Kenali mereka

Saturday, June 16, 2012

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 31)

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 31)

Untuk Kita Semua

Hang Mokhtar Jatuh Melayang
 ACP Rosman Yang Menolak
Raja Yang Baik Kita Sayang
Raja Yang Merapu Kita Tolak.

Sejarah tidak boleh di ubah. Bangsa apakah yang telah merentap kekebalan Raja? Mamak atau Melayu? Setiap yang berlaku ada hikmahnya.


DR Asri, betul punya marah nampak!

1. Benarkah maksud 'PATIK' dalam bahasa urdhu hinda bermakna ANAK ANJING YG BELUM BUKA MATA.

2. Benarkah maksud dalam bahasa seharian 'MENCEMAR DULI' ialah "mengotorkan kaki". Selalunya kita dengar 'Tuanku bla bla bla mencemar duli bersolat di mesjid bla bla bla", Kalau benar maksudnya mengotorkan kaki, adakah taraf sultan begitu tinggi untuk bersolat di rumah Allah. Rasullullah pun tak cenggitu!



3. Berbalik pada soalan WWW 1. Pada pandangan saya supaya isu sebegini tidak timbul lagi dan banyak pihak tidak menjadi mangsa, selepas ini JPJ tak payahlah menerima bidaan dari golongan Sultan. Apakata JPJ  keluarkan plat khas untuk Sultan (WWW Sultan Melaka - contoh)

Kebanyakan keluarga di raja negara kita ini hidup dalam misteri. Banyak perihal mengenai raja tidak diketahui oleh rakyat. 
Nasib baik Lebai Google ada, macam-macam ada.

4. Untuk para pembodek dan penjilat tegar Raja-raja terutama UMNO, tak payahlah buat sebarang DEMO lagi. Tujuan yang tersirat adalah untuk apa? Pangkat? Lupakan lah bro...biar Allah yang menilakannya. Banyak yang gila pangkat akhirnya mental di usia tua mereka. Lagi satu bro, pihak pembangkang dah gelar yang kita ni semua "Pemegang Rekod Pembuat Laporan Polis Terbanyak didunia"

Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan! (59:23).

Beb, kita ni manusia biasa. Cuma anta dilahirkan sebagai anak Almarhum Sultan Iskandar dan ana plak anak Hussien (penulis). Beza antara ana dengan anta cuma anta anak yatim dan abah ana masih hidup lagi. Kalau anta buang semua perangai merapu dan tolong semua rakyat Johor yang susah, ana gerenti rakyat Johor akan sayang anta. GERENTI!



5. Untuk Ku Yem,

a) Jawab dengan jujur pada diri sendiri. Adakah anta seorang Sultan yang benar-benar sayangkan Rakyat? Tahukah anta maksud 'SAYANG'. Sila periksa dalam kamus. Kalau anta boleh beri semua kemewahan anta seperti ratusan kereta dan pelbagai kemewahan lain pada rakyat Johor, berilah setiap rakyat sebijik sorang rumah ke atau sebidang tanah, takderlah merempat menyewa sampai mati barulah boleh dinamakan sayang. Tanya budak-budak 5 tahun pun dia tahu jawab dan boleh share gula-gula lagi kalau dia tahu kita sayang dia. Tak payahlah gebang sambil menangis “Saya sayang rakyat".

b) Kalau setakat nak tunjuk glamer, lebih baik anta jadi rakyat biasa macam artis.

c) Berapa ramai 'terkebil-terkebil' bila dengar wang dibazirkan sebegitu sahaja. Nak cakap 'kuat-kuat' takut kena pelempang tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Ada juga rakyat Johor yang kais pagi makan petang. Yang kaya tu kebanyakan dari Singapura dan pemakan rasuah yang tegar. Jangan membohong lah kalau setakat gaji RM1,500 tu hidup kat Johor dengan selesa! Masih ramai lagi yang diambang kemiskinan. Hidup segan mati pun segan. Hu hu.. Tak percaya? Sila buat kajian terperinci.

