Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Hala dipercayai hantu yang memberi bantuan kepada bomoh atau pengamal perubatan tradisional. Bomoh yang memerlukan khidmatnya akan menyeru dengan mantera yang tertentu. Hantu Hala tidak boleh dibela, berkeliaran bebas dan hanya akan datang apabila diseru namanya.
Pada pertengahan tahun 1989, Uncle berkenalan dengan seorang bomoh bernama En. Mohd Sani bin Lokman. Pertemuan itu bermula di pejabat ayah Uncle (Syed Hussien Alattas, penulis dan penganalisa politik yang disegani di Malaysia) di Plaza Pekeliling, Sentul, Kuala Lumpur. Dalam pertemuan itu, Uncle menjelaskan kepadanya tentang minat Uncle untuk menyelidik dunia paranormal dan bercadang untuk membuat kajian berkaitan dengannya. Mendengarkan penjelasan itu, En Sani
hanya tersenyum dan berjanji akan bekerjasama menjayakan cita-cita Uncle.
Sejak dari hari itu, hubungan Uncle dengannya semakin rapat. Hampir setiap hari Uncle bertemu dengannya kerana pejabat kami berdekatan, Uncle di Wisma
Kah Siong dan pejabatnya di Plaza Pekeliling. Perkara pertama ditunjukkan kepada Uncle ialah mengeluarkan batu cincin daripada sehelai tisu. Beliau akan membaca surah Al-Fatihah dan berhenti sekejap pada ayat "Iyyakanakbuduwaiyyakanastaiin" dan menyebut nama Uncle sambil menutup mata.
Selepas itu arwah akan menghabiskan surah tersebut sehingga selesai dan muncul sebutir batu cincin. Memang pelik! Setiap kali Uncle berjumpa dengannya pasti beliau akan membaca surah Al-Fatihah dan menghadiahkan sebiji batu permata kepada Uncle. Uncle juga terfikir kemungkinan arwah menyembunyikan batu cincin di dalam baju atau seluarnya.
Untuk membuktikan bahawa arwah tidak berbohong, Uncle memberikannya sebiji buah manggis untuk dibuktikan. Perkara yang sama dilakukannya dan terbukti benar terdapat sebiji batu zamrud di dalam buah manggis tersebut. Uncle masih tidak berpuashati dengan apa yang dilakukan kerana
Terjemahan –"...Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan..."
Surah Al-Faatihah diturunkan di Mekah dam mengandungi 7 ayat. Surah ini juga dinamakan As-Sabul-Mathaani (Tujuh ayat yang di ulang-ulang) bacaannya dalam sembahyang yang berbilang-bilang rakaat, atau (tujuh dasar yang diulang-ulang) huraiannya didalam AlQuran.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AlQuran.
itu mungkin satu kebetulan. Uncle pergi ke Jalan Chow Kit membeli anggur hijau dan bertemu semula dengannya untuk membuktikan sekali lagi kebenarannya. Ternyata apa yang dilakukan bukan satu tipu helah. Tiga biji batu cincin berlainan jenis terdapat di dalam tiga biji anggur iaitu mata kucing (cats eye), zamrud (emerald) dan delima merah (ruby - berkualiti rendah). Koleksi batu cincin
Cat's eye bukanlah nama khas bagi batu permata tetapi merupakan satu istilah batu permata. Batu permata yang menampilkan kesan cat's eye mempunyai satu garisan (streak) yang bercahaya ("luster" dalam istilah gemologi) di bahagian tengah batu permata dengan latar belakang berwarna keemasan. Kesan ini merupakan satu keajaiban alam semulajadi dimana kesan luster ini menampilkan pantulan cahaya dari bahagian warna mineral sebagai inclusion yang lebih cerah. Dalam istilah gemologi, ciri ini dikenali sebagai "chatoyancy" secara teknikalnya. Istilah ini lahir dari perkataan Perancis "chat" (cat) dan "oeil" (eyes). Saintis percaya inclusion dari batu ini memberikan kesan cat's eye. Ini terhasil apabila cahaya yang terpancar pada batu itu dipantulkan oleh inclusion yang lebih cerah dan kelihatan seperti mata kucing yang terkena cahaya. Apabila batu ini dicondongkan, kesan cat's eye ini juga seolah-olah bergerak merentasi bahagian atas batu.
