Kenali mereka

Sunday, April 24, 2011

Filem paranormal pertama di Malaysia bakal diharamkam tayangannya?

Filem paranormal pertama di Malaysia bakal diharamkam tayangannya?


Dari hari pertama ditayangkan sehingga hari ini kontroversi filem ini hangat diperkatakan.

Siapa dan Apakah motif sebenarnya disebalik kontroversi ini?

Kalau terdapat arahan dari 'pihak tertentu' supaya filem ini dihentikan serta merta, ianya boleh dicatatkan dalam 'Malaysia Book Of Record' dan sejarah perfileman negara...


from Mazlan Mahdi
to uncleseekers@gmail.com,
intan.syafina@primeworks.com.my
cc Cik Ijah
date Sat, Apr 23, 2011 at 3:22 PM


Klik untuk imej lebih besar

subject 05 - Penunggu Istana - Pewaris Istana Billah meluahkan rasa tidak puashati (tambahan)

MAZLAN BIN HAJI MAHDI (Anakanda Afifah bt Mohd Dahlan)
TEL: 0166055013
E: mazlanmahdi@gmail.com

KEPADA: PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD
(FORMERLY KNOWN AS GRAND BRILLIANCE SDN BHD)
3RD FLOOR NORTH WING, SRI PENTAS
NO 3 PERSIARAN BANDAR UTAMA, BANDAR UTAMA
Tel: 03 7726 6333
Fax: 03 7726 7324

Dan ALTERNATE STUDIOS

Buat perhatian:

1. Teuku Iskandar Teuku Alaudin – Penerbit Eksekutif

2. Ahmad Puad Onah – Penerbit Eksekutif

3. Rosihan Zain – Penerbit Eksekutif

4. Wan Hasliza – Pengarah & Lakon Layar

5. Intan Syafina Hassan – Film Support Executive intan.syafina@primeworks.com.my


FILEM “PENUNGGU ISTANA” TERBITAN PRIMEWORKS STUDIOS, GB & ALTERNATE STUDIOS

BismillahirRahmanirRahim.

Saya yang bernama diatas mewakili generasi ke-3 dan ke-4 keturunan Raja Bilah bin Raja Asal, ingin menyatakan hasrat dukacita atas penerbitan filem terbaru “PENUNGGU ISTANA” yang sedang hangat dipromosikan di media tempatan. Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda.

Dari pemerhatian kami, kami mendapati ada beberapa kemusykilan dan juga perkara yang pastinya akan disalah tafsirkan oleh masyarakat apabila mereka menonton filem ini. Antaranya:-

1. Tema filem yang mengenengahkan unsur khurafat, puaka dan pemujaan yang bertentangan dengan kesucian Islam dan iktikad ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Nilai estetik sejarahnya dan kepentingan Istana Papan itu sendiri tenggelam dalam jalan cerita filem itu, dan ia bercanggah langsung dengan sejarah perjuangan Raja Bilah di waktu pemerintahannya di situ.

3. Kebenaran untuk menjalankan penggambaran di situ tidak mendapat restu dari waris Raja Bilah lain yang masih hidup. Kebenaran juga pasti tidak akan diberikan jika kami mengatahui yang filem itu lebih menjurus kepada mempromosikan syirik dan khurafat. Ini jelas tidak menjaga sensitiviti pewaris Raja Bilah bin Raja Asal.

Oleh itu, kami dengan kerasnya menolak usaha anda ini dan jika ada kekhilafan dari pihak anda, kami mungkin akan merujuk perkara ini ke badan yang berkaitan untuk mengambil tindakan.

Semoga usaha anda yang taksub mempromosikan khurafat melalui filem ini, walhal anda sepatutnya meng'akbar'kan Allah, akan dilaknat olehNya dan dijauhi dari keberkatanNya.

Saya lampirkan juga carta salasilah pewaris Raja Bilah bin Raja Asal yang masih hidup.

