Lelaki & Wanita Negara Mana Paling Curang Dalam Dunia?
Lelaki 1. Thailand - 54% 2. Korea Selatan - 34% 3. Malaysia - 33% 4. Rusia - 32% 5. Hong Kong - 29%
Wanita 1. Nigeria - 62% 2. Thailand - 59% 3. Malaysia - 39% 4. Russia - 33% 5. Singapura - 19%
Kajian yang dibuat oleh Durex terhadap 29,000 orang dari 36 negara. Lapuran akhbar tersebut juga menyatakan lelaki Malaysia pernah 'buat cinta' dengan 3 burung yang berbeza berbanding lelaki Singapura dan Hongkong pula merasai 16 burung sepanjang hidup mereka (tak termasuk spesis gay).(The China Post 6-12-2011)
Sambil berbual dengan adek angkat aku mengenai tajuk pergolakan rumahtangga bangsa Melayu kita (sebab dia dalam proses penceraian!), aku maklumkan padanya melalui pengalaman orang tua-tua dulu, selalunya ada 3 peringkat. Pertama selepas 4 bulan pertama perkahwinan, kemudian tahun yang kedua dan akhir sekali ketika lelaki masuk gerbang 40 tahun keatas dan faktor utama adalah masalah kewangan, mertua dan lain-lain.
HotBaby - Crystal Waterproof Rabbit Vibrator
Sebentar tadi, sewaktu kami sedang makan nasi ayam (beli kat Janda Baik), beliau menceritakan pengalamannya sewaktu mengalami masalah kewangan dalam perniagaan satu tika dulu, beliau pernah menjual secara 'vibrator'. secara online untuk mencari wang tambahan. Vibrator yang paling laku adalah 'HotBaby - Crystal Waterproof Rabbit Vibrator' dengan harga RM148. Beliau untung RM20 satu.(kos RM128). Kebanyakan pembeli (walaupun pembeli menggunakan nama samaran) adalah kaum wanita bangsa Melayu. Secara logiknya, kalaulah spesis kaum 'gay' yang order, yang bergetar berbentuk 'rabbit' tu fungsinya untuk apa pula? Melainkanlah spesis 'lesbi' ataupengkid yang beli tetapi tetap gadis Melayu. kan..kan..kan?
Mungkin mereka fikir dari berzina dan dapat penyakit atau terikat dengan pelbagai masalah dengan boyfriend adalah sebaiknya melepaskan gersang kadar segera dengan cara capmelan dengan vibrator atau dengan jari pun boleeh..
Sabun dibilik mandi..
42% lebih suka membeli vibrator secara online(klik). India prefer yang ori..he he
Kajian dari Durex tentang penggunaan vibrator di Malaysia dan negara lain. USA ngan Australia paling ramai. Fuiyoo..lelaki tak laku..
How the research was conducted Based on the number of respondents from 41 countries, the 2005 Durex Global Sex Survey is the largest sexual health research project of its kind in the world. Now in its ninth year, the survey has quadrupled in size since its launch and covers 41 countries - newcomers this year included Indonesia and Chile. This is the fourth year that this survey has been carried out via the durex.com website and responses have been analysed by sex and age to give an in-depth and truly global picture of sexual attitudes and behaviour.(klik)
Semua boleh! nak buang yang kecikke, yang besarke, stail duduk, berdiri dan cangkung. Yang tak boleh cuma baring jer dan tiada penyerap bunyi yang tak dingini...
Kelebihan stail duduk
1. Lebih mudah untuk buat aktiviti sampingan (potong-potong kuku, belek-belek bulu, baca majalah, suratkhabar, bergayut dan sms dengan orang tersayang, berinternet, main game, layan mp3, dan mencabut bulu ketiak)
2. Lebih selesa
3. Ilham datang mencurah-curah
4. Pemandangan ‘hasil cernaan’ terselindung oleh posisi duduk
5. Risiko tembakan tersasar keluar dari sasaran sangat rendah. kalau ceberet pun..semua sisa-sisa ‘hasil cernaan’ masuk terus ke mangkuk tandas.
6. Yang jenis ada auto wash, pancutan air terus kat ‘asshole’ takyah guna tangan untuk basuh .. kalau yang ada pengering tu lagi besh siap tolong keringkan sekali.
7. Kalau kita lama-lama kat dalam tu tak lah penat...
8. Kalau tandas cantik, bersih dan harum kadang-kadang kita terlupa yang sebenarnya kita dalam tandas!
Keburukan
1. Kalau ditandas awam, ada perkara terpaksa lakukan terlebih dahulu seperti kena bersihkan tempat duduk tu...pastu nak kena lap dulu dan kalau dah tak tahan terus cangkung aje atas tempat duduk tu...kalau badan besar lagi teruk, kalau mencangkung atas tempat duduk tu takut pecah...lagi lah haru...last-last berak sambil berdiri... kisah benar ni..
2. Menyangkung atas mangkuk tandas, feel dia ada sikit lari.
3. Kalau ada ‘hasil cernaan’ yang padat, pendek dan besar apabila jatuh (momentum ‘hasil cernaan’ yang gugur) selalunya, air dalam mangkuk tandas akan terpercik terkena paha dan punggung sekali. Selain mencuci ‘asshole’ jawabnya kena basuh keseluruhan punggunglah..hi hi..
4. ‘Hasil cernaan’ akan mengembang bersama air dan hilanglah keseniannya.
5. Zakar akan bersentuh dengan hujung mangkuk.
6. Kalau ‘tong’ diluar rumah tu dah penuh – hati memang panas sebab ‘hasil cernaan’ akan keluar balik. Cipet betul!
7. Terasa seperti tersepit.
8. Bunyi ‘hasil cernaan’ jatuh amat memalukan. Tip untuk mengurangkan bunyi yang kurang menyenangkan terutama bertandang kerumah orang adalah letakkan beberapa helai tisu kedalam air mangkuk tandas itu... tisu tadi bertindak sebagai agen menyerap hentakan ‘hasil cernaan’ apabila jatuh ke permukaan air dan sekaligus bertindak sebagai perangkap bunyi dan serta menghalang air dari memercik...Bagi menghilang atau mengurangkan bunyi kentut semasa meneran tu, tutuplah kedua belah telinga menggunakan tapak tangan..hi..hi
9. Sebenarnya, ‘melepaskan hajat’ perlu ada skill (latihan berulangkali amat digalakkan). Bila kita sudah mengusai skill ‘melepaskan hajat’ peringkat tertinggi kita akan tahu ‘hasil cernaan’ yang bakal dilahirkan itu akan mengundang percikan air bercampur ‘hasil cernaan’ atau tidak. Ini akan memudahkan kita membuat persediaan awal demi menjaga maruah punggung dari terkena percikan. Selalunya ‘hasil cernaan’ yang runcing hujungnya tidak akan menimbulkan masalah percikan berlebihan. Bentuk yang sebegitu akan dapat merentasi halangan air dan terapung dengan aman. Konsepnya sama seperti penerjun papan anjal. Selalunya ‘hasil cernaan’ yang tidak sekata bentuknya akan menimbulkan masalah. Ini yang kita harus berjaga-jaga. Bila ‘hasil cernaan’ jatuh saja, kita seharusnya bersedia untuk bangun sedikit dari posisi duduk. Teknik ini memerlukan masa dan kesabaran untuk dimahirkan. Paling efektif untuk memahirkan teknik ini adalah dengan kekerapan buat peraduan untuk diri sendiri ketika ‘melepaskan hajat’ Beri markah pada setiap jatuhan ‘hasil cernaan’ yang paling kurang percikannya maka markah yang tertinggi harus diberi. Semuga anda sukses..hi hi
Kelebihan stail Cangkung
1. Tiada sentuhan secara terus antara paha dan mangkuk tandas.
2. Produktiviti pengeluaran ‘hasil cernaan’ lebih lancar.
3. Kalau air dari flush rosak, jirus dengan air selesai masalah dan ‘hasil cernaan’ dapat disembunyikan dari pandangan.
4. Untuk wanita - Sangat baik untuk menjana latihan "kemut sampai patah". Lakukan senaman kemut 5 minit setiap sesi 7 kali sehari. Sedap wooo..
Keburukan
1. Untuk perut yang boroi, kaki yang lemah kalau spesis yang suka bertafakur boleh mengakibatkan kaki kebas dan lenguh.
2. Hasil seni ‘hasil cernaan’ akan jelas kelihatan kerana pemandangan bahagian bawahnya agak terbuka. Walaupun kita buat-buat tak nak tengok, namun kelibat ‘hasil cernaan’ itu tetap akan menangkap dihujung anak mata. Akibatnya kita akan tengok jugak akhirnya sebab kita nak sahkan bentuk bayangan yang kita lihat itu samada realiti atau bayangan gurauan. Hi.. hi..(‘Hasil cernaan’ itu keluar dari dalam tubuh kita sendiri.... bentuk, warna dan harumannya datang dari dalam perut kita sendiri apa yang kita makan setiap hari. Jika difikirkan dari sudut spiritual..akan membawa kesedaran dan rasa rendah diri terhadap diri kita sebagai manusia yang kadang-kadang terasa diri ini terlalu besar kerana pangkat, kuasa dan harta. Sehebat mana pun diri kita ini.. secantik mana pun wajah kita ini..walau kita disanjung...dipuji di julang betapa hebat sekalipun.... ‘hasil cernaan’ kita sama dengan manusia yang lain)
3. 'Hasil cernaan’ kadangkala boleh merecik kat kaki pulak kalau ceberet.
4. Kalau ‘hasil cernaan’ yang jenis melekit, pasti akan melekat pada permukaan mangkuk tandas. Bila dah flush sekalipun pasti ada sisa-sisa yang melekat kat permukaan tu. Akibatnya kita terpaksa melakukan ‘overtime’ tak bergaji untuk memberus sisa ‘hasil cernaan’ itu dengan toilet brush. Untuk mengelakkan dari membuat kerja yang tak berfaedah ini berterusan alirkan air ke mangkuk tandas tanpa henti perlahan-lahan. Teknik ini akan menjadikan mangkuk tandas menjadi licin dan ‘hasil cernaan’ akan terus jatuh dibawa arus air yang mengalir ke dasar lubang tandas. Cara ini agak membazirkan air namun pemandangan ‘hasil cernaan’ yang mengerikan dapat dihindarkan. Selain harumanya juga akan mengurangkan bau sekeliling serta dapat ‘cover line’ bunyi kentut yang bersepah ketika ceberet. Hi..hi
Kesimpulan
Mungkin ‘melepaskan hajat’ dengan cara menyangkung lebih fleksibel kerana boleh dilakukannya dimana-mana sahaja kalau terdesak (ditepi jalan, dalam semak, atas titi) tandas duduk kita boleh menyangkung, Pendek kata berak cangkung ni universal.
“Melepaskan hajat’ dengan cara menyangkung atas tandas duduk nampak lebih brutal. Mereka Dahla mangkuk tandas tu tinggi, pastu bertenggek plak atas tu. Memang takde seni langsung! Tapi kalau dipikir-pikirkan balik, sesiapa yang ‘melepaskan hajat’ dengan cara begini cangkung adalah seorang opportunist dan hardcore. (Kepuasan ‘melepaskan hajat’ dengan menyangkung dan dapat melakukannya diatas tandas duduk yang moden & effisyen).
Bagi mereka yang tak tau menyangkung ketika hendak 'melepaskan hajat' agak susah sikit kalau terdesak. Tak taulah kalau ada spesis yang tetap nak duduk juga dalam tandas cangkung!
Walau apapun cara kita 'melepaskan hajat' samada ditandas cangkung atau tandas duduk, kita tetap Orang Melayu!
Tadaaa.. Ruang masuk kebilik air dan bilik utama tido aku. Ariff anak latiff mengambil masa 8 jam untuk menyiapkan ruang sekecil ini. Kos tidak lebih RM220.
Boleh kata keperluan bilik tido (pandangan sebelah kanan) sudah 70% siap (klik). Takder cermin atas siling, cermin condong sebelah dinding pun ok gak. Ahakz!
Kalau tambah satu almari rasanya dah ok kot. Yeaah...tahun depan dah boleh nikah..
Aku terima nikahnya......bte....dengan maskawennya...ermmmph..emas kawen selangor berapa ek? Terengganu? Kelantan? Penang? Kedah? yang paling murah kat johor kot. 25 hengget jer..
