Kenali mereka

Monday, June 11, 2012

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 27)

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 27)

Salam Ku Yem, kalau tak silap ana, hanya elaun sultan saja yang dikecualikan dari cukai pendapatan. Bilakah kali terakhir anta bayar tax? Duti kastam ratusan kereta dalam simpanan dah bayar ke (Part 24)? Harta pusaka kereta yang lebih 40 biji tu dah di faraid kan ke?

Sekadar mengingati sekali lagi, sudahkah anta selaku anak dan Ketua Agama Johor menjalankan amanah tuhan iaitu harta pusaka Almarhum antaranya 5 biji pesawat (klik) itu samada telah pun diberi pada waris yang lain atau belum?

Beb, kalau anta nak marah pada ana terpulanglah pada anta. Ana hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Sekiranya anta tidak berpuas hati, anta berhak heret ana ke muka pengadilan sekiranya semua artikel ana tentang anta adalah palsu mahupun fitnah.


Nombor yang membawa tuah atau musibah?

Tumpang tanya saudara semua. Hak apa ek?
Buat demo tuntut pulau batu putih semula ada gak maknanya...haduyaii..

Takkan 30,000 jer yang hadir mewakili rakyat Johor yang setia? Kalau tak silap penduduk negeri Johor ada 3 juta lebih kan (klik)? PKR ngan PAS tak sayang sultan ke? UMNO kan paling kuat kat Johor! Kenapa korang tak join sekali?

30,000 atau 300,000 ni? Sampai hujung padang penuh. Fuiyooo..30,000 orangke?. Lebih ramai dari peserta demo BERSIH 3! Ooohh..mungkin campur bayang-bayang dengan semut kot! Atau mungkin kena minta Rais Yatim tolong kira balik. Tunggu jap ek, aku nak kira dulu.....


1,2,3,4,.....1000,........3,000 x 10..ha baru betul!

 30 bas x 40 orang = 1200 orang
50 bas x 40 orang = 2,000 orang
100 bas x 40 orang = 4,000 orang
700 bas x 40 orang = 28,000 orang
Dalam gambar ni tak sampai pun 50 bas bersamaan 2000 orang.
Kononnya kereta 800 biji x 5 orang = 4000 orang, 
Konon motor 1000 biji x 2 orang = 2000 orang, 
Jalan kaki 1000 orang 
Jumlah keseluruhan baru 9000 orang. 
Sinar harian pun agak-agak aar kalau nak tulis pun.
 Anggaran 10,000 orang dengan 30,000 jauh bezanya.


Kalau 9-6-2012 (klik) ana ada 10 soalan pada anak anta dan 4 soalan pada mufti anta (klik) tapi hari ini nak minta anta jawab secara jujur 5 soalan seperti dibawah

Kemana pergi duit RM 7, 352, 685.00?

RM 7, 352, 685.00 yang telah di amanahkan pada anta oleh syarikat Harapan Ramai Sdn Bhd untuk memajukan bayaran kepada pihak kerajaan negeri tetapi anta dikatakan telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi antaranya seperti berikut

1. Benarkah anta membeli sebuah kereta dari Motocars Auto Group Ltd, 2701 E Sunshine Street, Springfield 65804 United State Of America berharga RM 446, 887,84 (USD 137, 503.95)?

2. Benarkah anta ada membeli barang kemas untuk isteri berjumlah RM 680, 000.00 (RHB Cek 393051)?

3. Benarkah anta ada bembeli jam dan di bayar kepada EPSON berjumlah RM 276, 318.90 (RHB Cek 393059)?

4. Benarkah anta ada membeli sebuah banglo lot di Nusajaya (Nusajaya Land Sdn Bhd) berjumlah RM 1, 000, 000.00 (RHB Cek 393959)?

5. Benarkah duit  baki-baki yang lain anta telah gunakan untuk kegunaan peribadi?

Cukuplah 5 soalan untuk artikel kali ini. Yang lain akan menyusul sekiranya anta sudi menjawab.

Syukran juga kerana anta sudi membaca dan bersabar semua artikel ana sejak 3-3-2012 (klik)

Cuba baca sikit artikel ni
Lagu Tiga Kupang (klik)
Ghost Busters Vs Ahli – Ahli Sihir Malayan Union (klik)


Part 62 - Johor military (JMF) relevan atau tidak?
Part 63 - Rakyat johor anjing?
Part 64 - 
Part 65 - 
Part 66 - Kesimpulan - Tutup kedai

26 comments:

Anonymous said...

