Hantu Budak - Versi penuh
Hantu Budak dalam filem genre seram sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang berwajah pucat dan riak wajahnya seolah-olah seperti ada sesuatu perkara yang mahu disampaikan. Hantu Budak sering menjelma menyerupai lembaga seorang kanak-kanak lelaki ataupun perempuan yang memakai pakaian terakhir semasa dibunuh. Wajahnya dalam keadaan yang sedih, pucat, mata, dan bibir yang lebam. Jelmaan hantu ini selalunya tidak lebih daripada dua saat, kemudian akan memalingkan wajahnya dan hilang begitu sahaja. Sebelum kemunculannya, ada angin sejuk yang tidak berbau sekitar tiga sehingga lima saat. Hembusan angin yang lembut seperti angin petang dan tidak pasti dari arah mana akan dirasai di persekitaran kawasan jelmaan.
Hantu Budak jarang mengeluarkan suara, tetapi hanya membuat bunyi seakan-akan sedang bermain dengan alat permainan. Bunyian yang dihasilkan datang dari pelbagai arah. Hantu ini dikatakan tidak akan mengganggu atau menjelma lagi di kawasan persekitaran sekiranya hajatnya sudah tercapai. Jelmaannya hanya mahu memaklumkan peristiwa yang terakhir sebelum dia dibunuh. Di sini, kami sertakan satu salinan surat mangsa Hantu Budak yang berlaku di Selangor pada tahun 2006. Adakah semua imej rakaman (lampiran) disebabkan oleh masalah teknikal atau sememangnya ada aktiviti paranormal sehingga mengganggu sistem elektronik kamera telefon bimbit atau ia hanya satu kebetulan?
Gambar Puteri Arisa di sebelah kiri menunjukan rambut asalnya yang panjang manakala gambar kanan rambutnya pendek seperti digunting. Adakah imej berupa wajah lembaga di rambutnya adalah tindak balas cahaya?
Imej di atas menunjukkan saiz jari yang normal. Imej di bawah pula kelihatan agak panjang daripada biasa. Biarlah pembaca menilainya sendiri.
Lembaga menyerupai janin bayi di bahagian perut Puteri Assara yang dirakam pada hari kejadian menggunakan kamera telefon bimbit.
Norfairuza Binti Mohd Fatimi
PJU 8/9 Damansara Perdana, Damansara,Petaling Jaya,
Selangor Daru Ehsan.
27hb Januari 2007
Kepada Pasukan
Paranormal Seekers Malaysia
22, Jalan 1,
Taman Tar,
Ampang 68000,
Selangor Daru Ehsan.
Up: Tuan Syed Abdullah Alattas
(Uncle Seekers)
Per: Ucapan Terima Kasih
Saya yang bernama di atas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana membantu kami sekeluarga menghindari gangguan jelmaan wanita yang menginap di rumah kami.
Saya terpanggil untuk meminta khidmat tuan apabila mendengar kepakaran pasukan tuan menyelesaikan permasalahan paranormal ini dengan menggunakan teknik terkini
Saya tidak mahu meminta pertolongan daripada bomoh kerana takut masalah saya semakin bertambah buruk.
Saya mula menetap di rumah itu 30/4/06. Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena di rumah apabila setiap kali saya menjejak kaki ke rumah, saya akan menjadi marah dan membenci anak-anak saya secara tiba-tiba. Tiga orang anak saya yang comel sentiasa menjadi mangsa kemarahan saya. Perasaan marah akan hilang secara tiba-tiba apabila saya melangkah keluar rumah.
Tiga orang pembantu rumah selalu bertukar ganti pula menunjukkan reaksi ketakutan setiap kali tinggal seorang diri di rumah.
Paha saya pula kerap terdapat tompokan hitam seperti di gigit seseorang. Saya sebenarnya ibu tunggal. Suami saya meninggal pada 7/12/05 akibat sakit jantung.
Saya sangat terkejut apabila pada 12 November 2006, iaitu pada hari Khamis malam Jumaat sekitar pukul 12.00 malam apabila terdapat rakaman di dalam telefon bimbit
seperti jari tangan anak saya sebelah kanan lebih panjang berbanding dengan jari kiri. Sementara ada kuku yang panjang berwarna hitam di sebelah kiri jari telunjuk anak saya bernama Puteri Assara. Rambut anak saya yang bernama Puteri Arisa pula seolah-olah digunting pendek padahal beliau mempunyai rambut yang panjang. Manakala telinga anak saya yang bernama Puteri Assara seperti jatuh ke bawah! Paling menakutkan saya apabila rakaman di dalam telefon bimbit ada rakaman janin pada perut anak saya Puteri Assara yang baru berumur empat tahun.
Pada hari kejadian kami semua sedang menonton tv bersama-sama. Selepas satu jam peristiwa tersebut kami mendengar suara bayi menangis yang kuat sekitar lima saat yang berdekatan sangat dengan kami di ruang tamu. Jiran-jiran saya tidak ada anak kecil dan rumah saya pula di tingkat 23.