Dulu bilik ni hampir 6 bulan tak boleh digunakan sebab bumbungnya bocor. Hampir jadi bilik berpuaka. Aku manalah tau nak repair bumbung. Ariff anak Latiff yang bersusah payah 'repair' dari petang sampai ketengah malam walaupun aku dapat tahu akhirnya atap yang dia pasang tu terbalik rupanya. Lepas bumbung ok jer, dia pulun buat bilik ni 3 malam berturut2. Kos ubahsuai bilik tak lebih 300 hengget.
Bilik ini dijadikan bilik tetamu nombor 3. Rumah yang aku duduk ni ada 6 bilik. Boleh dikatakan tetamu yang datang tak putus-putus.
Dia minta aku tolong rakam bilik ni gunakan videocam. Background musik dia pilih lagu Endless Love. Ariff anak Latiff ni memang kaki jiwang. Kelemahan paling ketara yang ada pada nya adalah tidak boleh hidup tanpa wanita. Sukatilah kaulah Labu...Jangalah lupa kata-kata bijak pandai...Disebalik kejayaan dan kejatuhan lelaki adalah wanita. Tapi ramai juga diluar sana yang sukses tanpa wanita disisi (salah sorangnya akulah..he he) dan sudah tentu ramai lelaki yang 'tergolek dog' sebab wanita.
Jangan lupa pesan abang wahai Ariff anak latiff, kejatuhan perniagaan kau yang jatuh berdentum-dentam selama ini adalah kerana wanita. Tak serik2 lagike. Adusss..
Camner pun, abang ucap terima kasih banyak-banyak kerana 'menguruskan semua' dari A to Z bilik yang kau hias tu.
Inilah tempat terbaru aku mencari ilham, berurusniaga dan berblog sebagai hobi. Dulu aku kat bilik gambar bawah ni.
Sekarang ni Arif anak latiff tengah hias bilik tetamu yang ke 4. Aku minta dia siapkan sebelum maghrib jumaat nanti. Kalau tak siap, jangan harap ko bleh jumpa awekz ko tu.
Dah siap kalu, aku kasi korang tengok hasilnya camner.
Sebenarnya aku nak pindah dan menetap di Kuala Lumpur dalam tahun ini kalau DIA izinkan. Janda Baik pada aku agak jauhlah jugak (45 km to KL) untuk menguruskan sesuatu urusan. Yang besh kat tempat orang tua aku ni adalah cuacanya, tamannya yang cantik dan rumah disebelah air sungai yang jernih.
Lagi satu, walaupun ruang dalam yang dihias Ariff anak latiff pada aku boleh tahan tetapi sebenarnya, rumah yang aku duduk ni adalah yang paling buruk (kakak aku yang cakap) antara semua rumah yang ayah aku bina.
Yang pasti aku nak Ariff anak Latiff menghiasi semua sudut hiasan dalaman kediaman baru aku nanti.
Inilah dia makhluk yang bernama Ariff anak Latiff. Buat masa ni beliau tidak mahu diperkenalkan kerana dia kata dia terlalu hensem..wakaka..(sebenarnya memang hensem pun budak ni).
Menteri Dalam Negeri Tak boleh pakai punyer menteri. Adalah lebih mulia anda meletakkan jawatan. Banyak sangat 'isu' yang tak diselesaikan dengan bijaksana.
Kes jenayah yang dilakukan oleh Tuanku Ismail ini hanya Tan Sri saja yang saya harapkan pertolongan. Hanya ucapan terima kasih sekiranya kes ini diselesaikan demi menegakkan keadilan tidak kira martabat. Untuk itu, saya nak hadiah satu lagu bertajuk 'Hanya padamu' (klik) yang didendangkan oleh kumpulan Qiara. Lagu ni besh tau Tan Sri..kalau dengar lama-lama boleh layan..
Hanya pada mu kuserahkan...
Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff Ketua Polis Johor Bang, jangan dah pencen baru semua rahsia nak dipecahkan. Abang tak nak berubah jadi orang baikke? Amanah yang Allah beri tinggal baki beberapa tahun lagi janganlah kita salahgunakan. Abang good boy kan?
Siapa yang arahkan buang bukti cctv dan karpet dan lain-lain untuk 'cover' jenayah yang telah dilakukan oleh Ku Mail? DSP Sugu, jangan ajar Ku Mail cakap pusing-pusing nanti dia terbelit kang!
Tuanku Nadzimuddin Tunku MudzaffarCucu kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke10 Anak Minang yang kena culik pastu kena serang dengan sepucuk pistol bahagian muka dan kepala oleh Ku Mail pada 24 Oktober 2008 Bro Nadzimuddin, lu jangan takut beb, Allah Maha Adil. Satu hari pasti kebenaran akan timbul. Kes ini luar dari negeri Johor dan mamat tu boleh 'masuk dalam' punyer. kalau kat negeri dia, ayahndanya boleh ampunkan.
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Mail, kalaulah pengakuan lu di 'Rumah Jingga' pukul 10.15 pagi selama 17 minit depan lawyer Kamal Hisham 'terkeluar' kat youtube camner ek? 8 orang pengawal yang jaga lu dah sahkan memang jenayah ni lu yang buat. Lu punya sumpah depan Quran tertolak beb!
Perangai camni layak ke jadi Sultan (Bakal Ketua Agama Johor)?
Semua orang teringin nak jadi anak raja....kan kan kan.
Tan Sri Abdul Gani bin Patail
Beb, semalam punyer 'stone' tak habis lagike? Makcik Bedah sebelah rumah makcik eton ngok-ngek pun tau lu kamcing dengan Yang Maha Halia. Minum-minum gak tapi kes jangan tutup beb baru profesional bukan prosak!
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia
Korang tengok mulut aku! Kepala Bu....lah korang ni semua.Bende kecik camni pun tak ble nak settle! Buat malu satu Malaya...
Buah tangan untuk Jamaluddin Bin Rahman
Jamaluddin Bin Rahman Penolong PPD Rendah
Jamaluddin Bin Rahman, 'lu busuk punyer olang'. Daripada hari ini, lu punya 'medium paranormal' yang loklak selama ni boleh dibuang ke laut...babai
Hj Aminuddin Bin Adam
Gangguan dari Jamaluddin Bin Rahman melalui Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru, kakitangan sokongan dan dia mendapat sokongan padu dan kuat dari pihak atasan iaitu, Pegawai Pelajaran Daerah JB, masa itu, Haji Aminuddin Bin Adam yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pendidikan Pencegahan Dadah KPM. Pegawai Pelajaran Daerah sekarang adalah Hj. Bahrom bin Ali. Pengarah Pelajaran Negeri Johor ( Dulu Hj Sufaat b. Tumin, ( dah dinaikkan pangkat ) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pengarah Pelajaran yang baru adalah En. Mohd Nor Bin A.Ghani. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dulu Tan Sri Alimuddin ( dah pencen ) dan sekarang Dato’ Sri Abdul Ghafar b. Ahmad.
Jamaluddin Bin Rahman hendak menunjukkan bahawa dia sangat berkuasa, jangan berani melawan dia, tengok apa dia boleh buat dan buruk akibatnya jika dia tak suka kita.Sehingga dia boleh mengambil tindakan sampai saya dibuang kerja. Bangga ke menutup pintu rezeki saya? Sekarang menang ke? Bahagia? Tenang dan tenteram ke? Boleh tidor malam ke? Halal ke gaji yang dimakan?
Tindakan Jamaluddin Bin Rahman terhadap saya seolah-olah saya sangat jahat dan teruk, macam saya seorang yang sangat-sangat bermasalah dalam Johor ni, ada guru yang mencabol murid pun tak diambil tindakan, malahan ditukarkan berhampiran rumah dan sekolah yang ada murid perempuan, saya? Ada guru-guru yang datang kerja sesuka hati, sekejap ada sekejap tiada, yang balik awal sebab buat kerja part time, yang tak buat kerja diberi dan banyak lagi..Ada tindakan pada guru-guru begini? Ada ke yang dah diambil tindakan tata tertib dan dibuang kerja? KPM pernah benar-benar menyemak rekod saya? Tahu ke saya guru yang macamana? Tahu ke tugas-tugas dan bantuan yang pernah saya lakukan dan berikan?
Saya tidak berniat nak mengaibkan orang, tapi menceritakan kisah yang berlaku kerana saya mendiamkan diri dan telah bersabar selama 3 tahun 9 bulan. Sabar saya amat berkurangan apabila Januari2012 saya dibuang kerja. Sekarang sudah heboh mengenai perkara ini. Siapa yang bersalah tidak diambil tindakan, dibela, ditukarkan berhampiran rumah dan ada yang malahan dinaikkan pangkat. Saya yang tidak bersalah, menjadi mangsa hasad dengki sehingga sakit dan cuba mendapatkan kebenaran kerana masih hendak bertugas seperti dulu, dikenakan teruk. Malahan yang paling saya tidak faham perbuatan salahlaku mereka dan Jamaluddin Bin Rahman ini mendapat sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Apabila saya senyap-senyap mengambil tindakan undang-undang kerana sudah tak tahan dengan serangan yang bertubi-tubi dan untuk membetulkan perkara, Jamaluddin marah dan semua pihak atasan menyokong dia dan menjadi gangnya. Sepatutnya membetulkan perkara, mengambil tindakan pada yang salah, tapi apa yang berlaku ialah dia dibela oleh Peguam Negara. Saya yang sepatutnya dibela, yang teraniaya dan tak bersalah ni, tapi sebaliknya pula berlaku. Bukan nak menyebut, tapi mari bandingkan Sijil yang saya ada dan jasa-jasa yang telah dilakukan pada KPM.
Hj Sufaat Bin Tumin, bekas Pengarah Pelajaran Johor.
Dua kali Puan Fauzia jumpa mamat ni minta tolong, dia tak bantu pun. Tapi sekarang naik pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah bahagian Peperiksaan.
Lu apa kes bro?
Saya tak pernah minta balasan pada jasa-jasa saya walaupun ada kawan2 yang dah jadi Guru Besar, tapi janganlah buat saya macam orang tak berpelajaran. ( Klik: Nota Pengalaman) Buat pengetahuan, saya telah menang peringkat pertama saman saya, Peguam Negara bersama KPM yang nampak dengan jelas apa yang berlaku tetap nak menang juga dan membuat rayuan di peringkat Mahkmah Rayuan. Tak apalah saya masih yakin dengan sistem keadilan dan perundangan Mahkamah Malaysia.
Kepada Guru-guru, orang-orang PPD dan JPN jika nama tidak disebut, tidak perlu terasa, tapi jika terasa, bukan salah saya. Kepada yang masih tak boleh berfikir, mendengki dan memburukkan2 saya, teruskan, nak beri saya pahala kenapa saya nak tolak. Tapi saya pasti bahawa guru bijak, pasti boleh berfikir dan faham. Dan yang penting, Insyaallah selepas ini guru lain tidak akan kena seperti saya.
Ini adalah sebahagian dari kisah saya. Sambungan dan versi Bahasa Inggeris akan dikeluarkan di masa akan datang. Insyaallah…
HARAPAN SAYA 1) Jangan ganggu saya terutama di dalam saya menghabiskan Pengajian Masters saya dan jangan ganggu keluarga saya.
2) Saya mengambil tindakan undang-undang pada mulanya untuk membetulkan perkara, tapi sekarang saya hendak gantirugi yang setimpal untuk meneruskan hidup saya dan keluarga.
3) Selama ini saya mengambil tindakan senyap-senyap, tapi sekarang saya akan berhabis-habisan demi mendapat keadilan.
4) Jika KPM telus, jujur dan amanah, mohon diambil tindakan terhadap yang bersalah. Jika saya sampai dibuang kerja, saya rasa KPM mengerti maksud saya. Itu pun jika KPM berani dan tidak takut dengan Jamaluddin Bin Rahman.
10 Jun 2008 :
-Diarahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) dan mengambil surat pertukaran dari Jamaluddin Bin Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran (Rendah) Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru). ( Dia lah punca kepada segala2nya ).
-Siapakah Jamaluddin Bin Rahman ini? Gred dia DGA34 (bukan siswazah dan sama rank dengan Guru Besar sekolah rendah yang tiada ijazah, malah lebih rendah lagi kerana ada Guru Besar Cemerlang yang Gred DGA38), sedangkan yang layak duduk di tempat dia adalah DG44 iaitu orang yang mempunyai Ijazah dan sudah sepuluh tahun bekerja sebagai siswazah. Tapi kuasa dia sangat tinggi kerana semua guru, Guru Penolong Kanan, Guru Besar dan kakitangan takut dengan dia. Dia Penilai Pertama di dalam memberi markah kepada Guru Besar dan Penilai Kedua kepada Guru Penolong Kanan, dalam ertikata lain nasib guru-guru di dalam tangan dia.
