukan besar uncle nak sorokkan diri dari kami.Dekat padang masyar nanti pun uncle kene menjawab gak.Baik settle masalah ni sebelum kami pihak pewaris istana raja bilah dari malaysia dan sumatra mula tunjuk perangai kturunan kami ni mcm mana.Jangan buat main-main dengan keturunan orang ni uncle.Payah nak hidup dengan aman kalau main keturunan orang dan mainkan tuan punya rumah yang dah tak ada lagi ni.Kalau uncle anggap kami ni leceh dan mengarut,memang uncle silap.Kami keturunan MANDAILING!keturunan dan istana tu bukan tempat main-main buat cerita bukan-bukan.Kalau uncle tak nak bekerjasama dengan kami tuk datang semula ke istana tuk berjumpa dengan kami,kami akan cari uncle atau kami pegi ke next level.Jangan ingat kami tak ada society yang sah tuk buat mcm-mcm tindakan.Kami tak nak guna cara kasar,kami nak berjumpa dengan uncle tuk selesai cara elok.Be gentleman uncle,berani buat berani la tanggung.Datang tuk selesaikan masalah.

Sekali lagi aku menjawab emailnya.

(Klik imej untuk lebih besar)

Salam,
Saya akan datang berjumpa dengan anda apabila filem ini habis ditayangkan dipawagam
Sila beri nombor talian untuk saya hubungi anda membuat temujanji

Tunggu punya tunggu punya tunggu..., akhirnya tiada sebarang maklum balas dari saudara Lukman lagi. Aku harap saudara Lukman dapat hubungi aku semula selepas artikel ini keluar.

Kalau saudara Lukman nak jumpa Uncle, Uncle pun teringin nak jumpa Lukman juga... ;)

Disini aku sertakan maklumat tentang keturunan Raja Billah dan istananya dalam internet. Tapi tak taulah samada maklumatnya sahih atau tidak.

1. Keturunan Raja Billah

2. Sejarah Istana Billah (1) & (2)

Keratan Akhbar
1. Misteri Istana Bilah Didedahkan - Utusan Malaysia - 17 April 2011 - Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
2. Dokumentari Puaka Istana Billah - Kosmo - 17 April 2011
3. Filem Paranormal Pertama Malaysia - Kosmo - 14 April 2011
4. Filem Paranormal Pertama - Harian Metro - 14 April 2011




Nota

Aku telah terima email dari saudara Lukman sebentar tadi

Klik imej untuk lebih besar

013-2519205(luqman rangkuti),019-5551155(ahmad rangkuti),012-5104987(azlan abdullah)

Pihak kami pun nak nombor talian uncle,harap beri kerjasama.Kami akan hubungi selepas kami mengadakan perbincangan antara pewaris istana.Harap uncle sedia bekerjasama untuk selesaikan masalah

Klik untuk imej lebih besar

Salam,
Pengurus saya akan hubungi anda nanti dan membuat temujanji untuk berjumpa anda sekeluarga.
Terima kasih

44 comments:

  1. adoiihaiiii..pulak dah..huhu..ade jela ujian yang datang..sabor uncle sabor

    ReplyDelete
  2. Dlm artikel NST pon ada kate, Istana tu dikunci even masa hari raya ataupon apa2 majlis keramaian pon family atau waris2nya x gunakan istana tu melainkan untuk kerja2 pembersihan atau penyelengaraan saje...
    Persoalan :
    1-kenapa die dok marah2 bile bercerita pasal istana tu n kenapa die x duduk je dlm istana tu kalau betul sayangkan harta nenek moyang die?Kenapa die x jaga harta sejarah Malaysia yg bebetul bernilai ni?Kenapa die x bentangkan idea pada kerajaan Malaysia utk jadikan istana ni sebagai muzium sejarah kerabat Mandailing?
    2-Mana pihak perfileman Primeworks dpt kunci istana tu sedangkan dlm statement NST pon kate istana tu dikunci?Mesti salah seorang waris yg dh bagi kunci tu.Tol x?
    3-Kenapa nk salahkan Uncle? (ni bukan nk menangkan Uncle or nk salahkan mana2 pihak) Padahal yg buat skrip n lokasi pengambaran tu dh diaturkan oleh pihak Primeworks.Uncle hanya jalankan tugas sebagai penasihat atau org yang bertanggungjawab keatas apa yg bakal berlaku sekiranya perlu. Patutnya rujuk pada Primeworks, bukan Uncle sendiri...
    4-Pihak yang tak puas hati tdi tu ada ke kunci istana ni?Kalau ada,sila buat press conference n buktikan yg die selalu pergi kat istana tu utk buat lawatan siap dengan gambar sekali...
    Satu je pendapat aku.Kalau orang ni carik publisiti,jgn la ngan cara murah macam ni.Kalau betul sayangkan sejarah keturunan Mandailing,sepatutnya dari awal filem ni diwarwarkan,die dh ke depan untuk bantah atau kutuk filem ni.Kenapa time filem ni dh nk ditayangkan, baru terketok kepala n tersentak lalu menyalak ditepi bukit....
    Fikir2kanlah, dan selamat beramal....
    P/s : mintak maaf kalau persoalan tadi tu menyinggungkan perasaan mana2 pihak. Ini baru persoalan asas, belum secara ilmiah dan mendalam...

    ReplyDelete
  3. huhuhuhuhu.....Pelakon yang kena??? bukan Director yang kena??? kahkahkahkah......ade jugak macam tu erk....sebab ape??? NAMA UNCLESEEKERS kan....cube kalau MAYA KARIN KE....SITI NURHALIZA....Mesti dia Bangga...ala....ni geng2 hari tu gak....bile aku tepon awat payah nak dapat..hurmmm..misteri jugak empunye nombor ni..ntah2 tinggal dalam istana tu....

    ReplyDelete
  4. Mak aaii....sampai sattu keturunan nak turun! Silakan dia org Uncle.... Kiter Org nie takde keturunan ke? Kalau org bertamadun takan leh keluar statement cam tu.....

    ReplyDelete
  5. aku sokong ape yg max2 cakap.... aku rasa kan orang ni nak duit la... sbb tu dia kecoh2..

    tak kan pihak berkenaan nak main rempuh nak buat shoot kan...?

    kenapa bila uncle cakap jumpa pihak primeworks mamat tu nak jumpa uncle.. dia ni nak simbah api kat uncle ni.. dia nak cari gaduh ngan uncle ni...

    mamat ni baru bbtol mengarot lah....otak still x terbuke....setuju dengan panglima api...sbb UNCLESEEKERS die tros nak melenting..cube artis2 lain ade ke die nak berkata begitu..

    aku pun rasa uncle tak takut nak sahut cabaran tu..

    ReplyDelete
  6. lg satu...tolong lah jgn bangga kan sgt dengan keturunan ok.

    ReplyDelete
  7. SALAM~~~


    -seperti apa yang kita tau ISTANA RAJA BILLAH ni memang satu tinggalan sejarah dari Orang bangsawan Mandailing merupakan sebahagiannya daripada masyarakat Melayu dekat Malaysia, dan ada sebahagian dari sumatera.

    persoalan:

    -kenapa baru sekarang bila filem PENUNGGU ISTANA dah ditayangkan baru ada pihak yang bersuara tentang filem ni yang katanya memburuk-burukkan ISTANA BILLAH?

    -kenapa perlu bersenang lenang menilai orang dengan sebelah mata. = buta sejarah?

    -sebelum-sebelum ni ada juga kita dengar pasal story ISTANA BILLAH sering digembar gembur ade cerita yang kurang menarik di media2 lain. kenape pada masa tu pewaris2 ISTANA tak bersuara?

