Thursday, April 26, 2012

Si Paranormal Yang Aku Benci

Si Paranormal Yang Aku Benci


Salam,

Uncle apa khabar? saya ni salah seorang yang mengikuti perkembangan blog uncle. meminati gaya penulisan juga tajuk-tajuk yang disiarkan. kira-kira sudah satu tahun,

Sebenarnya, sebelum ini saya boleh dikatakan anti kepada uncle untuk bertahun-tahun lamanya, rasa sangat menyampah setiap kali melihat rancangan uncle ke udara (kalau tak silap di ntv7) pd zaman dulu-dulu, malah sehingga ke saat ini saya tidak pernah meminati uncle sebagai yang terlibat dalam alam paranormal. Tp dimaklumkan adik beradik saya seramai baki 5 orang tu mmg gilakan projek-projek uncle siap skali dengan beli cd, buku, kumpul artikel dan sebagai nyer.


Kalau berkumpul di kampung bercuti, semua nak layan CD yang ada cerita paranormal uncle, poyo kan? saya selalu ckp tolong la jgn membodohkan diri sendiri di tipu uncle and friends n tolong lah jgn libatkan generasi seterusnya (anak saya dan anak buah yang lain) merosakkan pemikiran mereka.


Tp dalam saya geram dan benci dengan uncle, itu yg menyebabkan saya mengikuti blog uncle boleh dikatakan setiap 2/3 hari saya akan buka dan baca. Di dalam blog ini saya dapat lihat sisi uncle yg lain sebagai insan biasa yg lain, yg punya rasa, perasaan dan melakukan aktiviti-aktiviti manusia normal


Antara yang saya minat adalah seksyen resepi kegemaran uncle, kelakar kan saya belajar masak menggunakan panduan dari blog si paranormal berbanding blog masakan terkenal yang lain. Saya akui semua makanan kegemaran uncle sama seperti kegemaran saya, cara masakan yang simple, guna bahan sediada dan tidak over seperti resepi lain menyebabkan saya jatuh cinta. bayangkan resepi bayam masak air dengan sardin pun ada...


Cerita-cerita politik yang lain tu saya mmg layan, sya terkejut dengan penggunaan bahasa serta tuduhan-tuduhan sert akritik yang ekstrimis dari uncle untuk mereka semua, tp heran kan? uncle tak pnh kena warning ke atau ugut ke apa ke? tapi saya dapat rasakan uncle ni seorang yang bold dan berani. kalau tak takkan kawan dengan hantu kan


Ok la uncle tujuan saya menulis emel ni sebenarnya saja2 je. apa yg sya cuma nak sampaikan, walaupun sya mmg seorang yang tak percaya tentang paranormal dan memang sesungguhnya menentang orang terdekat saya dari terpengaruh dengan cerita2 hantu uncle (yg saya anggap karut), saya sebenarnya adalah peminat uncle dari sisi yang lain.

So, keep up the good work dan selamat maju jaya

Wasalam

Thank you/ Terima kasih

dipadam

Jawapan,
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meghantar email.

Mengkritik bukan bererti menentang
Menyetujui pula tak semestinya menyokong
Menegur tak bermakna membenci.
Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Jemputlah singgah kerumah bersama keluarga kalau ada kelapangan. Bawalah tuala lebih sikit kalau nak berkelah sebab selalunya mereka terlupa nak pulangkan balik tuala saya.

Sekadar berkongsi, saya hanya menjayakan dalam program seekers di NTV7 hanya untuk musim pertama dan kedua. Yang lain tu saya tidak terbabit langsung.

12 comments:

  1. The Truth Will Come
    hahaha..
    terlepas pandang la tu bro..
    sekarang baru rajin menilai masuk blog uncle.. kelakar la email tu..

    ReplyDelete
  2. email ni comel la

    ReplyDelete
  3. blog uncle mmg blog yg unik.mane ade blog lain berani2 nk hentam pemimpin depan2.suka blog uncle sebab uncle suka berterus terang.tak yah berkias2.senang nak faham..

    ReplyDelete
  4. bestnye kena jemput ole uncle dtg ke janda baik..hehe

    ReplyDelete
  5. ayat uncle dlm blog mcm sial & angkuh..tp sbnarnye ada maksud yg kite perlu faham dan kena tahu ape sbnarnye berlaku..pe2 pun..uncle mmg sempoi tp ayat kerek nak mampus.

    ReplyDelete
  6. salam uncle;

    utk pengetahuan, saya dulu pun sama kapal ngan si pengirim emel tu...memang x suker uncle disebabkan citer seekers tu yg nampak macam dibuat2,bohong,x real & cuma nk naikkan rating jer.

    tapi selepas terbaca blog uncle ni, terus jadi suker sbb dpt mengenali uncle dari sisi yg lain. terutama bab2 'seek to the truth' tentang org2 kenamaan ni yg mane mmg ramai di luar sana yg takut utk mendedahkan kebenaran.

    yang pasti saya sudah jatuh cinta dengan rumah pak habib...

    ReplyDelete
  7. saya sama pendapat ngan si pengirim emel...dari benci menjadi suka! sbb melihat uncle dari sisi yg lain bukan seperti di seekers!

    sembah ratu kt uncle sbb berani mendedahkan kepincangan org2 kenamaan ni..x ramai yg seberani uncle.

    yg pasti saya sudah jatuh cinta dgn rumah pak habib....hehehh

    ~susah tul nk leave comment kt blog uncle, asyik x lepas jer~

    ReplyDelete
  8. Salam, apa yg kelakarnye email saya tu..sedih hati i you..penat saya tgu uncle balas email sya rupanyer dh publish dlm blog..apala uncle ni email tu untuk uncle la, malu wooo....sya sms husband suh bukak blog, dia pulak yg sibuk nak menyinggah umah pak habib..:)

    ReplyDelete
  9. bro,
    bahasa ko mmg best...bahasa yg selalu aku gunakan jugak...ko tidak hipokrit...senang citer, ko hentam semua org yg ko rasa tidak betul...tapi, tak semestinya aku bleh percaya semua citer ko...kekdg pon, ko dpt sourcing dari malaon yg bermasalah jugak....tak gitu bro???

    layan blog ko ni....aku dpt mendalami jiwa ko yg cool....cuma ko senang percaya kat kwn2 baru...itu pasal ko selalu kena kencing dgn malaon2 yg hati tak bersih dan suka megambil kesempatan atas kebaikan org... tak gitu bro??? ada masa, aku nak ngeteh ngan bro...boleh?

    nazz

    ReplyDelete
  10. Bak kata Abg...
    if seorang yang membenci kita,Allah akan gandakan sahabat kita dengan 10,If 10 yang menyampah kt kite,Allah akan gandakan sahabat kita dengan 100.Alhamdulillah,betul cakap Abg....

    ReplyDelete
  11. Saya pn sm. dulu x suka skrg suka baca blog uncle. rutin dh skrg ni. uncle kn hari2 kuar kn cerita dlm blog ni k.

    ReplyDelete
  12. actually tak minat seekers... tp penah sakit ati cause u kata mamak (bapa saudara) i jadi pontianak kat sungai buloh, (kisah kubur mangsa 13 mei ditanam sekali dalam satu liang lahat di hospital kusta sungai buloh), cukup suka u hentam fadilah kamsah... haha, nasib lah his wife masih satu fac dengan i, mebi u ingat kita pernah bual sebentar di myspace, den mula buka blOg u ni pasal www1... lu mmg anak jantan... thumb up... :D

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.