Dulu dia pernah bertugas di bahagian buku teks di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) tetapi kemudian ditukarkan semula ke sekolah. Kenapa? Dia tau kenapa.
-Surat bertarikh 01Jun2008 (backdated). Ditukarkan sebagai pertukaran Setara ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama (SKTTU) iaitu masih sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1). Saya telah menjadi GPK 1 sejak sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 (SKTSB 2) dibuka iaitu Januari 2004.
- Sangat terkejut kerana ditukarkan dan apabila bertanya, dia menjawab, “Tak pe, pergi aje lah” -Saya rasa tidak sedap hati dan seperti mengetahui ada yang tidak kena. Saya beropsyen Bahasa Inggeris dan terdapat kekurangan Guru Bahasa Inggeris jika saya ditukarkan. Rupa2nya saya ditukarkan kerana adanya Petisyen ( akan saya terangkan ).
- Menghubungi En. Pandak bin Ahmad, sewaktu itu Ketua cawangan UMNO Gelang Patah memohon bantuan mengenai perpindahan. Beliau memberi sokongan kepada saya. 11, 12 &13 Jun2008
- Saya masih pergi ke sekolah lama SKTSB 2, masuk ke kelas Tahun 6 dan mengajar Bahasa Inggeris seperti biasa kerana tarikh UPSR sudah hampir iaitu pada awal September dan hanya tinggal lebih kurang 3 bulan. (Saya mengajar Bahasa Inggeris sejak saya mula mengajar iaitu tahun 1989 sehingga 2008 di sekolah ini). 16 &17 Jun 2008
- Pergi ke klinik dan diberi 2 hari cuti sakit kerana tidak sihat dan telah mula mengalami tekanan (stress).
18 Jun 2008
- Menyerahkan sijil cuti sakit kepada Pembantu Tadbir SKTSB 2, tetapi katanya Encik Jamaluddin mengarahkan supaya sijil ini diserahkan di Sekolah Taman Tampoi Utama (SKTTU) iaitu sekolah yang saya ditukarkan.
19 Jun 2008
- Mesyuarat Pengurusan di SKTSB 2, di mana guru dan kakitangan membuat pilihan dan menandatangani pilihan umur persaraan dari 55 atau 56 ke 58. Saya tidak dipanggil langsung. Borang di atas nama saya masih ada, tapi bila ditanya Pembantu Tadbir, katanya, Jamaluddin Bin Rahman mengarahkan supaya saya menandatangani di SKTTU nanti.
Jun 2008
- Meminta bantuan dari National Union of Teaching Profession (NUTP). Menelefon Mr Tay, setiausaha, dia beritahu jangan lapor diri. Setelah berjumpa seorang AJK, diterangkan akan dibantu dan NUTP sibuk dengan mesyuarat yang terdekat. Apabila melapor diri Julai 2008, seseorang dari ibu pejabat NUTP menelefon, saya terangkan saya dah lapor diri. Saya pun dah tak tahu nak buat apa. Dipendekkan cerita NUTP e mail kata nak bantu, saya kata tak perlu lagi. Jadi NUTP, jangan keluarkan di surat khabar, kata yang saya sepatutnya minta tolong nya.
17 Jun 2008 Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) baru melaporkan diri ke SKTSB 2. Saya memang telah tidak duduk di bilik selepas seminggu mendapat surat pertukaran. Saya banyak masuk ke kelas dan selebihnya duduk di perpustakaan.
26 Jun 2008
- 2 orang Penyelia PPDJB, datang ke sekolah, ingatkan nak bantu, rupanya suruh saya bertukar. Di dalam bilik Guru Besar, terdapat 4 orang termasuk GPK 1 SKTSB2. Saya diberitahu bahawa nama saya sepatutnya menjadi Penyelia Petang di SK Bakar Batu, (jadi konon2nya saya ditukarkan dekat kerana mereka baik).
- Kemudian timbul cerita oleh Penyelia ini bahawa ada guru lelaki mengatakan bahawa jika diikutkan hati nak tumbuk muka saya. Apa hal pulak ni?? Saya tidak pernah menjatuhkan maruah guru, jika mereka tidak masuk kelas, saya kena tegur kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah buat saya. Teguran pula dibuat secara am sewaktu mesyuarat. Jika ada kes berat, ada yang asyik main handphone dalam kelas, tak datang sekolah, banyak2 hal lagi, tak tanda buku sampai mak bapak asyik komplen, saya panggil masuk bilik dan tegur. Guru jenis apa nak tumbuk orang? Apa pihak PPDJB buat? Buat tak tahu? Sepatutnya panggil saya dan guru tersebut, kita tengok siapa betul dan siapa salah. Senang saya terangkan perangai guru2 di SKTSB 2. Apa tindakan PPDJB pada guru yang macam gangster nak tumbuk orang, perempuan pulak tu.? Siapa yang gangster sekarang ini? Sanggup ke ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk bergurukan gangster? Terbina ke sahsiah dan moral anak-anak agaknya?
Setelah beberapa bulan saya dapat tahu siapa guru ini. Pada tahun 2007 saya sedikit perasan akan permulaan perubahan guru-guru, setiap pagi hampir semua jadual guru lelaki termasuk 2 penolong kanan lelaki dilapangkan dan mereka sarapan. Pada satu hari, apabila saya bagi jadual ganti, guru ini mengamuk dan menulis perkataan lucah di dalam bahasanya di buku relief. (Guru ke ni?) Saya checked, dia tak pergi ganti, saya pergi ke kantin,5 guru lelaki sedang ketawa beramai-ramai. Saya tidak tahan lagi dan menelefon Jamaluddin Bin Rahman, dia datang, masa ini dia masih baik lagi dan menyebelahi saya.
-Penyelia PPDJB meneruskan dengan mengatakan bahawa saya menyuruh guru membuat assignment (Fitnah). Jika benar, kenapa baru sekarang perkara ini timbul? Kenapa tak settle kan dari dulu? Sekarang mereka cerita nak tunjukkan saya jahat dan mencari alasan untuk pindahkan saya. Cerita pasal assignment, saya menjawab,”Sorry, assignment saya 95% dalam English, so guru boleh tolong saya ke?” Berapa kerat sahaja guru English kat sekolah ini. Saya bantu assignment guru adalah, Contohnya, Norazah sampai datang rumah waktu malam minta saya translate assignment Bahasa Melayunya ke English. (Tapi yang sedihnya, dia berada di Majlis Solat Hajat sewaktu yang membuat Petisyen).
Lagi pun tak payah lah nak cerita pasal assignment. Ada guru belajar dalam kelas, bagi murid kerja, dia baca buku. Guru lelaki SKTSB 2 datang petang, buka Makmal Komputer, bawa anak dan isteri yang sedang buat Ijazah, buat assignment. Tak ada cerita pun. Kenapa sakit benar hati dengan saya yang dah dapat Ijazah ini? Sekarang saya buat Masters (Master in Teaching English as Second Language (TESL)), lagi sakit hati ya. Takut saya lagi tinggi dari awak ke? Beginilah ya, kata Nabi Muhammad, ‘Tuntutlah Ilmu sehingga ke Negara Cina’, jadi pergilah belajar supaya tak dengki pada guru-guru yang belajar. Jika tak nak belajar, sebab tau belajar kan susah dan penat, JANGAN DENGKI kat orang yang belajar ya.
-Petang itu juga, saya pergi ke Pejabat Menteri Besar dan berjumpa dengan Setiausaha kanan MB iaitu Tuan Haji Lokman. Setelah mendengar perkara dan masalah yang berlaku dia menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menghantar surat.
-Akhirnya saya ketakutan dan tidak pergi lagi ke SKTSB 2. Saya tidak bertukar kerana membuat rayuan kepada beberapa pihak termasuk menghantar 3 pucuk surat kepada Menteri Pelajaran waktu itu Dato’ Sri Hishamuddin, tapi tiada jawapan.
8 Julai 2008
- Hasil dari bantuan Hj Lokman, saya mendapat surat dari Dato’ Dr. Azmi, Kementerian Pelajaran Malaysia, yang memohon kepada Pengarah JPNJ agar permohonan saya diberi pertimbangan yang sewajarnya dan dapat kiranya memaklumkan keputusan kepada saya, namun masih tiada sebarang tindakan atau respon langsung daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).
Julai 2008
-Beberapa ibu bapa telah menulis surat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), antara isinya memohon supaya saya jangan dipindahkan. Bertandatangankan Naib Pengerusi PIBG dan Pengerusi PIBG., surat ini saya hantar bersama dua lagi rayuan kepada Dato’ Sri Hishamuddin, tapi juga tidak mendapat balasan.
18 Julai 2008
Makcik dan abang ipar saya pergi menemui Jamaluddin Bin Rahman di PPDJB kerana makcik mengenalinya, pernah satu sekolah dahulu. Dia melayan makcik begitu baik dan mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa saya rupa-rupanya anak saudara kepada makcik. Dia juga bercerita bahawa Guru SKTSB 2 ada membuat Petisyen (masa ni pertama kali saya dengar mengenainya, saya amat terkejut). Di antara butiran percakapannya adalah :
1. Dia mengatakan bahawa saya degil dan berani kerana menggunakan banyak cara membuat rayuan termasuk menggunakan pengaruh politik.
2. Ada seorang guru lelaki mengatakan,” Nasib baik dia tu perempuan, kalau lelaki, dah lama aku tumbuk “
3. . Pengarah telah bertanya kepadanya kerana ada pihak ibu bapa yang menelefon dan memarahi Pengarah tentang kenapa saya ditukar. Dia juga terpaksa menjawab surat dari berbagai pihak.
4. Dia berjanji untuk membantu dan menyuruh saya melapor diri dahulu ke sekolah baru dan dia akan menukarkan saya semula. (sebab kenal makcik saya, baru nak tolong ke?)
21 Julai 2008
Saya pergi ke PPDJB dengan harapan yang tinggi. Niat saya untuk selesaikan perkara sebab saya nak mengajar dan kerja macam dulu lagi. Walaupun dulu saya selalu balik petang terutamanya sewaktu Menjalankan Tugas Guru Besar, saya letih tapi saya tak kisah, bahagia dan gembira. Ikhlasnya, mengajar memang datang dari hati saya sendiri
Dia memanggil saksi iaitu Penyelia Mohd Shah bin Abu Bakar (kemudian menjadi Guru Besar SKTTU 2009). Ketika kami bertiga berada di dalam bilik dan dia pun memulakan perbualan dengan suara yang tinggi dan kasar. Anak saudara yang menemani saya ke PPDJB Cuma tunggu di luar pintu bilik yg tertutup, tetapi dapat mendengar suara Jamaluddin dan butiran-butiran yang dikatakannya. Dia terus keluar dari bilik tersebut dan menelefon ibunya sambil menangis,
“Mama, I tak tahan dengar Khala (makcik) kena marah”. Bukan dia sahaja yang dengar, malah ramai pegawai lain yang terpaku di dalam bilik mendengarkan cara percakapan Jamaluddin yang amat kasar
Antara perkataan Jamaluddin Bin Rahman:
1) Ada tandatangan guru-guru. Dia tidak menyebut Petisyen tapi itu lah yang sebenarnya. Tapi dia seboleh-boleh tidak mengaku dan berdolak-dalik adanya Petisyen.
Penjelasan:
Pada mulanya saya tidak tahu ada Petisyen, tapi kemudian saya bertemu dengan guru SKTSB2, yang meminta maaf akan perbuatannya dan bercerita bahawa Petisyen itu dilakukan di Surau SKTSB2 bulan Ogos 2007, waktu itu saya berkursus di Melaka. Guru-guru sembahyang dan mendoakan anak murid untuk UPSR tapi buat Petisyen memfitnah saya selepas itu. Makbul ke doa untuk anak murid tu?
Petisyen kadang-kadang memang berlaku kepada GPK dan Guru Besar. Tapi untuk menunjukkan betapa jahatnya saya, setiap guru diberi sekeping kertas untuk memburukkan saya. Tapi saya tahu guru-guru ketakutan kerana hanya disuruh seseorang. Pelik ya, di mana Guru Besar yang tadi bersembahyang bersama-sama guru ya? Apa Guru Besar iaitu Hajah Rokiah Bt Jamil buat ketika itu? . Sedangkan dia hadir pada Majlis Solat Hajat tu? Ke Hajah Rokiah turut membantu? Tanyalah diri sendiri? Beginilah, jika Hajah tak terlibat, saya cabar sumpah dengan Al-Quran dan bersihkan nama Hajah, kita jadikan Allah sebagai saksi. Selebihnya kita tunggu saja ganjaran masing-masing di Akhirat.