    *ape sebenarnya yang ingin disampaikan wahai si waris istana? atau sekadar ingin mencari publisiti?


    salam,
    mona

    ReplyDelete
  8. SALAM~

    "Kami tak makan orang,kami nak talk.Nak tau apa punca dan selesai masalah ni.Sebab bukan keturunan kami yang dekat sini je tau dan marah,tapi keturunan kami dari tanah Sumatra pun tau dah marah.Kami ada connection dengan mereka di sana.Kami ada society kami.Jadi jangan bakar kemarahan kami."

    -wahai si pewaris, tak perlu nak mendabik dada dengan kaum serumpun. berbincang kan lebih elok. tak perlu nak berkasar kalau ilmu sejengkal.

    "Kalau uncle seorang yang gentle,tolong balas email ni dan datang ke Istana Raja Bilah tu balik tuk berjumpa dengan kami.Bagi penjelasan dekat kami yang masing-masing rasa tak puas hati ni.Ingat la,kami memang tak boleh buat apa sekarang ni tapi tak bermakna kami biarkan benda tu jadi macam tu je.Kami mintak uncle gentle la dengan kami.Tanggung la risiko.Datang balik berjumpa dengan kami je.Tu je.Mintak maaf terkasar bahasa dalam email ni,hati tengah marah.Mintak maaf sekali lagi.Tapi tolong bekerjasama dengan kami waris-waris Istana Raja Bilah."

    -saya sedikit pelik, dalam hal ni kenapa UNCLESEEKERS seorang saja yang dipersoalkan? kemanakah PUAN director?. "tanggung risiko?" risiko ape yang dah UNCLESEEKERS buat? dia ke yang tulis skrip tu? dia ke yg direct? kerjasama dengan UNCLESEEKERS? bagaimana dengan Primeworks SB?

    "Saya nak uncle sendiri jawab pasal ni sebab muka uncle dgn kru-kru dalam filem tu.Be gentleman,jangan tolak masalah tu dekat orang lain.Orang yg uncle bg email tu dia terbitkan filem je,bukan yg berlakon.Uncle dgn kru-kru yang buat dan rakam cerita ni.Malaysia ni bukan besar uncle nak sorokkan diri dari kami"

    -jadi kalau ade muka je dalam filem tu bermakna orang tu yang kena bertanggungjawab?

    "Malaysia ni bukan besar uncle nak sorokkan diri dari kami" "Kalau uncle tak nak bekerjasama dengan kami tuk datang semula ke istana tuk berjumpa dengan kami,kami akan cari uncle atau kami pegi ke next level.Jangan ingat kami tak ada society yang sah tuk buat mcm-mcm tindakan."<--- dah berbunyi macam satu ugutan!


    *tertanya-tanya.
    salam,
    mona

    ReplyDelete
  9. saya setuju dgn sume komen2 tu..
    promo tuk filem ni dah lame dh di iklankan tp kenapa hari pertama filem ni keluar baru nk buat kecoh?

    dan cara dia menghantar email kt uncle mmg nmpk sgt dia ni x matang lgsg..terlalu ikut darah mudanya..kalu betul nk berbincang,cume gtau kate x puas hati je...
    x payah la nk ugut2..

    x perlu la nk cari publisiti dgn cara begini...kalu nk jaga nama baik keturunan Mandailing,jgn la bsikap kurang ajar...itu dah mburukkan keturunan sendiri...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. saya setuju dgn komen2 rakan2 di atas....senang aja uncle.. kalau dia mengaku dia keturunan Mandailing saudara Luqman tunjukkan salasilah atau cop mohor/alatan/bukti warisan Mandailing... tak ada bukti jgn cakap... nak tanya skit...keturunan Mandailing ni asalnya bukan dari Keturunan Batak yg mememeluk Islam? err kwn saya yg berketurunan Mandailing dari Medan yg ckp....

