Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
Salam berkah pada semua pembaca setia blog ini. Saya telah bermimpi agar buat kenyataan ini pada anda semua.
Hari ini 17hb November 2011. Saya Syed Abdullah bin Syed Hussien dengan rasa rendah diri memohon maaf pada sesiapa saja yang pernah menonton video-video kontroversi mengenai diri saya terbitan dalam negeri dan luar negara.
Sepanjang 6 tahun saya menyimpan rahsia ini. Rasanya terlalu lama sangat berdosa pada anda semua kerana semua video tersebut sebenarnya telah 'dirancang terlebih awal'.
Bagi mereka yang pernah mencerca dan memfitnah saya dalam ruangan komen video tersebut, saya maafkan anda semua kerana anda tidak tahu perkara sebenar.
Saya tidak menyalahkan syarikat penerbitan kerana 'kontroversi' diperlukan untuk menaikkan rating didalam sesuatu program supaya dapat tarik lebih ramai penonton.
Disini saya sertakan beberapa video yang sempat saya cari dalam youtube lebih kurang 10 minit. Mungkin ada lagi yang tertinggal tapi biarlah..
Saya halau krew Melodi
Saya halau pengacara TV9. Tak silap saya ada lebih dari 3 video.
Berkenaan program Tanya Linda ada juga saya lihat komen yang perlu diperbaiki.
Ali b. Abi Talib - 1-Al Baqarah, 2-Yusuf
Mas’ud - 1-Al Baqarah, 2-An Nisa
Kairo - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah
Ubay - 1-Al Fatihah, 2-AlBaqarah
Ibn Abbas - 1-Al Alaq, 2-Al Qalam
Sumber :
Ubay bin Kaab dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 61
Ibn Mas’ud dari Ibn Al Nadim – Fihrist, halaman 57
Ibn Abbas dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 101 - 103
Ali dari Az Sanjani – Tarikh, halaman 95f
Penunggu Istana juga adalah sebuah 'Filem'. Anggaplah ianya hiburan semata-mata. Saya bukan penerbit atau boss filem ini tapi hanyalah seorang pelakon pembantu.
Semua episod dari musim pertama dan musim kedua adalah benar semua rakaman makhluk paranormalnya cuma kalau tak silap hanya episod ini sahaja yang diragui sikap sukarelawan tersebut kerana beliau telah minum minuman keras dengan banyak sehingga Mabuk!
Wakenabeb – Saya telah diarahkan oleh penerbit supaya tidak melepaskan Marsha kerana ditakuti Marsha lari dari set sepanjang lelaki tersebut kononnya dirasuk. Mohon jangan menuduh saya pelbagai rupa.
Destination truth (maaf tak ada masa nak cari video tu dalam youtube) juga begitu termasuk lain-lain video adalah dirancang sebenarnya untuk tujuan kontroversi dan publisiti.
Sekiranya boss-boss tv dan filem nak saman atas pengakuan saya selepas ini saya terima seadanya kerana tidak mahu lagi menutup rahsia ini selama bertahun-tahun.
Selepas ini saya memohon pada anda semua janganlah bertanya lagi tentang semua video-video kontroversi tersebut...
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf..Maafkan saya.. :(
Kenapalah mereka sanggup buat video sebegini pada saya? Macam-macamlah dia orang ni..
Khairy Jamaluddin vs UncleSeekers
31 comments:
ermmm.. da sampai "masanya" ker Uncle? alamak xsempat nak bersua muka.. Kadang2 da tau banyak rahsia DIA jemput la awal2 macam P.Ramlee.. Kalo bukak banyak2 jadi xkeharuan pulak ler nnti erk.. Hehe..
Thanks telah mewarnai dunia sementara ini, harap2 dapat ketemu diSANA pula.. :-)
steady..berani kerana benar,takut kerana salah..
Salam uncle,
maafkan saya kalau pertanyaan saya mengguris hati uncle.. Semata-mata untuk menaikkan rating syarikat penerbitan tersebut dengan kontroversi yg uncle timbulkan, uncle sanggup dicerca & dihina oleh masyarakat yang menonton..uncle tak rasa ke maruah uncle tercalar pada masa itu? dah tak ada cara lain ke utk menaikkan rating siaran dgn cara yg lebih baik?
salam uncle seekers...
xpe la..t least dah mohon maaf.tapi nak tanya juga..apa motif buat mcm ni semua..
ayahanda uncle x marah pulak?sebab ayahanda uncel kan seorang yg disegani jugak kan..
Salam Sukma, biarlah saya letak kesalahan ini dibahu saya seorang.
Dunia politik dan hiburan mirip rupanya. Publisiti dan juga kontroversi antara artis/ahli politik dengan wartawan saling memerlukan.