Kebetulan pula ya, sebab pada bulan Mac 2008 Hajah telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia di bahagian akademik di Jabatan Pelajaran Negeri Johor lagi.
PROSEDUR: Petisyen hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dipetisyen. Iaitu menunjukkan kepada saya supaya saya dapat hak asasi untuk bela diri. Dalam Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan ‘adil’ ni menggunakan prinsip bahawa seseorang berhak untuk membela diri,.mungkin KPM tak tahu kot? Bukankah hak untuk didengar dan membela diri hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia? Jika saya diberi hak ini, dapat lah saya menerangkan perangai guru-guru di sekolah, tak tanda buku, tak masuk kelas, main handphone, tak mengajar, tak siap tugasan lain yang diberi, tak buat dan tak hantar buku rekod, tulis tulisan lucah pada saya kerana tidak mahu masuk kelas, tak hadir tanpa kenyataan, berkira kerja dan banyak lagi. Saya pernah pergi berjumpa Hj Misnan di JPNJ membincangkan mengenai guru-guru, yang paling teruk dan ada 4 fail yang saya bawa. Tapi apa yang berlaku ialah guru-guru ini dibela dan tidak diambil tindakan langsung. Jadi guru-guru di Malaysia, jangan takut, jika tak puas hati dengan GPK yang hendak menjalankan tanggungjawab, atau Guru Besar, tulis saja Petisyen, anda tak akan kena apa-apa, cuma GPK atau GB yang akan dipindahkan.
Seronok kan? Ini lah yang berlaku di Johor Bahru ini. GPK, JANGAN berani tegur Guru walaupun cara baik seperti yang saya lakukan,nanti kena pindah, dianiaya, difitnah, dijatuhkan maruah, dipotong gaji dengan kejamnya, tak naik gaji dan macam-macam lagi.
Petisyen terhadap saya ini ditunjukkan kepada beberapa orang kecuali saya. Tapi Jamaluddin Bin Rahman masa itu tetap menafikan perkara tersebut dan berbuat seperti Petisyen itu tak wujud. Dia tak bagi saya peluang membela diri, memindahkan saya dan menipu dengan mengatakan bahawa pertukaran saya adalah setara,atau maksudnya biasa.
2) Jamaluddin Bin Rahman berkata saya bergaduh dengan guru, saya pun tak tahu bila masanya dan macam-macam lagi yang dia cakap.
3) Dia mengatakan bahawa sebelum ini dia tidak mencari kelemahan saya, tapi akan berbuat demikian selepas ini.
4) Yang paling teruk, dia mengugut bahawa jika saya degil dan tidak melapor diri ke sekolah baru (SKTTU), dia sendiri akan ke sekolah lama (SKTSB 2) dan minta guru-guru buat tandatangan baru. Bermakna dia akan suruh guru buat satu lagi Petisyen. Macam ini ke perangai seorang pendidik? Dia pula yang jadi tidak berpelajaran dan sudah jelas dia meyokong mereka. Jadi GPK dan Guru Besar di Johor Bahru, jangan berani jalankan tanggungjawab, biarkan guru nak buat apa pun.
Julai 2008
-Duduk di rumah kerana terlalu sedih dan mula mendapat gangguan emosi.
25 Julai 2008
Akhirnya setelah tiada jawapan dari mana-mana pihak, saya melaporkan diri ke SKTTU. Di sini bermulalah penyeksaan saya selama hampir 4 tahun. Jamaluddin Bin Rahman melancarkan serangan kerana padanya saya melawan dia, padahal salah satu punca adalah saya stress dan semestinya ia adalah satu penyakit yang tidak diminta. Saya juga terpaksa berjuang kerana saya tak boleh berada di sekolah baru. Saya amat tertekan dengan perbuatannya, jadi oleh kerana dia tak berhenti menganggu saya, saya kena berjuang.
Saya dapati di buku kedatangan guru, pada 11 Jun 2008, nama saya telah dicatat sebagai Tidak Hadir Tanpa Kenyataan. Sedangkan Surat Pertukaran hanya diterima pada 10Jun2008. -Pada waktu ini saya ke SKTTU, guru-guru memberi pandangan yang agak pelik, tapi mereka menghormati. Rupa-rupanya sebelum saya datang, ada guru mengeluarkan kenyataan di mesyuarat pada lebih kurang 35 orang guru, “ Encik Jamaluddin pesan supaya berhati-hati dengan Puan Fauzia.”. Sampai macam tu sekali menjatuhkan maruah saya? Jahat sangat ke saya ni? Patutlah guru-guru takut dan lagi pun pada waktu ini cerita saya dah tersebar merata-rata. (Saya dengar dari kawan-kawan dan list di antaranya dibawah ini).
1) Mesyuarat GPK 1, semua kenal saya kerana masa tu (Jun2008), saya dah 4 tahun setengah jadi GPK1. Lagipun cuma 2 GPK 1, yang tidak pakai tudung. Jamaluddin Bin Rahman berkata, “Pujuk-pujuk lah kawan awak Fauzia tu suruh pergi sekolah.
2) Membincangkan hal saya di Mesyuarat Guru Besar. Dahlah ramai Guru Besar kenal kerana saya pernah menjalankan tugas Guru Besar selama 1 tahun 3 bulan dan oleh itu, selalu menghadiri taklimat, mesyuarat dan juga kursus Guru Besar.
3) Mengingatkan Guru Besar supaya cepat mengambil tindakan jika guru tak hadir, takut jadi macam Fauzia. Apa niat dia sebenarnya? Semuanya kerana dia ada kuasa yang Allah amanahkan di dunia ini.
4) Taklimat di beberapa sekolah bercakap mengenai saya,dengan bangganya, ‘ Dia tak pergi sekolah, saya potong gaji dia. Guru-guru pun ramai mengenali kerana saya adalah Jurulatih ETeMS dan Jurulatih sukatan Sains. Saya pernah juga menjadi Fasilitator Jadual Spesifikasi Item Sains. Saya juga pernah memberi ceramah mengenai cara menjawab soalan Bahasa Inggeris UPSR kerana saya terlibat selama 7 tahun sebagai penanda biasa dan 3 tahun sebagai Ketua Pasukan.
Selepas saya ambil tindakan undang-undang supaya dia berhenti mengganggu saya:
1)Taklimat di SK Bukit Mewah JB, dari pukul 2 hingga 5. “Dia saman saya, ingat saya takut ke?” Dia bercakap mengenai saya sampai ada guru menyarankan saya mengambil tindakan undang-undang menutup mulut dia kerana dah tak tahan asyik bercakap mengenai saman. Saya tak boleh menutup mulut dia, tak apalah, satu hari nanti mulut dia akan tertutup juga kan. Allah tu Maha ‘Adil kan?
2) Jamaluddin Bin Rahman bercerita bahawa dia kena saman (dengan bangganya) dan berkata bahawa dia boleh meminta RM1 dari semua guru dan kakitangan untuk bayar saman. Berkuasa betul kan? Tapi memang dia dibela oleh Bosnya, JPNJ dan KPM.
KENAPA JAMALUDDIN TAK BERCERITA SEBENAR MENGENAI PETISYEN DAN SIAPA YANG MELAKUKANNYA?
NOTA: Dia bercerita merata-rata mengenai saya, Apakah hukum menjatuhkan maruah orang ya? Kita ni kan guru, pendidik, dia pun dulu guru, lepas tu Guru Besar walaupun sekolah rendah. Kerana dia macam-macam cerita yang didengar,ditambah dan timbul fitnah pula. Kesian guru-guru, penat mengajar cari pahala (entah dapat ke tak), mengata, mengumpat dan memfitnah saya pulak. Adalah tak sampai 5 guru yang benar-benar bertanya cerita sebenar. Yang lain tukang tokok tambah. Bila nak minta maaf dengan saya? Saya bagi contoh:
1)Seorang guru yang tidak pernah bekerja dengan saya mengeluarkan kenyataan pada guru lain, “ Ingatkan Fauzia tu OK, rupa-rupanya teruk”. Buat pengetahuan, guru ini pernah bergaduh dengan seorang ibu, sampai polis datang ke sekolah.
2) GPK HEM di sebuah sekolah, (dia sebenarnya salah orang dan tak kenal saya) baru dapat cerita dari GPK 1 nya, terus pergi ke Bilik Guru dan menjerit pada guru-guru lain “Eh you all nak dengar cerita tak pasal Fauzia?” Guru lain bertanya,”Fauzia mana?”. Dia menjawab, “Ala Fauzia yang rambut macam perempuan kabaret tu”. Saya tengok rambut saya hitam dan elok aje, tapi sepatah kata kawan saya, dia ingat dia boleh cakap orang macam itu ke, dan mulut dia yang macam perempuan kabaret. Rupa-rupanya dia ada masalah rumahtangga. Lebih baik settlekan masalah dulu ya cikgu. Tapi memang yang banyak mengata saya kebanyakannya bermasalah, bayangkan berapa ramai guru begini memlepaskan marah pada orang lain dan yang pasti anak murid mesti kena.
3) Guru Besar bertanya pada seorang guru SKTTU mengenai saya, bila Guru itu menjawab, tak tahu,dia kata, “hai takkan lah tak tau,orang macam Fauzia tu tak nak kerja berhenti saja lah”. Kesian sangat guru-guru SKTTU, selalu ditanya mengenai saya apabila mereka pergi taklimat atau kursus.
Yang paling saya sedih, anak saya di sekolah pun ada beberapa guru tanya, “Mak pergi sekolah ke?”. Serba salah dia nak menjawab, malu pun ada depan kawan-kawan. Cikgu, janganlah tanya dia pasal saya, saya tak kongsi masalah dengan anak anak yang ada kat rumah ni. Dia pun bukan faham sangat. Saya tak mahu susahkan mereka, biarlah saya dan suami yang tanggung. Janganlah lepas ini guru-guru ini marah pada anak saya dan saya harap tiada lagi soalan pada dia. Kasihanlah dia Cikgu, dia tak bersalah, ingat anak-anak dan anggap macam anak Cikgu ya. Allah sahaja akan membalas budi baik Cikgu di Akhirat nanti.
Guru-guru, saya mintak, sebelum nak mengata atau memfitnah, selesaikan dulu masalah anda, kaji betul-betul, mesti anda ada masalah, mungkin tak cukup kasih sayang ke. Ada Guru Besar yang maki anak murid dengan perkataan seperti bodoh dan lucah. Itu pun bukan sekali, tapi setiap kali masuk kelas, tak pulak kena apa-apa tindakan. Sama ada ibu bapa tak komplen (pelik kerana sanggup biar anak sekolah dengar begitu) atau PPD dan JPNJ cuma mendiamkan diri. Ini adalah sebahagian daripada contoh kata-kata orang yang sepatutnya berpelajaran terhadap saya. Takpelah, ini hari saya,esok lusa hari awak atau keluarga awak. Mereka tak bantu, saya tak kisah, tapi mengata dan memfitnah, itu yang buat saya sangat-sangat sedih. Kawan saya di kalangan guru-guru termasuk yang rapat pun menjauhkan diri, bila tiba-tiba contact pun rupanya untuk minta tolong buat assignment English. Selepas saya tolong, terus menyepikan diri lagi. Ada seorang lagi pun contact kerana nak minta tolong, lepas ditolong, menyepikan diri jugak. Tak apa lah, masa ini saya tahu, siapa kawan dan siapa bukan.
Kumpulan GPK pun tak mempedulikan saya kerana mereka takut dengan Jamaluddin Bin Rahman. Satu hari saya dengar ramai-ramai pergi ke Pontian melawat seorang GPK yang sakit, saya bukan dengki pada GPK tu, tapi saya sedih kerana saya yang dekat pun tiada seorang pun peduli. Besar sungguh dugaan Allah berikan kepada saya, tapi saya redha.
28 Julai 2008 Menyerahkan Medical Certificate bulan Jun pada Pembantu Tadbir,Delima ( yang tidak diterima di sekolah lama). Delima beritahu Jamaluddin tak bagi terima.