d) Adakah anta tahu perasan rakyat Johor yang susah apabila melihat anta memandu kereta mewah yang tak ada AP dan bayar duti kastam? Anta tak pernah jadi rakyat dan tak pernah susah. Adakah anta sudah menjalankan kewajiban sebagai Ketua Agama Negeri Johor dengan Amanah? Anta sepatutnya jaga rakyat dalam keadaan ekonomi yang semakin merudum ni dari membazir beli plet plastik tu. Kerajaan yang rakyat harapkan menjaga periuk nasi/perut tapi segelintir dari mereka mementingkan diri sendiri! Beb, anta pun tahu kerajaan sebenarnya adalah kuli/sebagai pelayan kepada rakyat. Pendek kan citer, kerajaan mesti mengutamakan rakyat dengan membereskan segala keperluan asasi rakyat tapi...Itulah antara sebabnya ana angin dengan anta. Ana harap lepas ni anta janganlah perangai dua kali lima macam 'dia orang'



e) Pernah kah anda luangkan masa untuk membaca 'rintihan', 'makian' dan pelbagai terhadap anta dalam internet? Itulah saja ruang untuk rakyat meluahkan perasaan yang terbuku dihati. Ada satu kata-kata yang menyusuk perasaan samada saya terbaca atau terdengar tapi lupa dimana. "I hate to be mentimun forever. I love Hang Jebat" dan "Aku susah ada sultan bagi makan?" dan pelbagai lagi. Dia orang ni kalau cakap lebih-lebih kang sendiri mau ingatlah kan. Setakat kena pelempang atau masuk dalam kira okay lah lagi cuma takut kena ngap kat kandang buaya terus ghaib macam tu jer!

Mufti Perak
Kita pernah berbual panjang dalam telefon sekitar tahun 2007 tentang pengalaman anta tentang makhluk halus antaranya Pontianak dalam bilik Hotel. Cuma sampailah ke hari ini Allah tidak izinkan kita bertentang empat mata. Anta juga telah memberi kata penghantar dalam buku ana yang bertajuk 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU (klik). Syukran beb. Tapi kali ini ana rasa statement anta yang terbaru ini sudah makan diri balik. Ana nasihatkan anta supaya meletakkan jawatan dengan segera kerana lebih banyak anta bercakap lebih banyak anta minum racun. Cukup-cukuplah beri 'fatwa pujangga' tu beb dan jangan jadi Mufti cap ayam. Jangan biarkan semakin ramai tidak menghormati anta dihujung usia yang tak seberapa lagi kerana anta masih ada lagi kecintaan dunia yang tak sepatutnya dengan jawatan yang di sandang sekarang. Tan Sri atau Tiang Seri tidak akan dibawa kesana...

f) Bolehkah anta menunjuk-nunjuk kemewahan pada rakyat kerana anta adalah ketua agama? Kenapa mufti dan Noh Gadut senyap jer? Ana dah cakap kat anta beberapa bulan yang lepas. Tukarlah kedua-dua ulama flip flop ni. ("Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr (ulama agama), dan rahib, sesungguhnya mereka memakan harta manusia dengan cara palsu.." Surah At-Taubah ayat 34)


g) Anta hanya manusia biasa sahaja bukan tuhan. Darah sama merah. Kalau mati pun hanya bawa 3 helai kain putih. Yang membezakannya hanya kualiti. Masuk dalam tanah selepas beberapa tahun gerenti reput melainkan kalau anta dibalut dengan emas itu lain cerita. Najis ana dan anta pun sama. Kentut kita semua juga keluar angin. Kalau luka kita rasa sakit. Dulu anta hensem sekarang ni ana lebih hensem sikit dari anta sebab anta lebih tua dari ana. Hu..hu..Jadi kenapa anta mesti sombong bila ditegur?


h)  "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhammad, semulia mulia Rasul serta keluarga dan para sahabatnya sekelian.". - Terima kasihlah banyak-banyak beb kerana anta tak lupa pada keluarga Muhammad seperti ucapan anta tempohari (14 JUN 2012 - Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke Dua Belas)Yahuuu...sayang juga anta kat ahlulbait? ahlulbait?"  