Salam Anonymous 2 (3.33pm) - Orang tua saya berfikiran terbuka. Kenapa saya buat begini. Jwpn saya sama seperti jwpn saya berikan pada komen SUKMA
Salam cacamarba - menunggu surat saman....:(
Take care.
Rini.
Tak apa uncle...
Dengan nama yang ada pada uncle, mudah je orang nak manipulasikan untuk kepentingan diri sendiri. Dulu saya tengok video2 uncleseekers ni rasa menyampah gila. Dalam hati terdetik "Dah takde kerja lain ke orang tua ni, asyik hantu hantu hantu"...
Tapi pemikiran saya berubah sikit demi sikit, bila saya selami blog uncle, cuba fahamkan apa yang uncle nak sampaikan, sampailah post pasal Saka tu.. :)
Salam Uncle,
Tahniah sebab dpt naik pangkat martabat di atas sana.
Tapi lagi besar tanggung-jawab dan amanah yg perlu dipikul. Moga dipermudahkan olehNya jua.
AzMiR
akhirnya kebenaran akan terserlah jua...
dunia ni pentas lakonan. pelakon yang baik akan mengikut skrip dan arahan pengarahnya...
tapi, hari ni 17hb , y tulis 18hb?
understandable...anything goes in showbiz hehehe
but really..klakar jg la clip where Marsha is featured..my 1st cousin is 1st cousin to marsha.i used 2 follow her 2 marshas granpa's small kmpung shop to buy sweets.he didn't speak that way..i never heard him speak other languages than Kadazandusun hihihi
da agak da uncle..dorang ni dengki ngan uncle ja tu..yela..uncle kan cool je memanjang.. chill youuhh..
Salam Azmir, saya terima seadanya. semuga satu doa anda diperkenankan olehnya
Salam Rimas, terpaksalah ikut skrip...
Salam Anonymous (5.52pm), terima kasih atas teguran. Masa menulis tadi saya tergesa-gesa.
Salam anna, ;)
Salam Syahrin - Sememangnya saya bersyukur rahmat kalau teguran yg membina dan punyai fakta yg kukuh utk saya perbaiki. Semuga Allah murahkan rezeki anda minggu hadapan
Dah agak dah! Ingat nak membohong sepanjang hayat, tak reti nak mintak maaf!
Apa2 pun saya memang pengunjung tetap blog uncle... don't give up ye uncle...just smile & sun will follow u!
assalamualaikum
Puas hati sekarang lepas baca statement uncle yg baru nie.. apa2 pon, mohon maaf atas prasangka saya selama ni.. goodluck uncle!
Salam Uncle.
Last time saye komen kat sini pasal kes skandal YM Aisyah tu kot. Apapon, that's big of you uncle. Saya kagum uncle berani mintak maaf secara public kat sini. Apa pon yang berlaku dahulu, tinggalkanlah kat belakang. Yang penting uncle dah mintak maaf. Jangan sedih la uncle, dunia Allah ni luas, rezaki ada di mana - mana okay ? Good luck uncle. ^_^ And saya pon nak mintak maaf jugak kat uncle sebab dulu penah marah2 kat uncle time skandal aisyah tu. okay uncle, i wish u all the best in life. Salam. :)
bagusla mcm tu uncle.saya dh lama mengikuti block uncle ni. tk pernah rasa bosan , teruskan menulis .saya tetap menyokong uncle . good luck .
LOVE this posting! GOOD JOB UNCLE! for me... sekiranya uncle x mohon maaf pon x pe sbb sy beleh hidu & tahu semua itu sbbnya ilmu Quran amat tinggi nilainya utk ketahui rahsia alam & ada baiknya pendedahan ini utk dunia mengetahuinyaaa...
SYABAS UNCLE! LUV U laaa... ;-)
Salam MaryaYusof, mekasih banyak2
Salam shuib, begitulah...
Salam ChoCoLaTe,
Mekasih, No prob & Mekasih sekali lagi
Salam zali zzz, mekasih byk2 bro
Salam LeoSabri @ wWw.LeoSabri.Co.Cc, sudah lama tidak mencontng dinding uncle. Dimana anda sekian lama tidak bertandang kesini. Anyway bro, mekasih byk2 atas sokongan anda selama ini walaupun badai datang menimpa
Salam kembali Uncleseekers, utk pengetahuan Uncle, saya sering berada di sini cuma utk menconteng sana sini agak x sesuai tanpa kena pada tempat & bahagianya & bahagian saya hanya pd tempat tertentu saja agar x disebut "menjengkilkan" maka, saya hanya conteng jika terdapat perkara yg diangap unik utk dinobatkan & keberanian Uncle menjadi inspirasi saya... TQ! ;-)
Post a Comment