Selepas kejadian tersebut keesokan harinya anak saya Puteri Assara jatuh sakit mengalami demam panas selama dua hari berturut-turut dan berubah sikap menjadi seorang yang pendiam. Manakala
saya pula menghadapi sakit yang amat sangat di pergelangan ibu jari tangan kanan saya dua hari selepas itu.
Dua hari sebelum kejadian ini berlaku, kawan baik saya yang bernama Norzila ternampak satu lembaga menyerupai budak kecil sedang bermain membuat satu bulatan di ruang tamu rumah saya. Beliau demam seminggu keesokan harinya. Beliau menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan saya.
Banyak peristiwa pelik berlaku di rumah itu seperti pelbagai bunyi pelik di ruang tamu dan kadangkala saya ternampak lembaga di tingkap rumah dan di persekitaran ruang menunggu lif berdekatan rumah saya.
Alhamdulillah, semuanya selesai apabila tuan bersama anggota tuan bernama Zaidi datang pada 20 Januari 2007 jam 9.30 malam membuat kajian dan membantu saya menyelesaikan masalah yang paling menakutkan sepanjang hidup saya disaksikan oleh wartawan dan jurugambar Kosmo.
Saya amat kagum kerana tuan telah menyelesaikan masalah kami anak-beranak dalam
masa satu jam sahaja. Semoga Allah memberkati usaha pasukan tuan. Anak-anak saya juga gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan layanan yang diberikan oleh krew pasukan tuan.
Thank You Ghost Busters Malaysia
Norfairuza Binti Mohd Fatimi
Adakah ini yang dikatakan jelmaan Hantu Budak?
Lokasi : Sekolah Foon Yew, Stulang Laut, Johor BahruTarikh : 11 Oktober 2005
Waktu : Malam (konsert sedang berlangsung)
Sumber - Noor Azli Shahri Bin Ahmad
Email - mudenye_atok@yahoo.com.my
Sumber : Mohd Hakim Bin Hashim
Tarikh` : 22 Februari 2008
Hari : Jumaat
Masa : 10.28 malam
Cuaca : Baik
Alamat : Lot 1655, Jalan Gajah 10, Kampung Kubu Gajah, 47000, Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Nama saksi : Mohd Soleh Nurrashid Bin Ismail,Mohamad Quzairi Azril Bin Abu Bakar dan Muraddin Bin Purag
Jenis Kamera : Canon Powershot S50 - 50 mega pixel 12x zoom optical & digital combined
Sejarah Rumah :
Menurut cerita Puan Salmah binti Hj Baslah, 69 tahun, kawasan rumah ini adalah bekas tanah jajahan pemerintahan tentera Jepun. Banyak kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera Jepun termasuk menanam orang kampung hidup-hidup berhampiran kawasan rumah itu satu ketika dahulu.
Pengalaman Puan Salmah binti Hj Baslah (nenek):
1. Kelibat seseorang melalui dari belakang.
2. Pada waktu senja adakalanya tingkap akan tertutup sendiri.
3. Kadangkala terdengar pelbagai bunyi aneh seperti orang sedang berjalan dan membersihkan halaman rumah.
4. Pekerja kilang sering mendengar bunyi orang berjalan di sekeliling kilang. Oleh yang demikian mereka akan pulang awal sebelum pukul 6 petang.
Pengalaman En Mohd Annas bin Salihin Zulkifli
Pernah menjumpai hantu tersebut lebih dari 3 kali sehinggakan pernah berpegang tangan dan dipijak dadanya.
Mantera Mengusir Hantu Budak
(Pahang)
(Pahang)
Peram punan malim punan,
Punan kecil pamah resam,
Kecil mata petai,
Besar mata jering,
Mata merah mambang berulang, Berkat sidi pengajar guru,
Sidi menjadi kepada aku.
Huss...
Pergi kau dari sini...
Punan kecil pamah resam,
Kecil mata petai,
Besar mata jering,
Mata merah mambang berulang, Berkat sidi pengajar guru,
Sidi menjadi kepada aku.
Huss...
Pergi kau dari sini...
Peram (memeram) - memeram hati kiasan menyimpan perasaan dalam hati.
Malim - 1. guru agama (Islam), orang yang alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = malim angin = malim kapal jurumudi; 4. pawang.
Pamah - 1. lembah, tanah yang rendah; 2. rendah (tanah): tanah yang pamah; kawasan pamah.
Resam I - sejenis tumbuhan (paku-pakis yang batangnya keras dan biasa dibuat kalam), bengkawang, Gleichenia linearis; Resam lumut = resam padi sejenis tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas, temangah, Cheilanthes tenuifolia. Resam II - 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat; adat resam adat (aturan) yang biasa; hukum adat arkaik hukum adat; 2. pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat: dalam pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, resam, dan tabiat orang Melayu; resam tubuh (Indonesia) keadaan tubuh; seresam sesuai; resam dgn sesuai dengan; resaman resam; - resmi. Resam III - burung resam sejenis burung, Pnoepyga pusilla harterti.
Kamus Dewan Edisi Keempat.
Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005.
Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh
No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.