Hantu Air - Versi Penuh
Sekiranya menurut cerita dongeng Melayu, Hantu Air berkait rapat dengan mitos “Badang” yang menjadi perkasa sesudah memakan muntah Hantu Air. Mitos ini pernah difilemkan pada tahun 1962. Kononnya dalam cerita itu Hantu Air mencuri ikan di dalam bubu milik Si Badang. Akibat terlalu marah kerana ikannya sering dicuri, Badang mengambil keputusan mengintai individu yang sebenarnya mencuri tangkapannya. Akhirnya, Badang dapat menangkap si- pencuri, iaitu Hantu Air, lalu mengugut mahu membunuhnya. Sebagai balasan kerana kesalahannya itu, Hantu Air berjanji akan memberikan kekuatan yang luar biasa sekiranya Badang sanggup memakan muntahnya.
Dalam kepercayaan orang Melayu, Hantu Air berjantina lelaki. Tubuhnya diselaputi dengan sisik yang kasar dan besar, janggut mencecah dada, botak, bertelinga runcing, gigi, kuku tangan, dan kuku kakinya panjang serta tajam.
Pada 26 Mei 2005 pukul 6.00 petang, kami mendapat maklumat daripada pemberi maklumat yang menyatakan ada aktiviti paranormal di sebuah banglo tinggal yang terletak di Seksyen 12, Shah Alam. Mereka mendakwa banyak kisah pelik yang berlaku di dalam banglo itu.
Memandangkan kami terpaksa mencari dan meninjau lokasi berhantu untuk program Seekers di saluran NTV7, tanpa membuang masa kami bertiga bergegas menyediakan semua peralatan asas untuk ke sana. Uncle, Adeek dan Sis tiba di banglo itu pada pukul 9.45 malam. Kami bertiga berpecah mencari jiran yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan sejarah banglo itu. Ada yang menyatakan pemiliknya gagal mendapatkan kelulusan pelan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam malah ada juga yang menyatakan pemiliknya muflis.
Jiran-jiran berdekatan enggan memberikan sebarang ulasan apabila kami mengajukan soalan sama ada ada sebarang aktiviti paranormal di banglo itu. Kami juga cuba mendapatkan maklumat pemiliknya, tetapi mereka enggan bekerjasama.
Daripada maklumat yang diterima, ada satu kes kematian yang melibatkan seorang ahli persilatan semasa diuji keberaniannya dengan menetap semalaman di banglo itu. Ada juga saksi yang mendakwa pernah melihat pintu pagar banglo itu terbuka dengan sendirinya.
Semasa kami sedang membuat rakaman di luar banglo itu, sebuah kereta peronda polis (lupa mencatatkan nombor pendaftaran kereta) berhenti berhampiran. Kami menerangkan tujuan sebenar kepada dua anggota polis yang bertugas bagi meninjau dan mengkaji aktiviti paranormal di banglo itu.
Kami memohon keizinan daripada mereka bagi membuat rakaman dengan menggunakan surat sokongan daripada stesen NTV7. Sekitar pada pukul 11 malam, kami masuk ke dalam banglo itu.
Perasaan yang sukar digambarkan apabila kaki Uncle mula menjejakkan kaki masuk ke bahagian dapur. Secara tiba-tiba suhu berubah
Uncle hanya mendiamkan diri dan tidak memaklumkan perkara itu kepada Adeek dan Sis. Uncle mengarahkan Adeek dan Sis ke tingkat atas, manakala Uncle sendiri meninjau di tingkat bawah.
Selepas hampir 15 minit meninjau di tingkat bawah, Uncle naik ke tingkat atas pula bagi mencari mereka. Memandangkan banglo itu sangat besar dan suasananya sangat gelap, Uncle terpaksa menjerit nama Sis bagi mengetahui lokasinya.
Sis menyahut dan mengatakan dirinya berada di bilik yang menghadap kolam mandi. Apabila Uncle tiba di bilik itu, Sis sedang memasang kamera video menghala kolam mandi. Apabila Uncle mengajukan soalan sebab beliau berbuat demikian, Sis menjawab, “Instinct”!