Salam Uncle,

Atas bumi ALLAH s.w.t ini, mesti ada satu kumpulan/individu manusia yang berani menegur/nasihat kepada MANUSIA hatta manusia itu adalah ketua negara/khalifah/sultan/Agung/VVIP/Presiden & etc !

Menegur & menasihati dengan kebaikkan iaitu dengan mengingatkan dengan janji janji/ganjaran ALLAH s.w.t yang amat nikmat & juga ancaman/azab ALLAH s.w.t yang maha pedih/berat !

Bila seseorang manusia/Hamba ALLAH s.w.t melihat/mengetahui kemungkaran di hadapan mata, maka wajiblah manusia tersebut cuba mencegah dengan sekuat kuat iman adalah menegur/menasihati siperlaku dengan perbuatan/tangan.

Jika Hamba ALLAH tersebut tidak mampu mencegahnya dengan perbuatan/tangan, maka Hamba ALLAH s.w.t tersebut wajib mencegahnya dengan anggota lidahnya! Teremasuk juga jika Hamba ALLAH S.W.T itu seorang Blogger maka wajiblah Blogger tersebut mencegah/nasihat dengan melalui hasil tulisannya iaitu dengan menggunakan keyboard !

Jika Hamba ALLAH s.w.t tersebut masih tidak berani/mampu/berdaya untuk menegur/menasihati seperlaku tersebut, maka sekadarlah Hamba ALLAH s.w.t itu TIDAK REDHA/RELA dalam hatinya sahaja ! Ini adalah selemah lemah iman !

Bayang kan jika kita menyokong akan kemungkaran yang berlaku ( pembaziran berlaku kerana siperlaku dengan selamba sahaja membelanjakan harga plate yang berkos RM500, 000.00 hanya untuk digunakan di kereta nya yang tak melebihi pun harga RM 60,000.00 maka sudah terang itu adalah pemBAZIRAN.

Semua mengetahui , sesiapa yang memBAZIR adalah saudara SYAITAN/IBLIS !

Apatah lagi jika siperlaku mempunyai sifat RIAK/UJUB/BANGGA dalam HATI nya ! Nauzubillah..!

Saya boleh kategorikan Uncle dalam kategori yg ke 2 iaitu menegur/menasihati melalui lidah/tulisan !

YA ALLAH, Engkau kurniakanlah Uncle Seekers kekuatan di bumi Mu ini...Mudahkan lah segala urusan nya..

Matikan lah kami semua ( Sultan ker, Presiden ker, Blogger ker.Rakyat Marhem ker ) dalam IMAN !

Wassalam..

Hamba Allah
Bandar Kinrara

cintakan agama said...

alhamdulillah...pemerintah mesti ditegur bila salah..x ada pemerintah yg maksum(terpelihara dri dosa)..
sahabat nabi(khulafa ar-rasyidin) sendiri minta pendapat n ditegur bila salah..
--tanpa sultan tiadalah kebanggaan utk org melayu..tpi,tnpa rakyat tiadalah sultan...semua saling memerlukan..
--kami sayang sultan bila sultan memahami islam sebenar2nya..
--kami sokong org yg tegur sultan bila sultan dh terlalu melampau dgn kuasanya..

JAMILKUCING said...

Salam tahniah bro teruskan

Anonymous said...

salam bro..awat hang mcm berbulu sgt dgn tuanku sultan johor ni?ada pmintaan x tercapai ke?

lg satu,tulung buat pendedahan bersiri psl DSAI@Peliwat&penzina..kan dia nk jd PM Msia..spatutnya org camnih kena korek betul2 kgiatan2 songsangnyer smada betul atau x..ente cuba kaji itu video sex china doll dan pendedahan2 terkini yg dbuat oleh bekas ejen CIA..

ISA said...

Salam Habib Lah;

Minyak Dagu dah hilang laaaaa.... hahahaha...

Anonymous said...

i like u unkle

Anonymous said...

bagus la pos lu ni... tapi x silap gua bab agama lu x bole pakai... jadi same-same memajukan diri la ye...
hantuseekers

TheSniper said...

salam dari grup http://mediaperak.com/

Anonymous said...

kau dgn dato dr fadzilah pn dah terkebil2 nie kau nak hentam sultan johor, pi la mabuk~~ x yh nak berselindung dkt kesalahan org lain, jan cerita agama kt sni la, kau pn sama je agama pn zero x leh nak ikut~~ hantuseekers

teging said...

korg pnah dgr x dia ada yayasan membantu org kurang bernasib baik kat johor dan studnt di johor???
korng pnah dgr x sultan johor bayar zakat RM 1 juta?? ader pnah dgr x? die mmg kaya 2 sume hasil perniagaan die so let it be laaa hak die nak berbelanja....