Biarlah kita menangis sekarang daripada kita menangis di kemudian hari

i) "Negeri Johor telah menerima pelaburan lebih 2 Bilion Ringgit. Iskandar malaysia pula telah merekodkan pelaburan komited terkumpul untuk tempoh 2006 sehingga Mac 2012 berjumlah 87.56 Bilion Ringgit."  - Sekadar bertanya, 2011 sehingga Mac 2012 berapakah? Yang lain-lain tu ana nak tengok dulu betul ke rakyat Johor nanti akan menikmati kemewahan seperti dalam ucapan tersebut.


j) "Namun begitu saya percaya, rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" - Betul tu beb...ana setuju 150%...yeaahh..mirip macam cerita 'musang berjanggut' kan?


k)  " Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati" Setiap tindakan yang saya buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul, dan setiap kebajikan yang saya buat juga tidak perlu diperbesarkan" - Betul tu beb, Nizar tu tak cerdik sebab suka main pasir sampai berkudis! Dia tak pandai macam DAING MALIK kaki seludup pasir dari Teluk Ramunia dan Sg Tiram ke Singapura. Kan..kan...kan..? kesian pegawai kastam Tuan Romainor kena tukar...

Stadium perlawanan EURO 2012 antara Poland ngan Greece boleh muat 38,000 orang jer. Takkan orang dalam gambar tu sama bilangan dalam stadium perlawanan EURO. Ohhh..Mungkin banyak yang sembunyi belakang tiang ye, sebab terharu setiap seorang yang hadir dapat seekar tanah dan sebijik rumah kan? Sultan kan sayang anda semua...

l) "Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di JPJ. Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?" - Siapalah yang buat teks ni? Betul Ku Yem, si pembuat teks ni bukan sahaja jahil dan cetek akalnya tapi bangang tahap cipan. Tak sepatutnya teks sebegini dibuat semasa perasmian persidangan dewan negeri! Beb, anta sebagai sultan seharusnya neutral dan tidak seharusnya memihak kepada mana-mana parti dan anta tak boleh baca teks tu sebab akan makan diri akhirnya. Anta sebagai raja adalah PAYUNG rakyat bukannya seteru! Ana dah cakap, orang keliling anta sekarang ni macam LAHANAT! Selagi mereka ada, selagi itu anta semakin terbelit. Terpulanglah pada anta samada nak percaya atau tidak.

Sayang betul, muka dah hensem tapi mulut plak terbuka. Bro, tutup mulut sikit nanti lalat masuk.
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Mahathir yang derhaka kat raja-raja Melayu takder pun yang muntah darah. Jadi mitos sebegini tak payahlah di gembar-gemburkan

m) "Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia. Dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor bukan kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".Lagi sekali betul 300%. Anta hanya sultan dan manusia biasa seperti rakyat yang lain jugak... kalo anta murka sekalipun, Malaysia tak boleh kiamat...habis kuat pun anta cuma nangis depan rakyat aje... kalau 3 omputih kat pulau tu anta boleh maafkan, takkan dengan dengan Nizar sampai macam tu sekali. janganlah double 'standard' sangat. Murka anta kat Nizar tak bermakna Allah pun turut murka sekali.

Beb, rakyat sanggup mati kerana anta tapi sanggupkah anta mati demi rakyat.


Nizar sepatutnya timbulkan isu pasal takder AP ngan Duti Kastam yang tak bayar 300 biji tu bukan pasal plet. Beb, dia dah tersilap besar beb. Maafkanlah dia! Lagipun apa lah sangat murka seorang sultan.. bandingkan murka Allah SWT...

Apa yang Nizar buat tu cuma penyebab jer untuk pembongkaran yang lebih besar lagi.


Nizar, masa lu jadi MB dulu pun, lu pun beli nombor yang gempak gak. AGS10, AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606. Jangan jadikan isu ini isu politik.


Menteri Kesihatan
Dato' Sri Liow Tiong Lai (Klik)
Tak mau gaduh-gaduh maaa....Olang kasi pli kita angkat meh...apapun boleh bincang. Haiyaaa..

 
Alkisah maka tersebutlah kisah..Tayyib...Sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang mulia Sultan Firaun...Tayyib..Aziz baca bunyi syair, sudin baca bunyi arah, ramlee baca tak bunyi langsung..

o) "Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar setia yang tidak berbelah bagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan Raja dan Negeri Johor Darul Ta'zim yang kita sayangi" - Sokongan membawa rebah. Pasal sekeping papan plastik pun nak kecoh. Beb, kenapa anta tak murka sangat kes Pulau Batu Putih tu ek? David Copperfield ke yang hilangkan Pulau Batu Putih tu?
 



Sebelum ana tutup kedai untuk artikel kali ini, ana coretkan disini kata-kata bapak ana.