Dengan izin Allah,
Mazlan bin Haji Mahdi

Klik untuk imej lebih besar

22 comments:

Unknown said...

lakon balik macam mana benda ni jadi ker?tak pn mmg die org tu mati n kena rasuk betul?and mati betul2?

max2_seekers said...
This comment has been removed by the author.
^MaX2™ said...

Seelok2nya, kita tunggu dari Primework n para mufti....

Tapi ada beberapa soalan yang bermain2 di kepala...

1-Kenapa dah lepas tayangan baru nk kepoh hal ni? Ke saje nk Uncle sumbatkan bende alah ni semua dlm blog Uncle coz of publisiti murahan?
2-Kenapa x buat press conference n munculkan diri di khalayak ramai?
Carta ni pon agak memeningkan kepala. Dimana status ayah n dimana ibu di dalam carta?
(Maaf kalau menyinggung perasaan kaum kerabat ini). Kenapa 'binti'nya lain dari dlm carta?
Nama semua org boleh pkai...
3-Kenapa x di reka bentuk balik n digunakan oleh waris2?Sepatutnya para waris2 perlu berbincang utk menaik tarafkan istana tersebut dan diguna pakai supaya generasi Raja Bilah yg akan datang tidak lupa asal dan usul mereka ataupon dijadikan muzium untuk rakyat Malaysia mengenali kerabat Raja Bilah yg penuh bersejarah ini,bukan dibiarkan berlalang dan tidak melambangkan ciri2 istana Bilah seperti yg dikatakan seorang waris ini, atau ada cerita disebalik istana ini?

Jika hamba Allah yakni waris kepada istana ini membaca komen ini,sila beri penjelasan kepada semua. Agak serabut sikit tentang carta ini....

Sekian,
Wasalam....

No Name said...
This comment has been removed by the author.
No Name said...

Salam. Sejarah tentang Raja Bilah ni susah untuk di terangkan kerana mempunyai sejarah tersendiri. Untuk lebih makluman boleh melihat buku ini di perpustakaan negeri, Raja Bilah and Mandailing. Berkenaan dgn carta ni wahlahu'alam. Mungkin terdapat di dalam buku di tersebut. Sebenarnya pihak mezium (jabatan mezium dan antikuiti) telah mengambil alih istana ini. Gambar yg di dalam filem itu gambar sebelum di baik pulih. Dan pihak mezium membaik pulih Istana ni berperingkat kerana belanja yg tinggi. Kenapa tak di gunakan mungkin (hanya pendapat) mengikut sejarah setelah di tinggal kerana sebab yg tidak diketahui oleh saya, tiada siapapun yg mendudukinya. Setahu saya setelah Raja Bilah meninggal. Di Istana ni terdapat kubur/makam beberapa kerabat dan mungkin terdapat kubur Raja Bilah sendiri walahu'alam. Dan penjaga kunci dan tempat ni pun ada seorang waris yg mempunyai rumah berdekatan. Sekian.

No Name said...

Salam. Soalan 1. Kenapa dah lepas tayangan baru nk kepoh hal ni? Ke saje nk Uncle sumbatkan bende alah ni semua dlm blog Uncle coz of publisiti murahan?.

_Siapa yg mahu publisiti murahan. Pihak pewaris hanya hantar personal email kepada org2 berkenaan. Tapi ape tujuan uncle ni post email tersebut di sini? Bukankah ini bermaksud uncle sendiri yang nak kan publisiti untuk lariskan dan meramaikan lagi org tgk filem ni. Dan lagi satu adakah pewaris sendiri akan dapat tahu jalan cerita filem ni bagaimana, sebelum ditayangkan melainkan pihak penerbit dan FAM atau badan2 filem yg lain. Sekian.

monaismail said...

SALAM.

pada 23/4/11 jam 8:20 malam di TGV wangsa walk. enam tiket saya dah pun beli. dan hari tu juga adalah hari ke-3 filem PENUNGGU ISTANA ditayangkan. jika betul apa yang diperkatakan di atas, filem tu akan dibatalkan kenapa tidak dilarang keras semasa sebelum ditayangkan lagi?


" Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda."

-sedari baru-baru ini? wahai pihak pewaris, setahu saya triler PENUNGGU ISTANA ni sudah lama di media. dan iklan pon dah lama rasanya di media.

"1. Tema filem yang mengenengahkan unsur khurafat, puaka dan pemujaan yang bertentangan dengan kesucian Islam dan iktikad ahli Sunnah wal-Jamaah."

-jika diajukan tentang tema saya rasa si pewaris sudah salah orang. soalan ini patut ditujukan kepada pihak primework SB.

"3. Kebenaran untuk menjalankan penggambaran di situ tidak mendapat restu dari waris Raja Bilah lain yang masih hidup. Kebenaran juga pasti tidak akan diberikan jika kami mengatahui yang filem itu lebih menjurus kepada mempromosikan syirik dan khurafat. Ini jelas tidak menjaga sensitiviti pewaris Raja Bilah bin Raja Asal. "

-dari mana pihak primework SB dapat kunci? kebenaran siapa? kebenaran?

"Oleh itu, kami dengan kerasnya menolak usaha anda ini dan jika ada kekhilafan dari pihak anda, kami mungkin akan merujuk perkara ini ke badan yang berkaitan untuk mengambil tindakan."

-sesungguhnya ini adalah jalan lebih baik. tidak perlu untuk bertindak melulu untuk menunding jari atas kesalahan seorang individu sahaja.

"Semoga usaha anda yang taksub mempromosikan khurafat melalui filem ini, walhal anda sepatutnya meng'akbar'kan Allah, akan dilaknat olehNya dan dijauhi dari keberkatanNya."

-jangan sesekali mudah menjatuhkan hukum kepada sesama manusia.


salam,
mona

Luckmans said...

Salam Uncle,

Berbalik kepada soalan Max2 dan No Nama, salasilah diantara Raja Bilah dan serumpun dengannya agak kompleks. Hakikatnya susah nak explain. Manakala salah satu makam dalam kawasan Rumah Besar / Istana tu adalah makam Moyang saya. Saya adalah piutnya...

Berbalik pada isu yang dinyatakan, pada pendapat saya, ada unsur2 yang tak logik dan sepatutnya telah telah dimasukkan dalam footage tu. Tu yang depa dok marah sangat. Jadi sendiri kene tanggunglah.

Terima kasih

i'm mr. y2020 said...

Assalammualaikum WBT & salam sejahtera.

Secara ringkasnya saya berpendapat, ianya sekadar filem samada sejarahnya benar mahupun sebaliknya ataupun, dalam bentuk atau tujuan apa sekalipun termasuk, mencari keuntungun dsb., semua pihak terutama salasilah/keturunan berkaitan denganya seharusnya memberi "Penghormatan" kepada sesiapa yang sedia mengembalikan "Sejarah" itu untuk generasi kini.

Seperti filem 'Titanic' jika tidak diwujudkan, kapal itu terus tenggelam tanpa sesiapa tahu sejarahnya maka, walau apa juga jalan ceritanya, sedarlah bahawa mereka telahpun memberi penghormatan terhadap sejarah tersebut untuk difilemkan agar kita sedar "Raja Bilah bin Raja Asal" itu pernah wujud sedangkan, sebelum ini tiada sapa tahu kewujudnya.

Kesimpulanya, usahlah melatah walau dalam bentuk apa sekalipun kerana usaha mereka di dalam industri perfileman perlulah dihargai dan, bersyukurlah filem berkenaan sedia dipertontonkan.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

p/s: Walaupun saya tidak berminat cerita/filem Melayu, saya tetap hargai kerja seni mereka walau dalam bentuk apa sekalipun sepertimana, hormat menghormati sesama insan. ;-)

Acap Razak said...

