Kerana Kurma Bilik berasap!
Sedang aku mengusap ular kesayangan aku yang sedang sakit akibat tersepit dalam lubang penutup sangkar besi, tetiba aku teringat kata-kata Kak Mem iaitu isteri kepada Bro Fini (empunya banglo Saufiville).
"You tahu Uncle, satu bilik berasap. I dah cakap dengan Fini, mulut tu jangan celupar!"
Bro Fini tersenyum memandang aku sambil ketawa kecil. Beliau yang aku kenali adalah seorang yang sangat cool dan sentiasa mengukir senyuman.
"Fini ni memang tak suka makan kurma. I dah pesan kat dia kalau tak nak terima pelawaan atau sedekah orang, tolaklah cara baik"
"I memang tak suka buah kurma Uncle, orang tu pulak bersungguh-sungguh nak beri" celah Bro Fini
Aku memang suka kalau Bro Fini ni berbual, cara dia bercakap ada stail lain macam sikit. (kalau korang umur panjang dan terjumpa dengan dia di Saufiville, perhatikan cara dia berkomunikasi. He..he...)
"Masa tu kami buat umrah, ada sorang ni beri sedekah buah kurma pada Fini tapi dia tolak. Bila kami balik hotel, habis satu bilik tu berasap macam kabus! lima kali lebih tebal dari kabus sekarang" Wajahnya Kak Mem bersungguh-sungguh menceritakan pengalaman uniknya.
Boleh kata setiap malam persekitaran Saufiville berkabus dan dingin.
"Kami keluar dari bilik dan minta tukar bilik baru"
Aku layan jer cerita dia sebab aku nak menikmati puding+ aiskrim yang dia buat. Aku memang tabik spring kat Kak Mem ni, apa pun dia masak memang 5 bintang! Sedap siot. Yang paling aku suka sekali dia punya Chicken Chop. Dulu aku memang tak suka makan benda alah ni, tapi mungkin disebabkan air tangan dia buat aku suker giler!
Bro Fini ni plak, boleh dikatakan setiap hari sekitar 6petang hingga 7.15malam dia mesti call aku tanya dah makan ke belom? (macam biasala, aku ni tak reti masak, kena makan kedailah hari-hari). Semalam dia ajak aku makan kari kambing, sambal terung dan telur dadar.
Kuah kari meletop tapi daging kambingnya kureng sikit sebab aku suka bahagian kaki depan sebab lebih lembut dan sedap rasanya.
Lagi satu, semua minuman yang Mem buat sedap dia lain macam! Serius! Seperti biasalah yang tak bestnya kalau order punyalah lambat nak tunggu! Mungkin Kak Mem buat yang terbaik untuk pelanggannya.
Kalau korang semua nak datang makan kat sana, aku dimaklumkan kena booking 2 jam lebih awal! Bilik tak silap aku dah penuh sampai bulan April ni (weekend). Kalau nak minta diskaun 'petik' nama aku.
Berbalik cerita bilik berkabus tu, aku masih mencari sesuatu....
Berbalik cerita bilik berkabus tu, aku masih mencari sesuatu....
2 comments:
Uncle,
Mohon share contact no resort ni..jenuh mencari di internet (ke saya yg tak pandai cari).. nak bawak bapa mertua yg tak berapa sihat beristirehat di sana...mana tau leh kurang sikit resah hati dia...- Zarini
cuba hubungi no ini 0192221064
Post a Comment