Kenali mereka

Friday, February 19, 2010

Bunuh Cicak dengan Lembing

Bunuh Cicak dengan Lembing

Bunuh Cicak... Siapa Yang Kejam Sebenarnya?

Salamun alaikum pengurus laman yang saya segani,

Memandangkan bangsa kita ketika ini suka memperbesarkan isu yang remeh temeh dan malas berfikir apatah lagi mengkaji (bukan semualah) , disini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan sahabat-sahabat sekelian tentang isu yang tidak kurang juga remeh temehnya.

Cicak

35 tahun yang lalu, saya selalu dimomokkan dengan bunuh cicak dapat pahala!

Senjata yang paling popular untuk membunuh cicak ketika itu adalah getah! Antara getah yang paling power pula sekali dipanggil ‘gundu’. Acara pembunuhan cicak beramai-ramai pula selalu diadakan pada khamis malam jumaat.

Lain pula zaman sekarang, pistol peluru plastik pelbagai warna digunakan. Mungkin 20 tahun lagi pistol laser…

Saya tejumpa beberapa kenyataan tentang perkara ini.

1. Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah (penjahat kecil)"

3. Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua"

4. Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:
“Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertanya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

Kenyataan no 1 & 2
Terdapat 3,800 spesis cicak dalam dunia ini (http://eduscapes.com/nature/lizard/index2.htm) Cicak yang mana satu sunat dibunuh?.

Iguana dan Dhab (biawak pasir - Uromastyx aegyptius microlepis) spesis cicak. Sanggupkah pencinta haiwan membunuh Iguana? Yang paling mencuit hati saya adalah spesis cicak bernama Dhab digalakkan makan kerana kononnya boleh menguatkan tenaga bathin.

Khalid AlWalid Jeneral tentera Islam yang juga dikenali "Saifullah" atau Pedang Tuhan yang sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam satu ketika dahulu juga pernah makan spesis cicak ini dihadapan nabi! Adussss…

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab? lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Ada pula segelintir pengumpul barangan mistik sanggup membeli cicak ekor bercabang dengan harga yang mahal yang kononnya boleh dibuat sebagai pelaris?

Kenyataan no 3
Bayangkan wajah seseorang yang cuba membunuh cicak dengan sekali pukulan semata-mata inginkan pahala 100 kebajikan.

Bayangkan pula wajahnya ketika membunuh cicak tersebut pukulan kali kedua kerana gagal membunuhnya kali pertama. Pada ketika ini, saya rasa niatnya untuk mendapatkan pahala 50 kebajikan tersasar sedikit kerana ‘geram’ cicak tu tak mati lagi!

Bayangkan lagi jika cicak itu tak mati-mati walaupun dah kena pukul 4 kali. (pukulan pada ekor cicak yang terputus tetapi masih bergerak pun nak kena kira juga pukulannya)

Kenyataan nombor 4
Macam manalah agaknya rupa muka cicak yang menghembuskan api yang sedang panas membara dan berapa jauhkah agaknya jarak untuk cicak tersebut menyemarakkan api. Mungkin cicak zaman dulu besar macam harimau kot! Agak-agaklah bro..

Kalau ada masa kita sambung perbincangan Islam digalakkan membunuh haiwan seperti ular, anjing, kalajengking, gagak, rajawali dan tikus. (Adalah lebih baik jikalau sahabat-sahabat dilaman ini yang ulaskan)

Sila baca artikel seterusnya di (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Wednesday, February 17, 2010

(Qareen) Teman yang dipercayai

(Qareen) Teman yang dipercayai


Saya baru terjaga dari tidur kerana bermimpikan ayat dibawah tentang teman yang dipercayai atau qaren seperti yang sering diperkatakan umum.

Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai (43:36)

Pada pemahaman saya yang daif ini, saya merasakan jika seseorang itu 'dengan sengaja' membutakan diri daripada 'peringatannya' akan ada jin yang perangainya tidak elok, akan diutuskan menjadi sahabat kepada setiap individu sebagai rujukan & sentiasa menghasut kita. (Maaf, kerana saya hanya membaca sebahagian ayat surah diatas tanpa pemahaman ayat sebelum dan selepasnya) Setiap individu dimuka bumi ini pasti kadangkala dengan sengaja (kebanyakannya) atau alpa (lalai, kurang mengendahkan - kamus dewan edisi keempat 2005) tentang perintahnya.

Bagaimana pendapat saudara dan teman-teman seperjuangan sekiranya kita mencelikkan mata keatas beberapa peringatan dan membutakan sebahagian peringatannya?

Sedangkan Nabi dan Rasul juga tidak terlepas tetapi Allah membantu.

"Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana." (22:52)

Saya juga sempat membaca secara rawak tentang info syaitan di (klik) dan ianya sangat memberi manfaat. Terima kasih

Sebagai seorang pengkaji paranormal sejak 2003 sehingga tarikh diatas, saya menyimpan sebaik-baiknya tidak kurang 200 pita rakaman imej paranormal yang berjaya dirakam. Selain dari itu banyak ribuan foto atau rakaman video tentang paranormal ini boleh disaksikan dengan mudah dalam youtube atau laman sesawang yang berkaitan dengan paranormal (ada juga yang di tafsirkan sebagai sahih imej tersebut dan ada juga tangan-tangan yang nakal telah mengubahsuainya).

Kadangkala saya terfikir adakah imej ini adalah Jelmaan Jin yang
1. Bodoh? - Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan (72:4)

2. Salih? - Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.(72:11)

3. Muslim? - Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati (72:14)

yang berjaya dirakam ini. (Menurut kajian dan pengalaman team kami, ada diantara mereka tidak sedar bahawa kita sedang merakam aktiviti mereka dan yang paling lama imej yang berjaya dirakam adalah 54 saat satu lembaga hitam setinggi lebih kurang 12 kaki dan mengeluarkan suara yang tidak difahami dan menjadi api akhirnya) Adakah dikalangan mereka ini sengaja membiarkan jelmaan mereka dirakam atau tidak sengaja terakam dan apa tujuan mereka berbuat demikian? Adakah kerana untuk menakutkan manusia atau menunjukkan kehebatan mereka?

Imej-imej mereka ini hanya berjaya dirakam manusia dalam warna hitam putih seawal abad 19 dan manusia ketika itu amat teruja!

Apabila zaman berubah tika ini, imej-imej jelmaan mereka semakin banyak dalam bentuk warna dan manusia juga semakin teruja!
Bagaimana 30 tahun lagi?

Kalau setiap manusia diberikan satu teman yang dipercayai dikalangan mereka untuk menyesatkan kita sekiranya kita membutakan mata , bagaimana pula ada lagi beberapa gangguan jelmaan lain? Siapa dan apa tujuan mereka?