"Mengkritik bukan menentang, menyetujui tak semestinya menyokong, menegur tak bermakna membenci dan berbeza pendapat kawan berfikir terbaik"



Part 62 - Johor military (JMF) relevan atau tidak?
Part 63 - Rakyat johor anjing?
Part 64 - 
Part 65 - 
Part 66 - Kesimpulan - Tutup kedai

31 comments:

M.A. said...

http://suratkabolame.blogspot.com/2012/04/kerabat-diraja-johor-yang-pukul-sonaone.html

Anonymous said...

Musang Berjanggut:

Salam bro. Wa mmg respek & suspek sama lu bro. Lu gila punya berani ahhh...

Walaupun cara lu memang kuang hajor, tapi apa yg lu nak sampaikan tu sememangnya mengandungi kebenaran.

Wa cuma doakan lu selamat je beb. Mungkin lu pun tak lama lagi bakal ke dalam hahaha. Perasaan wa mengatakan they are closing in. At least wa rasa bangga dapat letak komen kat blog lu yg semakin meraih kekaguman wa.

Anonymous said...

Sayang Rakyat apa kejadahnya Sultan Oii.. Kebajikan Guru-guru agama di sekolah agama rakyat tak dipedulikan. Bila nak serah untuk SABK tidak dibenarkan. Dok menggila dengan kereta saja

Anonymous said...

DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT KEKAL ABADI

Basteng said...

Salam Uncle...

YA ALLAH, Engkau mudah & selamatkan lah Uncle Seekers dlm segala urusan..

Engkau kurniakanlah lah Uncle Seekers kekuatan Rohani & Batin seperti keberanian pejuang pejuang As Syahid di Medan Peperangan Badar & Uhud !

Engkau bagilah kami semua taufik & hidayat untuk mengikut segala ajaran & perintah Mu dengan tunjuk ajar Baginda Nabi Muhammad s.w.a...

Berani Kerana Benar
Takut Kerana Salah.

Demi Masa,

Sesungguhnya Manusia itu benar benar berada dalam kerugian..

Kecuali orang orang yang beriman & mengerjakan amal saleh & nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran & nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

( Aas 'Ashr [ Masa ], Surah ke 103 :
Wassalam..

Pemerhati Bersih 3.0 said...

salam....Uncle seeker...anda hebat dan telus dalam menyampaikan fakta..syabass..bkn senang nak jumpa org sebegini..sy mendoakan Uncle Seeker dirahmati ALLAh tatkala hidup dan selepas mati...perkara sebegini jarang dapat diketengahkan ke khalayak umum sebab2 nya anda sendiri pon tahu..sy sbg sorg rakyat marhaen turut merasakan sebegitu..namun usaha dr uncle seeker nih mmg sy tabik springgg....raja adil raja sanjung...raja zalim raja _______(isi tempat kosong)...sekian dari saya...BTW uncle, sekali lagi...anda adalah seorang yg telus&menepati janji setelah anda buat pengakuan dlm bhg pengumuman di blog anda ini

P/s: anak anda sharifah daulu adalah sahabat kpd anak bonda sy semasa sekolah di bukit antarabangsa..

Ejad Fotopoyo said...

uncle, gua tabik sama lu. kita sependapat. ape la yg ade kat sultan tu sampai diorg konon2 kebal sgt tak bole dikritik. puiiiii

Anonymous said...

rakyat yg kecewa dengan sikap buruk istana. sentiasa mendoakan uncle seekers selamat AMINN

Anonymous said...

Melalui medium mengkritik pemimpin bkn cra yg btul dan brani..dlm islam pn disuruh menegur dgn cra berhadapan..apabila kamu buat dgn cra begini kamu dah jatuhkan maruah sultan..kamu dah mengaibkan dia..bagi orang yang xta menahu hal ini mereka terima secara bulat2. .sedangkan kita pn xtau yg kamu berkata yg benar ataupn tidak..sekiranya tidak..kamu sudah memfitnah..bukankah dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh?..kamu seorang pengecut jika menegur dengan cara begini..kta lgsg xhormat org seperti awk..yg menanggap sendri lbh baik dr org lain

arept said...

habib lah, cuba anda kaji dan selidik susur galur keturunan alattas sebelah anda & salasilah kesultanan johor, pasti anda akn jumpe pertembungan kedua keturunan ni. sultan pon dari lineage ahlulbait ...

Anonymous said...

Tak pernah aku angkat tangan berdoa untuk sultan johor setiap hari jumaat@solat fardhu di masjid.what for?