Emerald (Zamrud) dalam Bahasa Greek bermaksud "green germstone" (diambil dari perkataan dalam bahasa Perancis kuno "esmeralde"). Terdapat juga sumber mengatakan perkataan emerald berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud hijau. Tamadun kuno seperti Inca dan Aztec di Amerika Selatan menganggap batu permata ini sebagai batu permata yang suci dan digunakan untuk upacara keagamaan. Malah Tamadun Mesir purba dipercayai telah menggunakan batu ini sebagai perhiasan untuk raja dan pembesar negara 3000 tahun sebelum Masihi. Tamadun Yunani juga menyaksikan Cleopatra menggunakan batu emerald sebagai perhiasan. Turut tersenarai ialah Maharaja dan Maharani India yang menggunakan emerald sebagai mahkota. Ini kerana masyarakat India percaya emerald membawa nasib yang baik serta kekayaan. Emerald hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Emerald juga dipercayai memberi keuntungan dan nasib yang baik kepada pemakai. Selain itu, Emerald boleh meningkatkan daya ingatan, kepandaian, memberikan kegembiraan, menghalau makhluk halus, menyembuhkan penyakit sawan (epilepsi) dan penyakit pada mata.
yang diberikannya disimpan di dalam satu bekas kecil di pejabat
Uncle. En Sani menjemput Uncle ke rumahnya di Gombak dan secara kebetulan, Uncle juga tinggal di Taman Pewira 1, Gombak, Batu 6. Ramai pesakit yang berkunjung ke rumahnya dengan pelbagai hajat. Beliau menjemput Uncle duduk di sebelahnya untuk melihat sendiri bagaimana beliau mengubati pesakit dengan kaedah rawatan tradisional. Dengan memakai kain pelikat dan kemeja,
Ruby (Delima) dikenali kerana warna merahnya yang menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Merah adalah warna ruby yang turut dikenali sebagai "King of Gemstones" yang diterjemah dari Bahasa Sanskrit iaitu "ratnaraj" (raja batu permata). Ruby berasal dari perkataan Latin "rubrum" atau "ruber" (disebut sebagai ru-bor) yang bermaksud merah. Ruby juga dipanggil "carbunculus" (carbuncle). Ruby dipercayai membawa perasaan cinta, kasih sayang, kegembiraan dan kekayaaan. Menurut legenda zaman dahulu, Ruby mampu untuk mendamaikan sepasang kekasih. Selain itu, ruby juga dipercayai boleh meningkatkan tenaga dan stamina.
beliau memberi salam pada Syeikh Abdul Kadir Jailani dan beberapa nama wali dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Fatihah. Seketika kemudian, tiba-tiba terdengar bunyi tulang berlaga di tubuhnya dan suaranya bertukar menjadi nada yang agak pelik. Pesakit wanita datang membawa bunga dan lelaki pula membawa buah yang berongga.
Pada malam tersebut, Uncle saksikan sendiri bagaimana beliau telah mengeluarkan batu cincin dari semua bunga dan buah yang berongga. Beliau menyarankan pesakit supaya meletakkan batu tersebut ke dalam segelas air dan minum air tersebut. Pengalaman itu betul-betul menguji perasaan Uncle. Sepanjang malam Uncle termenung! Keesokkan harinya Uncle menerima panggilan telefon dari arwah meminta Uncle berjumpa dengannya di pejabat. Setibanya Uncle di sana, beliau hanya tersenyum sebaik sahaja Uncle bersalam
Syeikh Abdul Kadir Jailani atau Muhy Al-Din Abu Muhammad Abdul Qodir ibn Abi Shalih Zango Dost al-Jaelani dilahirkan di Jailan atau Kailan pada tahun 470 H/1077 M dan wafat pada 9 Rabiul Akhir 561 H/1166 M di Badul Azawafat, Baghdad
dengannya. Beliau bertanya sama ada Uncle suka menikam ekor atau tidak? Uncle menjelaskan bahawa menjadi pantang nenek moyang keluarga kami menikam ekor. Beliau ketawa besar sambil menepuk bahu Uncle!