Disini saya sertakan satu imej untuk dikongsi bersama untuk renungan. Imej ini dirakam tahun 60an diKedah. Kalau diperhatikan imej dua individu agak kabur tetapi jelmaan tersebut tetap jelas.


Sila baca seterusnya artikel ini (klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Saturday, February 13, 2010

Ahlul Bait VS Ahlul Quran

Ahlul Bait VS Ahlul Quran

Salamun Alaikum kepada saudara yang saya kagumi semuga berbahagia disamping keluarga tercinta serta semua golongan ahlul bait.

Mungkin isu yang akan dipaparkan disini agak sensitif tetapi biarlah ana luahkan juga walaupun ana tidak pakar didalam hal ini.

Tujuan ana menulis isu ini agar dapat pengurus laman dan sahabat-sahabat lain perbaiki maklumat yang dibentangkan disini agar dapat minimakan hati yang terluka terutama pencinta ahlulbait & keturunannya akibat coretan ini.

Ahlul bait – Isi rumah (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi keempat cetakan 2005)

1. Nabi tinggalkan dua perkara

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlul Baitku" *

Di dalam carian ana secara rambang, terdapat 32 kenyataan tentang hadis diatas. Persoalannya, selepas nabi wafat 200 tahun kemudian barulah kenyataan-kenyataan sebegini tersebar. Adakah Nabi sendiri pernah mengesahkannya didalam AlQuran? Sila rujuk (sini) Terima kasih.

2. Suci lagi menyucikan

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.3:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.

33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.

Ana mohon kepada semua yang senasab dengan ana (golongan syed & syarifah) jujurlah pada diri sendiri! Adakah anta semua merasakan ayat di atas ditujukan pada anta semua? Sorilah..Ana rasa ana belum buta lagila beb. Ana tak menafikan kekuasan Allah hendak membersihkan sebersih bersihnya samaada luaran atau dalaman kepada isteri-isteri nabi atau kepada Sayidina Ali a.s, Sayidatina Fatimah a.s, Sayidina Hasan a.s dan Sayidina Husain a.s, termasuklah Rasulullah SAW sendiri, tetapi yang nyata ayat tersebut bukanlah untuk kita semua. Ayat tersebut hanya untuk datuk & nenek moyang kita sahaja beb!

Anta semua jangan lupa pada lirik lagu kumpulan Raihan. (Apakata kita nyanyi sama-sama lagu ini supaya dapat feelnya sekali)

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa..
Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai ..”

Adakah anta semua merasakan diri anda bersih sebersihnya? Lu pikirlah sendiri! Tolonglah jangan perasan tahap maksima…Kalau bersih, bersih dari segi mana? Luaran atau dalaman! Berapa banyak kes di dalam dunia ini yang jadi tunggang terbalik angkara kita semua! Dengki sesama habaib sendiri, khianat, berebut harta, zalim menzalimi, bakhil, riak, makan duit anak yatim dan melakukan segala kemungkaran di muka bumi ini hanya kerana yakin atas kenyataan bahawa cucu nabi dijamin masuk syurga! Podah!

Ada seorang teman saya dari Indonesia sangat menyintai kaum keluarga ahlul bait pernah berkata kepada saya ada kenyataan yang mengatakan air kencing ahlul bait adalah suci. Apabila saya katakan ada tak firman yang mengatakan sedemikian, dia berkata surah AlAhzab ayat 33. Saya terus katakana padanya. “Sekarang anta buka mulut luas-luas, sebab ana nak kencing kat mulut anta kerana ana ahlul bait” Dia terus terdiam lalu tersenyum malu!

Cubalah renungkan perkara ini secara mendalam! Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Angkara siapa? Kenapa memuja ahlul bait begitu jauh sekali. Perkara sebegini boleh menjerumuskan golongan yang merasakan dirinya ahlul bait menjadi tunggangan iblis.

Seperkara lagi ingin saya nasihati diri saya sendiri dan yang senasab dengan saya. Adalah lebih baik anta semua tukar saja gelaran alkohol bagi penggemar arak atau alpacino kepada kaki harem (perempuan) atau kalau dah rasa dekat dengan penguasa alam lebih baik tukar kepada AlQuran.

Beb, kalau setakat keturunan nabi tapi perangai macam babi pun tak guna beb! Hagal harem sana sini dengan menggunakan lesen mutaah. Anta suka tak kalau anak perempuan atau adek beradek anta asyik kena mutaah seumur hidup?

3. Khumus

8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Tentang khumus memang ana tak arif langsung tentang bab ini. Lebih baik sahabat-sahabat di sini yang jelaskan. Pada ana senang aja, tak perlulah anta semua tak habis-habis nak memperjuangkan hak 20% yang anta semua merasakan patut pihak berkuasa beri pada golongan syed atau syarifah di Malaysia. Anta semua kena yakin pada rezeki yang Allah beri. Tak silap ana ada 123 ayat tentang rezki. Cuba anta semua rajin selak-selak laman ni (klik) syukran beb.

Ana rasa kalau anta masih tak puas hati dengan sistem pentadbiran di Malaysia yang tak beri duit khumus pada anta semua, ana cadangkan anta minta taraf kerakyatan Negara Iran. Kalau benar khumus diberikan pada golongan syed atau syarfah disana, pasti tak ada satu pun ahlul bait yang hidup melarat kat Iran.

4. Ulul Amri adalah Ahlul Bait?

(4:59) "Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik."

Ana rasa lebih baik anta baca artikel ini (klik) supaya mata kita jadi terang sikit. Jangan taksub sangat beb dengan kenyataan-kenyataan yang selalu bersyair ditelinga kita bahawa menyintai ahlul bait ada tiket masuk syurga. Cukuplah dengan cerita hikayat Pak Kaduk dan Pak Pandir zaman dulu. Takkan kita nak buat satu lagi cerita zaman milineum hikayat Pak Angguk. Apa kata kita layan lagu kumpulan ahli fikir dulu

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk

Memanglah anta semua suka sebab kenyataan-kenyataan atau hikayat-hikayat sebegini menguntungkan ahlul bait sepanjang hari dari pagi sampai ke malam yakin sangat masuk syurga!

5. Salawat

(33:56) "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya merahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar."

Satu ketika dahulu ana juga rasa confident masuk syurga! Kononnya setiap kali umat islam dalam dunia ini solat atau salawat (Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya..) ana dapat pahala, rupa-rupanya ana perasan! Cuba anta sejukkan kepala dan dada. Kalau dah ok cuba umpil sedikit artikel ini (klik).