Anonymous said...

uncle, sebelum ni aku memang menyampah giler tengok muka ko..perasan bagus..


tapi isu yg ko timbulkan kebelakangan ni, aku sokong 97%...

teruskan menulis...yg betul, aku sokong....yg menuli, dok bangga diri sendiri, aku tolak..

- antibodek -

maximus said...

wa bukan penyokong lu tapi mmg diaorg ni suma dh melampau...cuba g usik negeri lain lak, pahang ker...
poster muka dia pu kena berpayung, artis jadi pujaannn...tolong la..

maximus

Anonymous said...

pelik juga ye..cerita uncle ni dah 31 part..tapi tk kecoh sangat pun..
komen nizar tu pendek je..kecohnya sampai ke perhimpunan..hehehe
apa2 pun saya tabik spring la kat uncle...berani...

Johorean said...

Apa yang sedih, geram dan sgt menjengkelkan pada masa kini

1. Golongan bangsawan kebanyakannya hidup ikut suke nafsu sendiri.

2. depan umum berlakon kononnya memahami kesusahan dan sgt mengasihi rakyat.

3. kat blkg, langgar selamba je hukum Allah apalagi hukum ciptaan manusia. bile dah kantol/ berbau, terpaksa la minta polis/gomen coverkan.

4. sbg balasan, kenalah jadi kuda tunggangan politik. disuruh angguk, angguk. disuruh geleng, geleng. berdaulat lah sangaaatt.


Akhir kata, saya mendoakan semoga uncle sentiasa dilindungi Allah daripada mafia2 taik kucing kat mesia ni. Amin!

Anonymous said...

W/p: jadi kan lah sultan brunei sebagai contoh yg sangat bagus pada rakyatnya...

Anonymous said...

Inilah realiti dunia Uncle Seekers... Ada orang dilahirkan papa kedana, ada orang dilahirkan kaya raya, ada orang dilahirkan sebagai rakyat biasa, ada orang dilahirkan sebagai raja...
Tapi, apabila seseorang (sultan) hanya pandai cakap tak serupa bikin, masa itulah perlu ada orang memperbetulkan kesilapan orang tersebut.
Syabas kepada Uncle kerana berani mungulas isu ini.

Anonymous said...

Aku anak Johor... dulu2,penah berkawan dgn Pak/Anak Ungku serta bodyguard Ku Yem. Tau juga sikit2 cite dari bodyguard dia org(kerabat2)Penah juga dulu aku sedang layan dangdut kat Juwita.. pastu terpaksa caw/kluar cepat2 sebab TMJ nak sampai... hampeh.
_Penyokong HangJebat

adi said...

Hidup Jebat...

Anonymous said...

Uncle
Mengarut
mcm bagus
jalan mcm ketam
hahahaha

Anonymous said...

Salam brow syedddddddd :)

Cuba siasat sultan dulu dah ditabalkan sebelum mangkat --??????
sultan la ni -dah di tabalkan atau belum
Sultan dulu ada juga berani naik mimbar baca khutbah jumaat
sultan la ni -- naik pentas nangis atau naik pentas karaoke n dandut -sendiri mahu ingat

anak johor

Anonymous said...

Bukan mudah nak puaskan hati semua org, Sultan Ibrahim, satu2nya sultan di negara ini yg dekat dgn rakyat. Kebajikannya tdk suka diperbesarkan, elaun baginda tidak pernah disentuh sejak TMJ malah setiap tahun berjuta RM zakat perniagaan dibayar. baginda cukup bimbang rakyatnya berpecah belah di ng berdaulat ini. Kembara mahkota salah 1 cara baginda mengeratkan diri dgn rakyat dan menyelami masalah mreka. Wakil rakyat di Johor x bole berpeluk tubuh je. Terharu aku melihat tuanku secara spontan memanggil 3 penduduk kg bersila menjamu selera dgn baginda di batu pahat.
"Jgnlah sibuk mencari kudis dikaki orang lain, sedangkan TOKAK dikaki sendiri tidak mampu diubati" kata2 keramat tuanku ini akan sentiasa ku kenang, jika ingin terus berjaya. Mmg ramai yg berperangai begitu terutama org politik, dan teman uncle yg juga skrg bergelar Penjenayah Tersohor Johor. (boleh mengugut mangsa utk tutup kesalahnnya dgn menyebarkan fitnah melalui blog ini). Budaya menunjuk tdak dpt lari kehidupan dunia, tapi biarlah mampu & tak mencuri duit org&menyusahkan rakyat. Ko sendiri Uncle, tahu tak mampu, tapi jiwa kaya msh tebal, bilik tidur buruk & hapak ko pon diubahsuai mcm hotel 5star..??Begitu jg loyar buruk tu, korang bukak la otak besar2..pikirkan mana dia dpt byk duit dok dubai & england...ewahhh tak takut pulak setahun berkali2 gi umrah... Harap2 kena petir la sesiapa guna duit haram kt tanah suci itu.