Menyemak gaji bulan Julai, tiada. Tiada surat atau makluman dari sekolah mengenainya. Bila menyemak gaji bulan Ogos, tiada juga. Tiada juga surat atau makluman dari sekolah mengenainya. Saya diberitahu bahawa gaji September juga mungkin diarahkanuntuk ditahan, saya kata, tahanlah, kitakan orang Islam, dia lupa yang kita nak sambut Raya? Tak apa, buatlah..tapi tak jadi pula, gaji September ada.
Ogos 2008 Bukankah saya dah beritahu bahawa serangan akan dilakukan?
Mendapat surat dari Guru Besar SKTSB2, Tay Tong Aik yang hanya ditukarkan ke situ pada Mei 2008, memaklumkan bahawa saya mempunyai hutang kerana tidak hadir beberapa hari dari tahun 2004 hingga 2008 sewaktu saya di situ dan telah mengambil gaji bulan Julai dan Ogos untuk bayaran, malahan saya dikatakan terhutang lagi.
1) Di surat juga dikatakan kenyataan tidak hadir disertakan, tapi tiada.
2) Masalahnya setelah potongan dibuat baru saya diberitahu walaupun prosedur harus memberikan notis kepada saya sebelum pemotongan.
3) Bila saya bertanya Pembantu Tadbir SKTSB2, untuk melihat fail saya, dia kata fail saya pada Jamaluddin Bin A. Rahman.
4) Ditulis saya tak hadir pada 2004, termasuk waktu saya pergi kelas OUM pada hari Sabtu dan peperiksaan. Dalam pengetahuan saya, saya mempunyai Kebenaran Belajar dari KPM, ramai guru yang tak mohon kebenaran belajar,jadi belajar secara tak sah,jadi kenapa gaji mereka tak dipotong selama 4 tahun belajar? Mereka tak kena apa pun dan boleh saja pergi kelas, dan yang paling menarik sekali ialah JPNJ luluskan cuti tanpa rekod mereka. Ambillah tindakan pada mereka semua ini jika benar telus dan berani.
5) Saya pergi ke JPNJ, Unit perkhidmatan dan meminta Kenyataan Cuti saya dari tahun 2004 hingga2008 kerana saya tahu tiada masalah dengan kedatangan saya. Kerani yang ‘in charge’, Zamri mengelak-mengelak untuk memberi. Kali kedua saya pergi, pun sama juga, tak apalah saya dah faham, mereka memang tak nak bagi.
6) Ini yang paling KELAKAR, 2004, yang digembar-gemburkan saya tak datang, saya menadapat ANUGERAH CEMERLANG buat kali kedua. Yang pertama pada tahun 2001. Jika berani ambil lah balik Anugerah tu. Jadi mana satu ni, saya teruk ke Cemerlang? Mereka sendiri berbelit2 dengan kenyataan mereka.
NOTA: Sewaktu saya bertemu dia di PPDJB, dia telah mengatakan akan mencari kelemahan saya dan ini lah yang dilakukannya dan banyak lagi. Dia sengaja mereka-reka cerita menunjukkan yang konon-kononnya dari tahun 2004 saya jahat dan bermasalah. Jika benar, kenapa biarkan saya di sekolah itu sehingga menjalankan tugas Guru Besar di mana nasib sekolah di tangan saya?? Cuba semak kembali keputusan akademik sekolah semasa di bawah jagaan saya, terutama keputusan UPSR yang baik .
Julai 2008
Pergi ke klinik dan bercerita kepada Doktor yang sangat baik hati. Saya memang mendapatkan rawatan, jika perlu, dengannya dari tahun 2004 lagi, dia tahu perangai saya. Saya kata saya dah OK, dah pergi sekolah dan nak pergi konvokesyen. Tapi masa ni air mata saya mengalir-mengalir, amat tertekan dan sedih. Doktor kata, “You tak OK ni, pergi hospital ke Unit Psychiatric untuk dapatkan bantuan ya”. Saya tidak mahu kerana selalunya unit ini dikaitkan dengan orang kurang siuman atau gila. Doktor mengatakan itu adalah anggapan yang salah dan akhirnya saya setuju dengan mendapat surat dari doktor dan memandangkan tidak mendapat bantuan dari majikan, kaunselor PPD mahupun JPNJ, malahan serangan, gangguan dan kutukan yang menyebabkan saya tertekan. Buat pengetahuan, saya mengenali ramai orang PPD dan juga JPNJ dan begitu juga sebaliknya. Tapi sekarang semua takut hendak menghubungi saya, malahan mengelak dari bertemu. Tiada seorang pun orang PPDJB dan JPNJ yang berani membetulkan keadaan.
September 2008 Pergi ke sekolah dan dapati di Buku kedatangan, dicatat ‘Tidak hadir tanpa kenyataan’,ditulis oleh GPK. Dia menerangkan bahawa Jamaluddin Bin Rahman mengatakan bahawa jika Fauzia tak hadir,tulis Tanpa Kenyataan, dan saya dapati saya saja yang kena. Padahal saya dah maklumkan pada sekolah bahawa saya akan ke hospital. Dan biasanya di bahagian Nota dibiarkan kosong dahulu walaupun kadang2 guru tak beritahu sekolah pun.
2009 Berlaku lagi,saya seorang juga yang kena dan satu hari ditandatangani oleh Jamaluddin sendiri menunjukkan bahawa dia pergi ke sekolah waktu itu.
Sebenarnya Penyelia malahan Pegawai PPDJB selalu datang ke sekolah waktu saya tak ada, mula-mula ke sekolah lama saya (SKTSB2) dan kemudian SKTTU untuk cari maklumat mengenai saya. Kasihan guru-guru SKTTU, tak senang duduk kerana memang semua guru takut dengan orang-orang PPDJB dan JPNJ. Tapi kata orang KPM, mereka sepatutnya membantu guru..Kadang-kadang ‘observe’ guru SKTTU dalam kelas, sampai orang PPD Melayu observe Kelas Bahasa Tamil. Dah tak tau nak buat apa, janji PPDJB dapat tunjuk kuasa datang sekolah!!! Ada yang bekas guru melayu pula observe Kelas Bahasa Inggeris dan bila disoal dalam English oleh guru itu,dia tak boleh menjawab langsung!! Bolehkah orang PPD suka-suka keluar dan suka-suka buat apa yang mereka nak kerana dendam Jamaluddin Bin Rahman? Apa Tuan PPDJB buat? Menyokong? (waktu itu Hj Aminuddin B Adam yang telah dinaikkan pangkat di KPM)
Ogos 2008
Pergi ke Hospital Sultanah Aminah, mulanya bersembunyi di belakang tembok kerana malu. Sewaktu berjumpa Doktor, saya menangis tak berhenti dan keadaan saya teruk. Perkataan yang keluar dari mulut saya adalah, “Why me, Jahat sangat ke saya ni?” Saya hilang keyakinan diri, malu, tak tahu nak buat apa, tak suka sekolah baru kerana saya ditukarkan sebegitu rupa dan macam-macam lagi. Saya bukan buat-buat, perasaan saya terhadap sekolah baru ini Allah sahaja yang tahu,walau macam mana saya cuba, saya tetap lemah semangat dengan sekolah ini. Saya dulunya seorang yang ceria, gembira dan bersemangat. Doktor beri saya ubat untuk melegakan emosi saya. Kerana penganiayaan yang dibuat, saya yang kena makan ubat sehingga sekarang.
Ke hospital dua minggu sekali, kadang-kadang seminggu dan akhirnya 16 Oktober 2008 Doktor mula memberi cuti selama seminggu, dua minggu dan berterusan sehingga 13 Mac 2009.
2008, Doktor mengeluarkan surat mengenai sindrom gangguan yang saya alami (saya beritahu kerana ini adalah akibat perbuatan mereka). Surat ini mengatakan bahawa saya boleh pulih dengan bantuan keluarga dan majikan. Saya menjawab satu surat tunjuk sebab kepada Hj Aminuddin Bin Adam dan melampirkan surat ini, tapi masih dibiarkan begitu saja dan yang teruk mendapat lebih banyak gangguan daripada PPDJB.
Diberitahu oleh Doktor, pada bulan Disember 2008, Guru Besar baru yang menggantikan Pn. Paridah iaitu Mohd Shah Bin Abu Bakar datang ke hospital dan sanggup berjumpa Doktor bercerita bahawa saya tak angkat telefonnya dan lambat hantar MC. Seperti yang saya katakan, tiada bantuan dari PPDJB terutama kaunseling, yang sangat penting, tapi gangguan yang tak habis-habis. Guru tak hantar buku rekod pun dibantu dengan kaunseling. Mohd Shah Bin Abu Bakar ini adalah saksi semasa saya kena marah di PPDJB dan waktu itu Penyelia PPDJB. Rank atau gred dia sama dengan Jamaluddin iaitu DGA34 tapi di PPD, dia di bawah Jamaluddin kerana Jamaluddin Pegawai, dia Penyelia. Dahlah jadi saksi lepas tu jadi Guru Besar saya. Habislah saya.
Jamaluddin Bin Rahman menghantar surat kepada Doktor di hospital, menyoal perkara yang sangat remeh: pada awal 4 rawatan saya mendapat slip akuan rawatan, selalunya ini tidak dipertikaikan. Sebenarnya saya telah minta Doktor mengeluarkan MC menggantikan slip kerana Pn Paridah dah bagitau ada ‘arahan’ tak boleh terima. Jadi MC ini pula dipertikaikan dan dia minta pengesahan, dia tau tak 85% Doktor kat situ Doktor pakar? Dia lebih pandai ke?. Doktor tu kata, “Tak pe Cikgu, bukan susah pun, saya dah sign, dah settled”.
Pada 22 Jun 2010, saya mula ke hospital semula kerana rasa tak sihat, sekarang berat ditimbang dan bacaan tekanan darah tinggi diambil. Amat mengejutkan apabila BP saya sangat tinggi iaitu 203 /95 (normal: 110 atau 120/90. Bermulalah hidup saya memakan ubat darah tinggi sehingga kini. Doktor mula memberi saya cuti selama seminggu, datang hospital, kemudian cuti dua minggu dan juga tiga minggu, saya berulang alik ke hospital. Doktor di hospital ini memang baik dan sangat mengambil berat. Cuti saya berlanjutan sehingga 13 Januari 2011. Doktor ini mengeluarkan satu lagi surat mengenai penyakit saya. Doktor juga menjawab surat yang dihantar kepadanya oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor waktu itu iaitu Hj Markom b. Giran. Tidak diketahui untuk apa surat itu, kerana saya masih dibiarkan begitu sahaja. Hj Sufaat B. Tumin bekas Pengarah telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Operasi pendidikan KPM.
Seorang jururawat di situ memberitahu saya bahawa ada kerani PPD yang menelefon meminta Rekod Kesihatan saya. Kesian, mereka ingat mereka ni siapa ya? Berkuasa sangat ke? Tak tahu undang-undang pulak tu, rekod kesihatan hanya Pesakit sahaja yang boleh minta, suami atau isteri pun tak boleh.
-Sehingga sekarang saya ke hospital dan dos ubat saya ditambah. Kadang-kadang saya letih, maklumlah Hospital ramai orang. Dan saya juga tak diberi cuti panjang lagi oleh Doktor kerana cuti sakit dah terlalu banyak, jika ditambah, saya akan dipaksa berhenti (Medical Board) kerana masalah kesihatan. Ada Doktor kata tak apa, jika saya tak OK jangan pergi sekolah. Yalah takkan nak pergi dalam keadaan tertekan, takut memudaratkan orang termasuk saya sendiri.
Cuma pada September 2011 saya diberi cuti seminggu apabila Guru Besar baru datang (akan diterangkan perbuatannya nanti). Masa inilah ubat saya ditambah kepada dua jenis dan terpaksa mengambilnya sehingga sekarang.
Cikgu suka main bola, hari hari cikgu tido. Cikgu suka tido, mari kita main... Ogos 2008
Menulis kepada Warkah Untuk PM , satu program yang diwujudkan pada zaman kepimpinan Tan Sri Abdullah Badawi. Saya di telefon oleh BPA Johor, pergi dan berbincang dengan Pegawainya. Setelah dia berjumpa Pengarah Pelajaran Johor, kes ditutup begitu sahaja. Dah lah penat-penat saya cerita mengenai Petisyen. Dengan cop ‘SELESAI’, tiada tandatangan dan cop jawatan pun. Waktu saya tunjuk kepada Pegawai BPA di Putrajaya, dia amat terkejut.
September 2008 Sebagai Ketua Pasukan penandaan UPSR Bahasa Inggeris, surat panggilan mesyuarat penandaan yang melibatkan satu Malaysia telah saya perolehi dari sekolah lama (SKTSB 2), kerana baru ditukarkan, jadi surat atas nama saya banyak lagi di sana.