Ada satu lagi segelintir masyarakat di luar terutama yang percaya sangat tentang syafaat dari syed-syed macam kita. Apakata anta kalau ada masa sikit saja lagi baca artikel terakhir ini tentang syafaat (klik)

Sebelum ana akhiri isu ini, ana nasihatkan diri ana dan ahlul bait di luar sana tak payahlah jadi bujang tua dek kerana tak dapat kahwin dengan syarifah. Banyak saudara-mara ana menegur kerana dua kali ana berkahwin (kahwin cerai) dua kali juga tak kahwin dengan syarifah. Bila ana tanya kenapa mesti kahwin dengan syarifah? Kebanyakan anta semua kata, “Famili kita banyak yang cantik beb lagipun dia orang lambat putus haid” Biarlah ana jawab di sini, kalau setakat cantik, berlambaklah masyarakat di luar sana yang lebih cantik dari syarifah sekarang dan kalau setakat lambat putus haid, lebih baik ana cari pucuk muda beb!

Tak larat nak seterika! Tak begitu sahabat-sahabatku yang lain?

Tapi kalaulah ada wanita yang berstatus syarifah… tuuutnya… ada berlian bernilai RM1 juta, sekarang juga ana nak kahwin dengan syarifah!

Anta semua jangan marah yer beb..Kalau ditakdirkan jodoh ana dengan syarifah satu hari nanti, terpaksalah ana terima walaupun tanpa berlian…he he

Salam

Uncleseekers aka Abdullah bin Hussien bin Alwee bin Abdullah bin Abu Bakar bin Abdullah bin Talib bin Hussien bin Umar bin Abdurrahman bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman Assaqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumi bin Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraydhi bin Ja'far Assadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, (suami kepada Fatimah Azzahra) binti Rasullullah S.A.W.

Sila baca selanjutnya di(klik)

Kiamat tahun 2280?
Seks Dalam Islam (Part 1) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 2) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 3) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Seks Dalam Islam (Part 4) (Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Syaitan dibelenggu dan dirantai?
(Qareen) Teman yang dipercayai
Bunuh Cicak dengan Lembing
Makan..Makan..Makan..
Ahlul Bait VS Ahlul Quran
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 3
Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
Quran dicatat di pelepah pohon tamar dan batu? Ye Ke Ni..
Jumlah Ayat Dalam Quran Sebanyak 6666 adalah Karut! Sila Kira Baik-Baik
'Amin' Islam, Kristian dan Yahudi
Siapa Yang Berpuasa?
Benarkah Jodoh, Maut, Rezeki ditangan tuhan?
Allah suka orang yang bersih
Sudahkah anda diuji pada tahun ini?
Kau dan Aku (Part 1)

Thursday, February 11, 2010

Laga Ilmu Kebatinan - CABAR MAHAGURU

Laga Ilmu Kebatinan CABAR MAHAGURU

“Saya tak kisah apa sahaja ilmu. Apa yang perlu, jika Mahaguru yang tampil dapat menggerakkan tubuh saya walau seinci sekalipun, saya telah dikira kalah. tetapi jika Mahaguru yang tampil tidak dapat menggerakkan saya, akan dikira saya menang dalam cabaran ini dan seluruh anak muridnya akan berada di bawah empayar saya,”

Laga Ilmu Kebatinan CABAR MAHAGURU Tempah Maut... Itulah yang boleh diungkapkan

KUALA LUMPUR : Tempah Maut... Itulah yang boleh diungkapkan bagi cabaran yang ditawarkan oleh Syed Abdullah Alattas atau lebih dikenali dengan nama jolokkannya Uncle, di mana pada April lalu, dia pernah mencabar bomoh-bomoh sekitar Asia bagi membuktikan ilmu-ilmu santau atau ilmu hitam sebenarnya tidak memudaratkan manusia jika kena pada caranya.

Kali ini, dia bukan sahaja mencabar bomoh sahaja, malah dia kini semakin yakin dengan ilmunya bahawa setiap persilatan yang mempunyai ilmu kebatinan tidak kira apa sahaja jugak tidak mampu menewasnya.

Menurutnya, dia bukan angkuh tetapi sekadar ingin mencuba, benarkah ilmu kebatinan yang selama ini digembar-gemburkan seperti pukulan jarak jauh dan lain-lain lagi mampu menjatuhkan ingin mencuba, benarkah ilmu kebatinan yang selama ini digembar-gemburkan seperti pukulan jarak jauh dan lain-lain lagi mampu menjatuhkan lawan tanpa tubuh disentuh.

“Saya memang akui ada persilatan yang mampu memukul pada jarak jauh, tetapi adakah benar atau hanya sekadar tipu helah belaka. Saya tidak takut jika saya tumbang. Saya telah tamat belajar empat ilmu persilatan dan saya yakin dengan ilmu yang saya pelajari ini,” terangnya.
Katanya, dia mempelawa semua Mahaguru persilatan tampil untuk berlaga kebatinan dengannya tanpa menggunakan fizikal. Jika ada persilatan yang berjaya membuktikannya dia akan berguru dan hormat pada Mahaguru tersebut.

“Saya tak kisah apa sahaja ilmu. Apa yang perlu, jika Mahaguru yang tampil dapat menggerakkan tubuh saya walau seinci sekalipun, saya telah dikira kalah. tetapi jika Mahaguru yang tampil tidak dapat menggerakkan saya, akan dikira saya menang dalam cabaran ini dan seluruh anak muridnya akan berada di bawah empayar saya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia percaya tidak akan ada Mahaguru yang berjaya mengalihkan kedudukannya walau seinci sekalipun kerana dia merasakan terlalu tinggi dan sukar untuk ditewaskan.

“Saya sedia turun mana-mana gelanggang persilatan bila-bila masa sahaja tidak kira di mana termasuk di dalam hutan sekalipun. Saya tidak mahu berlaga fizikal, hanya kebatinan sahaja dan jika ada yang ingin menyahut pelawaan saya ini, dipersilakan. Saya sedia menjadi bahan ujian anda,” tegasnya.

Isu Uncle (Syed Abdullah) cabar Mahaguru guna batin “Pelantingkan Saya, Jangan Cakap Tak Serupa Bikin”.

“Cabaran saya bukan sahaja kepada mahaguru-mahaguru yang mendakwa boleh melakukan pukulan jarak jauh di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. “Saya minta mereka menggunakan batin… itu jika mereka panggil kepada pukulan sedemikian. Jika yang mengatakan saya angkuh…” kepada pukulan sedemikian. Jika yang mengatakan saya angkuh…”

Pertengahan tahun ini, beberapa naskah sebuah tabloid mingguan telah dihantar ke majalah SENI BELADIRI (SB). Muka depannya terpapar seorang personaliti dari pengacara TV Seekers, Syed Abdullah Syed Hussien mencabar mahaguru-mahaguru.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan “Uncle” mencabar mahaguru-mahaguru memukul beliau dengan pukulan jarak jauh’.