Uncle meninggalkan Sis dan mencari Adeek pula. Semasa sedang meninjau-ninjau persekitaran banglo itu, Uncle ternampak Adeek sedang sibuk memasang pita rakaman kamera video menghala ke ruang tamu. Uncle mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan berehat di dalam kereta. Sepuluh minit kemudian, Adeek dan Sis turun dengan wajah yang keletihan. Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka berdua
akan bersama Uncle membuat rakaman dan kajian di tempat-tempat yang dikatakan ada aktiviti paranormal. Setiap satu jam mereka menukar pita rakaman dan kedudukan kamera video. Memandangkan mereka berdua sudah mengantuk dan keletihan, Uncle membuat keputusan untuk pulang awal ke pejabat PSI sekitar pukul 4.00 pagi.
Pada 27 Mei 2005 sekitar pukul 2 petang, Adeek datang menghampiri meja Uncle sambil memaklumkan bahawa ada satu rakaman aneh yang berjaya dirakam. Dalam rakaman itu jelas kelihatan imej air yang membuak secara tiba-tiba pada pukul 1:07 pagi. Kocakan yang terhasil berada tepat pada refleksi bulan mengambang di dalam kolam tersebut.
Ada tiga persoalan yang bermain di dalam minda kami bertiga:
1. Bunyi kocakan air jelas kedengaran, tetapi bunyi itu tidak berpadanan dengan kocakan air.
2. Gelombang air terhenti secara tiba-tiba. Sekiranya diukur dengan kekuatan bunyi dan kocakan air yang muncul, sudah pasti alunan gelombangnya akan sampai sehingga ke tebing kolam. Namun keadaan yang berlaku, alunan itu berhenti secara tiba-tiba.
3. Tidak ada sebarang objek yang kelihatan sehingga dapat menyebabkan kocakan seperti itu berlaku. Pada masa itu, kami berada di dalam kereta dan tidak ada sesiapa yang berada di kawasan itu.
Tanpa membuang masa, kami membawa peralatan asas dan terus ke banglo itu. Ternyata selepas satu jam meninjau kawasan persekitaran, kami dapati tiada sebarang hidupan di dalam kolam itu walaupun seekor berudu!
Assalamualaikum,
Hei! Hantu Air,
Jembalang Air,
Mu dengar...
Dengarlah akan pesanan dan amanat aku,
Siapalah juga yang duduk,
Menunggukan seksa di atas,
Anak Adam ini,
Yang membawa panas hangat,
Miang risau pening relu masa ini,
Jikalau puak penggawa,
Mu dari air sini,
Maka aku mintalah mu,
Panggil balik belaka semua,
Kecil besar tua muda,
Aku mintamu pulang pulih,
Bagai sedia kala,
Derhakalah mu,
Berkat Lailahaillallah.
Hei! Hantu Air,
Jembalang Air,
Mu dengar...
Dengarlah akan pesanan dan amanat aku,
Siapalah juga yang duduk,
Menunggukan seksa di atas,
Anak Adam ini,
Yang membawa panas hangat,
Miang risau pening relu masa ini,
Jikalau puak penggawa,
Mu dari air sini,
Maka aku mintalah mu,
Panggil balik belaka semua,
Kecil besar tua muda,
Aku mintamu pulang pulih,
Bagai sedia kala,
Derhakalah mu,
Berkat Lailahaillallah.
Miang
1. Bulu yang terdapat pada rebung (daun jelatang dan lain-lain) dan menggatalkan;
2. Miang gatal, gatal yang merenyam (pada kulit);
3. Miang gatal kiasan; suka mengurat sehingga kadangkala membawa pada bersetubuh, biang, gasang; miang jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) (kiasan); suka memfitnah, penghasut; semiang kalam kecil (sedikit) sekali; habis miang kerana bergeser (peribahasa); hilanglah ketakutan atau canggung sekiranya sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak miang, bemban pula miang (peribahasa); orang yang tidak campur tangan dalam sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yang patut bersusah berdiam diri.