Anonymous said...

uncle ko buat pendedahan pasal diri ko dulu baru ko buat pasal orang lain,aku orang johor respectlah skit

Anonymous said...

wes..kalau Pembangkang menang ..uncle boleh buat pendedahan pasal benda ni pulak.Coz kalau pembangkag menang.Media dah bebas.masa tu entiti dah tak laku..yang laku adalah inti inti yang dah lama terlindung

Anonymous said...

MElayu memang tak boleh ditegur.Ingat semua orang meLAYU suka RAJA KA?????Kalau raja taat pada perintah ALLAH kita suka la.Tapi kalau raja macam Namrut,Firaun,Tsamud dan lain-lain kita tak respect langsung.Raja yang bermewah-mewah melampau...tunggulah akasn kejatuhannya.

Anonymous said...

Klu baginda kaya dan zakat baginda ada yayasan bagus lah tp x ke ini satu pembaziran? Mmg baginda mewah tp berpatutlah bermewah mewahan tu....daulat tuanku semoga tuanku berjaya dunia dan akhirat..

Anonymous said...

YDPA BELI PLAT WWW5 RM220K TU KO TAK NAK PROPA PLAK...POYO LA KO BAJET MACAM BANYAK KABEL VVIP. CUKUPLA KO BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN RANCANGAN SEEKERS KO DULU...KO DAH KANTOI NAK CARI PUBLISITI MURAHAN PLAK. BOO

Anonymous said...

ni la melayu sekarang.. nak menjatuhkan bangse sendiri.. memalukan bangse sendiri.. tak pasal2 cina ngn india ketawa tgk melayu bergaduh.. tak supportive..

Anonymous said...

dah mmg uncle nine merapu merangkap khaki menipu....xguna support...publisiti murahan sgt....cite dah xlaku, nine la gayEnyer....

James Iha said...

haprak la lu TMJ....dah keturunan lanun..takutkan Allah pak sheikh oiii...kehkehkeh

Unknown said...

masa aku sekolah, golongan berketurunan org asli smua free, yuran free, buku free, baju free. Sbb golongan org asli adelah anak angkat sultan johor. Ade sultan lain buat mcm tu? ade sbb rakyat johor hormatkan Tuanku. kau kecewa dgn kehidupan kau yg tak seberapa tu jgnla berlagak konon mcm hebat sgt. Sultan Johor kaya die pun byk menyumbang kepada rakyat johor. Tak perlu la die nak hebah2kan. Soalannye, ape yg kau dah sumbangkan utk negara, kau ade ke bayar tax? aku rasa tak. so kau diam2 sudah.

Anonymous said...

Nk menegur n bg nasihat bkn mcm ni caranya,tegur ler dgn brhemah bkn dgn cara menjatuhkan air muka org.dgn sultan dgn ulamak pun kau leh pakai beb ke?kau ni org apa haa?tktau adat langsung.selama ni kau dok susah payah nk mcari hantu dlm seekers kau yg merepek tu,ada kau pnh jumpa ke hantu yg kau cr tu?tk pnh kan?sbnya hantu yg kau cr tu adalah diri kau sdiri.kau ler hantu yg sbenar2nya yg suka membuat kacau n huru hara.....

Mimie.

Anonymous said...

setakat nak kutuk2 pakai name anonymous tak payah lah brader2 sekalian. bila die nk tegur, ko suruh die tgk diri sendiri. ko tu ade ke tengok diri sendiri nak tegur die? cakap macam sampah tepi jalan. pui! bodoh punye melayu

phantom said...

papepon kita kna back to basic la...
kalo nk org hormat kan kita,kita dulu kna blaja hormat org...ni tak,mentang2 die sultan die ingat die blh buat ske ati..agaknye kalo celah bon tu blh org basoh kan ..mmg die suh basoh agaknye...hihihi...

MRRS said...

komen guna anonymous...
gebang lebih...cam ada perkara yg menjurus kepada peribadi je komen ko...hahahaha...kalo ko berani ke nak bongkar kebenaran??cakap ja lebih.

Rakyat said...

Assalamualaikum uncle.., satu kete g yg takdk dlm senarai tue.., KETE JENAZAH....tkkn pakai lori kot..

Anonymous said...

Biar betul. SI ada bugatti veyron? Pergh... Ke gambar hiasan je?

-Poiyu-

mat bayan said...

nak bongkar perkara mungkar pihak2 vvip nie bukan senang...silap2 masuk kedalam cam jadik kat Nizar ...apa2 pun tahniah pada UNCLESEEKERS kerana berani membongkar .... berani kerana benar ...