Beberapa minggu kemudian, SB menghubungi Syed Abdullah untuk mengetahui respon daripada mana-mana mahaguru-mahaguru. Kata beliau, tiada respon lagi. Catatan : Syed Abdullah pernah menjadi antara penaja peralatan VCD berjudul TEMBUNG arahan Fauziah Nawi. Beliau juga pernah meminta pandangan penulis mengulas VCD berjodol Entiti.

Sehubungan itu, Syed Abdullah meminta SB merakamkan cabaran beliau dalam majalah ini. Penulis bersetuju. Setuju kerana mungkin jika ada mahaguru-maha- guru silat tampil, kajian mengenai amalan atau ilmu ini dapat di sambung kaji sesudah ‘terputus’ dengan kumpulan Al-Maunah. Pembaca yang turut berminat boleh juga menyertai Kumpulan Penyelidik SB.

Baru-baru ini, SB menghubungi Syed Abdullah lagi dan bertanya; “Ada respon?” “Tak ada….,” ringkas jawap beliau. “Uncle pelik…. Kata ada pukulan jarak jauh, kata ada ilmu boleh gerakkan orang tanpa menyentuh. Cerita dalam iklan (bukan dari majalah SB) kata boleh itu dan ini tetapi kenapa tidak menyahut cabaran saya. Jangan cakap tak serupa bikin.

Pembaca yang turut berminat boleh juga menyertai Kumpulan Penyelidik SB. Baru-baru ini, SB menghubungi Syed Abdullah lagi dan bertanya; “Ada respon?” “Tak ada….,” ringkas jawapan beliau. “Uncle pelik…. Kata ada pukulan jarak jauh, kata ada ilmu boleh gerakkan orang tanpa menyentuh. Cerita dalam iklan (bukan dari majalah SB) kata boleh itu dan ini tetapi kenapa tidak menyahut cabaran saya. Jangan cakap tak serupa bikin.

BELADIRI kepada semua mahaguru yang mendakwa mempunyai ilmu kebatinan yang boleh memukul saya dari jarak jauh,” beritahu Syed Abdullah. Penulis selaku penerbit majalah SB bersedia mengaturkan ‘ gelanggang’ itu dengan menyiarkan cabaran berkenaan. Cabaran itu juga akan dihebah dan diikuti oleh negara luar jika ada yang menyahut.

Satu wawancara eksklusif diadakan di kediaman Syed Abdullah di Ampang, Selangor Darul Ehsan beberapa hari selepas perbualan ringkas dalam telefon itu. Ikuti wawancara penulis dengan Syed Abdullah. Satu wawancara eksklusif diadakan di kediaman Syed Abdullah di Ampang, Selangor Darul Ehsan beberapa hari selepas perbualan ringkas dalam telefon itu. Ikuti wawancara penulis dengan Syed Abdullah.

“Cabaran saya bukan sahaja kepada mahaguru-mahaguru yang mendakwa boleh melakukan pukulan jarak jauh di Malaysia, tetapi juga di Indonesia. “Saya minta mereka menggunakan batin…. Itu jika mereka panggil kepada pukulan sedemikian.

Jika ada mahaguru atau guru yang mengatakan saya angkuh… itu terserah kepada mereka,” saran Syed Abdullah “Saya sedia pergi mana-mana gelanggang di Malaysia ini. Jika mahaguru atau guru itu tidak boleh mempelantingkan saya atau menggerakkan saya, bererti beliau gagal dan anak murid beliau mesti menjadi anak murid saya”. Syarat dari Syed Abdullah.

Bagaimana jika ada guru boleh melakukan permintaan atau cabaran itu?
Persoalan dari penulis kepada Syed Abdullah.

“Sebenarnya mahaguru atau perguruan itu tidak mengalami kerugian apa-apa. Malah mereka akan lagi terkenal kerana mereka akan masuk tv. Satu dunia akan melihat rakaman itu,” jawab Syed Abdullah.

Bagaimana jika ‘pukulan’ itu boleh menghasilkan risiko yang tinggi seperti maut?

“Saya tidak takut kerana berserah pada Allah.” “Lagi pun hingga hari ini saya tiada terima sebarang sahutan dari mana-mana mahaguru. Apa yang saya lihat dan baca, masih ada perguruan buat tawaran dalam iklan kursus kebatinan dengan bayaran yang cukup mahal. Umpama ia wujud tetapi cabaran saya tidak disahut…,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Syed Abdullah mendakwa mana-mana individu termasuk ahli beladiri yang percaya kepada ‘kebatinan’ seperti pukulan jarak jauh adalah golongan yang tiada keyakinan diri. Menurut beliau, sebagai seorang Islam, pegangannya berpandukan seperti cara kebatinan Nabi Muhammad s.a.w iaitu berdoa.



“Sejak kecil saya suka bertanya mengenai sesuatu perkara mengenai dunia misteri. Saya tanya emak, emak saudara, bapa saudara, atuk, guru, agama…. siapa saja yang ditemui untuk mendapatkan jawapan.

“Semua memberi jawapan yang sama seperti ‘menurut cerita…’, menurut orang dulu…’ dan menurut kitab…’ Saya mahu jawapan sebenar dan bukan mengenai al-kisah,” sambung Syed Abdullah. “Lima tahun lalu sesudah saya ada wang…. Saya berikan satu kumpulan Rm30 ribu untuk pembelian kamera dan peralatan lain dengan tujuan untuk membongkar dunia atau alam misteri. Saya ingin buat kajian dan menyiasat. Tetapi… akhirnya kamera dan peralatannya entah ke mana. Orangnya pun jadi misteri,” cerita Syed Abdullah tanpa mahu lagi melebarkan kisah itu.

Minatnya terpendam angkara itu. Namum tahun 2004, satu kumpulan bernama Entiti yang terdiri daripada Lando, Yasir, Aswad, dan Ciinx menemui beliau untuk menghasilkan buku berserta VCD me- ngenai siasatan dan penemuan mereka di alam misteri. Ia diterbitkan pada bulan November.

Penceburan itu menyerlahkan lagi nama Syed Abdullah dan beliau menubuhkan kumpulan Seekers yang dianggotai oleh Siti Nadhirah (Adeek), Syahira Ahmad Ramli (Sis) dan Ayin bila kumpulan Entiti tiada lagi. “Saya didik anggota saya sambil saya buat kajian. Lebih 500 lokasi telah kami buat rakaman sejak dua tahun kumpulan ini ditubuhkan dan setiap lokasi mempunyai cerita yang tersendiri.