Anonymous said...

Ko dah pegi Brunei..? Apa ada kt sana? Hei ko pandang2, brunei takde politician mcm malaysia. Kalau ada pembangkang yg suka kacau bilau, abis sultan...dlm kapalterbangnya pon emas!!!!!! Duit sape tu???

Seekz said...

Ini bukan pasal berani, riak, takbur, sombong dan sebagainya.. ini sume adalah kerana betul2 YAKIN dan PERCAYA bahawa semua yang berlaku adalah dibawah kekuasaan Allah.. Hanya dengan Keizinan Allah sahaja lah semua perkara berlaku.. Dan kita sebagai makhluk yang mempunyai akal disuruh berfikir dan mengkaji untuk dijadikan pedoman dan pelajaran untuk menempuh hari2 yang mendatang.. Apa yang sedang uncle pertontonkan sedikit sebanyak telah memberi keyakinan pada orang2 yang Yakin akan kebesaran Allah..

Hamba said...

Salam Uncleseekers

Saya tertarik sangat dengan ungkapan bapa Uncle.. dan izinkan saya menggunanya sebagai "quote" dan akan diletakkan nama bapa Uncle di situ.

"Mengkritik bukan menentang, menyetujui tak semestinya menyokong, menegur tak bermakna membenci dan berbeza pendapat kawan berfikir terbaik"

Bravo Uncle.. posting ini memang terbaik!!

Terima kasih Unclesekers..

Anonymous said...

tak lama la ko aku rasa keh3

JAMILKUCING said...

Salam bro banyak ayat ayat yg bro taip mcm kenal je hehe. mohon maaf jika kerana saya blog bro dis erbu pengunjung.saya cuma copy and paste je

JAMILKUCING said...

Salam bro mpohon share di blogs hamba.

Anonymous said...

Kesian dan sedih aku tengok, rakyat johor dah tak aminkan doa sultan lagi, majlis perhimpunan di Istana Pelangi, hanya sedikit sahaja yang hadir(cuma propaganda je kata 30ribu orang) rasanya 5 ribu pun tak sampai. Yang banyak hanya bas bas kosong yang disewa oleh wakil rakyat dan tokey tokey cina pengampu je. Kalau pun 30ribu hadir, jumlahnya tak sampai 1 peratus dari rakyat Johor, yang 3.5 juta orang. Sedih dan pilu, sebab tu agaknya sultan menangis sedih kerana sokongan dah tinggal sikit sahaja. Ubahlah perangai buang perangai yang buruk dan bertaubatlah.

Anonymous said...

teruskan berkarya..semoga deberkati allah didunia dan akhirat..wassalam..

Anonymous said...

Wakakaka...mungkin rakyat johor yg tak dpt dtg tu sbb dah lari mcm si kamal? Jeng jeng jeng...mana la tahu kan? Semua dah jadi barua kamal....
Lgpun, kau pk la skit sblm berckp, johor tu mmg la byk rakyat dan penduduk, tapi semua duduk celah celah ceruk mana? Setakat yg dok bandar tu baper kerat jek? Bukan besar or hebat sgt bandar johor tu.
Adoiii...cko pakai lutut dow....

Betul tu bro, gua sokong lu psl si kamal "mampu" melarikan diri sehingga ke hari ini. Ke Dubai! England! Mana lagi! Siap support adik beradik pergi kesana lg, dgr kata siap bg rm1 juta lg pd sekor sekor, mana tak sokong habis habisan...rupanya dah dpt ganjaran.... Kamal kau pakai duit curi hasil pau org ni kau tak takut ker? Adik beradik kamal pun, aku nak tanya, kauorg boleh diam jek ke bila kamal buat benda benda mcm ni? Ish ish ish....