Seterusnya mesyuarat penandaan, saya menumpang di sekolah kawan kerana ada ketua Pasukan di SKTTU dan dia menggunakan Bilik Mesyuarat. Pada hari penandaan, saya dihubungi oleh seorang GPK dan bertanya saya di mana, sedangkan dia dan Guru Besar tahu apa yg berlaku. Saya terangkan dan bersabar saja lah. Tidak cukup dengan itu, pada 31 Oktober 2008 dua surat amaran dihantar oleh Guru Besar, Pn. Paridah menyuruh saya menjawab mengenai penandaan ini. Padahal perkara ini sangat jelas. Surat saya ini mempunyai salinan kepada: Pengarah JPNJ, Timbalan Pengarah JPNJ, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, Unit Tatatertib JPNJ, PPDJB dan fail. Saya ingat mereka lupa agaknya nak beri salinan kepada Menteri Pelajaran. Surat ini saya tunjukkan pada Pegawai BPA, apabila saya ke Putrajaya dan dia amat terkejut kerana ia adalah Surat Dalaman dan hal yang sangat kecil.
Mei 2009 - Tidak mendapat surat lantikan sebagai Ketua Pasukan UPSR tahun 2009. Menelefon Lembaga Peperiksan, kali kedua, diberitahu Tidak ditawarkan tahun ini. Sudah pasti telah mendapat laporan daripada PPDJB. Dah sepuluh tahun terlibat dan saya amat sedih, tapi tak apalah.
2008 dan awal 2009
Sewaktu saya baru datang ke SKTTU, dah dapat surat layang, konon-kononnya daripada Ibu Bapa SKTTU. Yang sebenarnya mereka tak kenal pun saya tapi cerita kat surat tu macam mereka kenal. Surat layang kedua konon-kononnya daripada guru-guru SKTSB 2 dan yang ketiga dari guru-guru SKTTU. Tapi yang pasti ketiga-tiga surat mempersoalkan sama ada saya layak diberi DG41. Nampak sangat yang tulis surat-surat ini sakit benar hati mereka dengan saya. Siapa yang sebenarnya tulis surat tu ya? Kesian betul. Surat ni dipos ke KPM, tapi tiada pula tindakan dari KPM mengenai surat-surat tersebut terhadap saya. Pelik juga ya?
2009 Saya sudah tidak tahan dan mengambil tindakan undang-undang . Niat saya ikhlas, adalah untuk membetulkan perkara dan supaya Jamaluddin Bin Rahman memberhentikan serangan terhadap saya. Harapan saya, apabila orang2 atasan tahu, mereka pasti akan memabantu saya. Kerajaan kan dikatakan telus dan baik hati. Takkan nak biarkan Penjawat awamnya seramai 1.4 juta tak terbela kan? Rupa-rupanya saya silap.
1) Saya yang kena teruk, saya saman sebab meminta penjelasan penahanan gaji Julai dan Ogos 2008 yang tiada pemberitahuan pada saya dan digunakan untuk membayar balik gaji 2004-2008 yang saya langsung tak tahu menahu, dan the best part dah potong baru bagitau. Tiada tunjuk sebab, tiada bagi saya peluang untuk bela diri. Tapi apa yang nak diherankan kerana Petisyen pun boleh disorok dan semua orang atasan dari PPDJB, JPPNJ sehingga ke KPM bertindak serupa. Orang2 bawahan jangan cerita lagilah,punya takut dengan Jamaluddin Bin Rahman, berani mengata dia kat belakang sajalah..
2) Ramai yang tidak tahu apabila hendak menyaman seseorang penjawat awam WAJIB menyaman kerajaan sekali apabila salahlaku dilakukan semasa dia menjalankan tugas dan berkaitan dengan tugasnya. Lainlah jika dia merompak rumah anda, bolehlah menyaman dia sahaja atau ‘personally’. Bila saya saman, Jamaluddin bercerita pula bahawa saya gila saman orang, lepas ni boleh buat Persatuan saman menyaman, dia tak takut, nak saman,samanlah 2 atau 3 saman pun tak apa, dia boleh bayar dan macam2 lagi.
3) Bila kena saman dia mengarok, bila Pembantu Peguam hantar surat saman,dia kata, “Kenapa awak bela orang macam ni ya?”,sambil mengeluarkan satu buku tebal dan mengatakan itu report mengenai saya (Dia takut ke?). Pembantu tu jawab, “Itu tanggungjawab saya.” Ya Allah, jahat sangat ke saya ni, jika ya,saya sepatutnya diberi peluang membela diri terhadap report yang dikatakan itu. Gunakanlah Report yang dicipta sendiri tu di Mahkamah nanti.
4) Saya menyaman dan tidak buat publik, tapi dia yang bercerita, dah ramai orang tau dan bercakap, antaranya, “Mana boleh saman kerajaan, takkan menang punya”. “Gila saman kerajaan?”. Saya tahu kita tidak seperti di Amerika atau negara2 lain yang maju dan telus, tapi, takkan lah takde Hakim yang benar2 telus. Kita juga dah ada Peguam yang berani sekarang ini. Saya tidak ada pilihan,jika saya tak saman, dia takkan berhenti kacau saya. Saya pun tak suka nak saman kerajaan, jika ada pilihan 1juta kali saya tak nak saman kerajaan, saman dia seorang aje. Tapi apa pilihan yang saya ada? So yang cakap saya gila saman kerajaan, siapa yang gila sebenarnya? Tunggu diri sendiri, anak, isteri atau suami kena baru nak faham?
Februari 2009 Mendapati Prestasi 2008 saya diberi markah 0.00, sedangkan saya belum menghantar borang Prestasi. Sepatutnya di bahagian catatan dicatat tidak atau belum menghantar Prestasi. Pergerakan Tangga Gaji mana? Tiada.
Jun 2009 Jamaluddin Bin A. Rahman mengumumkan semasa Mesyuarat Guru Besar di Mersing bahawa satu Solat Hajat akan diadakan pada 18 Jun 2009 untuk memohon menang saman saya terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor iaitu Hj Sufaat b.Tumin.
3) Saman adalah hak individu, bagaimana boleh pihak atasan menggunakan kuasa mengarahkan perkara sebegini? Hj Sufaat sebagai Pengarah Pelajaran langsung tidak membantu saya. Bukankah saya ini Pegawainya yang bertungkus lumus membuat kerja di sekolah ?
4) Bagaimana ya, dah salah, aniaya, fitnah, putuskan silaturahim orang, boleh nak gunakan solat hajat untuk menang.. Saya yang patut didoakan, yang terpaksa menyaman secara senyap kerana masih nak baik lagi. Saya yang buat kerja on the ground biar mereka ini tak kena jawab banyak2 di akhirat nanti. Ini dah sama dengan perbuatan membuat Petisyen selepas Solat Hajat , mempergunakan agama.
13 Mac 2009 Pergi ke sekolah setelah diberi cuti lebih kurang 3 bulan. Alhamdullillah kebetulan ada surat temuduga untuk ke Gred DG41 (Siswazah). Saya pun melapor diri ke Mohd Shah Bin Abu Bakar dan memberitahunya mengenai temuduga dan bertanya,apakah yang akan dia tulis di bahagian report Ketua Jabatan kerana pada waktu temuduga nanti, saya akan baru bertugas dengannya 3 minggu. Sebelum ini,dia menyuruh saya membantu sekolah kerana katanya saya rajin,bagus dan pakar English. Tapi jawapannya, “Saya tulislah baru bekerja dengan awak.” Saya kata, “ Cikgu, tadi kata saya bagus, ni lain pulak. Tapi takpelah, nanti pandai2lah saya jawab,asalkan Cikgu tak memburukkan saya sudahlah kerana kita waktu itu baru 3 minggu kerja,maklumlah saya kan tengah glamour akibat diperburuk2an .” Dia kata ok.
April 2009 Sewaktu saya hendak mengambil report dari Mohd Shah Bin Abu Bakar sebagai Ketua Jabatan, bila saya menelefon dia kata tak siap lagi. Hati saya mula rasa ada yang tidak kena.
Hari Temuduga,saya ke sekolah, dia boleh tinggalkan sekolah untuk hantar report saya, dia seorang saja Guru Besar yang menghantar sendiri laporan, jadi saya syak report itu dibuat oleh orang lain dan sudah pastinya buruk.
Bila temuduga, Penemuduga ini beritahu saya bahawa Report mengatakan saya tidak pulang laptop, saya terangkan bahawa ianya kerana saya baru berpindah dan baru naik sekolah dan yang paling penting sedang berjuang untuk balik ke sekolah lama kerana saya nak kerja macam dulu, Itu sahaja yang saya minta. Seterusnya juga laporan juga mengatakan bahawa saya teruk, selalu ambil cuti sakit dan tak layak diberi DG41. Sedih betul saya dengar, mengalir air mata saya dan terangkan, cuti sakit diberi oleh Hospital dan saya sakit kerana mereka. Saya juga bercerita bahawa saya baru bekerja dengan Mohd Shah selama 3 minggu, sampai hati dia buat saya. Saya belajar 4 tahun untuk upgrade diri. Akhirnya saya berkata padanya,”Dato’, tanyalah hati Dato’, jika rasa saya ikhlas, Dato’ berilah, jika tidak saya redha”. Beliau kata, “Bukan macam tu, report ni terok sangat”. Tapi dia berkata, “Takpelah saya luluskan, anggap ini satu cabaran untuk menjadi kuat dan lebih baik lagi”. Alhamdullillah,saya jumpa juga orang yang jujur dan benar2 menjalankan tanggungjawab. Doa saya untuk Dato’.
Balik ke sekolah, selama beberapa hari saya tak bercakap dengan Mohd Shah kerana amat kecil hati. Satu hari dia datang ke bilik, menghantar surat dan saya berkata bahawa sampai hati dia buat saya begitu.Dia terperanjat dan tidak berkata apa-apa pun. Saya tanya,”Cikgu tahu ke tak?” Saya beri peluang dan menyuruh dia minta maaf. Dia berdiam sahaja. Jadi saya kata, ok lah, Cikgu tanggung lah.
April 2009
Pergi ke BPA Putrajaya dan berjumpa En. Asri yang sangat baik hati dan telus. Dia menasihati saya supaya berbincang dengan Pegawai di KPM dahulu. Kerana dia saya tak jadi report ke BPA dan pergi ke KPM berjumpa Cik Emily dan membuat aduan. Yang penting saya nak balik ke SKTSB2 dan nak mengajar seperti dulu. Tindakan KPM: menghantar Nazir pada 30 April 2009.
30 April 2009 Proses mahkamah sedang berjalan dan tarikh yang pertama adalah pada 05Mei2009 (Isnin). Pada 28April (Selasa) saya dengar 2 Nazir dari Putrajaya datang ke SKTSB2 dan berjumpa Tay Tong Aik ( Guru Besar ) lebih kurang 2 jam. Pada 29 April (Rabu) petang, saya dihubungi Nazir dan hendak berjumpa di sekolah esoknya.
29 April 2009 (Rabu) Oleh kerana berita kedatangan Nazir sudah pasti sampai ke telinga PPD, pukul 9 pagi, 4 orang Pegawai atau Penyelianya datang ke SKTTU. Inilah kali pertama orang PPD datang waktu saya ada di sekolah, dah terpaksalah tu dan saya dah agak mesti saya kena punya. Mula2 Mohd Shah Bin Abu Bakar minta saya tolong duduk dengan mereka ini iaitu Ustaz Noor Zaidi, Pn. Radziah, Pn. Hasimah dan En.Hafiz (Saya biasa dengannya kerana saya merupakan Jurulatih ETeMS dan Jurulatih Sukatan Sains). Sekejap lagi saya diminta Jadual Waktu, seperti yang saya dah katakan, mereka nak ingatkan bahawa saya selalu tak datang, jadi tak masuk kelas. . Sorry lah, selalunya guru-guru ada dua pegangan, sama ada hormat dengan PPD dan JPN atau takut. Saya, dua-dua dah tak ada. Januari 2012, En. Hafiz datang ke sekolah, dia buat tak nampak dan tak kenal saya dan saya buat benda yang sama.
30 April 2009(Khamis) En. Kamaruddin, En. Daud (Nazir KPM), dan En. Abdullah (Kaunselor PPD dan kawan saya) Pada mulanya Nazir Putrajaya mencari salah saya, kata saya datang lambat dan saya tak menafikan dan bagitau kerana saya tension dengan sekolah. Memang kadang2 saya tak datang, lemah semangat (seperti yang saya terangkan, gangguan emosi terok yang saya alami). Saya tau hak saya, jadi saya bertanya kenapa tiada Kaunselor bantu saya, cuma datang hari ini dan itupun setelah saya saman. En. Abdullah jawab bahwa dia tidak dimaklumkan mengenai kes ini oleh PPD. -Perbincangan selama hampir 2 jam lebih. Saya terangkan kenapa ambil tindakan saman. En. Kamaruddin tahu rumah saya dekat dengan sekolah SKTSB, jarak jalan kaki dan saya pernah mengajar di situ selama 7 tahun dan dia tanya sama ada jika saya hendak ke situ dan masih sebagai GPK1. Jawapan: saya tak mahu ambil tempat Kak Ina (GPK1 di situ) kerana saya tahu macamana perasaan kena tukar sebegitu rupa. Alhamdullillah saya tolak kerana tak lama selepas itu saya dengar Kak Ina operation kerana masalah kesihatan.
23 Jun 2009 3pm Mesyuarat kedua bersama KPM. Saya dapati 8 pagi Mesyuarat telah diadakan dengan nama-nama orang terlibat dengan kes saya. Saman saya masih berjalan ketika ini, jadi seorang Peguam mengikuti dan hendak join mesyuarat. Tapi Pn. Robayah (KPM) mengatakan bahawa ini adalah mesyuarat biasa dan tiada kena mengena dengan saman dan meminta supaya Peguam jangan masuk dan saya akur. Antara yang hadir dari KPM: En. Kamaruddin, Pn. Robayah, Pn. Zabidah, En. Muhammad dan Pn. Noriza. Dari JPNJ: Kaunselor En. Azizi, Unit Tatatertib Pn. Nurul, En. Kamal. Pn. Robayah sebagai Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengugut, “Puan, jika Puan tak tarik saman, kami tak layan aduan Puan.’ Saya terkejut kerana tadi dia mengatakan tiada kena mengena dengan saman. Dan sebelum ini diberitahu bahawa saman adalah hak saya. Mesyuarat diteruskan dan saya ditanya apa yang saya mahu. Saya terangkan: keadilan, balik ke SKTSB2, kaunseling dan tindakan pada mereka yang bersalah. Mereka kata kaunseling akan diberi oleh En. Azizi. Mesyuarat lebih kurang 2 setengah jam dan akan disambung di KPM Putrajaya.
14 Ogos 2009 Mesyuarat di KPM Putrajaya 8 pagi. Ada 13 orang lain hadir: KPM: (Mereka yang sama hari tu), ada Pegawai dari JPNS, Haji Mustaffa, wakil Pengarah Bahagian Sekolah Harian, seorang Tuan Haji lengkap berbaju melayu, samping dan songkok, dan seorang lagi Pegawai wanita. Dari JPNJ: En. Kamal, Pn. Nurul. PPDJB: Tuan Pegawai Pelajaran Daerah JB, Haji Aminuddin Bin Adam dan Kaunselor, En. Adullah.
1) Belum mula mesyuarat, ada seorang Haji yang lengkap berbaju melayu, masuk dan menyatakan dengan lantang (memerli saya), “ Ei apalah saman2 ni.Masyaallah.” Saya sabar ajelah. Siapa dia ni ya? Tak tahu cerita, tapi perli saya sebegitu rupa. Saya pun tidak tahu kenapa dia ada di mesyuarat itu.
2) Pn. Robayah masuk dan bertanya kepada saya, “Peguam tak datang ke hari ni?” Saya jawab, “Tak, kenapa, nak suruh Peguam datang ke?” Dia terus tersengih dan jawab, “Tak ada lah”.
3) Saya bertanya Nurul, mana minit mesyuarat di JPNJ tempoh hari. Setiap kali mesyuarat mesti ada minit mesyuarat. Dia jawab, “Kita buat minit curai.” Ha? Takkan tak tau, minit curai adalah catatan pada waktu taklimat atau kursus untuk ditunjuk pada Bos selalunya, Apabila mesyuarat, seseorang mesti sediakan minit mesyuarat dan akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.
3) Apabila mesyuarat bermula, Pengerusi, Haji Mustaffa mengatakan, “Beginilah Puan, jika Puan tidak menarik saman Puan, kami tidak akan mengambil tindakan terhadap aduan Puan.” Saya tanya, “Apa dia?” dan dia mengulang kata-katanya. Kali ini saya benar-benar hilang sabar kerana telah diugut sebanyak dua kali, dan berkata, “ O..ok, takpe lah kalau begitu.” Saya nak balik tapi dipujuk oleh En. Fauzi yang baik hati, yang duduk di sebelah saya. Akhirnya saya duduk dan mesyuarat diadakan lebih kurang 2 jam setengah. Haji Mustaffa meminta maaf kepada saya.
4) Pihak PPDJB akan membantu saya menyelesaikan masalah (saya ingatkan betul). Perjumpaan ditetapkan pada Ogos 2009. Saya disuruh membawa laporan perangai Pihak pentadbiran SKTSB 2. (Jadi KPM dah lepaskan kes).
20 Ogos 2009 Akhirnya Kaunselor PPD iaitu En. Abdullah datang memberikan Kaunseling buat kali pertama, di Kantin sekolah kerana kami juga dah kenal sewaktu sekolah lama (SKTSB2) di mana dia datang untuk menyelesaikan masalah guru2.
24 Ogos 2009 Perjumpaan di PPDJB 2 ptg. Haji Aminuddin, Timbalan Tuan PPDJB, Haji Kamaruddin, En. Hanafi , dan En. Abdullah. Mulanya ditawarkan pertukaran ke sekolah lain, saya tak mahu kerana bukan saya yang salah, kenapa nak dibuat macam bola. (Mereka seboleh2 tidak mahu menukarkan saya semula ke SKTSB2).
Haji Aminuddin mengatakan akan menukarkan saya ke SKTSB2. (Saya ingatkan betul, langsung tidak kerana tiada jawapan apa pun dari PPDJB selepas itu)
Januari 2010 Memohon kebenaran belajar kerana melanjutkan ke peringkat Master di UTM. Apabila memohon jawapan surat dari Mohd Shah, jawapan dari JPNJ tidak menyokong kerana alasan: Tiada kebenaran dari Ketua Jabatan. Yang pelik, kat surat depan, Mohd Shah menulis memohon saya diberi kebenaran, kat belakang, ‘Tak Sokong’. Akibatnya: Bila ada peperiksaan saya tidak datang sekolah kerana tidak boleh minta Cuti Tanpa Rekod. Dalam Malaysia, hanya 5% agaknya yang mengalami nasib seperti saya. Sedangkan guru-guru bermasalah pun diberikan kebenaran belajar. Saya hendak belajar pun tak diberi, takut saya sangat lebih tinggi lagi mereka. Saya memang dah lama impikan untuk belajar ke peringkat Master. Saya gigihkan diri belajar juga
Februari 2010 Menyemak Prestasi 2009 dan diberi markah 22.5%. Ini komen Jamaluddin Bin A. Rahman di Prestasi saya, sebagai Penilai Kedua: Pegawai ini bersikap tidak bertanggungjawab, selalu mengambil cuti sakit, mengambil tindakan menyaman Pengarah, mencemarkan profesion keguruan, kurang berdisiplin. Pegawai ini juga tidak komited dalam menjalankan tugas sebagai GPK1,tidak masuk kelas P&P yang ditetapkan,tidak hadir dalam Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum dan tidak hadir dalam Perhimpunan mingguan.
Perbuatan Jamaluddin langsung tidak professional,langsung tiada nilai-nilai Tonggak 12. Siapa yang meyebabkan Pengarah kena saman, bukan dia ke? Siapa yang mencemarkan profesion keguruan, bukan kah dia yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan saya dengan bercerita merata-rata? Saya saman pun senyap-senyap saja,dia yang menghebahkan merata-rata kerana kuasa yang dia ada. Sakit betul hati dia terhadap saya.Macam ini ke sikap orang PPD, busuk hati, bongkak? Macam ini tulis Prestasi? Ada guru lain kena macam ini tak?
Prestasi 2008 saya tidak dinilai langsung. Dah tiga tahun saya tak naik gaji. Bonus pun dapat kurang dan ada yang tak dapat. Akibat perbuatan Jamaluddin, saya sakit dan menanggung macam2 perkara. Saya tak salah dan dibiarkan dan diambil tindakan tanpa berhenti.
Mac 2010 Gaji Mac2010 dipotong sebanyak RM150. Terus terang saya katakan memang ada hari2 saya tidak hadir kerana situasi di sekolah, tapi saya sangat keliru dengan pemotongan gaji saya yang dibuat sesuka hati dan tanpa penerangan langsung. Tidak pernah ada perbincangan dengan saya.,tiba2 gaji dipotong.
Mei2010 Akhirnya En.Rosli, Ketua Sektor Unit Kaunseling JPNJ menghantar surat panggilan untuk Kaunseling. Saya pergi buat kali pertama dan kedua. Yang ketiga, saya bertanya kenapa saya tidak boleh menyebut nama Jamaluddin Bin Rahman langsung dalam semua sesi kaunseling bersamanya, dia kata, bukan Jamaluddin yang dikaunseling kan di sini. Kemudian keadaan agak tegang, jadi dia berkata kepada saya bahawa dia tidak mahu beri saya kaunseling lagi. Dia sendiri tidak mampu membantu saya. Sebagai Ketua Sektor, saya akur dengan arahan dia. Jadi tamatlah sesi kaunseling.
Mei 2010 Ketua kerani N22, Pn. Mentiah dari JPNJ melapor diri ke sekolah. Buat pengetahuan, jawatan ini hanya untuk sekolah yang mempunyai murid seramai 800 atau 850 orang. Sekolah SKTTU hanya mempunyai lebih kurang 600 murid dan ada banyak lagi sekolah di Johor Bahru yang layak mendapat Ketua Kerani, tapi tak dapat. Dia mengaku baik dengan Jamaluddin sewktu di JPNJ dulu. Kenapa dia dihantar ke sini ya? Yang pasti:
1) Dia yang meminta Sijil Cuti Sakit apabila saya tidak datang sedangkan dia tidak berhak untuk membuat demikian kerana dia bukan Bos saya.
2) Yang paling menyakitkan hati, apabila dia ‘mengarahkan’ supaya MC saya dihantar sendiri ke pejabat. Apabila saya diberikan cuti, suami akan menghantar MC melalui guard yang sangat amanah. Jadi Ketua Kerani ini mengarahkan supaya jangan terima MC saya. Undang2 mana yang dia pakai ini? Saya telefon dia dan bertanya adakah guru2 lain kena berbuat benda yang serupa?, sedangkan MC dihantar hanya apabila naik bertugas? Dia diam dan akhirnya dia kata di JPNJ begitu. Jadi,jika guru sakit, tak ada orang nak hantarkan MC, guru tu kena merangkak datang sekolah hantar MC? Ini sebenarnya tugas dia di sekolah, khas untuk kenakan saya.
22 Jun 2010 Saya ke hospital, bacaan tekanan darah tinggi (BP) saya sangat tinggi iaitu 203 /95. Ini boleh mengakibatkan strok dan juga boleh kehilangan nyawa. Doktor mula memberi saya cuti dan saya berulang alik ke hospital. Pesanan Doktor kepada saya supaya makan ubat mengikut masa. Cuti saya diberi Doktor, berlanjutan sehingga 13 Januari 2011. Waktu ini saya agak tenang kerana tidak perlu pergi ke sekolah bertemu dengan orang dan perkara-perkara yang menganggu emosi saya.
Ogos 2010 Gaji Ogos yang sepatutnya diterima pada 25Ogos, dimasukkan akaun bank saya pada 01 September 2010. Sesuka hati dengan gaji orang.
Saya sepatutnya mendapat tunggakan gaji Ijazah saya di mana saya telah dilantik keDG41 pada 31 Disember 2008. Tapi tidak ada dalam gaji Ogos 2010. Saya tunggu sahajalah.
November 2010 Akhirnya saya menelefon Pembantu Tadbir sekolah. Alangkah terkejutnya saya kerana diberitahu bahawa tunggakan Ijazah saya diambil semuanya untuk pembayaran saya tidak hadir ke sekolah. Sangat melampau mengambil tunggakan saya sebanyak RM6,185.48. Saya sangat sedih kerana tidak sangka diperlakukan sedemikian rupa. Apa sahaja perkara berkaitan Ijazah saya akan diganggu, sampai sanggup bertindak kejam mengambil tunggakan saya. APA HAK MEREKA BERBUAT BEGINI? KEJAM BETUL YA PROSEDUR KERAJAAN?
Saya pergi ke sekolah berjumpa Mohd Shah Bin Abu Bakar. Dia memberi beberapa surat pemotongan gaji, tunggakan dan entah apa-apa lagi. Tapi semuanya telah dilakukan, baru makluman pada saya. Yang paling menghairankan, Mohd Shah sebagai Guru Besar setelah membuat potongan gaji dan tunggakan juga hanya memaklumkan PPDJB dan JPNJ. Terbalik pula. Masaalahnya Bos PPDJB, Hj Aminuddin Bin Adam dan Pengarah, masa tu Hj Markom Bin Giran tak kesah dan menyokong.
Ada surat makluman potongan gaji saya (dah dibuat Oktober 2010) dari RM150 ditambah ke RM500. Sabar ajelah, dahlah gaji tak naik, tunggakan RM6,185.48 diambil begitu saja, ditambah potongan lagi. Tapi apa yang berlaku ialah gaji saya dipotong sebanyak RM650 selama tiga bulan kerana kesilapan mereka. Tiada penjelasan mengenai perkara ini. Sebenarnya terlalu banyak salah laku dan tidak ikut prosedur yang dilakukan terhadap saya sesuka hati mereka. Sebab itu lah saya saman pada 2011, untuk membetulkan perkara yang tidak dipedulikan oleh JPNJ, KPM dan juga BPA.
Bang Ghafar, takkan tau senyum jer! Tolonglah Hamba Allah ini..ape punyer ketua pengarah! bende kecik camni pun tak bole nak settle. Tak ble pakaila lu. Baik letak jawatan pastu tanam daun ketum lagi baik...
19 November 2010 Setelah membuat aduan kepada BPA Putrajaya Oktober 2010, dan hasil siasatan tidak memuaskan. Saya membuat appointment berjumpa dengan Ketua Pengarah BPA iaitu Dato’ Dr Tam. Setelah berjumpa dengannya, beliau mengatakan bahawa memang itu lah keputusan muktamad BPA. Jadi saya pergi ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan berjumpa dengan En. Zureen Bin Zubir iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas KSN. Saya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang yang baru, sebab itu saya masih cuba berjumpa dengan orang2 atasan saya. En. Zureen Bin Zubir yang sangat baik hati dan saya hormati, cuba membantu saya dan meyuruh saya mmbuat surat rayuan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru menggantikan Tan Sri Alimuddin iaitu Dato’ Sri Abd Ghafar Bin Mahmud. Saya tidak akan melupakan perkataan dan pesanan En. Zureen, “Cikgu, Allah tu kan ada.”
Saya yang masih menaruh harapan tinggi terhadap KPM agar perkara ini dapat diselesaikan membuat surat rayuan kepada Dato’ Sri Abd Ghafar dengan segera. Tapi tiada jawapan darinya. Saya membuat surat rayuan yang kedua dan masih tiada jawapan dari pihaknya. Jadi saya dah faham memang tidak akan ada jawapan dan bantuan dari KPM.
Januari 2011 Saya telah tidak diberi mengajar Bahasa Inggeris, jadi Elaun Bahasa Inggeris saya ditarik balik. Saya belajar TESL dan mendapat Ijazah dalam TESL dan sedang membuat Masters dalam TESL
Salah seorang kakak yang berkerja di bahagian pembersihan sekolah berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa sewaktu dia membersihkan bilik saya,di belakang langsir tingkap, dia menjumpai seperti bantal kecil segi empat berwarna kuning air dan bertali. Suaminya telah membuangnya di dalam sungai. Waktu itu saya diberikan cuti panjang oleh hospital. Siapa lah yang sanggup meletakkan benda seperti itu untuk membuat dan mengenakan saya ya? Tak tahu ke perkara itu syirik dan tak tahu hukum menyekutukan Allah ke?
Mei 2011 Akhirnya setelah masih tiada bantuan dari orang atasan, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk memperbetulkan perkara dan dengan harapan gangguan terhadap saya dapat dihentikan. APA PILIHAN YANG SAYA ADA? Saya lakukan secara senyap2, tapi seperti biasa diperhebohkan oleh Jamaluddin Bin Rahman. Tindakan saya di atas perbincangan dengan keluarga yang menyokong selama ini dan mereka tahu semua perkara yang berlaku. Masa ini, cerita mengenai saya di kalangan warga pendidik masih diperbualkan. Bila saya saman, semakin marahlah Jamaluddin kepada saya. Saya tahu dia hendak saya berhenti kerja, tapi saya masih berjuang kerana berani kerana benar.
7 September 2011 Pergi ke sekolah, masa ini Guru Besar baru Hajah Zainab Bt Abu Bakar menggantikan Mohd Shah yang dinaikkan pangkat ke PPDJB. Sewaktu di bilik, dia datang, tak ada salam dan terus cakap suruh saya pergi ke bilik dia. Nampaknya seorang lagi Guru Besar yang bakal mengenakan saya di atas arahan Jamaluddin. Saya pergi ke biliknya, dan dengan serius dia sebut mengenai punch card dan dua tiga perkara. Saya diam saja lah, dah tau lah apa yang berlaku selepas ini. 8 September 2011
Saya berada di bilik GPK Koko bersama seorang lagi guru. Hajah Zainab masuk, seperti biasa tiada salam, tanya saya depan mereka berdua, soalan seperti pukul berapa saya sampai, ada kelas tak, semalam kan dah bagi jadual. Kali ini saya marah kerana ditanya sebegitu rupa, perlu ke depan orang? Saya pergi ke bilik dia dan bertanya, “Puan ada masalah ke dengan saya?” Dia kata, tiada, I baru jumpa you. Tapi perbuatannya lain. Walaupun saya tahu bahawa dia pasti dah dengar cerita saya dan diberi pesanan oleh Jamaluddin Bin Rahman, saya terangkan juga mengenai Petisyen yang menjadi punca dan akibat semua perkara, dan siapa yang menjadi Dalangnya.
Cerita mengenai masuk kelas, jadual Hajah Zainab cuma Pendidikan Seni. Hajah masuk kelas ke hari-hari?
Seterusnya apabila saya tidak hadir, Hajah Zainab menulis ‘Tidak Hadir Tanpa Kenyataan’ di atas punch card, sepanjang garisan yang ada.
13 September 2011 Ke hospital, bercerita kepada Doktor mengenai apa yang berlaku di sekolah. Saya diberi cuti selama seminggu dan yang sedih ubat seharian saya dari satu jenis ditambah kepada dua jenis, campur ubat darah tinggi jadi 3.
07 Oktober 2011 Mendapat berita gembira iaitu saya menang peringkat pertama saman yang membolehkan untuk ke Perbicaraan. Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Tuan Vernon memang adil dan telus. Bagaimana BPA Putrajaya boleh mengatakan tiada salah laku? (klik)
Walaupun menang peringkat pertama, Peguam Negara membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Jadi sekarang saya jadi musuh mereka. Nak buat macamana kan, memang dari dulu pun tiada yang nak membantu saya. Yang untung, Jamaluddin Bin A. Rahman, dia punca segala-galanya tapi dibela oleh orang atasan dan dibiarkan kekal di jawatannya. Macam ni ke Kerajaan? Membela orang sebegini dan menaikkan pangkat mereka? Kakitangan kerajaan, jangan takut, jika anda berbuat salah laku apa pun, anda akan dibela, nak best lagi buat hal sampai orang saman dan anda pasti kekal di jawatan anda.
14 November 2011 Lawatan dari 3 orang PPDJB berjumpa Guru Besar. Saya terkejut apabila ternampak Abdul Rahman yang telah dinaikkan pangkat ke PPDJB. Dia guru dari SKTSB 2 dan berada di surau malam Majlis Solat Hajat Ogos 2007 sewaktu guru-guru membuat Petisyen. Dia baru mengajar lebih kurang 5 tahun, dah duduk di PPD. Lagi satu contoh orang sebegini dinaikkan pangkat.
16 November 2011 Mediatasi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Akhirnya Jamaluddin mengaku di depan Peguam saya, Peguam Persekutuan (yang bela dia) dan Naib Timbalan Pendaftar bahawa wujudnya Petisyen. Jadi dah terbukti bahawa Petisyen tidak disiasat. Ternyata dia telah melakukan pembohongan yang nyata.Orang begini yang dibela Kerajaan?
Sehingga sekarang kes saya di Mahkamah Rayuan. Kita tengoklah nanti Mahkamah Malaysia ini telus atau tidak seperti banyak versi yang kita dengar kan?
Januari 2012 Kes Mahkamah masih berjalan.
Februari 2012 Saya amat terkejut kerana mendapat panggilan telefon dari kawan yang mendengar khabar bahawa saya telah dibuang kerja. Biar Betol! Punyalah ramai orang bermasalah tidak dibuang malahan tindakan tatatertib atau apa pun tidak diambil, saya senang2 kena buang. Tiada surat tunjuk sebab ke apa pun! Apa hal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ini?
02 Mac 2012 Pergi ke SKTTU dan setelah mengambil surat dari Pembantu Tadbir, memang sah saya kena buang. Luluh hati saya, terbayang muka anak-anak saya, bagaimana perasaan mereka bila dapat tahu mengenainya. Belum lagi perasaan emak saya yang selalu mendoakan saya siang dan malam, keluarga yang tidak putus2 meyokong saya. Saya tak dapat bayangkan membuat kerja lain selain mengajar. Tapi saya tahu rezeki bukan di tangan Jamaluddin Bin Rahman tapi Allah yang beri.
Surat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran itu mengatakan saya telah diberi surat bertarikh 5 Disember 2011, dan tarikh buang kerja berkuatkuasa mulai 27 Januari 2012. Kes mahkamah sedang berjalan dan takkan SPP ti8dak tahu tiada tindakan boleh diambil pada waktu itu apa lagi buang kerja. Lagi pun saya tidak dapat surat bertarikh 5 Disember 2011 itu. Saya dibuang begitu sahaja, tiada penerangan mengenai pencen atau apa pun.
Sekarang dah heboh mengenai saya kena buang, dapat lagi pahala orang bercakap dan menfitnah saya.
Apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan hak saya demi membesarkan anak-anak saya seramai 4 orang. Satu di University, satu di Kolej dan dua lagi bersekolah. Tak apalah mereka yang bertanggungjawab iaitu Ketua Jabatan, SPP apa nak takut, pasti akan dibela habis-habisan oleh Peguam Negara nanti. Boleh juga minta Buku tebal mengenai ‘kejahatan’ saya dari Jamaluddin Bin Rahman berserta pembohongan yang dibawa ke Mahkamah Tinggi tempoh hari..kesian..
Adakah Mahkamah akan memihak kepada mereka dalam perkara ini?
Puan Fauzia Khanom Irshad Ali Khan
Mangsa keadaan 'busuk punyer olang' iaitu makhluk yang bernama Jamaluddin Bin Rahman
Experience • Teaching experience of 22 years, from 1989. • First Senior Assistant from 2004. • Acting Headmistress for 1 year 3 months. * Currently in fifth semester of completing Masters and have good academic record. * Completed Headmaster professionalism course in 2008. . * Currently as a volunteer, teaching students at Rumah Barkat, Johor Bahru from 2009. * A community member of Persatuan Rumah anak-anak yatim, Johor Bahru. * Experience as a Polling leader ( Ketua Tempat Mengundi ) for four terms. * Guest speaker for English UPSR excellence programme. * UPSR Examiner for 7 years and Head Examiner for 3 years. * Twice awarded Excellent Award Service in 2001 and 2004. * Instructor for Teaching and Learning Mathematics and Science in English ( ETeMS ). * Instructor for Year 2 Science Curriculum state level. * Instructor for Year 3 Science Curriculum state level. . * Instructor for Level one Science Curriculum state level. * Facilitator for Science Specification Item for examination in 2005. * Motivation Instructor in 1995. * Advisor for Parents and Teachers association in 2005 and 2006. * Coordinator in 2001 for new school, SK Taman Skudai Baru 2, Johor Bahru. * Contributed in Selection of extensive and contemporary literature books organized by the Ministry of Education in 2003. * Completed Leadership course in 2007. . * Contributed in the Cluster school management and changes in 2005. * Completed First Senior Assistant management course in 2008. * Contributed in the Office management and finance for First Senior Assistant in 2005.