Uncle tercegat melihat reaksinya lalu menyalakan sebatang rokok Gudang Garam. Ketika sedang asyik menghisap rokok, tiba-tiba beliau menyuruh Uncle memadamkan apinya lalu mengambil puntung rokok tersebut dan membukanya perlahan-lahan. Uncle melihat terdapat segumpal kain kuning di dalam tembakau rokok tersebut dan beliau menyuruh Uncle membuka gumpalan tersebut lihat apa yang tertulis. Di permukaan kain itu, tertera tulisan berwarna hitam seakan-akan dakwat pensil bernombor 7070. Uncle sungguh terperanjat . Terpulang pada Beblah (Uncle) untuk menikam nombor ini atau tidak.
Demi kajian dan buat pertama kali dalam sejarah hidup, Uncle membeli nombor ekor tersebut di kedai Magnum yang berdekatan dengan bermodalkan seringgit. Uncle tidak mengharapkan apa-apa imbuhan tetapi sekadar ingin mengkaji. Memang ternyata benar keesokkan harinya nombor 7070 tidak memenangi sebarang hadiah.
Daripada hari tersebut boleh dikatakan beliau kerap menunjukkan keistimewaannya mengeluarkan nombor ekor dari rokok! Nombor ekor yang selalu diberikan kebanyakannya semua di dalam segumpal kain samaada bewarna kuning atau putih
dan warna tulisannya pula sama ada bewarna hitam pensil, biru atau hitam pen. Beliau juga pernah memberikan nombor TOTO dan nombor ramalan kuda (1+3D) untuk Uncle buat kajian.
Pernah satu ketika (tidak ingat tarikh), Uncle, En Sani dan teman wanita Uncle (sekarang bekas isteri) ke Stadium Merdeka menonton perlawanan bolasepak (tidak ingat perlawanan negeri mana sebab kurang minat bola sepak), beliau bertanya pada Uncle, sama ada mahukan bola yang terdapat di padang bola yang berada di kaki seorang pemain. Uncle mencebik bibir kepadanya. Beliau menunjukkan jarinya ke arah bola dan tiba-tiba beliau memberikan Uncle sebiji kayu kecil berbentuk bola dan berbau harum (kayu sedar). Uncle betul-betul tergamam ketika itu! Kemudian beliau berbuat perkara yang sama dan memberikan sebiji lagi kayu kepada teman wanita Uncle dan beliau lakukannya sekali lagi untuk dirinya pula.
Pada keesokkan harinya, beliau menelefon Uncle dan menyuruh supaya datang ke rumahnya kerana dikatakan ada hal penting.
Beliau mengarahkan Uncle mencari 3 biji telur burung merpati dan diletakkan di dalam bekas mengkuang kecil lalu ditutup dengan tiga kain berwarna hitam, kuning dan merah. Setelah siap menyediakan semua bahan-bahan yang diperlukan Uncle bergegas bertemu dengannya. Beliau menulis perkataan “Syed Abdullah Bin Syed Hussien” di atas bekas mengkuang tersebut.
Beliau menyuruh membaca 333 kali “Subhanallah” 333 kali “Alhamdullillah” dan 333 kali “Allahu Akbar” berdekatan dengan bekas tersebut disertai dengan pembakaran asap kemenyan. Pada keesokkan harinya, Uncle membawa bekas tersebut kepadanya dan alangkah terperanjatnya Uncle apabila satu daripada dua biji telur tersebut telah hilang dan baki dua biji telur merpati telah menjadi batu marmar berbelang bewarna perang!