“Setiap satu lokasi mempunyai misteri yang pelik yang tidak boleh ditulis dengan kata-kata….atau tidak digambarkan dengan kata. Setiap lokasi ada penghuninya masing-masing,” cerita Syed Abdullah yang sesekali merenung jauh. Menurut beliau, makhluk yang bernama Jin seperti manusia juga.

“Ada yang bodoh, ada yang pandai. Ada yang beragama Islam dan ada yang membimbangkan kami bila satu-satu lokasi bila penghuni kawasan itu bukan beragama Islam. “Seperti manusia…ada yang seperti gangster. Kami dikacau dengan pelbagai cara hingga ada anggota kami tidak sedar hingga hendak membunuh antara satu sama lain, hampir patah kaki bila mata dikaburkan.

Banyak lagi insiden…” senyum Syed Abdullah enggan cerita panjang kerana ia ada diceritakan dalam buku dan VCD mereka berjudul “33 Hantu”. Penulis juga sempat ditontonkan beberapa rakaman makhluk menembusi dinding sebelum bertukar menjadi bintang kemudian kelihatan makhluk terbang belakang Syed Abdullah.

Menurut Syed Abdullah, wanita yang mengalami datang haid mudah diganggu oleh makhluk Jin yang jahat. Terutama gadis, mereka akan ‘ diserang’ dengan memasuki tubuh gadis itu pada waktu maghrib. Manakala hantu, dalam kajian beliau, makhluk itu akan keluar merayau pukul 2 pagi dan hari yang dipilih seperti Selasa malam Rabu, Khamis malam Jumaat dan Sabtu malam Ahad.

“Kenapa jam dua pagi?” Tanya penulis. “Jam 2 pagi kerana medan bumi ketika itu begitu kuat. Dan bila bulan mengambang penuh iaitu 17 haribulan Islam, ia dianggap kemunculan yang mudah,” jawab Syed Abdullah sambil memberitahu tempat-tempat yang menjadi kajian adalah tempat yang telah berlaku pembunuhan dan lokasi jauh dari orang ramai.

Punca manusia dapat melihat makhluk halus seperto hantu kata Syed Abdullah, kerana perasaan takut. “Orang berani tidak dapat lihat hantu kerana gelombang yang terhasil dari tubuh tidak seperti orang yang takut boleh menghasilkan 20hz.

Punca manusia dapat melihat makhluk halus seperti hantu kata Syed Abdullah, adalah kerana perasaan takut. “Sebab itu orang Cina membakar mercun ketika merayakan Hari Hantu dan orang Islam membaca surah Al-Mukminum ayat 91. Ia seperti satu pergaduhan dan manusia menggunakan pistol. Pergaduhan tidak menjadi.”

Syed Abdullah memberi contoh. Sungguhpun begitu, diakui banyak ayat-ayat boleh membinasakan Jin. Dakwanya Jin akan terbakar. Ada juga Jin yang tewas akan ‘lari’ mengadu kepada abang mereka atau Jin yang lebih kuat untuk membalas dendam dan ia boleh datang mengganggu keluarga atau hadir dalam mimpi. Syed Abdullah pernah membuat kajian rasukan’ antara dua gadis yang seksi dan bertutup. “Gadis seksi paling mudah didekati dan cepat Jin sampai,” dakwa Syed Abdullah yang memberitahu teknologi yang canggih sekarang seperti kamera boleh menampilkan kehadiran Jin.

Kehadiran Jin juga mudah dikesan kepada mereka yang sugul, tandas atau kawasan yang kotor dan waktu maghrib kerana waktu sebegitu umpama siang kepada jin untuk aktif. Syed Abdullah seterusnya mendedahkan bomoh, dukun dan pawang dari bangsa Melayu tahu cara masuk dan mengeluarkan Jin dalam tubuh badan manusia.

“Saya mendakwa begitu kerana bab rasuk ini seperti ilmu yang sudah mereka ketahui penawarnya. Yang kena rasuk, bila bertemu mereka berpeluang untuk pulih berbanding dengan usaha pakar perubatan moden memasuk dan mengeluarkan Jin dalam tubuh badan manusia.

“Saya mendakwa begitu kerana bab rasuk ini seperti ilmu yang sudah mereka ketahui penawarnya. Yang kena rasuk, bila bertemu mereka berpeluang untuk pulih berbanding dengan usaha pakar perubatan moden.

“Antara cara merawati orang kena rasuk adalah dengan merendamkan mereka dalam kolah air sejuk dengan berais. Air dalam kolah itu juga perlu dicampur dengan garam. Jirus air ke ubun-ubun ketika berendam….90 peratus boleh pulih kerana suhu sejuk itu membuat Jin keluar dari badan.

“Orang yang kena rasuk juga tidak berani memandang mata seseorang. Suaranya bertalun (dua suara), tapak kaki dan tangan berpeluh dan ubun-ubunnya berdenyut adalah antara tanda-tanda rasukan,” tips dari Syed Abdullah sambil memberitahu antara manusia terasuk dan histeria tidak sama. Histeria adalah berpunca hilang kawalan emosi seperti menonton konsert.

PENGLIBATAN DALAM DUNIA BELADIRI
Syed Abdullah mula membabitkan diri dalam silat ketika berusia 8 tahun. Ayah beliau telah menyuruh beliau menyertai silat dan sejak itu sudah enam perguruan dianuti. “Saya juga ada masuk beladiri bukan silat. Saya buat kajian,’kata Syed Abdullah enggan mengulas mengenai pengelibatan itu. “Apa yang saya boleh katakan mengenai seni dalam silat. Baik beladiri Jepun atau Korea atau Cina atau mana-mana beladiri di dunia ini tidak dapat menandingi seni dalam silat. Ia cukup sempurna. Semua gerak langkah bercerita dan hidup,” kata Syed Abdullah.

Terus terang Syed Abdullah berkata, “Silat yang berseni menghasilkan pesilat yang berkepercayaan dalam rohani dan berkeyakinan diri. Rasulullah s.a.w pun menggunakan batin tetapi dengan berdoa. “Saya tidak tahu sejauh mana berkesanan ilmu kebatinan mereka dan sebab itu saya cabar mereka melakukan ke atas diri saya. Saya mahu bukti.” tekan beliau.


Tiada Cabaran, Cabaran ditutup.
Isu Syed Abdullah Syed Hussien mencabar mana-mana mahaguru yang mengamal atau mempunyai ilmu pukulan jarak jauh, mempelantingkan beliau, sudah berada di episod penghujung.

Syed Abdullah yang dikenali dengan panggilan “Uncle” dalam siri tv Seekers melakukan cabaran itu hampir setahun di akhbar tabloid dan dalam majalah SENI BELADIRI (SB) pada keluaran Oktober lalu. Ikuti wawancara (Azlan Ghanie & Ahmad Fuad Hamdan) ketika Uncle berkunjung ke pejabat SB, dan pengalaman beliau ketika isu ini hangat berkumandang.


-Penerbit AZLAN GHANIE.

SB: Apa perkembangan terkini?

Uncle: Kalau mengenai pertemuan dengan mahaguru, tiada.

SB: Tiada? Takkan tiada respon?!

Uncle: Ada satu dari Batu Pahat, Johor. Beliau hantar sms dengan pelbagai ugutan dan ancaman. Beliau mahu saya datang pada malam itu juga dengan dakwaan ada beribu orang menunggu hendak membunuh saya dengan ugutan akan berlaku pertumpahan darah.

SB: Apa reaksi Uncle dengan sms itu?

Uncle: Saya rasa orang ini tidak faham.. mungkin ikut emosi atau kurang waras. Saya minta mana-mana guru atau mahaguru yang mendakwa ada ilmu pukulan jarak jauh pelantingkan saya. Permintaan saya mudah. Saya akui saya cabar atau saya menjual tetapi tiada siapa yang membeli. Kalau ada menyahut… bagus kerana saya akan sediakan krew dari National Geographic dan stesen-stesen tv tempatan termasuk luar negara untuk rakaman. Tetapi, sudah berbulan-bulan…rasanya dah hampir setahun, tiada siapa yang tampil hanya buat bising dari belakang.

SB: Apa kesudahan dengan orang Batu Pahat itu?

Uncle: Senyap, sunyi dan sepi. Saya telefon beliau dan sepi. Saya telefon beliau dan memberitahu saya akan datang kamera untuk rakaman. Beliau kemudiannya tidak lagi hantar sms selepas itu. Yang saya tahu, bukan sahaja diugut tetapi pemberita akhbar harian juga begitu. Setahu saya pihak SB pun terkena.

SB: Ini sudah biasa. Kami hanya hendak menyambung kajian kami mengenai pukulan jarak jauh. Ada lagi kisah menarik mengenai Uncle cabar mahaguru?

Uncle: Kisah yang dihebahkan dalam internet yang mendakwa saya sedang sakit kerana terkena pukulan jarak jauh dari seorang mahaguru. Saya terkejut juga dengan cerita itu selepas saya sendiri baca blog tersebut. Bagaimanapun, saya kenal dan percaya ramai mengenali mahaguru itu. Saya sememangnya ada temujanji dengan mahaguru itu di pejabat beliau jam 11 malam di Sentul (Kuala Lumpur). Temujanji itu diatur oleh sahabat mahaguru berkenaan iaitu Penolong Pengarang akhbar tabloid. Bila sampai di pejabat itu, mahaguru itu enggan jumpa dan memberi alasan beliau penat dan minta saya menemui di lain masa.

SB: Uncle tidak cuba hubungi mahaguru itu lagi? Uncle: Mahaguru itu memberitahu hendak jumpa saya selepas hari raya lalu… Penolong Pengarang itu sewajarnya menetapkan temujanji kerana pertemuan awal sememangnya dibuat oleh wartawan tersebut.

SB: Pernahkah bercakap dengan mahaguru itu?

Uncle: Ada. Bercakap melalui telefon sebelum kunjungan saya ke pejabat beliau. Dalam perbualan itu, Mahaguru itu menjemput saya datang ke rumah beliau di Johor Bahru. Beliau memberitahu pernah mengadakan pertunjukkan dengan tepuk tanah, muridnya terpelanting. Beliau dakwa pertunjukkan itu depan pembesar. Kerana dari cerita itu, saya tidak sabar-sabar untuk melihat dan rasa sendiri kena pelanting…saya pun cuba menemui mahaguru itu di Sentul, tetapi…(geleng kepala).

SB: Sejak isu mencabar mahaguru, Uncle turut terbabit dalam beberapa kontroversi lain seperti

mendakwa Jenglot bukan hantu dan pembongkaran penipuan sebuah perguruan yang beroperasi di Cheras, akhirnya berlaku saman-menyaman. Kata orang, ini satu badi kerana cabar mahaguru?

Uncle: (Ketawa kecil). Pertama pembongkaran saya mengenai jenglot bukan hantu adalah benar. Ia sudah terbukti satu penipuan oleh pakar DNA dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan saya telah habiskan hampir Rm30 ribu untuk kajian itu. Saya lakukan ini semata-mata kerana enggan melihat orang ramai terus tertipu dengan golongan ini. Ini perjuangan saya… Mengenai dengan seorang mahaguru di Cheras yang membuat laporan palsu kepada pembongkaran penipuan beliau di akhbar tabloid dan dalam website saya (www.seekers-malaysia.com). Ia membuatnya jadi berang. Saya bongkar 18 teknik penipuan beliau. Laporan palsu itu menyebabkan saya masuk lokap di Jalan Pudu selama 10 jam di bulan Ramadhan. Saya ditahan ketika hendak berbuka puasa. Saya dilepaskan keesokan harinya iaitu sebelum solat Jumaat apabila terbukti masa yang menyamar sebagai anggota polis di premisnya ternyata palsu. Ketika itu saya berada di akhbar Kosmo yang disaksikan oleh wartawan yang bertugas.

SB: Apa tindakan susulan terhadap mahaguru itu?

Uncle: Pertama orang itu bukan mahaguru. Saya perlu bersihkan nama mahaguru dulu.

SB: Kenapa kata begitu?

Uncle: Seorang mahaguru tidak bersikap begitu. Seorang mahaguru yang menyahut tidak akan menipu. Mungkin kerana itu, tiada mahaguru yang menyahut cabaran saya kerana mereka tidak mengamal ilmu itu. Mahaguru seorang yang berhati bersih. Saya berpegang kepada kebenaran itu. Jadi, ada orang mendakwa dirinya mahaguru kerana ada agendanya tersendiri,

SB: Apa bukti yang kukuh atas dakwaan itu?

Uncle: Saya buat penyelidikan mengenai pukulan jarak jauh, kebal dan sebagainya. Dalam website JAKIM mengenai ajaran sesat, dicatat ilmu pukulan jarak jauh adalah antaranya. Saya difahamkan sememangnya ada ilmu itu dan untuk merasai pukulan itu seseorang perlu menjadi musuh Allah atau mengeluarkan sikap marah yang teramat sangat… saya mengucap panjang dengan pertemuan itu, kerana perbuatan tersebut sama sekali ditegah walaupun untuk berlatih. Dalam sesaat pun jangan sesekali kita menjadi musuh Allah. Satu lagi jawapan kepada pengamal pukulan jarak jauh adalah ilmu ini pernah diamal oleh para wali. Saya tidak mahu bicara mengenai wali, tetapi saya hendak bertanya, takkan masuk sahaja perguruan itu dengan sekejap sahaja diri bertaraf wali? Cuba fikir dan renung. Kerana itu, saya terus memperjuangkan isu ini dan saya hanya tutup mulut jika ada mufti atau pihak yang sewajarnya membuat kenyataan ilmu pukulan jarak jauh atau kebal yang diamal oleh perguruan terbabit tidak salah disegi agama Islam.

SB: Difahamkan uncle pernah berguru dengan lelaki atau mahaguru itu?

Uncle: Saya tidak pernah berguru dengan orang itu. Maaf, saya ingin memperbetulkan dakwaan pihak SB bahawa beliau bukan mahaguru. Saya kenal beliau ketika saya dalam ikhtiar untuk mengubati penyakit migrain saya. Beliau ambil sudu dan sapu dahi dan tunjukkan dalam telur ada darah. Saya kagum dan tanpa usul periksa telah membantu beliau sesudah itu. Ia adalah janji saya kepada sesiapa yang boleh merawati penyakit ini. Tetapi, bila saya sudah tahu penipuan… telur disuntik pewarna, elektrik yang dikeluarkan…. Lawatilah website saya.

SB: Apa tindakan atau perancangan akan datang?

Uncle: Pertama, isu saya mencabar mahaguru dengan rasminya ditutup. Kedua, saya akan terus dengan bidang saya mengkaji paranormal dan terus mencari kebenaran. Sekiranya ada kenyataan saya yang menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.

Maafkan saya dalam mencari kebenaran.

Tuesday, February 9, 2010

Uncle cabar dituju santau

Uncle cabar dituju santau
Bacaria - 22Feb 2006
Mingguan Misteri - 1 April 2006

Uncle cabar dituju santau AMPANG:
"Saya mengalu-alukan bomoh-bomoh ko-mersial di luar sana supaya menghantar santau, guna-guna atau apa saja yang selalu digembar- gemburkan tentang kehebatan mereka kepada saya. Saya akan buktikan pada masyarakat bahawa bomoh komersial ini memang temberang."

Dengan nada yang lebih lantang, Syed Abdullah Al Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle, berkata lagi: "Saya beri mereka tempoh seminggu dari tarikh artikel ini disiarkan." "Saya ulang lagi sekali! Jangan harap semua bomoh komersial sama ada di Malaysia, Indonesia, Thailand atau di mana saja dapat menghantar ilmu hitam pada saya. Saya akan tampil balik di akhbar ini dalam keadaan yang lebih ceria untuk membuktikan tiada apa-apa yang berlaku pada saya," katanya lagi dengan nada yang cukup angkuh dan celupar.

Uncle, ketua penyiasat dan penceramah paranormal yang sering tampil dalam rancangan Seekers siaran NTV7 pada setiap malam Rabu jam 10.30 malam, mengakui berani mencabar bomoh-bomoh komersial tersebut kerana percaya 95 peratus daripada mereka yang menjalankan kegiatan perbomohan secara komersial adalah 'kaki temberang' dan melakukannya hanya untuk mengaut keuntungan sahaja.

"Kita lihat sahaja tawaran perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan contohnya seperti mampu mendatangkan rezeki, mempercepatkan jodoh, kebal dan sebagainya. Bagi saya ini semua adalah karut. Tentang rezeki dan jodoh itu bukankah telah ditetapkan Allah dan tugas kita sebagai manusia hanya berusaha mendapatkan rezeki masing-masing dengan usaha iaitu bekerja," katanya. "Kalau dikaji dari sudut psikologi, permasalahan hidup seseorang adalah bertitik tolak pada diri kita sendiri iaitu kita selalu berfikiran negatif (negative thought) terhadap apa yang kita lakukan. Apabila berfikiran negatif maka gelombang atau aura negatif yang akan hadir pada diri "Maka, masalah sentiasa akan timbul secara tak langsung mampu membuang aura atau gelombang positif pada diri kita sendiri,"katanya.

Menurut Uncle lagi, dia bukan seratus peratus menolak kewujudan bomoh. Masih wujud bomoh yang boleh dipercayai tetapi peratusnya adalah sangat sedikit. "Saya tidak menolak kewujudan bomoh sebab itu saya katakan 95 peratus dan bakinya masih mampu mengubati tetapi bergantung kepada apa yang mereka tawarkan kepada pelanggan mereka. Memang ada bomoh yang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka," katanya. Kata Uncle lagi, atas sebab itulah dia berani mencabar mereka kerana yakin bahawa mereka tidak mampu melakukannya. "Saya bukan tak percaya pada kewujudan bomoh. Ada bomoh atau pengubat yang kewujudan bomoh. Ada bomoh atau pengubat yang dikurniakan Allah dengan kemampuan mengubat.

Itu saya kagum, hormat dan berbangga dengan kebolehan mereka dan berharap mereka menyalurkan kebolehan dengan cara yang betul”. "Kita lihat cara perubatan yang bomoh komer sial berikan dan kesan kepada pesakit. Bagi saya bukanlah disebabkan bomoh ini mempunyai keramat, kuasa ajaib atau sebagainya tetapi hanya kesan daripada minda pesakit itu sendiri.

"Apabila pesakit percaya dan yakin bahawa seseorang bomoh itu mampu mengubati penyakit mereka, maka penyakit yang pesakit alami mampu sembuh walaupun diberi segelas air kosong saja. Ubat atau kesan yang baik bukan datang daripada ke- ramat atau kuasa ajaib bomoh, tetapi dari diri pesakit itu sendiri dan dengan izin Allah. Dalam kajian saintifik ianya dikenali sebagai Kesan Placebo ( Placebo Effect ). Tidak perlu menjadi bomoh, kita sendiri mampu melakukannya,'' ujarnya. Katanya lagi, cabaran yang disuarakan itu tidak termasuk perubatan alternatif yang menggunakan kaedah saintifik kerana kaedah yang digunakan berbeza. "Jika kita lihat maksud bomoh komersial adalah mereka yang mengenakan bayaran yang tertentu untuk mengubat penyakit atau masalah hidup pelanggan contohnya masalah rumah tangga yang ber- cerai akibat terkena sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.