    Janganlah berbangga dgn keturunan saudara Luqman!
    “Hanya orang-orang yang bertaqwa yang paling mulia di sisi Allah SWT.”

    wallahualam

    ReplyDelete
  12. mcm2...knape nk bwak ktrunan skali ? ni mcm nk gduh jer ,,,lg x gentleman camtu ,,nk jge maruah kturunan knon tp die yg mmalukn keturunan die sndiri.. kalau x puas hati sngat jng jmpe kat istana tu wat la pjumpaan kat tmpat len ...plik kan? kate td ia2 je mrah gnekan tmpat tu ...plik2

    ReplyDelete
  13. Salam semua di tujukan khas kepada wani. Siapa yg mencari publisiti uncle atau pewaris. Kerana siapa yg post email pewaris disini? Krew2uncle kan? Pewaris hantar email secara personal kepada uncle. Jadi mengapa krew2 uncle post email tu di sini? Bukan kah ini uncle sendiri yg nak publisitikan filem tuh. Dan apa sebenarnya tujuan filem tu di tayangkan? Nak bagi tahu ada hantu? Hantu tiada tapi iblis syaitan dan jin ada la. Dan siapa yg bertindak kurang ajar kerana krew2 uncle sendiri yg post email tu di sini. Dan sebelum ckp berkenaan dgn batak mandailing dan mandailing selidik dulu. Ada perbezaan antara dua itu. Dan juga selidik dahulu sejarah berkenaan Raja Bilah and Mandailing(Tajuk buku).Sekian.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. macam ini pulak jadi yerk..jumpa jerk lah die org tu aper susah..masuk tempat org kena mintak izin..nk masuk istana pn jumpa pak guard depan pintu masuk istana tau mana ada men redah masuk terus jumpa raja.betul tak?kalau mereka tidak puas hati jumpa ja..tak perlu cop mohor ka apa ka..jumpa buat temujanji sembang trus..kan bagus

    ReplyDelete
  16. Salam.Itulah yg sebenarnya yg pewaris tu nak buat. Sebab tu pewaris tu hantar personal email kat uncle tetapi knp uncle sendiri yg post email tu diblog ini. Itulah yg saya cuba maksudkan unicore.

    ReplyDelete
  17. Salam. Untuk pengetahuan,
    http://rahimtahir.tripod.com/index.html
    http://catalogue.nla.gov.au/Record/3412608
    Harap maklum bukan untuk publisiti. Tetapi untuk penerangan kerana telah ada orang pertama yg mengutarakannya.

    ReplyDelete
  18. Salam. Tiada tanda dan sebab si pewaris mahu membanggakan keturunan tetapi untuk menjaga maruah. Sekian.

    ReplyDelete
  19. Salam. Juga untuk pengetahuan, Jabatan Mezium dan Antikuiti telah pun mengambil alih Istana tersebut. Sekian.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Salam buat Muhammad Salihin...

    Terima kasih di atas penjelasan & info yg diberikan kpd saya :-). Mohon maaf kalau En.Muhammad Salihin terasa dgn statement saya. Sebab itu saya bertanya......

    Saya rasa tak salah kalau uncle berkongsi email tu. Sedikit sebanyak kita tahu masih ada lagi keturunan Raja Bilah yg wujud. Setidak2nya ada yg tampil menceritakan perkara yg sebenar kenapa Istana Bilah ditinggalkan? & merungkaikan misteri Istana Bilah...

    wallahualam

    ReplyDelete
  22. Salam. apakah tidak salah jika personal email yg asal tujuannya hanya untuk personal dan personal perbincangan ilmiah tetapi di postkan atau disharekan di public?. Jika sememangnya lah pewaris mahu publisiti adalah lebih mudah untuk terus buat kenyataan media, tetapi ini tidak berlaku, pewaris hanya hantar personal email untuk perbincangan. Istana tersebut telah ada lebih kurang lebih 100 tahun. Jadi secara logiknya dan matematik, satu generasi purata 60 tahun, jadi semesrinya terdapat generasi yg ke3 dan ke4. Sekian.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Max kena kenali keturunan tu dulu baru la ley pertikaikan semua..jgn setakat bc kt paper je..paper pun byk nipu la ni..

    ReplyDelete
  25. Org yg tak kena pd batang hidung keturunan die sendiri boleh la cakap kan..cuba kalo kena silap2 uncle pun kena saman berjuta2..

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum WBT & salam sejahtera.

    Saya teringat filem 'Titanic' kerana, pada ketika itu Kapal Titanic menjadi perbualan malah, jalan cerita pada "sejarah" asalnya juga dinobatkan sehinggakan, filem tersebut masih belum ada tandingan kehebatannya.

    Sesunggunya filem diterbitkan mengikut citarasa penonton samada, cerita asalnya ditokok tambah atau, ceritanya sama sekali tidak benar, ianya sepatutnya dihargai kerana, masih ada yang sedia mengembalikan "Sejarah" itu.

    Kesimpulanya, bersyukurlah "Sejarah Istana Billah" mendapat tempat pengiat seni tanahair untuk menghidupkan semula Istana tersebut seperti kehebatan Kapal Titanic itu boleh tenggelam.

    Sekian, salam hormat dan terima kasih.

    p/s: Isu keturunan/salasilah bukanlah isu yang perlu menjadi keutamaan dalam industri perfileman tetapi, "Sejarah" yang dinobatkan itu perlulah menjadi kebanggaan kepada keturunan/salasilah itu sendiri untuk menghargainya apabila ianya dipertontonkan. ;-)

    ReplyDelete
  27. Tolong baca dengan intonasi yang sesuai..bukan nada marah atau kurang ajar.. Ini adalah pendapat..

    1. Pihak uncle seekers seharusnya REMOVEKAN dulu page nih. Yang PERSONAL tetap PERSONAL. Jika tidak, ini akan memburukkan lagi keadaan.

    2. Yang tak tahu menahu, jgnla bagi komen membabi buta.

    3. Isunya sekarang, pewaris highlightkan pasal maruah sebab jalan cerita yang KURANG elok dan menyinggung hati pewaris.

    4. Ini bukan kali pertama, pengambaran dilakukan di Istana ini. Dah banyak filem yang dah buat pengambaran dalam Istana itu. Contoh yang masih saya ingat Jimi Asmara. Tiada masalah yang timbul. Itu lah hasil dari perbincangan yang berkesan. Bukan isu duit atau publisiti. Biarlah pewaris yang berurusan dengan pihak uncle seekers dan Primeworks

    ReplyDelete
  28. dah terbukti kot pasal kat istana 2....yg si pewaris ny agak mcm bagus nape erkk???aku sokong 100% ckap si max2...heboh beno pasal keturunan kau tu...baek ko n kaum kerabat ko renovate istana uw,dduk rmai2.......hal cmni pon nak besar2 an..uncle gak yg jadi mgsa....ilex2 je uncle,xpyah goyang sama dy...truskan lagi....saya support....

    ReplyDelete
  29. salam..crite ni..best..dy brdasarkn crite btol kn..means that ap yg kami tgk 2 tape dwng kn..nk tnye soklan

    1.peh dwng mati 2..sara p mne..kamera2 uncle 2 spe yg p amik kt istana 2??

    crte ni x de kesudahan yg btol..sume trtnye2..lau boleh nk uncle trg kn skit la ap jd kt sara 2..eh3..plizz..cz sy da tgk cter ni..

    ReplyDelete
  30. okay , saya juga dari mandailing . saye ta kesa kalau ingin mengejek pelakuannyea menyerang uncle cume jgn ejek keturunan :)
    thanks :)

    ReplyDelete
  31. Salam.. Ni komen pertama sy dalam blog uncle ni.. sy terniat nak komen sbab sy ade sesuatu yg sy betul2 nak tau.. harap ade yg sudi membntu.. sy ni peminat setia novel legenda Tamar Jalis Siri Bercakap dengan Jin.. Kan dalam salah satu novel die ade kisah tentang Istana Billah ni .. sy nak tau, cerita dalam buku Tamar Jalis tu mmg betul berlaku ke atau hanya sekadar rekaan Tamar Jalis je?? dan kalau boleh bagi la list blog2 keturunan Mandailing yg sy boleh lawati.. Sebab ade kaitan ngan novel tu yg jadi sy nak tau sgt tu.. sesiapa yg boleh jawab, email sy k.. muhdluqman_3103@yahoo.com .. sekian wsalam..

    ReplyDelete
  32. istana tu dkat ngan hutan, bukan ada org tinggal...klau jenguk2,cuci2 habuk tu mungkin ada la.........x mustahil syaitan bertapak kat situ......kenapa dia nk marah....

    ReplyDelete
  33. jgn ckp mcm 2 bro.. ingat! kalau u n uncle dpt halang sesuatu yg dihantar melalui laut selatan indonesia pon xpe coz ada sesuatu yg dpt dihantar pada kamu tanpa melalui lautan pon ad.. utara.. utara ko sti tau, jiran je.. tp kalu itu pon u tahan u bleh sembelih penunggu yg membunuh 2... nak test??? lain kali beradap ckit ble bckp.. jgn sampai lidahmu kaku hingga ?hari dan hari ke? cuma tggal nama je.. anggap je ni ckp kosong kalu u btul nak try... dari utara ianya 3beradik... dari lautan ianya bersendirian...

    ReplyDelete
  34. salam, nak tau kata kisah benar, bukan lakonan semula *confused with all the facts, can someone tell me the truth about this film, because it s freakin me nuts thinking bout it

    ReplyDelete
  35. hek eleh...rilex uncle so bila nak datang sabah ni?? try test cni plak...

    kalau boleh...mintak seekers check dekat sabah ni banyak binatang halus dekat cni..3 beradik dari utara pun mungkin lari p selatan ni..stakat nk menunjuk2 sy pun boleh cakap dekat blog.datang cni tunjuk belang..uncle seeker diam2 dia pulak yang marah2..

    ReplyDelete
  36. sblum ni istana tu kelihatan jelas x di selenggarakan dgn baik.... maksudnya ada pihak atau waris yang bersungguh2 menjaga kawasan atau tempat tu... tp bila timbul hal mcm ni serta merta die mendabik dada seolah2 mereka telah bertanggungjawap penuh dan menjaga tempat itu dengan baik.... mungkin jika waris2 istana tersebut awal2 lagi bertanggungjawap menguruskan tempat tu... saya rasa masaalah ni xkan timbul... contohnya meletakkan pengawal dan pekerja penyelenggaraan. soal ade sesuatu disitu... sendiri mau igt la... he he he.....

    ReplyDelete
  37. kecoh....nak bangga sgt dgn mandaling ko 2.... filem ja pun ni... brp kali dia nak tekankan MANDALING2....kesian...org lain pun anak sultan,,,raja x juga kebaruan!

    ReplyDelete
  38. Ik ben grote bruine beerSeptember 1, 2011 at 6:20 AM

    Never heard of Mandailing before. Maybe it's not as big as my Javanese ancestor. Javanese ruled most part of Indonesia in those days. We have Javanese in Surinam, Amsterdam, Brussels, South Africa and many more. Ik ben grote Javaanse van Brussel. Oops, Mandailing don't speak Dutch. It means I am a proud Javanese from Brussels. Bedankt!! Oops, Sorry again, Mandailing don't speak Dutch. I said Thanks!.

    ReplyDelete
  39. habis kes pembunuhan dalam istana tu siapa pula nak bertanggungjawab???

    ReplyDelete
  40. Saya ucapkan terima kasih pada uncle kerana telah popularkan kisah istana yang kian pudar... sy telah melawat istana ini dan org pekan papan gelarkan rumah besar bukan istana dan makam raja billah sudah sy ziarah dichangkat piatu.. dan dilereng bukit berhampiran istana papan masih banyak istana yg indah yg tidak boleh dilihat dengan mata kasar kecuali dengan izin allah swt... aminn....

    ReplyDelete
  41. kita merasakan tidak patut uncle meletakkan email ini di dalam blog. Kerana email tersebut bukan bertujuan untuk berbangga diri mahupun keturuan, tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati mereka (pihak penjaga mahupun orang keturunan Mandailing).

    Keturunan mereka juga kita tidak boleh perlekehkan begitu juga dengan asal usul keturunan kita sendiri. Masing-masing hormat keturunan sendiri dan oleh itu tidak timbul juga pertikaian samada mereka benar-benar penjaga istana tersebut atau tidak.

    Apa yang kita dapat sekiranya bukti diberi bahawa mereka benar-benar keturunan Mandailing? Cukuplah sekadar kita menghormati kaum/keturunan masing-masing.

    Harap uncle dan pihak penjaga istana dapat menyelesaikan segala kesulitan dengan segera. Mari kita mendoakan yang terbaik untuk mereka...amin..

    ReplyDelete
  42. Salam..
    Pd dasarnya sy hya sekadar nk baca artikel ttg Istana Bilah nie dan bc komen2 dr komentar yg agak profesional..tp sy terpanggil stlh membaca segala komen berkaitan email dr Saudara Luqman yg mengatakan beliau seorg waris dr Raja Bilah.
    Pd pndpt sy sememangnya tak sepatutnya wakil dr uncleseekers mempamerkan email tersebut.Sy terfikir atas tujuan apa kalian mempamerkan email tersebut krn email itu merupakan 1 email yg berbentuk personal.Tetapi apa blh buat..email dah pun dipaparkan dan komen2 telah disuarakan.Ada yg baik ada yg buruk..tetapi itu adalah suara2 manusia yg mempunyai pendapat masing2.
    Kepada anda yang menuding jari kpd Saudara Luqman..sy rs x sepatutnya buat mcm tu..krn beliau mempertahankan darjat keturunan beliau sahaja.Mempertahankan salasilah dan sejarah Istana Raja Bilah.Menjaga nama baik keturunan Di Raja.Filem Titanic dan Istana Bilah jangan diperbandingkan.Jauh bezanya krn Titanic adalah sebuah kapal yang tenggelam akibat melanggar bongkah ais.Manakala Istana Bilah yg dibuat filem berunsur seram.Jadi..dimana sejarah nya?Apa yg bakal diceritakan kpd anak2 masa hadapan tentang Istana Bilah?Takkan hya sekadar mengatakan Istana Bilah tiada apa2 sejarah hanya berhantu semata2?
    Kepada insan2 yang mengutuk (komentar)...sy nak tya...apakah perasaan anda sekiranya keturunan anda dipertikaikan?Jgn mengutuk keturunan org lain wlupun dia dr keturunan batak sekalipun.Saya juga keturunan Maindailing..Keturunan Maindailing bangga dgn keturunannya.Jadi kami tak suka seandainya org memperkecilkan keturunan dan sejarah kami.Mungkin pd anda terutamanya pd Liyxa Higuain,wani,intan marliana,Anonymous dan sesapa saja yg mengutuk keturunan org lain..mengatakan keturunan itu tak penting tp seandainya kalian berada dipihak Saudara Luqman dan waris2 keturunan Raja Bilah pasti akan merasakan sesuatu yang tak puas hati.
    Pada sy adalah lebih baik jika hendak dibuat filem...buatlah berdasarkan sejarahnya..bukan seramnya.Sbb ia melibatkan keturunan dan waris Raja Bilah dan Istana yang gah suatu masa dulu iaitu Istana Papan atau lbh popular skrg nie Istana Raja Bilah!Kalau nak buat cerita hantu..buat sepertimana Pontianak Harum Sundal Malam yang tidak ada menyentuh isu2 keluarga diraja.
    Maafkan andai tersalah bicara.
    Assalamualaikum WBT

    ReplyDelete
  43. peliknya dua soalan saya buat

    1. macammana luqman boleh masuk intenet

    2. siti tiada line

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.