Filem ni memang banyak misteri...tapi kenapa perlu tarik balik..bagi saya filem ni ade pengajarannya yg tersendiri iaitu benda2 halus sebegini tidak boleh dibawa main..terpulang kpd sesiapa yg menilainya..kalau nak diikutkan banyak lg filem seram yg lebih berunsur khurafat dan sebagainya ditayangkan sebelum ni..tapi elok je ditayangkan..kalau nak kata filem ni tipu..macamlah filem seram yg lain betul sangat...lagi satu tak faham kenapa pemilik istana billah ni tak tahu mengenai penggambaran filem ni kat situ..habis tu siapa yg kasi kunci istana tu..PELIK....bagi saya filem ni dah ok dah..antara filem yg terbaik pernah saya tengok..berbanding filem seram yg lain yang sound system je canggih tapi hantu merepek je...that's all.. http://acaprazak.blogspot.com/2011/04/penunggu-istana-sangat-misteri.html

fiq said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada amatan saya bersandarkan Al-Quran dan As-sunnah, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w telah cukup jelas menerangkan perihal jin dan makhluk halus.

Jika kita hayati kembali, hadis sahih ada mengatakan, bahawa jika kediaman itu tidak berpenghuni lebih dari seminggu, maka akan ada makhluk lain (selain manusia) akan tinggal di dlmnya. Jelas berdasarkan penerangan di atas, jika dibandingkan seminggu dengan beratus tahun lamanya, suda pasti ada makhluk lain yang tinggal di istana tersebut. Dan sememangnya makhluk halus itu telah menghuni istana itu ketika tiada lamanya waris Raja Bilan mendiaminya.
Seharusnya penelitian yang teliti harus di ambil masyarakat, tanpa mngaitkan Raja Bilah dalam keanehan yang berlaku di Istana Papan, kerana beliau seorang pahlawan yang byk berjasa kepada Sultan dan negeri Perak.
Jelas sekali kebingungan yang timbul kini harus kembali berpaksi pada Islam.
Di sini ingin saya selitkan, sebagai seorang yg berhadapan dengan makhluk halus di dalam perubatan Islam, ada kebarangkalian besar, makhluk yg menghuni istana itu, hasil dari pembuangan perjanjian oleh pihak tertentu dgn jinnya tanpa keinzinan pihak waris Raja Bilah.
Jadi pihak waris Raja Bilah harus mengabil langkah yang drastik untuk memulihkan semula imej dan keadaan istana melalui perubatan Islam.

ALFALORA MOHD MUSTAFA said...

filem paling cuakkkkkk yg sy penah tgk..hikhik...sbb real..klo xreal tu..xkisah la kan?jnji ada unsur2 moral kt situ..filem lain pun bkn real sgt..lg ngarut2...yg ni xngarut pun..mmg klo kacau tmpat dia..dia mstla marah kan?kpd pewaris raja bilah..sy fhm rasanya prsn anda..tp tula..sepatutnya anda melarang tygnya lbh awal lg..

detiqphotography said...

salam....sbenarnye x salah pn film ini di tyangkn.... bg pandangan sye, film ini memberi pengajaran kpd stiap umat manusia agar jgn melakukan perkra yg syirik... jgn kita hanya melihat dr segi pndangan negatif sahaja. hrus melihat dr sudut positif juga. memang film ini ada unsur kurafat, tp x semestinya kurafat kerana ianya hnya sekadar film. jganlh kita berfikiran cetek hanya melihat dr segi unsur negatif, kita harus mngambil pngajaran dlm film trsebut. jika kita mngatakan ia kurafat dan syiriq, adakah kita sendiri dlm tidak sedar melakukan perbuatan tersebut? kita tidak bleh mnyalahkn film ini krna ianya hnya skadar cerita. jgn jdkn uncle seekers sbgai mangsa dlm film ini di terbitkn. lebih berdosa lagi jika menyalahkn beliau dgn kutukan. jgnlh hnya berfkiran secara syariat smata mta, berfikirlh secara hakikat dimana tiada yg mustahil yg diciptakan Allah S.W.T

^MaX2™ said...