"Manakala perkhidmatan alternatif pula seperti Terapi Aura, Aroma Terapi dan sebagainya tidak termasuk bomoh komersial. Ini kerana peru- batan mereka berdasarkan kaedah saintifik. Disebabkan itu mereka tidak termasuk dalam cabaran ini. "Jika kita lihat ada juga segelintir bomoh ko-mersial ini menggunakan ayat suci sebagai jampi. Sedangkan Allah melarang perbuatan menjual ayat-ayatnya dengan harga yang murah. Adakah Allah bermaksud kita perlu menjual ratusan atau ribuan ringgit?

"Tidak, sebenarnya ayat-ayatNya tidak ternilai dengan wang ringgit atau apa sekalipun kerana ayat-ayatNya ini mengandungi perintah, larangan, nasihat, peringatan, doa dan sebagainya. Jadi, tidak wajar kita meletakkan harga sekiranya kita menggunakan ayat-ayatNya kerana Allah menyatakan ianya satu perbuatan yang jahat seperti mana Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, maksudnya: "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan." (Surah At-Taubah; ayat: 9).

"Bagi mereka yang tidak menjual ayat Allah dengan harga yang sedikit ini atau dengan harga yang murah, yang akan memberi upah atau habuan adalah Allah sendiri bukan manusia. Perihal ini dinyatakan Allah S.W.T sepertimana firmanNya dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur'an) dan apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya." (Surah `Ali-Imran; ayat: 199),"jelasnya.

Sehubungan itu, Uncle menasihatkan agar semua bomoh komersial agar menghentikan kegiatan menipu masyarakat. "Nasihat saya kepada semua bomoh komersial hentikan kegiatan anda.

Jangan biarkan masyarakat Malaysia terus dipermainkan oleh anda semua. "Dan pada semua bomoh komersial... persiapkanlah ilmu hitam anda dari sekarang dan buatlah apa saja pada saya kerana saya tahu benda itu akan berbalik semula pada anda”. “Biar orang menyatakan apa yang saya lakukan ini sebagai kerja gila yang bakal merosakkan diri sendiri tetapi bagi saya biar hanya mereka yang cerdik sahaja menilaikannya,” tambahnya.

Uncle baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan sifat celuparnya ketika mempersoalkan kenyataan pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzillah Kamsah yang menyifatkan hantu sebagai “mungkin ada.”

Sunday, February 7, 2010

Dunia Baru The Movie

Dunia Baru The Movie

Dunia Baru The Movie
Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.

Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.

Saturday, February 6, 2010

Restoran Yusoof Kari Kepala Ikan - (cubit sikit jer)

Restoran Yusoof Kari Kepala Ikan - (cubit sikit jer)

Restoran Yusoof Kari Kepala Ikan adalah pengasas restoran kari kepala ikan yang pertama di Malaysia.

Kari kepala ikan! Wow!

Antara pelayan Restoran Yusoof. Uniform nampak kemas. Kalau boleh, rajin-rajinlah mandi.

Dengar cerita duit tiap-hari hantar India. Hujung tahun incometax bayar ciput. Tak boleh itu macamlah brother. Kena jujur sama incometaxlah...

Dengar cerita kat India, Tuan Haji serupa BOSS numbeeer 1, macam-macam ada. Itu wang kasi letak dekat Malaysia maa.. Lu duduk sini, Malaysian Goverment macam-macam kasi lama lu tapi wang banyak hantar India, tarak baguslah..

Jangan itu macamlah brother..orang makan lu punya kedai tarak tengok apa belakang punya dalam ada buat! Itu ikan tak mau letak dekat lantai maaa.. manyak kotor lu tau..haiya!

Itu ikan ada cuci bersih ka! Orang pijak lantai lu letak ikan! Yenade...

Pakai minyak masak baru punya tak boleh ka incek? Itu pasal lah lu punya kobis goreng warna kuning... Memanglah pakai secondhand punya minyak boleh untung banyak tapi jangan itu macamlah Tuan Haji. Kita orang tak mau makan kalau itu minyak sudah pernah goreng BABI punya. Kesian sama customer Islam loorrr!

Adusssss...sendiri punya kedai sendiri mau ingat lahh. Lu pikirlah sendiri

Plastik sampah baru seposen lah bro!

Tuan Haji sangat sayang sama isteri pertama di India. Tak baiklah kahwin dengan perempuan Malaysia semata-mata nak dapatkan warganegara. Dapat jer PR terus ceraikan talak tiga!

Kenangan manis Tuan Haji Yusoof bersama mantan isteri pertama Malaysia

Itulah.. mak cakap tak nak dengar..mcmanapun dia tetap sayangkan first wife. dah nasib badan..

Friday, February 5, 2010

Ulama kecam filem Hantu Puncak Datang Bulan

Ulama kecam filem Hantu Puncak Datang Bulan

JAKARTA - Sebuah filem seram terbaru Indonesia mengenai hantu mendapat kecaman Masjlis Ulama Indonesia (MUI) semalam

Filem Hantu Puncak Datang Bulan dikecam oleh ulama-ulama kanan Indonesia selepas ia mula ditayangkan di sini semalam.

"Saya telah menonton filem itu... ia mengandungi adegan seks, keganasan dan penyeksaan. Saya menggesa badan penapisan supaya membatalkan kelulusan penayangannya," kata seorang pegawai MUI, Amirsyah Tambunan.

Bagaimanapun menurutnya, MUI tidak merancang untuk mengeluarkan fatwa bagi melarang orang Islam daripada menonton filem itu.

Hantu Puncak Datang Bulan mengandungi adegan ganas dan erotik melibatkan aktres Andi Soraya yang berlakon dalam keadaan hampir bogel.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Islam mengecam rancangan membawa masuk bintang porno Jepun Maria Ozawa, 23, atau lebih popular dengan panggilan Miyabi ke Indonesia untuk membintangi filem Menculik Miyabi.

Petikan filem itu boleh dilihat menerusi laman web YouTube yang mengandungi adegan seks termasuk potong kepala.

Penerbit filem itu, K.K. Dheeraj dari penerbitan K2K mengambarkan filem itu sebagai bercirikan komedi iaitu mengenai wanita yang meninggal dunia semasa didatangi haid sebelum dia bertukar menjadi hantu bagi membalas dendam. - Agensi

Wednesday, February 3, 2010

Illusion Or Technique?

Illusion Or Technique?


Illusion Or Technique? - Click here for this week’s top video clips

Anda semua mampu lakukan perkara yang sama sekiranya anda tahu tekniknya. Akan saya bongkar bila sampai waktunya...tunggu