Monday, June 11, 2012

Pembongkaran SPEEDLINE.INC (PART 2)

Pembongkaran SPEEDLINE.INC (PART 2)

Speedline.Inc di tubuhkan di England dan didaftar di Canary Wharft, Level 18,40 Bank Street London ET4SNR.

Sijil ini bernombor 7472624, di (klik) (laman web yang menyatakan senarai semua perusahaan dan perniagan di UK) tapi anehnya ia didaftarkan di atas nama seorang warganegara Bangladesh, iaitu Mr Biswajit Naha, Nationality: Bangladesh dan Alamatnya di Kelsall Road . Ini sangat berbeza dengan alamat yang dinyatakan dalam sijil yang tertera di www.speedline-inc.com, iaitu Canary Wharf. Hmm... Bagaimana ya... Sekeping sijil yang sama, bahkan mempunyai no.siri yang sama menyatakan info yang berbeza.....Pelik....

Kononnya Speedline ini dimiliki oleh warga Poland yang menetap di England dikenali dengan nama Dr Igov.

Inilah wajah warga asing yang dibayar oleh Harisul a.k.a @ Aariz untuk berpura-pura sebagai pemilik Speedline mutlak dari UK.

Malang nya itu adalah mainan wayang dari si penipu yg bernama Aariz Rizman yg sebenarnya adalah pemilik mutlak Speedline.Inc…. Dia beraksi seolah-olah dia juga sebagai investor dan membuat gambaran seolah2 SL ( Speedline ) adalah perusahaan dari UK.

Padahal tidak ada apa-apa bukti yang menyatakan bahawa SL berasal dari UK selain daripada alamat yang tertera dihttp://www.speedline-inc.com/speedline/organization-chart/ .

Tidak ada nombor telefon mahupun sebarang alternative untuk dihubungi...Ini menjadikan Speeline itu sendiri sebagai satu perusahaan yang sangat sulit dan MISTERI ..

Dia telah mereka cerita bahawa office yang beralamat di tingkat 8 Menara PAVILION adalh sebagai salah satu wakil dari Asia yg akan menjadi perantaraan dan juga merupakan salah satu Agen mewakili pasaran Asia Pasifik. Tapi itu adalah salah satu penipuan terancang yg dilakukan oleh nya.


Segala aktiviti perniagaan SL dilakukan di office yang beralamat di Tingkat 8 Menara PAVILION dan bukan lah seperti di canangkan oleh si penipu bahawa HQ nye berada di UK…Ramai pelabur yang telah mengalami kerugian besar akibat cerita rekaan oleh si penipu besar ini..

Salah satu gambar bukti kerjasama mereka dalam PENIPUAN Speedline.

Die telah memperalatkan mat saleh ini dengan niat untk mengaburi mata pelabur2 nya…Dengan hasil penipuan nye seramai lebih kurang 500,000 pelabur diserata Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand telah terpedaya dengan idea memperalatkan seorang warga asing sebagai owner Syarikat terbabit…



Untuk info pembaca, majoriti mangsa pelabur adalah dari Negara jiran (INDONESIA) yang mempunyai jumlah penduduk lebih dari 200 juta. Ini adalah salah satu agenda yg telah dirancang oleh si penipu untuk mengutip hasil yang belipat kali ganda.

Hamba Allah
(Harap uncle dapat merahsiakan maklumat tentang diri saya)

Part 3 - Menyusul...

Komen - No hal! Kalau ada bukti anda dizalimi, saya akan paparkan diblog ini.

1 comment:

  1. Orang Meleis ni kena khatam blog aididmuaddib baru tak mudah jadi mangsa benda2 bodoh macam ni.

    ReplyDelete

Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.

1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).

2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.