Beliau tersenyum dan mengambil telur
tersebut dan bertanyakan hajat Uncle. Uncle menjawab Tidak ada hajat apa-apa melainkan ingin membuat kajian sahaja. Beliau mengambil kain hitam yang terdapat di dalam bekas mengkuang itu dan memasukkan kedua-dua biji telur ke dalam gumpalan kain tersebut. Beliau menyuruh Uncle lihat apa yang akan beliau lakukan. Beliau mengetuk telur (dalam kain) yang telah menjadi batu itu dan tiba-tiba sekeping duit RM50.00 dan sekeping RM5.00 terjatuh dari dalam kain hitam itu. Beliau tersenyum dan berkata Itu rezeki Beblah Uncle. Uncle terfikir dari mana datangnya duit tersebut kerana kedua-dua keping duit itu basah dan kebetulan waktu itu hujan rintik-rintik. Duit lima ringgit Uncle beli rokok dan yang lima puluh ringgit itu pula Uncle masukkan dalam bekas kaca.
Satu perkara yang membuatkan Uncle sukar untuk melupakannya kerana beliau pernah membantu mengubati ibu saudara Uncle untuk mendapatkan zuriat setelah puas mencuba pelbagai rawatan moden dan tradisional selama 10 tahun. Alhamdulillah selepas berjumpa dengannya sebanyak dua kali, ibu saudara Uncle mengandung dan terus mengandung setiap tahun.
Sepanjang ingatan Uncle, En Sani menyuruh bapa saudara Uncle minum rebusan air kucai manakala ibu saudara Uncle pula diberikan sebotol minyak urut. Ibu saudara Uncle menceritakan setiap kali beliau menyapu minyak urut tersebut di perutnya sebelum masuk tidur, beliau merasakan ada sesuatu yang sedang mengurut perutnya dan selepas dua bulan kemudian, beliau disahkan mengandung dan tiada lagi yang mengurut perutnya.
Dari kiri (bawah) - Mohd Sani B Lokman (Allahyarham), Ahmad Taufik, Ahmad Syukri, Norasiah Bt Abd Ghani (isteri). Dari Kiri (atas) : Khairul Nizam, Khairul Anuar, Khairul Shahril, Khairul Fitri
Hubungan kami terputus apabila Uncle mula sibuk dengan perniagaan dan kami sekeluarga berpindah ke Janda Baik, Bentong, Pahang pada akhir tahun 1993. Pada bulan Oktober 2004 tiba-tiba hati Uncle terdetik untuk menziarahinya. Uncle ke rumahnya di Gombak tetapi alangkah sedihnya apabila dimaklumkan bahawa beliau telah pun kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 2004. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh.
Nota: Semua batu cincin dan duit RM50 yang disimpan dalam bekas kaca telah hilang atau
tersalah letak semasa sibuk berkemas untuk berpindah ke pejabat baru di Ampang. Kedua-dua biji telur yang menjadi batu pula ada pada salah seorang pengamal perubatan tradisional di Malaysia. Sehingga buku ini ditulis Uncle masih belum menemui individu yang mewarisi kebolehan beliau.
Buku "99 Jelmaan Makhluk Halus"
99 Jelmaan Makhluk Halus
Pembeli Pertama Buku Termahal di Malaysia RM1,000!
Tokey hantu dan lawyer hantu di janda baik
BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU
Katalog 99 Jelmaan Makhluk Halus
Toyol (Versi Penuh)
Orang Bunian - Versi penuh
Mati Anak - Versi Penuh
Lembaga Hitam - Versi Penuh
Hantu Hala - Versi Penuh
Hantu Air - Versi Penuh
Hantu Amukan - Versi Penuh
Hantu Budak - Versi penuh
No comments:
Post a Comment
Salam!
Bermula 10-8-2011 semua komen akan ditapis.
1- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama (nama samaran pun dah kira ok supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan).
2- Tolong beri komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
3- Komen merapu, Hit and Run akan diPADAM. Minta Maaf.