Ok disini saya sertakan segala info yg saya dapat hasil kerjasama dari sahabat saya Iskandar tentang sejarah Raja Bilah atau Kaum Mandailing...
Buatlah penilaian sendiri...


Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, kerana terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Iraq yang meluaskan pengaruh mereka.

Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, iaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma.

Sekali lagi mereka terpaksa bepindah kerana pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang. Pada waktu itu mereka melintasi Selat Melaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, adalah dimaklumkan bahawa pada masa itu dibahagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja.

Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi (Sumatera Utara) , didakwa peristiwa ini terjadi di akhir abad ke 6.

Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga ke sebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnya di abad ke-9.

Tentera kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru.

Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing ertinya kawasan orang-orang ******. Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva.

Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur.

Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan ertinya yang di kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung.

Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru.

Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung kerana kesalahan yang berpunca dari adiknya, Putri Langgoni. Kedua beradik tersebut bersama pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.

Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah berlaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta, maka putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo.

Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut berhenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai.

Di tebing sungai itu baginda telah melahirkan seorang anak lelaki yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percubaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ.

^MaX2™ said...

Sambungan No 2...

Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan.

Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai "Aek Batang Gadis" artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan.

Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya.

Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan.

Oleh karena raja di Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan "MANDE NAN HILANG", pendeknya Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang sakti.

Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan "Aek Batang Gadis" lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan.

Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan.

^MaX2™ said...

Sambungan No 3...

Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, "Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang." Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.

Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya.

Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing.

Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816.

Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.

Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor.

Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ke tangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di hantar ke Semenanjung.

Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman.
Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 - 1832.

Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya.

Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 sewaktu beliau berunding dengan Belanda.

^MaX2™ said...

Sambungan No 4...

Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.

Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi.

Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu.

Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut.

Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana.

Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Raja Laut.

Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meinggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya. Di Pahang, Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah.

Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh.

Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 - 1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru.

Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama æ…¡ipuntung, lalu di bawa ke Selangor.

^MaX2™ said...

Sambungan No 5...

Di Selangor, Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera. Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera.

Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut.

Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-orang Mandailing.

Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris.

Walaupun pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah.

Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.

Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal � bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tentera Paderi. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.

Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang.

^MaX2™ said...

Sambungan No 6...


Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.

Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang.

Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.

Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.

Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak.
Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.

Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.

Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.

Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.

Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.

Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh.

^MaX2™ said...

Sambungan No 7 dan Penghabisan...

Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.

Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.

Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesar-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak.

Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Pakatan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.

Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal.

Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diwujudkan. Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama.

Semasa J.W.W . Birch di bunuh, Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa.

Sepanjang keadaannya gering itu, Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut.

Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.

Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah.

Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburan Changkat Piatu.

Terima kasih pada sahabat saya kerana bekerja sama dengan saya utk huraikan sejarah ini...

e-saving solution said...

lagi ada bnyk lagi yg luar biasa lepas nih..

http://tinyurl.com/penemuan-luarbiasa

Unknown said...

Salam semua...Saya adalah salah seorang waris keturunan Raja Bilah dan kerap juga bermalam di Istana Raja Bilah...MEREKA YANG MENFITNAH, MENIPU, MENCURI, DAN SEGALA KEBURUKAN PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN ALLAH S.W.T.

Kepada UNCLE SEEKER yang dibanggakan sebagai PENCARI HANTU...lebih baik CARI TUHAN atau KAJI SEJARAH dari BERKHURAFAT.....Saya doakan akan mendapat Petunjuk dari YANG MAHA ESA....

Kepada BADAN YANG BERKENAAN...patutkah tempat bersejarah dan hamba Allah yang telah banyak berjasa kepada Agama & Negara dijatuhkan maruah dan nama baiknya...gara-gara pencari hantu nak buat DUIT....