Penggawa
1.(Sastera Lama); Ketua pasukan;
2. Ketua kampung (daerah), penghulu; pengawa marga (Palembang) (Arkaik); camat.
Kamus Dewan, Edisi Keempat - Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Mantera Mengusir Hantu Air
(Melaka)
(Melaka)
Hei, Mambang Air,
Jauhilah dari anak cucu kesumat waja,
Aku tahu asal engkau,
Darah bapa kau putih,
Darah ibumu merah,
Santapanmu pulut kuning,
Ayam hitam taji limau purut,
Merah darah ayam hitam,
Merah darah ibumu,
Asal engkau dari air pulang ke air,
Asal anak cucu kesumat waja darat pulang ke darat,
Sekiranya tak pulang derhakalah,
Engkau kepada Betara Guru.
Jauhilah dari anak cucu kesumat waja,
Aku tahu asal engkau,
Darah bapa kau putih,
Darah ibumu merah,
Santapanmu pulut kuning,
Ayam hitam taji limau purut,
Merah darah ayam hitam,
Merah darah ibumu,
Asal engkau dari air pulang ke air,
Asal anak cucu kesumat waja darat pulang ke darat,
Sekiranya tak pulang derhakalah,
Engkau kepada Betara Guru.
Kesumat
Permusuhan, kebencian; dendam (dan) kesumat dendam dan kebencian: timbul hiba dalam hatinya, ganti daripada dendam dan kesumat.
Betara
1. (Sastera Lama) dewa: dewa-dewa dan betara.
2. Gelaran untuk dewa atau raja: Dewa Bisnu; Raja Manjapahit.
Kamus Dewan, Edisi Keempat - Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Mantera Meminta Pertolongan daripada Hantu Air Supaya Jangan Mengganggu
Assalamualaikum!
Hei sahabatku Mambang Tali Harus,
Yang berulang ke pusat tasek Pauh Janggi,
Sampaikanlah pesanku ini,
Kepada Dato Si Rimpun Alam,
Aku minta tolong peliharakan kawan-kawanku,
Hei, sekalian sahabatku yang di laut,
Hei, Sidang Saleh,
Sidang Bayu,
Sidang Mumin,
Sidang Embang,
Sidang Biku,
Mambang Sagara,
Mambang Tali Harus,
Imam An Jalil namanya Imam di laut,
Bujang Ransang namanya hulubalang di laut,
Nek Rendak namanya yang diam di bawah,
Nek Joring namanya yang diam di telok,
Nek Jeboh namanya yang diam di tanjong,
Dato Batin Alam namanya yang Dato di laut,
Bujang Sri Layang namanya yang diam di awan-awan,
Iaitulah anya, ya Nabi,
Ya Wali Allah,
Tertegak panji-panji Muhammad,
Geda-geda Allah
Hei sahabatku Mambang Tali Harus,
Yang berulang ke pusat tasek Pauh Janggi,
Sampaikanlah pesanku ini,
Kepada Dato Si Rimpun Alam,
Aku minta tolong peliharakan kawan-kawanku,
Hei, sekalian sahabatku yang di laut,
Hei, Sidang Saleh,
Sidang Bayu,
Sidang Mumin,
Sidang Embang,
Sidang Biku,
Mambang Sagara,
Mambang Tali Harus,
Imam An Jalil namanya Imam di laut,
Bujang Ransang namanya hulubalang di laut,
Nek Rendak namanya yang diam di bawah,
Nek Joring namanya yang diam di telok,
Nek Jeboh namanya yang diam di tanjong,
Dato Batin Alam namanya yang Dato di laut,
Bujang Sri Layang namanya yang diam di awan-awan,
Iaitulah anya, ya Nabi,
Ya Wali Allah,
Tertegak panji-panji Muhammad,
Geda-geda Allah
Janggi
1. Orang Habsyi (berkulit hitam dan pada amnya tinggi dan besar);
2. kiasan segala sesuatu yang ajaib (benda dan lain-lain); Janggi padang sejenis tumbuhan (pokok renek), akar bunga, pokok hujan panas, saga, Breynia reclinata; pauh janggi sejenis buah, nyiur laut, Lodoicea maldivica.
Kamus Dewan, Edisi Keempat - Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh